You are on page 1of 21

BAB 7 : PEMBENTUKAN

BENTUK MUKA BUMI


LIPATAN KERAK BUMI
 Berlaku akibat adanya daya mampatan dan
tekanan secara mendatar semasa
pertembungan antara plat-plat tektonik yang
menyebabkan lapisan kerak bumi terhimpit
lalu terlipat.
 Ia juga dipengaruhi oleh tarikan graviti
berhampiran dengan permukaan bumi.
Proses-proses Lipatan
 Proses peleburan batuan yang pejal dalam lapisan
kerak bumi. Lapisan batuan yang berada dalam bumi
adalah cair lalu mudah lentur.
  Proses mampatan secara mendatar
 Apabila berlaku mampatan atau tolakan dari kiri

dan kanan lapisan kerak bumi maka lapisan kerak


bumi yang cair dan mudah lentur tadi akan
melengkung ke atas atau ke bawah.
Jenis-jenis Bentuk Muka Bumi Lipatan
 Antiklin atau lintap mungkum – lipatan yang
melengkung ke atas.
 Sinklin atau lintap lendut – bahagian yang
menggeleding (melendut ke bawah).
 Lipatan simetri – kedua-dua cerunnya mempunyai
kecerunan yang sama atau hamper sama.
 Lipatan tak simetri – satu cerun lipatan
berkeadaan lebih curam atau landai berbanding
cerun lipatan di sebelahnya.
Jenis-jenis Bentuk Muka Bumi Lipatan
 Lipatan lampau – keadaan lipatan tertekan dan
herot ke depan.
 Antiklin rebah – lipatan tertekan dengan kuat
dan jatuh ke depan.
 Nappe – antiklin rebah mengalami tekanan
sehingga wujudnya rekahan seterusnya
pematahan lintap mungkum dan adanya garis
gelinciran antara lintap mungkum dan lintap
lendut.
GELINCIRAN
 Retakan pada kerak bumi apabila berlaku
anjakan lapisan kerak bumi atau blok batuan
secara mendatar atau menegak.
Jenis-jenis Gelinciran
 Gelinciran biasa – berlaku apabila adanya
daya-daya tekanan yang menarik kerak bumi
atau daya-daya yang menolak kerak bumi dari
bawah. Mempunyai satah rekahan curam atau
hampir tegak. Ia menghasilkan sesar curam
dan lurus dan ketinggiannya berbeza-beza
mengikut ketinggian anjakan blok.
Jenis-jenis Gelinciran
 Gelinciran songsang – terjadi apabila daya
mampatan dan tegangan yang bertindak
terhadap blok batuan dari dua arah yang
bertentangan menghasilkan garis gelinciran
pada blok batuan tersebut. Salah satu daripada
blok batuan tersebut terangkat atau terjulang
ke atas. Dikenali juga sebagai sesar julang.
Jenis-jenis Gelinciran
 Gelinciran rabak – apabila daya mampatan
dan tegangan pada lapisan kerak bumi
menyebabkan terjadinya pergerakan secara
melintang blok-blok batuan tersebut dari
kedua-dua arah yang bertentangan. Pergerakan
secara mendatar.
GUNUNG BERAPI
 Igneus Jalar Dalam (Rejahan)
 Bentuk muka bumi daripada proses pemejalan
magma dalam kerak bumi.
 Igneus Jalar Luar (Terobosan)
 Bentuk muka bumi yang terbentuk daripada
magma yang membeku di permukaan bumi. Ia
dicirikan oleh aktiviti gunung berapi yang meletus
dan memuntahkan lavanya.
Jenis Bentuk Muka Bumi Igneus Jalar Dalam
dan Proses Pembentukan
 Daik – apabila magma yang panas daripada lapisan mantel
mengalir ke luar dan menembusi lapisan batuan seterusnya
membeku secara menegak sama ada dalam lapisan kerak
bumi atau di permukaan bumi. Ketebalannya antara 2 – 6 m.

 Sil – magma membeku secara mendatar di antara lapisan


batuan terutama bagi kumpulan batuan mendak dan ia tipis
dan selari dengan lapisan batuan.

 Lakolit – magma membeku di dalam lapisan kerak bumi


secara kubah.
Jenis Bentuk Muka Bumi Igneus Jalar Dalam
dan Proses Pembentukan
 Lopolit – magma membeku di dalam lapisan kerak bumi
mengikut lengkung kerak bumi dan kelihatan seperti piring.
Bahagian tengahnya lebih tebal berbanding kedua-dua bahagian
hujungnya.

 Pakolit – magma membeku di bahagian puncak lintap mungkum


atau bahagian dasar lintap lendut. Ia berbentuk seperti kanta.
 
 Batolit – terbentuk hasil daripada sekumpulan magma yang
membeku secara besar-besaran di dalam kerak bumi.
Membentuk teras sesebuah gunung.
Jenis Bentuk Muka Bumi Igneus Jalar Luar
dan Proses Pembentukannya
 Kon lava asid – Bercerun curam kerana lava asid yang lkat dan
cepat membeku lalu tidak mampu mengalir jauh.

 Kon lava bes – Bercerun landai kerana lava bes adalah cair dan
mampu mengalir jauh sebelum membeku. Kaya dengan mineral
ferum atau besi. Juga dikenali sebagai gunung berapi perisai.

 Kon abu – Cerun berbetuk cekung dan curam. Terdiri daripada


debu, abu dan serpihan batu atau batu tongkol yang keluar
semasa letusan gunung berapi yang dikenali sebagai aliran
piroklastik dan bom gunung berapi.
Jenis Bentuk Muka Bumi Igneus Jalar Luar
dan Proses Pembentukannya
 Kon komposit – Terdiri daripada pelbagai jenis kon lava dan abu
yang keluar dari pelbagai lohong di sekeliling gunung berapi. Kon-
kon kecil terbentuk menerusi rekahan-rekahan batuan di sekeliling
gunung tersebut. Sebahagian kon mengeluarkan lava asid atau bes dan
sesetengahnya mengeluarkan debu -abu dan bahan piroklastik.

 Krater – Kawah besar yang terbentuk di puncak gunung berapi akibat


letusan gunung berapi. Apabila magma membeku kawah tersebut
menakung air dan membentuk tasik kawah.

 Kaldera – Terbentuk akibat cantumam beberapa krater gunung berapa


yang terletak berhampiran antara satu sama lain. Membentuk tasik
kawah yang sangat besar.
Lava Gunung Berapi

 Lava asid  Lava bes


 Sangat likat dan  Cair dan mengalir laju

mengalir perlahan  Lambat membeku


 Cepat membeku  Kaya dengan besi dan
 Kaya dengan silica magnesium
 Takat lebur yang tinggi  Takat lebur yang rendah

 Suhu 800ºC - 1000ºC dan sangat panas


 Letusan yang kuat  Suhu 1100º - 1200ºC

 
Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Kepelbagaian Rupa dan Bentuk Gunung Berapi
 Jenis bahan yang diletuskan
 Sifat lohong gunung berapi
 Sifat dan jenis letusan
 Kuantiti bahan dan bahan piroklas yang
dikeluarkan
 Proses gondolan yang dialami

You might also like