You are on page 1of 7

Huraian Organisasi Kurikulum Dalam Bidang Kegiatan Seni Visual KBSR

4 organisasi kurikulum PSV KBSR

 Pemerhatian secara aktif.


 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan.
 Apreasasi seni secara mudah.
 Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

4 bidang kegiatan seni KBSR

 Menggambar.
 Membuat corak dan rekaan.
 Membentuk dan membuat binaan.
 Mengenal kraf tradisional.
Bidang Menggambar

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta


kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan
pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan
komposisi. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri.

Antara kegiatan dalam bidang seni ini ialah lukisan, catan, montaj, kolaj, cetakan,
resis dan lain-lain.

Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian


keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Apakah
pemerhatian secara aktif dalam menggambar? Sebagai contoh kita ambil kegiatan seni
menggambar iaitu lukisan untuk menjelaskan apa itu pemerhatian secara aktif. Cikgu
menyuruh pelajar melukis sebatang pokok yang terdapat di sekitar sekolah. Cikgu
menyuruh pelajar melakukan penyelidikan dan pemerhatian untuk melukis pokok
tersebut. Pelajar akan menjalankan pemerhatian dengan menggunakan semua deria
untuk mengkaji sifat-sifat dan ciri-ciri yang terdapat pada pokok itu. Pelajar melihat daun
pokok itu sedang berbuai-buai dan ini ditafsirkan pokok tersebut sedang ditiup angin.
Pelajar akan meneliti sifat warna yang ada pada pokok tersebut contohnya apakah
warna dahannya, daun, dan buah sekiranya ada. Fokus utama murid ialah menilai dan
memberi persepsi terhadap pokok tersebut mengikut citarasa mereka.

Selain itu pelajar dilatih membuat perbandingan tentang objek alam dan objek
buatan manusia. Sebagai contoh sebuah lukisan permandangan, murid dikehendaki
menilai lukisan tersebut secara imaginasi dan memerhatikan motif yang wujud dalam
lukisan permandangan tersebut. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus
menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi
dan pemikiran abstrak para pelajar.

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan penggunaan alat dan bahan. Peringkat ini
menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan
kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Dalam bidang kegiatan seni
menggambar, terdapat banyak kegiatan yang memerlukan dan menggunakan alat dan
bahan seni yang berbeza contohnya seperti lukisan, catan, cetakan, percikan, gurisan
dan lain-lain. Jika diperhatikan kesemua kegiatan tadi mempunyai teknik dan alatan
bahan yang spesifik untuk menghasilkannya. Dalam hal ini pelajar akan dinilai
berdasarkan kemahiran berinteraksi dengan alat dan bahan. Sebagai contoh, untuk
membuat seni percikan, pelajar harus mengetahui alat yang harus digunakan untuk
melakukannya. Di situ sudah wujud kesedaran ilmu para pelajar untuk menghasilkan
sesuatu karya melalui alat dan bahan yang sesuai.

Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan
menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Dalam konsep bidang
lukisan menerangkan dengan jelas akan konsep ini. Sebagai contoh, sekiranya ingin
melukis seuatu permandangan malam, pelukis tersebut harus menggunakan warna
yang sesuai untuk menerangkan lukisan yang dilukis tersebut adallah pada waktu
malam. Penggunaan warna dalam bidang lukisan amat dititikberat.

Apreasiasi seni visual secara mudah dalam bidang menggambar lebih kepada
pernghargaan seorang pelajar tentang sesuatu hasil seni yang dicipta mahupun
dilihatnya. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat
dari aspek seni melalui hasil kerja. Dalam bidang menggambar, murid dibenarkan untuk
menilai hasil kukisan sendiri mahupun kawan-kawan yang lain untuk membuat
apreasiasi dan member penghargaan yang sewajarnya. Penghargaan boleh diberi
dalam bentuk pujian tentang kecantikan sesuatu hasil seni ataupun sesuatu usaha yang
telah dilakukan oleh para pelajar. Pernyataan hasil kerja juga boleh dibuat dalam
pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi

Dalam organisasi kurikulum ini murid akan diperkenalkan dengan tokoh-tokoh


seni tempatan dan luara Negara dan menghargai sumbangan mereka. Antara tokoh
seni Negara adalah seperti Datuk Ibrahim Hussin dan tokoh seni luar Negara seperti
Basuki Abdullah, Leornado Da Vinci dan lain-lain.
Dalam organisasi kurikulum menghargai nilai baik dalam semua aspek
kehidupan pula, pelajar harus mengadaptasi semua nilai seni yang positif dan
diserapkan dalam jiwa masing-masing. Antara nilai-nilai murni adalah seperti
memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan
kepekaan. Dalam bidang menggambar, terdapat contoh-cohtoh hasil seni yang boleh
diamati nilainya sperti lukisan, gurisan dan lain-lain. Lukisan flora dan fauna yang cantik
akan menyebabkan pelajar akan menghargai keindahan alam dan memeliharanya
dengan baik.

