P. 1
Isu Pendermaan Organ

Isu Pendermaan Organ

|Views: 472|Likes:
Published by albeny j.p

More info:

Categories:Types, Research
Published by: albeny j.p on Jul 22, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/15/2013

pdf

text

original

ISUISU-ISU BERKAITAN PENDERMAAN ORGAN

Siapa dan bagaimana untuk menjadi seorang pengikrar penderma organ? 
Sesiapa sahaja boleh menjadi pengikrar penderma organ  Isikan borang pendaftaran dan hantar ke PSTN  Simpan kad pengikrar kedalam dompet dan bawa sepanjang masa di mana berada  Beritahu keluarga hasrat anda  Bawah 18 tahun ± tandatangan ibu/bapa perlu diambil

Adakah pendaftaran pendermaan organ dan tisu memerlukan yuran pendaftaran?
Tiada bayaran yang diperlukan untuk mendaftar sebagai penderma organ.

Bolehkah organ yang didermakan diberikan kepada individu tertentu?
Tidak boleh. Organ yang didermakan akan diberikan kepada sesiapa sahaja tidak mengira bangsa, agama dan status

Adakah organ yang didermakan akan diberi keutamaan kepada ahli keluarga? keluarga?
Sekiranya ahli keluarga yang memerlukan organ tersebut mempunyai kesesuian dari segi perubatan dan keadaan pesakit tersebut pada waktu itu seuai untuk menjalani pembedahan. Pihak hospital akan mempertimbangkannya.

Apakah kriteria untuk menjadi seorang pendermaan organ?
Pesakit yang disahkan mati otak sahaja boleh mendermakan organ dan tisu 

Pesakit yang meninggal secara biasa (cardiac death) hanya boleh menderma tisu sahaja Bebas dari penyakit berjangkit  

OrganOrgan-organ penderma tersebut masih berfungsi dengan baik

Adakah pendermaan ini dikenakan bayaran? 

Bayaran caj rawatan tidak akan dikenakan sekiranya penderma dirawat di hospital kerajaan Sekiranya penderma dirawat di hospital swasta, bayaran caj rawatan selepas penderma disahkan meninggal dunia dan menandatangani surat keizinan (consent form) tidak perlu ditanggung oleh keluarga penderma 

Adakah pendermaan ini akan melambatkan proses pengkebumian?
Tidak. Urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa. Selepas organ dan tisu diperolehi dari tubuh penderma maka jenazahnya akan dipulangkan kepada waris penderma secepat mungkin. Proses perolehan organ dan tisu tidak akan menjejaskan adat pengkebumian seperti upacara penghormatan kepada jenazah.

Bagaimanakah sekiranya penderma meninggal dunia di rumah? Apakah yang perlu dilakukan?
Keluarga penderma perlu memaklumkan kepada hospital yang berdekatan dan hanya mata sahaja yang boleh didermakan.

Bagaimanakah sekiranya seorang pengikrar penderma meninggal dunia di luar negara?
Mereka masih boleh mendermakan organ tetapi penerima organ adalah dari pesakit dinegara tersebut.

Adakah semasa post mortem dijalankan,?organ simati akan diambil bagi tujuan pendermaan
Prosedur pendermaan mahupun post mortem adalah berbeza sama sekali. Pendermaan hanya akan dilakukan setelah mendapat keizinan dari keluarga

Adakah penjualan organ berlaku di Malaysia?
Tidak sama sekali. Kerajaan Malaysia mengharamkan penjualan organ di negara ini.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->