You are on page 1of 1

Perubahan Pandang Darat (Landskap)

Kegiatan ekonomi seperti perlombongan dan pembalakan menyebabkan beberapa kawasan di


negara kita mengalami perubahan pandang darat.
Pembukaan kawasan tanah rancangan oleh FELDA untuk tujuan penanaman kelapa sawit
mengubah pandang darat daripada hutan menjadi ladang dan tanaman sejenis serta kawasan
petempatan dan bandar yang terancang.
Aktiviti pembalakan pula menyebabkan banyak kawasan yang dahulunya ditumbuhi hutan tebal
telah ditebang dan dibiarkan menjadi belukar atau ditumbuhi lalang. Kawasan tersebut juga
menjadi gondol dan tandus kerana tiada tanaman tutup bumi.
Perkembangan industri pelancongan telah menyebabkan pembinaan hotel-hotel dan padang
golf. Pembinaan hotel yang banyak telah mengubah pandang darat.

Kesan Rumah Hijau


Kesan rumah hijau rnerujuk kepada fenomena dunia mengalami permanasan akibat haba yang
terperangkap dalam atmosfera bumi. Haba ini terperangkap oleh kehadiran beberapa jenis gas
terutamanya gas karbon dioksida yang bertindak sebagai selimut yang meliputi atmosfera bumi.
Sebahagian daripada haba akan dipantul kembali ke angkasa lepas. Gas rumah hijau adalah
penting bagi mengekalkan suhu bumi agar tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
Narnun begitu, kegiatan ekonomi yang pesat, yang menyebabkan pertambahan kilang dan
kenderaan serta penebangan dan pembakaran hutan, telah rneningkatkan pelepasan gas seperti
karbon dioksida, nitrogen rnonoksida, dan metana ke atmosfera. Keadaan ini mengakibatkan
peningkatan suhu yang ketara di atmosfera kerana gas-gas yang dilepaskan itu memerangkap
lebihan haba dari bumi dan boleh menganggu kegiatan harian serta menjejaskan kesihatan
manusia.

You might also like