You are on page 1of 12

Identiti diri

Pengenalan
1. Identiti diri ialah suatu gambaran keseluruhan tentang seseorang serta matlamat hidup yang ingin
dicapainya.
2. Identiti diri seseorang adalah berbeza dengan seseorang yang lain.
3. Untuk membentuk identiti diri, seseorang itu perlu mengembangkan potensi diri yang ada dalam
dirinya.

Potensi Diri
1. Potensi diri ialah bakat, kebolehan, dan kekuatan yang ada dalam diri.
2. Potensi diri perlu dipupuk dan diasah melalui pendidikan dan latihan secara berterusan.
3. Untuk mengembangkan potensi diri seseorang itu perlu mempunyai keyakinan diri.
4. Tanpa keyakinan diri adalah sukar untuk mengembangkan potensi diri.
5. Bagaimana potensi diri dapat dikembangkan? Lihat rajah yang berikut.

Potensi Diri Boleh Dikembangkan Empat Aspek Melalui

Jasmani Emosi
Intelek Rohani

6. Kita boleh mencontohi kejayaan tokoh-tokoh tertentu untuk mengembangkan potensi diri juga.

Intelek
Intelek ialah daya fikir yang merangkumi empat aspek iaitu:-
(a) kemahiran asas:
i. membaca;
ii. menulis;
iii. mengira.
(b) berfikir secara kreatif dan kritis;
(c) meningkatkan ilmu pengetahuan;
(d) memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.

Rohani
1. Aspek rohani dalam potensi diri berkaitan dengan sifat menyedari bahawa Tuhan itu wujud.
2. Apabila seseorang itu menyedari akan kewujudan Tuhan, dia akan mensyukuri pemberian Tuhan dan
berusaha menjadi manusia yang berakhlak mulia.
3. Kuat bersembahyang, taat kepada ajaran agama, dan berbuat baik kepada semua makhluk merupakan
satu cara kita mensyukuri pemberian Tuhan.

Emosi
Aspek emosi dalam potensi diri berkaitan dengan perasaan cinta dan kasih sayang, pandai
mengawal dan mengendalikan emosi, mengamalkan semangat kekitaan dan perpaduan serta bertindak
berdasarkan pertimbangan yang wajar.

1
Jasmani
1. Aspek jasmani menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkembangan tubuh badan yang
sihat, menjaga kesihatan badan, melakukan riadah, menggunakan kemahiran dan kecergasan fizikal
untuk berdikari, dan sebagainya.
2. Kesimpulannya, kenalilah potensi diri. Apabila kita sudah mengenali potensi diri sendiri, barulah kita
berupaya mengembangkan potensi diri.
3. Orang yang berjaya mengembangkan potensi diri akan memperoleh kejayaan dan kecemerlangan pada
masa hadapan.
4. Jadilah murid yang mempunyai identiti diri yang positif kerana murid yang beridentiti positif mempunyai
keyakinan diri yang tinggi dan senantiasa mengembangkan potensi diri ke tahap yang cemerlang.

2
UNIT 2
PENYELESAIAN KONFLIK

Konflik
1. Konflik ialah perselisihan atau pertentangan yang berlaku antara individu dengan dirinya sendiri atau
antara individu dengan individu lain, dan sebagainya.
2. Konflik berlaku disebabkan perbezaan idea, kepentingan, dan prinsip. Namun apa yang penting, konflik
memerlukan penyelesaian.

Penyelesaian Konflik
1. Penyelesaian konflik ialah cara atau usaha yang dilakukan untuk menyelesaikan sesuatu konflik atau
masalah.
2. Penyelesaian konflik perlu dilakukan dengan pertimbangan yang wajar dan positif supaya konflik
dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik dan membawa kebaikan kepada pihak yang
berkonflik.
3. Salah satu teknik penyelesaian konflik ialah teknik awan. Teknik awan ialah teknik berfikir tentang
sesuatu situasi yang mempunyai kehendak yang bertentangan dan diselesaikan dengan cara
penyelesaian win-win atau menang-menang.
4. Maksud Penyelesaian Win-win ialah satu situasi yang terdapat dua pihak yang menyelesaikan sesuatu
konflik secara koperatif.
5. Untuk menyelesaikan konflik adalah penting juga kita mengenal pasti punca berlakunya konflik.
6. Apabila punca masalah telah diketahui, maka adalah lebih mudah untuk menyelesaikan konflik tersebut.
7. Andaikan rakan kamu mempunyai konflik, bantulah rakan menyelesaikan konflik tersebut.

