P. 1
PANDANGAN HARMONI TENTANG WARNA

PANDANGAN HARMONI TENTANG WARNA

|Views: 417|Likes:
Warna juga membawa nilai-nilai abstrak yang bukan semua dapat difikirkan. Suatu kualiti warna dapat mencipta 1,001 mood, mengubah perasaan pemerhati jika pemilihan dan penerokaan warna diberi ketelitian. Warna merupakan bahan ‘untuk melihat cara kita berfikir’ dan membawa beberapa persoalan untuk diterokai sehingga warna itu membawa kita mengalami suatu pengalaman baru.
Warna juga membawa nilai-nilai abstrak yang bukan semua dapat difikirkan. Suatu kualiti warna dapat mencipta 1,001 mood, mengubah perasaan pemerhati jika pemilihan dan penerokaan warna diberi ketelitian. Warna merupakan bahan ‘untuk melihat cara kita berfikir’ dan membawa beberapa persoalan untuk diterokai sehingga warna itu membawa kita mengalami suatu pengalaman baru.

More info:

Published by: Mohamed Noor bin Othman on Jul 23, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/25/2012

pdf

text

original

PANDANGAN HARMONI TENTANG WARNA Seorang pelukis harus memandang penting pengolahan serta sifat pengujudan warna secara

formal. Harus juga mengetahui bagaimana warna yang ekspresif mempengaruhi persekitaran dan fenomena-fenomena visual yang membawa kesan pada perubahan warna. Pelukis-pelukis yang tidak pernah menjadi pakar teori dalam warna belajar untuk mengenali warna terlebih dahulu. Antaranya Da Vinci mendahului pelukis-pelukis agung yang lain mengkaji rahsia warna dan kekuatan dalam setiap jenis warna. Di abad ke-19 muncul pula Delacroix, Seurat, Signac, Cezanne dan diikuti oleh Van Gogh. Turut merasai penting warna itu sebagai pengantaraan penting dalam berkarya menyebabkan kebanyakan seniman agung begitu teliti dalam mengolah dan memilih warna. Pada abad ke-20, seniman Kandinsky sebagai contoh telah menggunakan ekspresif warna dalam hal benda bagi menunjukkan kekuatan warna boleh mengatasi bentuk. Maka tidak menghairankan dalam waktu yang singkat ramai pelukis muncul dengan memiliki dua bidang kepakaran iaitu pakar sebagai pelukis dan pakar teori dalam warna. Warna dapat melahirkan tiga dimensi yang memberi kepaduan pada sifat-sifat warna. Ewald Hering telah membuat pemerhatian melalui warna secara natural yang dilihatnya menerusi tiga penjuru. Jawapan yang diperolehi membuktikan warna dapat mengujudkan tiga dimensi iaitu ketebalan bentuk, bayang dan tona. Bentuk persegi yang digunakan sebagai carta dalam menyenaraikan pelbagai warna secara natural telah banyak membantu Ewald mendapatkan data yang sempurna. Manakala Ogden Rood, Wilhelm Ostwald bersama rakan-rakan yang lain telah mengesan sejarah asal usul warna. Kewujudan tiga dimensi dalam bentuk padu menunjukkan warna boleh dihasilkan melalui tiga dimensi lain yang seolah-olah dapat disentuh, mempunyai kesan imaginasi dan warna juga sangat bermakna dalam kehidupan. Ogden Rood telah menulis bagaimana menguruskan warna merah, kuning dan biru secara titik-titik dalam bentuk tiga persegi. Penulisan beliau ini ditemui pada tahun 1879 yang sebenarnya terdapat maklumat yang lebih awal lagi iaitu pada tahun 1772 hasil

