You are on page 1of 18

1.

0 PENGENALAN

Dalam sejarah manusia di muka bumi ini, terdapat berbagai-bagai


sistem perubatan seperti perubatan Yunani (Greek), perubatan China
(Acupuncture), perubatan India (Ayurveda), perubatan Herba, perubatan
Islam, alopathy, homeopathi, oesteopathy dan perubatan tabii menurut
susunan usianya. Tiap- tiap sistem perubatan berkenaan mempunyai
ciri-ciri yang tertentu. Tetapi wujudnya persamaan dari segi konsep dan
cara perubatan antara satu dengan yang lain dalam bahagian-bahagian
tertentu. Sebagai tumpuan kepada artikel ini, perbincangan selanjutnya
hanya akan berbataskan kepada perubatan tradisional di kalangan
penduduk Malaysia.

1. TAKRIFAN

‘Pengubatan’ adalah berasal daripada perkataan ubat yang membawa


maksud sesuatu benda yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit
atau menyihatkan badan, sama ada dengan cara dimakan atau disapu.
Manakala ‘tradisional’ pula bermaksud bercorak tradisi, atau dengan
kata lain mesyarakat yang mengamalkan cara hidup yang turun-
temurun. ‘Pengubatan tradisional’ banyak menggunakan bahan-bahan
tempatan asli seperti tumbuh-tumbuhan, herba, bahan-bahan
semulajadi dan sebagainya untuk dijadikan sebagai ubat. Pengubatan
tradisional dengan istilah lainnya ialah perubatan alternatif.

3.0 PERUBATAN TRADISIONAL

Perubatan cara tradisional merupakan cara perubatan lama yang telah


wujud sebelum adanya cara perubatan moden. Perubatan cara ini tidak
menggunakan rawatan secara saintifik malahan kadang-kadang hanya
menggunakan jampi serapah untuk mengubati sesuatu jenis penyakit.
Semua bangsa di dunia ini mempunyai cara perubatan tradisional
masing-masing. Di Malaysia, cara perubatan tradisional mempunyai
banyak jenis dan setiap kaum mempunyai caranya yang tersendiri,
misalnya Melayu (bomoh atau dukun), Cina (tabib Cina, singse), Iban
(manau) dan India.

Perubatan tradisional adalah penggunaan ubat-ubatan tradisional yang


masih merupakan satu warisan iaitu penghayatan adalah menerusi
kepada satu generasi yang berikutnya. Ia diwarisi turun-temurun
dengan cara penyampaian dari mulut ke mulut seperti daripada ayah
kepada anak atau daripada guru kepada murid. Perubatan tradisional
kini mula mendapat pandangan yang positif daripada orang ramai
memandangkan pihak media turut menyiarkan kejayaan penemuan
khasiat ubat-ubatan tradisional dan rawatan yang mujarab. Misalnya,
berita seorang dukun ‘patah’ boleh memulihkan kaki atau tangan yang
patah akibat kemalangan dengan pengubatan yang lebih baik daripada
cara moden. Di kalangan masyarakat Cina, rawatan akupuntur dan
ubat singse amat popular semenjak zaman berzaman lagi. Kemasyhuran
kedua-dua jenis pengubatan ini terbukti berkesan dan mujarab bagi
penyakit seperti darah tinggi, lelah dan lumpuh. Rawatan akupuntur
pula didapati dapat menggantikan ubat bius dalam proses perbedahan.

Tambahan pula, cara perubatan tradisional mempunyai kaitan dengan


kehidupan harian manusia yang terus kekal diamalkan sebelum
perubatan moden diperkenalkan. Oleh itu, adalah sukar bagi kita
mengetahui tentang evolusi masa dan ruang pertumbuhan ilmu ubat-
ubatan tradisional ini. Yang jelas ialah ubat-ubatan tradisional tetap
menjadi nenek moyang kita dalam bidang farmasi atau ubat-ubatan.
Perubatan tradisional mempunyai matlamat yang sama dengan
perubatan moden iaitu untuk menjaga kesihatan dan merawat penyakit
yang dihadapi oleh manusia. Kedua-dua kaedah perubatan ini
mempunyai konsep tersendiri. Pakar-pakar perubatan tradisional seperti
bomoh, dukun, pawang, tabib Cina dan lain-lain memainkan peranan
penting dalam melaksanakan tugas untuk memberi rawatan masing-
masing.

Begitu juga, di Sarawak perubatan tradisional masih terus diamalkan


oleh penduduk luar bandar terutama dari kawasan-kawasan yang tidak
mempunyai kemudahan pusat-pusat kesihatan moden. Amalan ini
dinamakan ‘sampi’ atau ‘pengap’ dan ‘gawai sakit’. Kesemua amalan ini
terkenal di kalangan Iban dan Dayak. Cara perubatan ini memerlukan
mainan muzik dan korban beberapa ekor binatang. Doa dan jampi juga
digunakan untuk mengurangkan kesakitan seperti dipatuk ular.

Di samping itu, bahan-bahan untuk membuat ubat tradisional terdiri


daripada akar kayu, buah-buahan, daun, kayu dan haiwan yang tidak
mengandungi bahan kimia. Contohnya, minyak bijan dan daun sirih
untuk mengubat sakit kepala. Bagaimanapun, pengubatan tradisional
banyak menggunakan ilmu batin berdasarkan kepercayaan sesuatu
kaum. Sungguhpun begitu, ada para bomoh dan ‘mahagumi’ yang
menggunakan alat teknologi moden dalam mengesan sesuatu penyakit
sebelum diubati. Misalnya ada klinik perubatan tradisional di Kota
Kinabalu yang menggunakan sinar – X bagi mengesan jenis penyakit.
Namun tempoh untuk mengubati penyakit pula berbeza-beza iaitu
bergantung kepada jenis penyakit. Bagi penyakit yang serius masa yang
diambil mungkin lebih dari sebulan sementara penyakit ringan
memerlukan dua atau tiga hari sahaja.

