You are on page 1of 1

Kitar Semula

Kita harus mempraktikkan amalan 3R, iaitu kurangkan penggunaan, guna semula, dan kitar
semula (Reduce, Reuse and Recycle). Kitar semula bermaksud rnengumpulkan dan
memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang
berguna. Amalan kitar semula barang-barang terpakai diperkenalkan dalam usaha untuk
menjimatkan penggunaan sumber, memastikan alam sekitar sentiasa bersih, mengelakkan
pencemaran, dan mengurangkan pembaziran. Antara barang yang boleh dikitar semula
termasuklah kertas, plastik, besi, aluminium, dan getah. Barang seperti botol kaca boleh
digunakan semula setelah melalui proses pembersihan.

Pendidikan Alam Sekitar


Bagi menjamin usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat dilaksanakan dengan
lebih berkesan dalam jangka panjang, masyarakat perlu dipupuk kesedaran dan dididik untuk
bersama-sama bertanggungjawab terhadap kesempunaan alam sekitar. Oleh itu, Program
Pendidikan Alam Sekitar (PPAS) diperkenalkan mulai tahun 1980-an.

Di sekolah, pendidikan alam sekitar diterapkan dalam mata pelajaran yang sedia ada seperti
Kajian Tempatan, Geografi, dan Sains atau boleh diajarkan merentas kurikulum. Dalam usaha
ini, murid-murid akan didedahkan kepentingan alam sekitar dan cara-cara penjagaan alam
sekitar. Dengan adanya usaha ini, diharapkan murid-murid akan mempunyai perasaan dan
semangat sayang akan alam sekitar dan cinta akan keindahan alam sekitar.

Selain itu, pihak sekolah juga harus menubuhkan Kelab Alam Sekitar atau Persatuan Pencinta
Alam untuk membolehkan murid-murid menyertai pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan
penjagaan alam sekitar seperti kempen kitar semula dan tidak membakar sampah secara
terbuka.

You might also like