penemuan J.H.Lambert yang berjaya mereka bentuk piramid warna yang mengandungi warna merah, kuning dan biru. Lambert seorang ahli fizik dan falsafah telah menyatakan warna menjadi aktif apabila ada campuran yang menambah kekuatan sesuatu warna. Campuran ke atas sesuatu warna itu mempengaruhi bentuk yang diwarnakan. Tiga penjuru yang mengandungi merah, kuning dan biru bersama campuran warna hitam secara naturalnya melahirkan kepaduan warna yang dikaitkan dengan keaktifan sesuatu warna. Warna hitam memainkan peranan untuk mengangkat kekuatan warna yang bercampur dengannya. Manakala putih membuktikan campurannya dengan warna lain membawa jawapan pada bentuk tiga dimensi. Putih berperanan menyerlahkan kekuatan sesuatu warna dari segi pencahayaan apabila putih ditambah untuk menghasilkan tiga persepsi warna yang lain. Warna yang bernisbah kecil dan rendah keaktifannya boleh terserlah apabila putih yang dicampurkan kepada warna-warna yang ada. Lambert telah membuat percubaan khususnya dalam warna yang bercampur putih telah membawa kecerahan walaupun kewujudan putih tidak menonjol namun ianya sangat penting. Kepentingannya sama dengan warna hitam dan kesimpulannya antara putih dan hitam ada kekuatannya yang tersendiri apabila dicampurkan dengan warnawarna yang lain. Pada tahun 1810, Philip Otto Runge yang mementingkan kerja seni dari hasil tangannya sendiri telah mengkaji sistem warna. Runge telah menemui suatu konsep tentang sistem warna yang telah menjadi ikutan kita sehingga kini. Dunia warna-warni telah mengambil peranan terhadap bentuk dalaman dengan meletakkan warna putih sebagai satu perioriti teratas berbanding warna hitam sebagai pilihan di bawah. Di katakan putih itu mempunyai keasliannya dalam lapisan atas yang menonjollan suatu penemuan warna kelabu-putih atau disebut ‘gray’. Transisi ini sukar dikesan kerana ia berada pada setiap tangga lapisan sesuatu warna. Ini bererti warna putih hadir dalam setiap peringkat kewujudan warna tetapi tidak terserlah. Ianya dikesani sebagai satu perioriti apabila kecerahan cahaya yang menonjol dalam sesuatu warna itu menjadi bukti kehadiran putih.

Itulah keistimewaan warna putih yang selalunya menjadi warna campuran kepada warna lain agar nampak ‘solid’ atau padu dan harmoni. Kekuatan warna putih tidak diadili oleh Ostwald dalam perbincangan kita yang terawal kerana Ostwald lebih adil daripada Munsell yang mana beliau melihat kekuatan warna itu dari segi sifat superior dan kekuatan visualisasi psikologi. Walaubagaimanapun pengurusan warna yang saintifik telah membantu ramai pelukis memahami seni dan warna dalam kerja-kerja sebagai seorang pelukis. Umpamanya Morgan Russell, Stanton Macdonal-Wright, Hilaire Hiler dan Ben Cunningham mengakui penemuan teori warna telah banyak membantu artis mengenali sifat semulajadi sesuatu warna dan boleh mengawal warna itu mengikut kehendak alam semulajadi. Dalam menyatakan konsep warna secara naturalnya, Munsell bersetuju kepentingan warna itu dibina dan diadun supaya ada pertalian dengan persekitaran. Warna itu hadir di sekeliling dengan nilai warna yang membawa perbezaan dan konflik. Jika warna itu terlalu kontra maka itulah maksud konflik yang ditimbul oleh warna. Secara ringkasnya Munsell menyatakan warna boleh difahami melalui kepekaan, kemahiran menilai dan pengamatan, antaranya ialah:
a) Warna yang dihasilkan melalui kemahiran melihat dari sudut pandangan yang

boleh membezakan kekuatan sesuatu warna itu dari segi perbezaan ton. Perbezaan ton itu terletak di tahap anggaran antara dua nilai mengikut jarak objek dengan cahaya.
b) Kekuatan nilai warna ton yang berada sebelah menyebelah dapat menampilkan