Lazimnya kos perubatan tradisional berkenaan adalah mengikut


kemampuan seseorang itu. Bagaimanapun, bayaran yang dikenakan
ialah di antara RM10 hingga RM15. Bagi penyakit yang serius dan
mengambil masa yang lama, pesakit dikenakan bayaran maksimum
lebih kurang seratus ringgit. Selain itu, bomoh atau dukun sanggup
mengunjungi rumah pesakit yang tidak berupaya atau tenat. Ini
merupakan satu keistimewaan yang agak sukar kita dapati daripada
klinik moden.

Perubatan tradisional amat penting untuk mengubati penyakit yang


berkaitan dengan ilmu ‘guna’ seperti santau yang sukar disembuhkan
dengan perubatan moden. Maka tidak hairanlah masyarakat sekarang
masih mencampurkan perubatan moden dengan tradisional apabila
seseorang itu mengalami penyakit yang teruk atau ganjil. Begitu juga
dengan penggunaan ilmu-ilmu batin yang masih diamalkan untuk
menyembuhkan penyakit. Misalnya di daerah Serian, Sarawak
kemungkinan besar yang amalan ini masih dipraktikan oleh suku kaum
Bidayuh. Mereka ini tinggal di kawasan pergunungan yang jauh
terpencil.

Akan tetapi, ada yang beranggapan perubatan tradisional sebagai


cermin masyarakat kurang maju dan kolot berbanding dengan
perubatan moden. Pendapat demikian memang berat sebelah walaupun
perkembangan perubatan moden memainkan peranan yang penting
dalam meningkatkan taraf kesihatan rakyat amnya. Meskipun begitu,
perubatan tradisional masih diamalkan dan taraf perubatannya semakin
meningkat setanding dengan perubatan moden. Ini dapat dilihat
daripada penerimaan masyarakat moden terhadap perubatan tradisional
sebagai jalan akhir mengubati penyakit tertentu yang gagal diubati
secara moden.

4.0 JENIS-JENIS PERUBATAN TRADISIONAL

1. Perubatan Melayu

Golongan Melayu juga mempunyai gelaran


doktor tersendiri seperti pawang, bomoh, dukun
dan bidan. Jenis-jenis pengeras yang digunakan
untuk menjalankan upacara menjampi seperti
akar-akar pokok, ranting-ranting, daun-daun
dan tumbuhan.

Bomoh Atau Dukun Dan Ubat-ubatan

Bomoh dalam masyarakat Malaysia bukan


sekadar seorang tukang ubat. Jika kita halusi
kedudukannya dari segi sosial ternyata ia
merupakan salah satu institusi terpenting yang
mencerminkan tradisi peribumi yang cukup
kaya lagi histori. Secara terbuka atau diam-
diam, bomoh tetap menjadi ‘pakar rujuk’ kepada
semua lapisan rakyat di Malaysia. Kepada orang
kampung, bomoh dicari jika anak menangis
waktu tengah malam. Kepada anggota kelas
menengah di bandar, bomoh penting sebagai
pembekal tangkal untuk mereka menghadapi
pencabaran hidup kota yang menekan. Kepada
para peniaga gendut lagi kaya, bomoh
membantu membuka peluang baru dan
mengekal kemewahan. Kepada ahli politik pula,
bomoh penting untuk menujum masa depan
dan mengenal mana kawan dan lawan.

Ubat-ubatan yang digunakan oleh bomoh


kebanyakannya diperbuat daripada bahagian
tumbuhan seperti daun, pelbagai jenis akar
kayu, bunga-bunga, batu kawi, tulang dan
bahan-bahan makanan seperti bawang putih,
bawang merah, halia, lada hitam dan
sebagainya. Ubat-ubatan ini akan ditukar
sekiranya penyakit yang diubati tidak juga
sembuh. Di samping itu, sirih pinang tidaklah
ketinggalan. Bomoh tidak menggunakan
sebarang tumbuhan di dalam hutan tetapi
mengenal past kemujaraban tumbuhan tersebut
sebelum mengubati pesakit. Keaslian ubat-
ubatan tradisional terjamin kerana hanya
tumbuh-tumbuhan digunakan sebagai ubat. Ini
tidak mendatangkan kesan sampingan kepada
pesakit.

Bomoh telah mengaku kemampuan mereka


untuk mengubati berjenis-jenis penyakit seperti
demam, barah, campak, kudis-kudis, naik
angin, kena buatan orang, ubat pengasih dan
lain-lain. Kebetulan pula banyak pesakit
sembuh apabila kena ubat-ubat bomoh itu.
Oleh sebab itu ramailah orang yang percaya
kepada kemampuan mereka. Selain daripada
bahan-bahan ubat, mereka menggunakan doa,
jampi atau serapah bagi menghalau penyakit
atau hantu yang kononnya membawa penyakit
itu. Ubat-ubat itu digunakan untuk disapukan
pada badan atau kepala si sakit, dilumur pada
dada atau dahi, diminum atau dicampur dengan
air mandi. Sesetengah bomoh menggunakan doa
yang bercampur aduk dengan ayat-ayat suci al-
Quran.

