You are on page 1of 4

Batuk Kering (TB)

Pengenalan

Apakah batuk kering?

Batuk kering adalah disebabkan oleh jangkitan kuman 'tubercle bacilli'. Ia disebarkan oleh
titisan udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk. Paru-paru adalah
organ utama yang selalu dijangkiti. Ia juga boleh melibatkan otak, tulang, kelenjar limfa,
buah pinggang dan kulit. Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai
'pulmonary tuberculosis'. Terdapat sebanyak 100 juta penduduk diseluruh dunia dijangkiti
batuk kering dimana 8 juta mempunyai jangkitan yang aktif. Sebanyak 2 juta pesakit maut.
Pada tahun 2003, sebanyak 15 912 kes batuk kering direkodkan di Malaysia dan 966 dari
padanya maut.

Tanda dan Gejala

Apakah gejala batuk kering?

 Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih


 Batuk berdarah
 Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam
 Hilang selera makan atau turun berat badan
 Sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam
 Mudah letih dan lemah

Apakah perlu saya lakukan sekiranya mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut?
Sekiranya ada, anda perlu dapatkan pemeriksaan:

 Ujian kahak yang dilakukan di klinik kesihatan atau hospital


 X-ray dada

Pengesahan penyakit dan rawatan batuk kering terdapat di mana-mana klinik kesihatan dan
hospital kerajaan.

Komplikasi

Adakah batuk kering merbahaya?


Sekiranya tidak dikesan, ia boleh merebak ke otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan
kulit. Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit adalah dinasihatkan untuk
mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Rawatan

Adakah batuk kering boleh sembuh dan apa rawatannya?


Ya, ia boleh sembuh. Rawatan batuk kering di Malaysia menggunakan sistem DOTS
(Directly Observed Treatment Short course)yang diiktiraf oleh World Health Organization. Ia
bermaksud ubat diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan dalam tempoh tertentu.
 Rawatan perlu diambil selama 6 bulan
 Ubat hendaklah diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan terlatih sepanjang
rawatan
 Rawatan harian untuk 2 bulan pertama diikuti 2 kali seminggu selama 4 bulan
 Sekiranya rawatan diikuti sepenuhnya pesakit dapat sembuh

Pencegahan

Bagaimana saya boleh mencegah batuk kering?


Terdapat beberapa cara pencegahan:

1. Suntikan BCG dapat melindungi kanak-kanak daripada batuk kering. Ia diberikan


semasa bayi dan murid darjah 1 sekiranya tiada parut suntikan.
2. Mendapat rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih.
3. Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapat
pemeriksaan lanjut.
4. Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana ia dapat
membunuh bakteria di udara.
5. Membuka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik
6. Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.

Kumpulan sokongan

 Sila rujuk pejabat kesihatan terdekat untuk sebarang pertanyaan


 The Malaysian Association for The Prevention of TB (MAPTB) atau Persatuan TB
Tempatan

Laman web untuk maklumat lanjutan :

 http://www.who.int/tb/en/
 http://www.stoptb.org/
Batuk

Pengenalan

Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia
dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan
memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru
(pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Sebab-sebab batuk

 Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza


 Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia,
tuberculosis)
 Alahan
 Asma
 Merokok
 Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
 Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
 Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease
(GERD)
 Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
 Tekanan
 Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan
untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Rawatan

 Kebanyakan batuk tidak berbahaya.


 Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk
mengelakkan kahak yang banyak.
 Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering
dan kerap.
 Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat
batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
 Berhenti merokok
 Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
 Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat
batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants
untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.

Bila anda perlu berjumpa doktor?

 Batuk yang mengeluarkan darah


 Baru pulang dari perjalanan luar negara
 Batuk berterusan lebih daripada dua minggu
 Semput / sesak nafas, sakit dada
 Demam yang berpanjangan
 Mengandung
 Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
 Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)
 Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan

Pencegahan

 Amalkan tabiat kebersihan yang baik


 Minum banyak air
 Tangani tekanan dengan baik
 Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
 Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
 Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
 Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit paru-paru
(COPD)

Soalan Lazim

Adakah benar ubat batuk berbentuk sirap yang mahal lebih baik daripada gula-gula
ubat batuk?

Tidak.
Adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti meminum lebih banyak air.

Adakah kombinasi pelbagai jenis ubat batuk dapat membantu mengurangkan tanda-
tanda berlakunya selesema?

Tidak.
Adalah bahaya mengambil terlalu banyak ubat batuk kerana ia dapat menyebabkan anda
mengantuk / lali.

Perlukah antibiotik diberikan kepada semua pesakit yang mengalami batuk dan
selesema?

Tidak.
Kebanyakan masalah ini adalah disebabkan oleh jangkitan virus di mana ia akan hilang
dengan sendirinya.

You might also like