nilai warna yang berbeza menerusi pandangan yang setara. Dengan mempersetujui nilai ton yang dizahirkan dalam warna itu sama berat atau menghampiri nilai yang sama antara satu warna dengan warna yang lain.
c) Warna cerah dihasilkan membawa perbezaan nilai kekuatan atau sebaliknya

yang membezakan antara bertahap kontra atau harmoni. Hasil kecerahan warna itu boleh dilihat menerusi pembalikan cermin. Seorang pelukis yang baik, sekaligus dianggap sebagai pakar dalam memilih warna yang sesuai untuk menyempurnakan sesebuah karya. Segala kesempurnaan untuk

menjadi seorang pelukis yang mahir dalam menentukan warna yang sesuai untuk objek, latar belakang dan pencahayaan tidak dilahirkan bertujuan untuk itu sahaja. Sebalik kemahiran itu mendedahkan seorang pelukis memenuhi kehendak nalurinya untuk mengawal warna yang perlu dan tidak perlu dalam penghasilan karya. Pendedahan tentang kemahiran, latihan pengamatan, kefahaman dan kesedaran menjadikan seseorang itu lebih peka tentang nilai warna. Walaubagaimanapun tidak menghairankan untuk jangka masa bertahun-tahun baru lahir seorang yang mahir dan pakar dalam menentukan warna mengikut mood dan konsep dalam berkarya. Mereka menjadi kreatif dan bebas menunjukkan ada ciri-ciri dalaman yang halus dan berseni untuk disempurnakan hanya dengan pilihan warna yang sesuai. Dalam pemilihan warna untuk menyempurnakan sesebuah karya, bukan sewenangwenangnya warna yang ada terus diletakkan pada objek dan ruang. Juga tidak seharusnya terjadi warna itu diambil terus dari tiub dan digunakan. Langkah yang sedemikian lazim dilakukan secara sedar dan tidak sedar atau sikap yang mahu bereksprimen. Sikap ini membawa suatu kesan buruk yang lain. Mungkin bentuk dan paten terhasil dengan uniknya, tetapi kesan warnanya tidak begitu baik dan bernilai. Dari pandangan psikologi Gestalt boleh dikaitkan bahawa warna akan melahirkan kesan kepada tingkahlaku manusia. Melalui pemilihan warna yang terus dari tiub itu adalah kesan dari tingkahlaku dan imaginasi lampau yang ada berkaitan dengan psikologi. Sudah tentu warna terus dari tiub dianggap oleh kebanyakan kita sebagai warna tidak matang yang merosakkan keseluruhan mood harmoni dalam sesebuah karya. Sebagai alternatif bagi mengelak dari mengambil warna terus melalui tiub maka perlu dilazimkan suatu amalan melalui pendekatan Philip Otto Runge. Setiap mata ingin melihat sesuatu yang berwarna-warni dan ini termasuklah warna hitam dan putih. Walaupun suatu ruang itu berisi atau kosong, warna tetap wujud pada ruang, walaupun warna itu hanya ’gray’ yang tidak dapat dilihat secara mata kasar. Inilah kepekaan yang perlu ada pada seseorang pelukis untuk mula mengadun warna-warna semulajadi itu dengan ‘gray’ dalam mencari kekuatan cahayanya. Langkah ini dapat mengelak dari terus mengambil warna melalui tiub. Warna ’gray’ itu juga tidak semudah dilihat tanpa

