You are on page 1of 8

AGAMA DAN PERANANNYA DALAM MEMBINA MASYARAKAT

YANG BERTAMADUN

PENGENALAN

Agama mempunyai peranan yang penting dalam membina masyarakat yang bertamadun.
Dalam konteks ini, agama merujuk kepada sistem kepercayaan yang dianuti oleh mana-
mana masyarakat dan dikaitkan dengan kuasa daripada sumber tertinggi. Agama pada
lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti
seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.
Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama
mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang
kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.

Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai
sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia.
Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena
seperti yang berikut:

 Perlakuan
seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.
 Sikap
seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan
suci dan bersih terhadap agama.
 Pernyataan
seperti jambi,mantera dan kalimat suci.
 Benda-benda material
yang zahir seperti bangunan. Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal.

Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini bermakna
agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan Tuhan, malah
merupakan soal hubungan manusia dengan manusia.

1
Menurut I Made Murdiasa (2005), agama memuat kaedah-kaedah dan harapan sebagai
motivasi yang menjadi tujuan hidup yang bersumber dari Tuhan. Agama dapat
meningkatkan ketaqwaan penganutnya sekaligus dapat pula meningkatkan perilaku
umatnya, sopan santun dan menjaga kepentingan masyarakat untuk meningkatkan
kesejahteraan, rasa harga diri dan keamanan, sebab agama intinya adalah pelembagaan
dari wahyu Tuhan yang diturunkan melalui para Maha Rsi Hindu yang memuat berbagai
penjelasan tentang kaedah-kaedah dan norma-norma sosial yang mengikat dan harus
diikuti secara sadar, karana di dalamnya terdapat pula sangsi-sangsi yang mengikat secara
normatif. Maka sebagai manusia yang berbudaya kita patuh menghayati dan
mengamalkan pedoman-pedoman agama. Di dalam Kitab Sarasamuscaya Sloka 156
dikatakan "Oleh karananya inilah harus diusahakan orang jangan dibiarkan kata-kata,
laksana dan pikiran melakukan perbuatan buruk, karana orang yang melakukan sesuatu
yang baik, kebaikan yang diperolehnya, jika kejahatan merupakan perbuatannya, maka
celaka yang ditemui olehnya". Selanjutnya di dalam Sloka 158 di sebutkan "Karana
kebajikan, kebenaran, pelaksanaan cara hidup yang layak (sopan santun) kesaktian,
kebahagiaan, dan keteguhan itu, sila yang menyebabkannya".

Tamadun pula berasal dari perkataan Arab maddana yang bererti membina suatu bandar,
seseorang atau masyarakat yang mempunyai peradaban. Perkataan tamadun dapat
diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain
yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam
bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun adalah: "culture and
civilization" atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Secara umumnya masyarakat
memahami istilah tamadun dengan beberapa pengertian seperti berikut :

a. Masyarakat manusia yang telah berjaya keluar daripada kehidupan yang mundur
(nomad) dan telah mancapai kemajuan dalam pelbagai aspek kehidupan.
b. Peringkat atau tahap-tahap kemajuan yang dicapai oleh manusia pada sesuatu
zaman.

2
c. Kehidupan masyarakat moden yang dipenuhi dengan segala kemudahan hasil
penggunaan pelbagai alat teknologi.

Merujuk Kamus Dewan (1994) pula, ia mendefinisikan tamadun sebagai keadaan


masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan
serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, dan politik), negara dan penduduknya
yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, budaya
atau cara hidup.

Kehidupan yang berbudi pekerti mulia dan bermoral tinggi merupakan satu perkara yang
penting dalam kehidupan bertamadun. Pembinaan sifat yang seperti ini pada diri
seseorang begitu berkait rapat dengan kepercayaan seseorang pula merujuk kepada
kehidupan sebagai manusia beragama. Kemunculan tamadan-tamadun silam sebelum ini
merupakan manifestasi kepada kehidupan beragama yang berperanan membentuk
pandangan semesta dan nilai kehidupan yang terpuji dalam masyarakat ketika itu.

Perkara ini dapat dilihat sendiri kepada peninggalan bangunan dan barang tamadun-
tamadun silam yang dapat menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan
beragama. Bukan semua tamadun dipengaruhi dengan kuat oleh agama sebagaimana
tamadun Barat kontemporari yang lebih cenderung memencilkan nilai-nilai keagamaan
dalam kehidupan masyarakatnya.

Ajaran agama dan amalan rohani sebenarnya mendorong manusia supaya menghayati
nilai-nilai kehidupan yang tulus dan suci yang mendorong kepada kehidupan bertamadun.
Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan berusaha untuk
membangunkan kehidupan mereka menuju kepada kesempurnaan kemanusiaan dan
seterusnya melahirkan ketinggian budaya.