Ubat-ubat majun, minyak urut dan tenik adalah


ubat Melayu yang telah menjadi dagangan dan
perusahaan. Majun ialah sejenis ubat Melayu
sudah lama dikenali. Majun ini sejenis makanan
yang boleh menyegarkan badan yang kurang
sihat. Ia diperbuat daripada berbagai-bagai
ramuan rempah untuk memanaskan badan.
Minyak urut ini digunakan untuk mengurut
urat-urat yang tergeliat. Di samping itu, tenik
adalah ubat Melayu yang paling baru. Bahan-
bahan ramuan untuk membuat tenik itu adalah
baharu belaka. Tenik ini ada banyak
kebaikannya. Orang-orang Melayu Kelantan
berusaha membuat tenik dengan banyak,
sebagaimana yang kita tahu ubat Tenik Melayu
mendapat pasaran yang baik pada masa ini.

Bidan Kampung

Semenjak Akta Bidan 1986 (Pindaan 1990)


diluluskan, peranan bidan kampung didapati
semakin berkurangan dan mungkin lenyap,
sekiranya tiada sebarang langkah diambil untuk
menghidupkannya. Di bawah akta ini semua
bidan kampung tradisional perlu mendaftarkan
diri untuk diberi latihan dan kawalan yang lebih
baik, tetapi peranannya tetap juga terbatas dan
mereka tidak digalakkan dalam menyambut
kelahiran bayi. Pada tahun 1988, tidak kurang
daripada 2,481 orang bidan kampung yang
mendaftar dengan kerajaan dan ramai lagi yang
belum mendaftar (Utusan Pengguna, tahun
1989).

Hal ini sememangnya diakui oleh bidan


kampung sendiri, tetapi dengan berbekalkan
kemahiran dan kesabaran menyambut
kelahiran bayi, proses bersalin itu sejak
beberapa generasi lalu biasanya berjalan
dengan selamat. Begitu juga, mereka dituduh
tidak pandai menjaga kebersihan, tiada latihan
yang lengkap, terlalu tua dan mempunyai
banyak pantang larang.

Berdasarkan fakta-fakta inilah peranan bidan


kampung semakin hari semakin pupus, malah
mungkin generasi akan datang tidak akan dapat
lagi mengenali atau mendengar perkataan
"bidan dan kampung". Tidak hairanlah jika
generasi akan datang tertanya-tanya bagaimana
seseorang ibu boleh melahirkan anak di rumah
tanpa bantuan doktor dan alat perubatan
moden. Untuk meninjau masalah-masalah yang
dihadapi oleh bidan-bidan kampung itu, satu
bengkel untuk bidan-bidan kampung telah
diadakan di bawah kelolaan Bahagian Kesihatan
CAP. Seramai 36 orang bidan kampung dari
Pulau Langkawi, Kedah dan Pulau Pinang telah
menghadiri bengkel selama tiga hari.

PANDANGAN BIDAN KAMPUNG TERHADAP


KAEDAH BERSALIN DI HOSPITAL

Sebagai manusia biasa, bidan-bidan kampung


juga mempunyai perasaan dan pandangannya
sendiri terhadap kaedah bersalin di hospital.
Apatah lagi setelah menerima pelbagai tuduhan
dn sekatan yang dikenakan secara tidak
langsung terhadap ilmu perbidanan yang
mereka warisi daripada ibu atau nenek moyang
masing-masing.

Berdasarkan pengalaman beberapa orang ibu


yang bersalin di hospital dan juga apa yang
didengar oleh bidan-bidan kampung sendiri,
kaedah bersalin di hospital turut menimbulkan
kebimbangan dan ketidakpuasan hati di
kalangan ibu-ibu yang bakal melahirkan anak,
terutamanya anak pertama. Pihak hospital
selalu menggunakan gunting di mana menurut
bidan kampung, tidak baik untuk ibu-ibu
bersalin.
Pembedahan akan dilakukan jika timbul
kesulitan ketika bersalin. Suami pula tidak
dibenarkan memberi pertolongan kepada isteri
ketika bersalin. Ibu yang di dalam kesakitan
untuk bersalin juga sering tidak mendapat
simpati daripada kakitangan hospital yang
bertugas. Di hospital juga tiada pantang larang
untuk makan. Selain itu, bidan-bidan kampung
juga tidak suka jika pihak hospital memaksa
ibu yang mengandung itu bersalin di hospital.

Pada keseluruhannya, kaedah yang digunakan


di hospital seolah-olah mendesak ibu yang
hendak bersalin itu melahirkan anaknya dengan
cepat. Ini mungkin disebabkan bilangan ibu
yang akan bersalin di hospital lebih ramai
berbanding dengan ibu yang bersalin di rumah.
Kaedah bersalin di hospital itu jauh berbezanya
dengan kaedah tradisional yang digunakan oleh
bidan-bidan kampung. Bidan-bidan kampung
nampaknya lebih sabar di dalam menjalankan
tugas, sungguhpun terdapat kes ibu yang
terpaksa mengambil masa berhari-hari untuk
bersalin.

Kaedah Bersalin Secara Tradisional

Jampi serapah menjadi senjata utama bidan-


bidan kampung. Apabila seseorang ibu itu
mengalami sakit untuk bersalin, "Pinang
Perangsang" (pinang jampi untuk mencepatkan
sakit untuk bersalin) akan diberikan. Selepas
itu, perut ibu berkenaan akan diurut perlahan-
lahan untuk merasa kandungan rahim ibu itu.
Minyak selusuh akan disapu di seluruh rahim
itu. Ketuban si ibu akan dipastikan sama ada
cekang atau tidak. Di samping itu, ibu itu akan
diajar mengucap kalimah yahadah dan anak
yang dilahirkan akan disambut perlahan-lahan.
Anggota ibu yang renggang akan dirapatkan.