pemerhatian yang teliti kerana kewujudannya tidak begitu terserlah.(Merujuk Wikipedia: “gray or grey is a color created by mixing white and black in different proportions”). Pelukis yang mengetahui adunan warna untuk disesuaikan dalam karya juga sedar akan sifat-sifat warna. Warna dapat menarik kesan emosi dan mampu memberi nilai pada suatu bentuk walaupun bentuk itu bukan maujud atau abstrak. Sifat warna itu secara semulajadinya tidak boleh terasing dengan warna lain dan apa yang boleh dilenturkan sifat warna itu ialah saling tindih menindih menjadikan warna itu kaya dengan keharmonian. Istilah-istilah seperti warna yang matang atau kurang matang, warna yang menyerlah, warna menyepi, kemabukan warna, miskin warna, warna dalam pantang larang, warna dalam budaya dan sebagainya adalah sifat warna yang perlu dimanipulasikan oleh insan seni. Sifat warna juga berperanan menggerakkan retina mata, walaupun ianya putih dan hitam. Retina mata akan memberi respon apabila ada cahaya kerana itu dalam warna ada cahaya dan pencahayaannya boleh dikawal oleh artis. Kebijaksanaan mengawal cahaya dalam warna akan menambahkan kekuatan warna. Warna juga bersifat seperti makhluk hidup iaitu perlu digabungkan (tindih menindih, berlutsinar, bertranformasi, berlapis-lapis) dengan warna-warna lain di sekeliling, menjadikan ia lebih berkesan, bertenaga dan memukau mata. Warna tidak boleh berdiri sendiri dengan megah untuk meneruskan hidup ia saling memerlu untuk menjadikan keseluruhan warna itu harmoni. Sebagai seorang pelukis yang ingin menjadi kreatif, dinasihatkan terlebih dahulu membuat perancangan warna sebelum melakukan perkara lain. Dengan memikirkan warna lebih awal, suatu perasaan dan desakan ke arah memanipulasikan warna akan terjadi. Pertanyaan seperti, apakah yang patut ditonjolkan dengan penggunaan sesuatu warna itu? Apakah kesan dari warna yang digunakan dapat megubah suatu makna yang baru, makna yang tersirat atau jelmaan sesuatu yang tidak diduga? Warna juga membawa nilai-nilai abstrak yang bukan semua dapat difikirkan. Suatu kualiti warna dapat mencipta 1,001 mood, mengubah perasaan pemerhati jika pemilihan dan penerokaan warna diberi ketelitian. Warna merupakan bahan ‘untuk melihat cara kita berfikir’ dan membawa beberapa persoalan untuk diterokai sehingga

warna itu membawa kita mengalami suatu pengalaman baru. Malahan warna juga cuba untuk mengajar kita bukan sekadar bagaimana hendak menjawab sesuatu persoalan, tetapi bagaimana hendak mencari soalan dan persoalan untuk ditanya. Perkara inilah yang tidak disedari oleh orang ramai iaitu kesedaran untuk mengasingkan dua perkara iaitu warna dan kekuatannya. Dengan mengawal kesan warna, kita dapat membawa suatu pendekatan baru. Penglahiran secara ekspresif dalam seni yang tentunya serba unik menjadi harapan dalam kita berkarya. Melalui latihan, setiap kita dapat memikul kerja-kerja kreatif ini dengan sebaiknya. Kepelbagaian akan terserlah dari cara penggunaan warna yang mengajak audien berfikir, bagaimana dan kenapa warna itu terjadi begitu? Kejelasan dalam bermain warna dapat membantu artis mengawal sifat warna dan suasana cahaya. Melalui cahaya boleh menyerlahkan warna, jika warna itu sesuai dan membawa kekuatan cahaya boleh membantu dalam meningkatkan kualiti karya. Ramai pelukis Abstrak Ekspresionisme yang dikatakan gagal kerana terkongkong dengan sifat monotonus warna. Kemiskinan warna nampak terserlah. Manakala yang lain berusaha mencari kelainan dan ramai yang berjaya. Kesan warna yang tidak dapat membezakan tekanan cahaya adalah kegagalan memanipulasikan warna. Mengekspresifkan warna sebenarnya tanpa had dan ia menjadi suatu misteri apabila tahap persepsi manusia begitu teliti dan mendalam. Ketika ini siapakah sebenarnya yang menguasai kita sama ada warna atau kita sendiri.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->