Tamadun sebenarnya berbeza dengan agama. Agama lebih merujuk kepada sesuatu
sistem kepercayaan yang dianuti oleh mana-mana masyarakat dan dikaitkan dengan
kuasa sumber tertinggi ( divine ). Tamadun melampaui batasan agama kerana terdapat

3
bangsa yang menganut agama yang berbeza tetapi bernaung di bawah tamadun yang
sama. Masyarakat Cina misalnya menganut agama seperti Confucian, Budhis dan Taois
tetapi berada dalam lingkungan Tamadun Cina. Keadaan yang sama berlaku di Jepun di
mana rakyatnya yang beragama Sinto dan Budha tetapi bernaung di bawah Tamadun
Jepun sejak zaman berzaman. Sungguhpun begitu bagi tamadun seperti Islam, agama
adalah unsur yang terpenting dalam pembinaan tamadunnya. Tamadun Islam dikatakan
tertegak di atas prinsip ajaran agama yang berpaksikan tauhid. Dalam hal yang seperti ini,
keseluruhan daripada kandungan tamadun itu sendiri hendaklah tidak bercanggah dengan
ajaran agama. Soal budaya yang berbeza juga tidak timbul sama sekali selagimana ia
tidak bertentangan dengan agama.

PERANAN AGAMA KEPADA MASYARAKAT

Dari segi pragmatisme, seseorang itu menganut sesuatu agama adalah disebabkan oleh
fungsinya. Bagi kebanyakan orang, agama itu berfungsi untuk menjaga kebahagiaan
hidup. Sebenarnya, agama dikatakan memainkan peranan yang begitu penting dalam
mengasaskan pembentukkan tamadun kerana agama mampu mengubah corak kehidupan
masyarakat selain mempegaruhi cara pemikiran dan pandangan semesta mereka. Tetapi
dari segi sains sosial, fungsi agama mempunyai dimensi yang lain seperti apa yang
dihuraikan di bawah:

 Memberi pandangan dunia kepada sesuatu budaya manusia.


Agama dikatakan memberi pandangan dunia kepada manusia kerana ia
sentiasanya memberi penerangan mengenai dunia(sebagai satu keseluruhan), dan
juga kedudukan manusia di dalam dunia. Penerangan bagi pekara ini sebenarnya
sukar dicapai melalui inderia manusia, melainkan sedikit penerangan daripada
falsafah. Contohnya, agama Islam menerangkan kepada umatnya bahawa dunia
adalah ciptaan Allah(s.w.t) dan setiap manusia harus menaati Allah(s.w.t).

 Menjawab pelbagai soalan yang tidak mampu dijawab oleh manusia.


Sesetengah soalan yang sentiasa ditanya oleh manusia merupakan soalan yang

4
tidak terjawab oleh akal manusia sendiri. Contohnya soalan kehidupan selepas
mati, matlamat hidup, soal nasib dan sebagainya. Bagi kebanyakan manusia,
soalan-soalan ini adalah menarik dan untuk menjawabnya adalah perlu. Maka,
agama itulah berfungsi untuk menjawab soalan-soalan ini.

 Memberi rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok manusia.


Agama merupakan satu faktor dalam pembentukkan kelompok manusia. Ini
adalah kerana sistem agama menimbulkan keseragaman bukan sahaja
kepercayaan yang sama, malah tingkah laku, pandangan dunia dan nilai yang
sama.

 Memainkan fungsi kawalan sosial.


Kebanyakan agama di dunia adalah menyaran kepada kebaikan. Dalam ajaran
agama sendiri sebenarnya telah menggariskan kod etika yang wajib dilakukan
oleh penganutnya. Maka ini dikatakan agama memainkan fungsi kawalan sosial.

Beragama adalah fenomena sejagat. Hampir semua masyarakat bertamadun, sedikit


sebanyak dipengaruhi oleh pandangan atau pernah melalui proses orientasi agama atau
kepercayaan dalam sejarah pembentukan dan pengembangan peradaban mereka.

Evolusi sosial mengubah orientasi dan pegangan kepada agama, yang mengakibatkan
pemisahan agama daripada pemerintahan seperti yang berlaku dalam sejarah tamadun
Barat dan Islam pada satu masa dulu. Namun, ia sama sekali tidak terus menidakkan
kewujudan dan peranan agama dalam membentuk nilai dalam sebuah masyarakat hingga
kini.

Pemikiran sekular walaupun wujud, contohnya di Barat, nilai agama masih terus bertahan
dan berperanan dalam pembentukan masyarakatnya. Oleh kerana sifat kesejagatan
pengaruh agama membentuk nilai dalam masyarakat, maka kajian mengenai masyarakat

5
tidak akan lengkap, tanpa melihat agama sebagai antara faktor yang mempengaruhi
pembentukan nilai masyarakat dalam sesebuah negara.