Setelah bayi itu selamat dilahirkan, tali


pusatnya akan dikerat sepanjang 1½ inci. Ibu
berkenaan akan dibiarkan berehat sekejap. Bayi
itu akan diselawat, kemudian diazan (bagi bayi
lelaki) atau iqamat (bagi bayi perempuan).
Setelah itu, ia akan dimandikan. Begitu juga,
"batu merian" (rahim ibu) akan dirasa sama ada
keras atau lembut.

Sekiranya bayi yang dikandung berada dalam


keadaan songsang, bidan kampung akan
memusingkan kedudukannya secara perlahan-
lahan. Doa buka pintu ketujuh (petikan ayat
suci al-Quran) akan dibacakan untuk
memudahkan kelahiran. Selepas itu, paha ibu
akan diurut sampai ke pinggang. Tujuannya
ialah untuk membiar pulih urat saraf ibu yang
bersalin itu.

Selepas 10-12 jam besalin, si ibu perlu


dimandikan dengan air daun capa, daun pisang
kelat, daun ringan-ringan, cemamak, gendang
rusa dan inai. Jika tiada daun, digunakan halba
sahaja. Daun-daun itu perlu direbus dan
dibiarkan suam airnya unutk memandikan ibu
itu selama tiga hari berturut-turut. Ini adalah
melindungi ibu itu daripada mengalami
perdarahan berlebihan dan penyakit sengal-
sengal tulang serta untuk memulihkan sistem
tubuhnya.

Selepas bersalin, urat saraf dan otot si ibu akan


mengembang dan rahimnya tidak berada di
dalam kedudukan asal. Untuk memulihkan
keadaan ini kaedah "bertungku" akan dilakukan
selama 40 hari. Selain itu, pusat bayi pula akan
didemah dengan daun sirih yang dilayur. Deni
kayu cenderat akan disapu pada pusat bayi itu.
Selepas 25 hari "batu merian" (rahim) itu akan
kembali kepada kedudukan asalnya. Begitulah
antara kaedah yang digunakan oleh bidan
kampung di dalam mengurus ibu yang bersalin.

Di dalam "masa pantang" pula ibu yang telah


bersalin itu akan diberi makanan yang berzat.
Bahagian merah telur ayam akan dicampurkan
dengan manisan lebah dan air gamat. Ibu itu
juga perlu memakan ubat-ubat tradisional
seperti tongkat ali, gajah beranak, rusa jatuh,
kacip fatimah dan akar perapat. Selain itu, ibu
juga disuruh berehat dan menjaga kebersihan
diri.

1. PERUBATAN CINA

Dalam perubatan tradisonal, jenis gelaran bagi doktor tradisional


berlainan. Bagi masyarakat Cina, doktor tradisional digelar ‘Fashe’, ‘Dai
Fu’, ‘Tabib Cina’ dan ‘Singse’. Di samping itu, pengeras yang digunakan
untuk menjalankan upacara menjampi ialah kayu gaharu, wang kertas
palsu dan pedang ‘Mao Shan Tien’. Perubatan Cina semakin meluas dan
ramai orang yang serasi dengan ubatan penyembuhannya.
Bagaimanapun, sikap kerajaan yang ‘lepas tangan’ bermakna tiada
peraturan yang mengawalnya. Adalah sukar bagi seseorang pengguna
untuk menentukan siapakah yang betul-betul berkelayakan dalam
bidang ini dan siapa pula yang hanya berpura-pura. Ubat-ubat yang
diberi tidak mempunyai label dan tarikh luput penggunaan. Berjuta-juta
rakyat Malaysia mengamalkan perubatan tradisional ini. Justeru itu,
tibalah masanya kini untuk mereka mendapat perlindungan.

PERBINCANGAN SETERUSNYA MENGENAI SINGSE

Ramai rakyat Malaysia keturunan Cina lebih gemar mendapat rawatan


secara tradisi daripada singse apabila mereka jatuh sakit. Ramai pula
yang kembali mengguna kaedah ini sebagai usaha terakhir apabila
rawatan moden gagal untuk menyembuhkan penyakit mereka.

Mereka yang memilih cara rawatan ini mengesahkan tentang


keberkesanannya, sementara bekas-bekas pesakit dan singse mendakwa
bahawa terdapat beberapa jenis penyakit yang dianggap tidak dapat
disembuhkan dengan cara rawatan moden yang sebenarnya boleh
disembuhkan sepenuhnya dengan campuran herba dan bahan-bahan
yang diambil daripada binatang. Menurut Encik L. S. Lim, pakar
akupuntur Cina yang bekerja sambilan di Pusat Perubatan Cina
Hospital Lam Wah Ee mendakwa terdapat beberapa jenis penyakit yang
tidak berkesan dengan rawatan moden boleh disembuhkan dengan
menggunakan ubatan Cina. Sebagai contoh, ubatan moden boleh
mengawal gejala-gejala penyakit asma atau lelah tetapi ubatan Cina
boleh menghapuskannya sama sekali. Di samping itu, penyakit reumatik
boleh disembuhkan dengan kaedah akupuntur atau mengambil
campuran herba yang selalunya berjaya diubati oleh singse termasuklah
gastrik, migran dan batu karang di buah pinggang.
Akupuntur juga boleh merendahkan paras kolesterol di dalam aliran
darah, dengan itu akan mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain
itu, akupuntur juga boleh mengurangkan kesakitan sewaktu
pembedahan. Kejayaan rawatan tradisi Cina ini mungkin disebabkan ia
tidak merupakan satu cara penyembuhan sahaja tetapi gabungan
peraturan dalam bentuk pemakanan dan perubahan corak hidup yang
mengubah seluruh kedudukan badan. Encik Lim menegaskan bahawa,
"Jika anda mengguna ubat ini, anda hendaklah mematuhi segala arahan
yang diberikan dan tidak melanggar segala pantang yang berhubungan
dengan cara rawatan ini." Menurut Encik Liew Choak Yoon, seorang lagi
pakar perubatan singse yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun
memberi amaran bahawa ubat herba Cina mestilah diamalkan bersama-
sama dengan corak pemakanan yang khusus.

