You are on page 1of 14

PENGAJARAN MIKRO

MOHD ALI BIN JEMALI


JABATAN KEMAHIRAN HIDUP
IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JB
PENGAJARAN MIKRO
Konsep dan Tujuan Pengajaran Mikro

a. Konsep

 Pengajaran mikro digunakan untuk


memperihalkan teknik pengajaran untuk
membolehkan pelatih atau pelajar
menguasai, melatih atau memurnikan
kemahiran pengajaran dalam situasi yang
dikurangkan dari segi kesukarannya. Maka
dalam melaksanakan pengajaran mikro
bilangan pelajar dan peruntukan masa
dikurangkan.
b. Tujuan

Pelaksanaan pengajaran mikro akan ;


 membekalkan situasi pengajaran yang realistik
kepada guru pelatih
 mengurangkan risiko kepada guru dan pelajar
 memberi peluang kepada pelatih
mengaplikasikan teori pembelajaran
 meningkat dan mengembangkan pengalaman
pengajaran
 menjimatkan masa dan sumber dalam
pengajaran dan menilai kemahiran spesifik
Pelaksanaan Pengajaran Mikro

 Dalam melaksanakan pengajaran mikro pelajar membina


satu rancangan mengajar yang singkat 5 – 20 minit
berdasarkan bidang kepakarannya , membuat objektif
spesifik dan mengajarnya kepada sebilangan kecil
pelajar lain.

 Setelah pengajaran telah dilaksanakan satu penilaian


atau pencerapan dilakukan untuk mengesan kelemahan
Pencerapan hendaklah dilaksanakan oleh pensyarah
atau penyelia, rakan-rakan dan kendiri.

 Seterusnya satu perancangan semula perlu dilaksanakan


untuk tujuan penambahbaikan. Pengajaran mikro
merupakan satu kitaran atau satu pusingan seperti yang
digambarkan dalam rajah di bawah :
Perancangan
(RPH)

Pencerapan Pengajaran
( komen ) ( mengajar)

Kitaran pengajaran mikro


Kemahiran-Kemahiran dalam
Pengajaran Mikro
a. Kemahiran set induksi

Set induksi merupakan satu proses yang digunakan dalam


permulaan pengajaran, apabila menukar topik, sebelum soal jawab
sebelum pertunjukan slaid atau video dengan tujuan menarik
perhatian pelajar dan mendorong pembelajaran. Prinsip-prinsip set
induksi seperti berikut :
memfokuskan perhatian pelajar terhadap apa yang hendak di ajar
membentuk satu rangka rujukan semasa pengajaran
memberi makna terhadap sesuatu konsep atau makna baru
merangsang minat dan penglibatan murid
meletakkan murid dalam set mental atau keadaan yang sesuai untuk
belajar
menggalakkan pelajar enyertai pelajaran dengan giat.
mewujudkan keadaan ingin tahu dikalangan murid
b. Kemahiran menggunakan papan
tulis

 Papan tulis penting dalam meningkatkan


pembelajaran pelajar dari segi
menjelaskan lagi penerangan guru
tentang fakta, konsep atau idea yang
abstrak.

 Oleh itu rancangkan bagaimana


penggunaan papan tulis dari segi masa,
pembahagian ruang dan penglibatan
pelajar
c. Kemahiran variasi ransangan

Kemahiran ini adalah untuk membangkitkan


perhatian pelajar dan mefokuskan perhatian
pelajar kepada fakta penting dalam pelajaran.

Variasi ransangan berkait rapat dengan


kebijaksanaan guru pelatih mempelbagaikan
strategi pengajaran, kecekapan penggunaan
alat bantu mengajar , persekitaran bilik darjah,
komunikasi verbal dan non-verbal guru.
d. Kemahiran penyoalan

 Penyoalan merupakan satu aspek penting yang


boleh mebawa pelajar kepada aktiviti kognitif
aras tinggi.

 Guru harus faham dan tahu tentang


kepentingan soalan dalam pengajaran dan
pembelajaran seperti membantu pelajar
mengingat kembali fakta-fakta dan mencungkil
fikiran pelajar.

 Soalan yang dibentuk hendaklah dirancang


dengan rapi dan mengikut kebolehan pelajar
i. Panduan menyoal

pastikan soalan jelas


nyatakan soalan, tunggu 2-3 saat dan
kemudian panggil nama pelajar yang
dikehendaki menjawab soalan berkenaan
tanya satu soalan pada satu masa
gunakan soalan aras rendah dahulu dan
diikuti dengan soalan aras yang lebih
tinggi
gunakan teknik “probing” untuk
membantu pelajar memberikan
jawapan.
ii. Aras soalan

Berdasarkan taksonomi Bloom terdapat 6 aras


soalan:

 Pengetahuan
 Kefahaman
 Aplikasi
 Analisis
 Sintesis
 Penilaian
e. Kemahiran menggunakan pengukuhan

 Guru yang mempunyai kemahiran


pengukuhan dapat menggalak pelajar
menjawab soalan, mengemukakan
cadangan dan secara keseluruhannya dapat
melibatkan pelajar melibatkan diri dalam
perbincangan bilik darjah.
f. Kemahiran penutup

Penutup haruslah sesuai dengan objektif dan


aktiviti pelajaran yang telah disampaikan.
Semasa penutup ini aktiviti susulan juga harus
dirancang dengan teliti dan ada
kesinambungan dengan pelajaran akan
datang.

Tujuan penutup adalah untuk menarik


perhatian perhatian pelajar tentang pelajaran
baru yang dipelajari, mengukuhkan konsep,
prinsip atau kemahiran baru, mewujudkan
perasaan pencapaian dan kejayaan dan
peluang mengaplikasi konsep dan kemahiran
baru.
SEKIAN

You might also like