Dalam Islam nilai agama bertunjangkan kepada tauhid dan bersendikan akidah. Bagi
penganut agama Islam, nilai yang mereka pegang berpandukan kepada ajaran dan
panduan al-Quran dan sunnah. Oleh kerana sebahagian besar penduduk negara ini
beragama Islam, maka tentulah, nilai agama Islam berperanan dalam sejarah dan
membentuk masyarakat.

Sebagai contoh, Malaysia mempunyai rekod cemerlang sebagai negara berbilang kaum,
agama dan budaya. Ia tidak seperti banyak negara majmuk lain yang menghadapi
masalah besar dalam mengimbangi kebebasan pengaruh nilai dan beragama dalam
masyarakat. Masyarakat yang gagal menjamin kebebasan beragam akan gagal
mewujudkan keharmonian.

Semua agama menyeru kepada kebaikan dan kerukunan dalam perhudungan sesama
manusia. Islam, sebagai agama ‘yang mensejahterakan’ atau ‘agama keamanan’ sangat
menuntut umatnya supaya menghormati sesama manusia, meskipun anutan agama
mereka berbeza daripada Islam.

Dalam soal memelihara keharmonian agama, masyarakat bukan Islam dan Islam
mempunyai peranan sama penting. Di pihak bukan Islam, tuntutan mereka perlu
munasabah dan rasional untuk mengelakkan pertembungan yang merugikan semua pihak.
Sikap emosional, keterlaluan, fanatisme dan terlalu mementingkan diri perlu dibatasi
dengan kewarasan dan rasionalisme yang bertunjangkan keadilan untuk semua.

Kalau pun menghadapi masalah, semua pihak harus memilih perundingan dalam
menyelesaikannya. Memilih jalan konfrontasi dan bertindak di luar batas kemanusiaan
seperti melakukan keganasan harus dielakkan bagi mengamin keutuhan sebuah
masyarakat dan negara. Kegagalan masyarakat dalam mewujudkan keharmonian
menyebabkan konflik, yang pada akhirnya membawa kepada krisis kemanusiaan.

6
Semua agama, Islam, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian mengalami keadaan di mana ia
diheret dalam kancah konflik, sedangkan semua agama ini menteru kepada kedamaian
dan kerukuanan hidup sesama manusia. Keadaan ini berlaku kerana ‘pelampau’ yang
mengambil kesempatan dalam sesebuah masyarakat. Mereka akan mengambil
kesempatan daripada sesuata yang amat sensitif kepada manusia iaitu nilai agama bagi
mencetuskan kekecohan demi memenuhi kepentingan tersembunyi. Agenda sebenar
mereka mungkin ingin penguasaan politik atau pemerintahan, ekonomi atau penguasaan
wilayah.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, maka dapatlah kami simpulkan bahawa betapa pentingnya kedudukan


agama dalam pembangunan, karana agama tidak hanya sekadar pembinaan kesusilaan
semata- mata, tetapi juga sebagai pengarahan dan pendorong umatnya untuk bergiat aktif
bersama-sama dalam membangun masyarakat, bangsa dan Negara dalam mengisi
kemajuan ketamadunan bangsa bagi mencapai tujuan yang telah ditetapkan yakni
pembangunan disegala bidang termasuk pembangunan manusia seutuhnya, demi
tercapainya kehidupan masyarakat yang tenteram, damai, adil dan makmur. Untuk itu,
tujuan yang paling tepat dalam membina dan membangunkan manusia adalah

Agama iaitu dengan mempelajari, memahami dan mengamalkan ajaran-ajaran agama


yang sesuai dengan apa yang telah tersurat dan tersirat dalam kitab suci agama.
Hakikatnya, kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah kalau kita gagal
memelihara keharmonian dan nilai yang dibawa oleh agama.

7
BIBLIOGRAFI

Mohd. Roslan bin Mohd. Saludin (2005, Februari 17). Nilai Islam asas bentuk
masyarakat majmuk harmoni. Berita Harian, 13.

Samri Sainuddin dan Ahmad Sohaimi Lazim (2005). Modul Tamadun Islam dan Asia.
Tanjung Malim, Perak : Malim Teguh Trading.

I Made Murdiasa, (2005). Peranan Agama Dalam Pembangunan Bangsa. Diperoleh pada
Ogos 15,2006 daripada http://www.pontianak.htm.

Islam Digital (2006). Diperoleh pada Ogos 20,2006 daripada


http://www.islamdigital.com/html.

Kamus Dewan (1994). Kamus Dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

You might also like