Begitu juga, seseorang pesakit jangan menjangka akan segera sembuh


selepas mengambil ubat ini, berikan masa kepadanya untuk bertindak
secara perlahan-lahan. Alasan utama kenapa ubat tradisional begitu
berkesan ialah kerana prinsip ‘ying’ (negatif) dan ‘yang’ (positif) ataupun
mengimbangkan semula badan yang merupakan asas segala rawatan.
Adalah dipercayai sekiranya kedua-dua kuasa ini tidak seimbang maka
ia akan menimbulkan penyakit. Begitu juga, dalam setiap rawatan
empat perkara perlu dipertimbangkan sama ada penyakit itu "panas",
"sejuk", "lemah" atau "kuat". Ubat yang diberi adalah menurut diagnosa
yang dibuat.

TIADA KAWALAN

Memandangkan tiada peraturan yang menguasai kegiatan singse,


pengguna tidak mempunyai label dan tidak mempunyai tarikh tamat
penggunaannya, singse pun tidak berkelayakan untuk menjalankan
operasinya. Amalan ubatan tradisi Cina mendapat kebenaran di bawah
Akta Perubatan yang memberi kelulusan kepada sesiapa untuk
mengamalkan sistem terapeutik atau pembedahan mengikut kaedah asli
keturunan Melayu, Cina dan India dan boleh mendapat bayaran
berdasarkan kaedah yang diberikan.

Pindaan kepada Akta Ubatan 1986 (Pengiklanan dan Jualan) telah


mewajibkan pendaftaran semua ubat yang mengandungi racun. Ini
termasuklah ubatan Cina dan secara tidak langsung merupakan
kawalan ke atas singse. Bagaimanapun pemeriksaan dengan
Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa pendaftaran ubatan
tradisi Cina masih belum dibuat. Seorang pegawai kanan di
Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan memberitahu mereka
sedang dalam proses untuk mendaftarkan semua jenis ubat yang
terdapat di pasaran termasuk ubat tradisional, tetapi ubat yang diberi
bukan mengikut arahan doktor merupakan ubat terakhir yang diberi
keutamaan.

Di samping itu, undang-undang tidak mewajibkan ubatan tradisional


mempunyai label dan disertai dengan kandungan bahan-bahan yang
digunakan. Ramai pengamal ubatan Cina tidak mematuhi peraturan
melabelkan bahan-bahan kandungan yang digunakan. Mereka
mendakwa bahan-bahan di dalam ubatan herba begitu kompleks hingga
sukar untuk dinyatakan bahan-bahan campurannya melalui label.
Alasan ini sebenarnya begitu lemah sekali. Pihak Kementerian
seharusnya mengadakan undang-undang penglabelan yang mewajibkan
semua ubatan tradisional Cina menyenaraikan bahan-bahan ramuan
yang mereka gunakan.

Selain daripada itu, tidak ada juga undang-undang yang mewajibkan


perletakan tarikh luput bagi ubatan traidisional Cina. Ramai singse yang
ditemui menasihatkan orang ramai supaya membuat perbezaan antara
ubatan lama dan baru dengan cara menghidu dan melihat keadaannya.
Bagaimanakah pengguna biasa dapat mengetahui perbezaannya?
Ubatan Cina yang dijual di Singapura diwajibkan mempunyai tarikh
luput penggunaan. Oleh itu, tiada alasan bagi pengguna-pengguna di
negara kita untuk tidak mendapat perlindungan dalam undang-undang.

Pada masa sekarang, singse tidak wajib mendaftar dengan mana-mana


badan pengawasan. Mereka mungkin menjadi ahli kepada Persatuan
Tabib Cina tetapi pendaftarannya dibuat secara sukarela, terutamanya
bagi mereka yang mendapat latihan di luar negeri. Kurangnya kawalan
dalam bidang ini hanya akan menimbulkan penyelewengan, melainkan
jika pihak Kementerian mewajibkan singse mendaftar dengan persatuan
tersebut. Dengan ini akan memudahkan pihak persatuan mengenalpasti
antara pengamal yang berkelayakan dan sebaliknya.

RUMAH URUT SEDIA KEMUDAHAN MODEN

Biasanya orang yang mengunjungi rumah urut dipandang serong oleh


masyarakat. Ini tidak dapat dielakkan kerana perkhidmatan rumah urut
sering kali dikaitkan dengan kegiatan maksiat.

Namun kini, Bath Circles, sebuah pusat kesihatan yang


menggabungkan penggunaan kaedah rawatan tradisional dan perubatan
moden untuk merawat pelbagai penyakit urat saraf serta yang berkaitan
dengan sistem pengaliran darah yang tidak betul, dijangka akan
mengubah imej ini. Pemiliknya, Dr Chai Sooi Fatt mengatakan bahawa
pusat mengurut tradisional dan penjagaan kesihatan itu yang bertempat
di Petaling Jaya adalah yang pertama di negara ini yang mengasingkan
tempat mengurut bagi lelaki dan wanita iaitu tukang urut lelaki untuk
mengurut pelanggan lelaki dan gadis yang dilatih untuk mengurut
pelanggan wanita sahaja.