Semangat kebangsaan seperti semangat patriotik, kerjasama dan bersatu padu


boleh ditonjolkan dalam poster-poster dan didedahkan kepada para pelajar. Bidang
menggambar boleh menyampaikan mesej yang jelas dalam berkempen, pertunjukkan
dan perarakan seperti yang dilakukan di Negara kita. Poster kemerdekaan, gambar-
gambar bersejarah akan menaikkan semangat pelajar untuk sayang dan cintakan
Negara.
Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek


seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek
tersebut murid akan dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan
membina sesuatu model. Sebelum membina sesuaru model atau membentuk sesuatu
binaan, pelajar harus didedahkan dahulu dengan sesuatu benda yang konkrit atau
maujud supaya pelajar dapat melihat dan membuat pemerhatian yang spesifik terhadap
model objek tersebut. Sebagai contoh pelajar diberikan model boneka, mereka akan
menilai saiz boneka tersebut, struktur yang terlibat, bentuk yang diperlukan dan
memastikan sama ada boneka tersebut stabil atau tidak.

Pemerhatian secara aktif ini perlu supaya murid dapat membina imaginasi
sendiri seterusnya menggunakan pengetahuan hasil pemerhatian tadi untuk membuat
model atau boneka mereka sendiri. Hal ini dapat dirujuk kepada Teori Permodelan
Albert Bandura iaitu pembelajaran melalui proses peniruan.

Dalam bidang membentuk dan membuat binaan, interaksi dengan alat dan
bahan amatlah penting untuk menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti. Sebagai
contoh, untuk membuat sesuatu origami yang kemas dan sempurna memerlukan kertas
yang baik dan sempurna agar hasilnya memberangsangkan. Disamping itu
penggunaan alat dan bahan haruslah disesuaikan dengan teknik yang betul supaya
menjamin mutu dan kualiti bahan. Sebagai contoh, untuk menghasilkan sesuatu origami
seperti burung memerlukan kemahiran dan langkah-langkah yang betul untuk
menghasilkan seekor burung yang berasal dari sekeping kertas. Proses ini akan
memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung
dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah.

Disamping itu semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat
interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Sebagai
contoh untuk menghasilkan model yang seakan-akan seperti banda yang sebenar
seperti rumah kampung, pelajar menggunakan bahan dan alatan seperti kayu mancis
dan buluh untuk menggambarkan yang rumah tersebut merupakan rumah papan dan
menyelaras konsepsi visual mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang sesuatu
untuk menghasilkan sesuatu model yang seakan-akan objek sebenar.

Apresiasi seni visual secara mudah juga boleh dihayati dalam bidang seni ini.
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat
rujukan kepada objek sebenar. Untuk membuat sesuatu model, arca ataupun boneka
pelajar hendaklah berpandukan kepada sesuatu benda atau objek yang sebenar
sebagai gambaran awal. Mereka akan menilai keseluruhan objek dan menghargai seni
yang ada pada objek sebenar.

Sebagai contoh dalam model rumah kampung, pelajar akan melihat kepada
warna, struktur binaan, seni pembinaan yang terlibat dan sebagainya. Hasil
pemerhatian seni inilah yang akan digunakan oleh para pelajar untuk membuat model
mereka sendiri. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang
dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja mereka.

Hasil binaan dan rekaan pelajar akan dipamerkan di persekitaran sekolah


ataupun di kelas sebagai tanda penghargaan atas hasil usaha mereka. Dengan cara ini
pelajar akan lebih bersemangan untuk mempelajari pendidikan seni dan seterusnya
membina sifat keyakinan diri yang tinggi dalam diri para pelajar. Antara kegiatan lain
yang boleh dilakukan sebagai tanda apresiasi ialah seperti pernyataan, puisi, lakonan,
nyanyian dan cerita.

Dalam aktiviti seni membuat bentuk dan binaan, banyak nilai murni yang boleh
kita terapkan pada para pelajar. Sebagai contoh menghargai flora dan fauna seperi
poko, burung dan lain-lain. Model sebenar yang diciptakan tuhan adalah makhluk atau
ciptaan yang paling sempurna pernah dijadikan berbanding dengan apa yang dihasilkan
melalui tangan manusia. Jadi kita harus mengajar anak didik kita supaya cinta dan
sayangkan alam sekitar.
Dalam seni binaan dan rekaan juga kita boleh boleh terapkan nilai mencintai
unsure-unsur tradisi yang terdapat pada bangsa kita seperti binaan rumah, masjid dan
sebagainya. Kita mengajar pelajar menghargai seni warisan bangsa agar identity
Melayu dan warisan Melayu terus terpelihara.

You might also like