You are on page 1of 4

AKHLAK CEMERLANG NEGARA TERBILANG.

Bismillahirrahmanirrahim

Tegak rumah kerana sendi


Runtuh sendi rumah binasa
Tegak bangsa kerana budi
Hilang budi hilanglah bangsa

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Kehakiman intelektual


berkarisme, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Assalamualaikum dan
salam sejahtera.

Sebelum hujah-hujah saya utarakan, izinkan saya mengupas intipati maksud


pidato saya yang bertajuk Akhlak Cemerlang , Negara Terbilang..

Pertama- bertunjangkan indikator akhlak cemerlang. Istilah akhlak berasal


daripada perkataan Arab iaitu khuluk yang bermaksud tata tertib dan maruah.
Akhlak mencakupi seluruh perbuatan lahiriah yang terjelma daripada dorongan
batiniah dalam diri insan. Manakala negara terbilang pula ialah negara yang
berjaya.

Sidang Dewan yang dihormati,

Kututup rapat pintu definisi


Kubuka pula maksud isi
Lontaran idea yang pertama berteraskan kata kunci akhlak mulia menjadi
impian, akhlak dan peribadi Rasulullah menjadi ikutan. ”Sesungguhnya aku
diutuskan demi menyempurnakan akhlak yang mulia”, Begitu sabda Rasulullah.
Justru akhlak yang mulia sentiasa menghiasi kehidupan Rasulullah Maka kita
sebagai umatnya haruslah mengikuti dan mencontohi sifat dan peribadi
Rasulullah agar hidup kita dan keluarga kita sempurna dan bahagia di dunia dan
akhirat.

Menyusul pula gagasan kedua di bawah indikator, negara bertamadun


berteraskan akhlak cemerlang. Akhlak yang cemerlang dapat menentukan
sesuatu bangsa itu berkedudukan rendah atau mulia.Umat yang baik akhlak dan
budi pekertinya itu tandanya ada kemuliaan dan keutamaan. Sebaliknya umat
yang budi pekertinya buruk akan sentiasa berada dalam kerendahan biarpun
dilimpahi dengan kemewahan dunia dan kebesaran serta kebanggaannya.Ini
kerana kemuliaan sesuatu umat itu kekal selagi mewarisi akhlak dan budi pekerti
yang mulia.

Hadirin yang dihormati,


Menyusul pula idea ketiga di bawah kata kunci akhlak bermula dari rumah,

Dengar-dengarkan, renung-renungkan pesanan Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad


Badawi dalam Akhbar Mingguan Malaysia tanggal 17 APRIL 2005

”Ibu bapa perlu sanggup mendengar msalah anak-anak dan biarlah mereka
menangis di bahu kita, janganlah ada masalah, kita halau mereka dan kemudian
mereka menangis di bahu orang lain. Pada masa itu remuklah hati kita.” Justeru
hadirin sekalian, untuk mendidik anak-anak supaya berakhlak mulia biarlah sejak
kecil lagi seperti kata Peribahasa Melayu ”Kalau hendak melentur buluh biarlah
dari rebungnya,”
Sidang pendengar yang budiman,

Menelusi hujah saya yang keempat di bawah nirmala kata, anak-anak


berakhlak mulia generasi pewaris bangsa.

Anak-anak juga mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa. Anak-anak perlu


menghormati dan mentaati perintah ibu bapa. Maruah ibu bapa perlu dijaga.
”Janganlah menconteng arang ke muka ibu bapa.”
Yang tua kita hormati
Yang muda kita kasihi
Akhlak mulia kita sanjungi
Keluarga bahagia kekal harmoni.

Warga dewan yang dihormati,

Hujah terakhir hamba utarakan berpaksikan indikatur, peranan masyarakat


perlu diperkasa.. Sebagai masyarakat yang hidup dalam Negara yang
menjadikan Islam sebagai agama rasmi, kerajaan berusaha untuk memastikan
seluruh masyarakat, terutamanya golongan remaja sebagai barisan kepimpinan
Negara yang mempunyai akhlak dan jati diri yang mulia .Oleh itu peranan
kerajaan diperlukan untuk memastikan rakyat Malaysia yang masih bergelar
remaja mempunyai akhlak yang terpuji.Menerusi Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan telah diadakan kempen ‘Budi Bahasa dan Nilai
Murni’.Menerusi kempen tersebut, masyarakat didedahkan dengan nilai-nilai
murni yang perlu menjadi amalan.Selain itu kerajaan turut mengawal dan
menapis program televisyen yang tidak sesuai dengan norma masyarakat di
Malaysia.Secara tuntasnya, “hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih”
Hadirin-hadirat yang dihormati,

Konklusinya, marilah kita sama-sama bertaut tenaga, menggembleng usaha,


memupuk akhlak mulia dalam kalangan generasi pewaris bangsa bagi mencapai
negara terbilang melalui akhlak cemerlang.

Bunga melati bunga di darat


Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

Sekian, sejambak kasih, sekalung budi,


Izinkan hamba, mohon permisi.

Wabilahitaufik, wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

You might also like