Tukang urut di situ diajar kemahiran mengurut berdasarkan teknik


mengurut tradisional Cina serta Jepun yang dikenali sebagai ‘Shiatsu
dan Swiss’ atau ketiga-tiga kaedah sekaligus. Teknik rawatan tradisional
yang diamalkan di institut itu ialah mangurut dan mengawal
pemakanan manakala rawatan moden pula membabitkan penggunaan
mesin ‘Modulated Nid-fre-quency Electrotherapy’ (akupuntur tanpa
jarum) dan khidmat kaunseling yang teratur.

Penggabungan penggunaan kaedah rawatan tradisional dan perubatan


moden dapat merawat penyakit Reumatik Arthritis, Osteoarthritis, lutut,
gout, penggang sendi, urat saraf, sakit kepala termasuk migraine.
Penyakit Reumatisma berpunca daripada sistem metabolisma badan
yang tidak teratur, hormon yang tidak seimbang, kekurangan antibodi,
kemalangan dan pelbagai jenis jangkitan kuman. Sehingga kini, Bath
Circles sudah merawat lebih daripada 3000 pesakit pelbagai jenis
menerusi teknik mesin Modulated Nid-fre-quency Electrotherapy
(akupuntur tanpa jarum), mengurut cara tradisional Cina menggunakan
minyak akar kayu, kawalan makan diet, kawalan pemakanan terapi
serba, latihan jasmani dan kaunseling. Mengurut cara tradisional Cina
menggerakkan semula tenaga dalaman badan bagi memastikan
pengaliran darah sempurna dan menguatkan sistem ketahanan badan.

4.3 PERUBATAN IBAN

Memang merupakan gelaran doktor tradisional bagi orang-orang Iban.


Orang-orang Iban menggunakan darah ayam sebagai pengeras yang
digunakan untuk menjalankan upacara menjampi.

Orang Melanau yang menggunakan buai atau ayun dan juga


menggunakan patung-patung kayu buat mengganti roh si sakit
bukanlah sesuatu yang asing bagi orang Melayu zaman dahulu. Begitu
juga apabila orang Bidayuh menghalau makhluk-makhluk jahat dengan
menggunakan perahu kecil samalah seperti orang Melayu membuang
ancak atau melayarkan lancang untuk menghilangkan penyakit.

 
 

5. PERANAN PERUBATAN TRADISIONAL DALAM MASYARAKAT

TEMPATAN

Sejarah dunia sebenarnya telah bermula serentak dengan kewujudan


manusia yang hidup berjuta-juta tahun yang lampau. Hal ini dapat
dipastikan dengan penemuan prasasti-prasasti yang menunjukkan
bahawa manusia purba telah mengetahui ilmu perubatan. Namun
demikian, kita tidak dapat mengatakan bahawa ilmu perubatan masa
lampau sama dengan yang ada kini. Memanglah sesuatu yang primitif
itu, mempunyai perbezaan dengan yang moden hari ini.

Terdapat banyak perbezaannya. Hal yang paling penting untuk


diperkatakan ialah peranannya di dalam masyarakat tempatan.
Mungkin ada pihak-pihak yang mengatakan apabila disebut sahaja
perubatan, seringkali dihubung-kait dengan pesakit. Hakikatnya, tidak
cuma setakat itu. Dunia perubatan tradisional menyelam jauh ke dasar
kehidupan manusia, masyarakat tempatan khasnya, berbanding dengan
dunia perubatan moden.

Sebelum membicarakan peranan-peranan perubatan tradisional di


dalam masyarakat tempatan ini, kita hendaklah tahu sedikit sebanyak
tentang alat-alat serta orang yang bertanggungjawab di dalam hal ini.
Pakar perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu digelar bomoh,
dukun atau pawang sementara dalam masyarakat Iban mereka digelar
‘beliau’ atau ‘menang’. Di samping itu, tokoh seperti bidan juga turut
memainkan peranan yang agak ketara di dalam masyarakat tempatan.

Satu hal yang amat ketara berbeza dengan dunia perubatan moden
adalah bahan yang digunakan serta cara mengubati penyakit. Bagi
masyarakat Melayu dan Melanau, bahan-bahan seperti kemenyan, keris
tua, buah limau, bunga-bunga dan lain-lain kerap digunakan, di
samping jampi serapah yang tidak pernah ditinggalkan.

Peranan utama perubatan tradisional adalah untuk menyembuhkan


penyakit. Hal ini tidak dapat dinafikan meskipun ada sesetengah pihak
yang beranggapan bahawa kesihatan merupakan soal ringan bagi
masyarakat primitif.

Di dalam hal untuk menyembuhkan penyakit selalunya terdapat


persamaan di kalangan kaum-kaum yang mengamalkannya. Masyarakat
Melayu dan Iban umpamanya, terdapat orang atau pakar yang
bertanggungjawab. Perlakuan mereka turut menunjukkan persamaan.
Jikalau di dalam masyarakat Melayu terdapat unsur-unsur pemujaan
kuasa-kuasa halus atau roh (ini terdapat di dalam masyarakat Melayu
kuno), maka di dalam masyarakat Iban turut terdapat pemujaan.
Jikalau masyarakat Melanau mempercayai bahawa DAKAN (gendang)
mempunyai fungsi yang tidak dapat diketepikan di dalam
menyembuhkan penyakit, demikian juga dengan masyarakat-
masyarakat lain.

Oleh itu, dapat dikatakan masyarakat tempatan yang mengamalkan


perubatan tradisional ini, mempunyai anggapan yang hampir sama
tentang fungsi bahan-bahan dan jampi serapah tadi.

Seandainya kita meneliti dengan lebih mendalam lagi tentang peranan


bahan-bahan atau perlakuan "pakar-pakar" tadi, kita tidak dapat
melihat bagaimana ia dapat mengubati penyakit, tetapi masyarakat
tradisional amat mempercayainya, malah mereka berpegang teguh
kepada amalan-amalan itu. Di samping berfungsi sebagai
menyembuhkan penyakit, perubatan tradisional juga mempunyai fungsi
yang lain iaitu untuk menghindari seseorang daripada mendapat
kecelakaan atau penyakit. Hal ini mempunyai kaitan dengan
kepercayaan masyarakat tempatan terhadap kuasa-kuasa atau
makhluk-makhluk halus. Dalam masyarakat Iban, hal ini disebut
BERSUDIK.

Hal ini diadakan kerana masyarakat tempatan amat mempercayai


sesuatu penyakit atau perkara-perkara buruh yang terjadi adalah
disebabkan oleh kuasa-kuasa halus. Masyarakat primitif juga
mempercayai seandainya makhluk-makhluk itu tidak "dihormati", maka
mereka boleh mendatangkan bala. Oleh sebab itulah hal seperti
BERSUDIK dan Pesta Petani dilakukan.

Jadi, selain mengubati penyakit, pakar-pakar seperti bomoh atau


MANANG dapat menghalau penyakit tertentu daripada menyerang
seseorang. Selain itu, upacara Pesta Petani yang dilakukan oleh
masyarakat Melanau bertujuan untuk memohon rezeki yang banyak.
Maksudnya Pesta Petani dipraktik untuk memohon kepada "penjaga
pantai" supaya membenarkan nelayan-nelayan mendapat tangkapan
ikan dengan banyak.

Di samping itu, tokoh seperti bidan turut mempunyai sumbangan dalam


perubatan tradisional. Selalunya bidan-bidan melakukan pekerjaan
mereka di kawasan-kawasan yang jauh terpencil atau di luar bandar
yang tidak mempunyai perkhidmatan bidan kerajaan. Walau
bagaimanapun, peranan bidan tradisional lebih dipercayai oleh
masyarakat tempatan berbanding dengan peranan bidan-bidan kerajaan
yang terdapat sekarang. Ini kerana bidan-bidan tradisional bukan
setakat untuk memastikan bayi itu selamat dilahirkan, tetapi juga
memastikan agar tidak ada makhluk-makhluk jahat yang mengiringnya
semasa lahir.

Masyarakat tempatan turut mempercayai pakar-pakar perubatan


tradisional bukan setakat dapat menjamin kesihatan mereka, tetapi juga
berfungsi sebagai pakar-pakar di dalam hal-hal kecantikan dan
kecerdasan. Sebab itulah kita sering mendengar perkara-perkara seperti
"susuk", "mandi berlimau", akar-akar kayu yang boleh memberi
kecerdasan otak dan lain-lain lagi. Tentang hal-hal kecantikan misalnya,
disebabkan tidak terdapat alat-alat solek, maka mereka menggunakan
susuk, atau menggunakan bahan-bahan yang diperbuat daripada
bunga-bunga atau akar-akar kayu untuk mencantikkan diri. Perlu
disebut bahawa hal ini masih kekal dilakukan oleh kebanyakan wanita
sehingga sekarang.

Walau bagaimanapun, di dalam hal untuk mendapat kecerdasan otak


melalui air akar-akar kayu yang dimasak, tidak dapat dipastikan adakah
bahan tersebut benar-benar dapat mendatangkan kebaikan. Cuma
perkara yang ketara ialah masyarakat tempatan amat mempercayai hal
ini. Bagaimanapun, kita tidak dapat menafikan terdapatnya tumbuh-
tumbuhan yang dapat menyihatkan tubuh badan, kerana dari kajian
pakar-pakar hari ini, telah terbukti khasiatnya, contohnya ulam-
ulaman.

Jadi bolehlah dikatakan bahawa ubat-ubatan tradisional dapat


menjamin kecerdasan mental dan kekuatan fizikal manusia. Berbanding
dengan perubatan moden (meskipun terdapat kebaikannya) prubatan
tradisional amat dipercayai oleh masyarakat tempatan. Walau
bagaimanapun, di dalam masyarakat Melayu, apabila datangnya Islam,
sedikit sebanyak peranan perubatan tradisional berkurangan.
Masyarakat primitif lebih mempercayai kuasa-kuasa halus dan
sesetengahnya mempercayai kuasa-kuasa syaitan, dan hal ini adalah
bertentangan denga ajaran Islam yang lebih mempercayai kekuasaan
Allah.

Jadi, kita dapat melihat di dalam masyarakat Melayu, perubatan


tradisional meskipun masih diamalkan, tetapi bilangannya berkurangan,
yang hanya dijadikan sebagai pilihan kedua selepas perubatan secara
moden. Daripada peranan-peranan yang telah dijelaskan tadi, dapat
dikatakan kepercayaan masyarakat tempatan terhadap prubatan
tradisional amat menebal. Hal ini amat ketara sampai ke hari ini
terutama sekali jika kita meninjau kepada mereka yang tinggal jauh di
pendalaman.
Seandainya kita melihat masih ada yang mengamalkan corak perubatan
tradisional di tengah-tengah arus permodenan, ia tidaklah mempunyai
persamaan fungsi seperti apa yang dilakukan oleh masyarakat primitif
dahulu. Jika dahulu, kita melihat perubatan tradisional ini menjadi
amalan yang dipegang teguh, tetapi hari ini ia menjadi satu amalan yang
bertujuan komersial. Inilah peranan perubatan tradisional yang dapat
dilihat pada hari ini, yang lebih banyak bertujuan untuk mendapatkan
wang ataupun untuk dijadikan sumber rezeki. Sebaliknya pada masa
lampau perubatan tradisional semata-mata untuk mengubati seseorang
atau membantu orang-orang sekeliling.

Contoh yang dapat diambil untuk melihat hal ini adalah penjual-penjual
ubat di kaki lima atau bomoh atau pawang yang menuntut upah apabila
memberikan perkhidmatan. Terdapat beberapa sebab hal ini terjadi.
Pertama mungkin disebabkan oleh bahan-bahan perubatan yang sukar
dicari, seperti akar-akar kayu yang hanya terdapat di hutan. Sebagai
ganjaran mencarinya, maka bayaran dikenakan. Selain itu, mungkin
juga disebabkan oleh keperluan hidup hari ini yang memerlukan wang
di dalam semua urusan. Jadi, hari ini kita mendapati perubatan
tradisional yang dijalankan hanya untuk mendapatkan wang. Malah
sesetengahnya tidak mempunyai fungsi apa-apa di dalam
menyembuhkan penyakit, malah ada yang boleh membahayakan
kesihatan.

Jadi dapat dikatakan bahawa peranan perubatan tradisional telah


berubah mengikut perubahan zaman. Pada hari ini, dapat dikatakan
ianya sebagai satu warisan budaya yang tinggal seperti abu di atas
tunggul. Bukan mudah untuk mencari orang yang betul-betul pakar di
dalam perubatan tradisional pada hari ini. Walaupun di sesetengah
tempat, masyarakat kita masih mengamalkannya, tetapi amatlah
sedikit. Di samping itu, unsur-unsur moden seperti bahan-bahan yang
digunakan telah bercampur aduk dengan bahan-bahan aslinya. Di
sesetengah tempat, kepercayaan terhadap adat yang telah ditelan oleh
kepercayaan agama dan arus zaman, perubatan tradisional hanya
tinggal sebagai bahan cerita yang tidak diamalkan lagi.

6.0 POTENSI UBAT-UBAT TRADISIONAL

Di merata dunia usaha-usaha sedang diperbaharui untuk mengkaji


ubat-ubat tradisional dengan lebih saintifik. Dengan tertubuhnya
beberapa pusat penyelidikan di negara ini, peluang untuk
mengintensifkan penyelidikan ke atas ubat-ubat tradisional akan jadi
lebih cerah. Ini juga mengurangkan pergantungan ke atas kepakaran
dari negara luar.

Penemuan-penemuan terbaru dalam dunia perubatan dan kesan ubat


tradisional yang menakjubkan memberikan insentif kepada
pembangunan industri tersebut. Ada sesetengah jenama ubat tradisional
dalam pasaran sekarang yang dipercayai boleh meninggikan kecerdasan
otak, membantu awet muda, mencegah kolesterol dan darah tinggi serta
berbagai ciri perubatan lain.

Berhadapan dengan prospek ekonomi ini, gesaan Menteri Sains,


Teknologi dan Alam Sekitar berhubung dengan kepentingan program
pemeliharaan atau pemuliharaan biodiversiti perlu diambil perkiraan
lebih serius. Program pemeliharaan atau pemuliharaan tumbuhan ubat-
ubat tradisional perlulah mendapat fokus yang lebih tertumpu
memandangkan nilai ekonomi dan perubatan yang tidak terhingga.

7.0 KESIMPULAN

Terdapat tren di seluruh dunia untuk memperakui kepentingan ubat-


ubat tradisional di samping perubatan lain seperti akupuntur, rawatan
homeopati, ubat herba dan lain-lain.

Malaysia yang mengimport ubat-ubat dan produk farmasi bernilai


berjuta-juta ringgit setiap tahun sebenarnya mempunyai banyak aset
ubat-ubat tradisional yang boleh dimodenkan bagi mengurangkan
pergantungan kepada import ubat-ubat dari luar negeri. Bagaimanapun,
mesti ada pengusaha kecil dan sederhana di kalangan penduduk
tempatan tampil meneroka, mencari peluang dan kepakaran dalam
indurtri ubat-ubat tradisional di samping mengekalkan warisan budaya
perubatan tradisional tempatan. Ruang untuk memajukan ‘industri’ ini
masih terbuka sangat luas memandangkan ia belum mencapai status
industri dalam ertikata sebenar, apatah lagi mencapai taraf "high tech
pharmaceutical industri". Soalan yang mendesak ialah apakah kerajaan
bersedia memberikan pengiktirafan sah kepada semua jenis ubat
tradisional di samping memberikan status "profesion" kepada pengamal
perubatan tradisional yang mungkin mewujudkan "dualisme" dalam
perkhidmatan perubatan di Malaysia? Akhir sekali, selain menjamin
status pemuliharaan tumbuhan ubat-ubatan tradisional bagi
memastikan sumber berkekalan, penyelidikan dan pembangunan
haruslah dipergiatkan bagi membolehkan pembangunan sub-sektor ini
dengan lebih terancang

BIBLIOGRAFI:
http://www.agrolink.moa.my/iadp/penang/paman/p83.html

http://www.ids.org.my/HomePage/Publications/ResearchPaper/Articles
/review43.html

http://www.ids.org.my/HomePage/Publications/ResearchPaper/Articles
/review59.html

Journal of Secret Heart Secondary School.1997 & 1998

You might also like