Pengaruh Rakan Sebaya


1. Rakan sebaya merupakan antara orang yang paling rapat dengan kita selain ahli keluarga sendiri.
2. Kebiasaannya, mereka menjadi tempat untuk kita berkongsi pengalaman, pandangan, minat, masalah,
dan harapan.
3. Namun, kita perlu bijak memilih rakan sebaya kerana mereka dapat mempengaruhi nilai, emosi, dan
cara pergaulan kita.
4. Rakan sebaya yang mempunyai sifat-sifat yang positif akan mendorong kita menjadi orang yang baik,
berakhlak mulia, dan berjaya.
5. Manakala rakan sebaya yang mempunyai sifat-sifat negatif mampu mempengaruhi kita melakukan
aktiviti negatif.
6. Contoh sikap yang positif:-
(a) bersopan santun;
(b) menghormati rakan, guru, keluarga, dan masyarakat;
(c) tidak melepak;
(d) tidak bergaul dengan orang yang tidak bermoral;
(e) tidak merokok;
(f) rajin;
(g) saling menasihati;
(h) taat ajaran agama dan sebagainya.

3
7. Contoh kegiatan negatif remaja
(a) melepak;
(b) buli;
(c) peras ugut;
(d) ponteng;
(e) merokok;
(f) melakukan vandalisme.

8. Rakan sebaya yang terlibat dengan kegiatan negatif di atas perlulah dijauhi. |
9. Kamu perlu bersikap asertif jika kamu mempunyai j rakan-rakan yang cuba mempengaruhi kamu
melakukan perkara-perkara negatif.
10. Sikap asertif merupakan perlakuan menolak daripada melakukan sesuatu yang tidak baik atau
negatif dengan tidak menyakiti hati orang.
11. Kesimpulannya, kenalilah diri sebenar rakan-rakan sebaya kamu kerana rakan membawa pengaruh
yang besar dalam kehidupan kamu dan kamu tidak rugi sekiranya kamu kehilangan rakan-rakan
yang tidak baik.

Cri-ciri Orang yang Mempunyai Sikap Asertif

bersikap tegas rasional dan matang Tidak mudah


terpengaruh

Berani mengatakan tidak terhadap


tindakan negatif Berupaya Membezakan kesan baik dan
buruk sesuatu tindakan terhadap diri
dan orang lain

Senantiasa menjaga harga diri

4
Unit 3
Membina Keluarga Bahagia
1. Memiliki keluarga bahagia adalah impian setiap orang.
2. Keluarga bahagia ialah keluarga yang hidup dengan sejahtera dan harmoni.
3. Tugas mewujudkan keluarga bahagia bukanlah tugas ibu atau ayah sahaja, tetapi menjadi
tanggungjawab seluruh anggota keluarga.
4. Cara-cara mewujudkan keluarga yang bahagia: -
(a) setiap anggota keluarga perlu saling menyayangi;
(b) menyempurnakan tanggungjawab masing-masing secara sukarela dan amanah;
(c) menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab;
(d) senantiasa mengamalkan sikap bertolak ansur;
(e) tidak menyinggung perasaan ahli keluarga;
(f) menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah;
(g) mementingkan kesihatan dan keselamatan setiap ahli keluarga;
(h) melibatkan diri dalam aktiviti keluarga;
(i) mengambil berat akan hal dan masalah setiap ahli
keluarga;
(j) mengamalkan sikap hormat-menghormati, beradab, sopan dan sebagainya.
5. Kita juga hendaklah menghargai setiap ahli keluarga kita.
Antara cara-cara menghargai ahli keluarga termasuklah:-
(a) meraikan hari-hari istimewa mereka seperti hari jadi, ulang tahun perkahwinan, dan sebagainya.
Cara-cara meraikan hari istimewa mereka:
i. mengingati hari-hari istimewa mereka dengan memberikan ucapan;
ii. mengadakan sesuatu majlis untuk meraikan hari tersebut, contohnya seperti mengadakan
majlis hari jadi;
iii. memberi hadiah atau kad ucapan selamat.
(b)mendengar pandangan dan pendapat setiap ahli keluarga, meskipun dia hanyalah adik kita;
(c) memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga jika mereka menghadapi masalah atau jika
mereka menyertai sebarang pertandingan dan persembahan.

6. Kita hendaklah sanggup bersama dengan ahli keluarga ketika waktu susah dan senang.
7. Selain itu, kita janganlah lupa akan jasa ibu dan ayah. Jasa mereka tidak ternilai harganya dan tidak
boleh dibayar dengan wang ringgit.
8. Antara cara-cara membalas jasa ibu bapa:-
(a) menghormati mereka;
(b) mentaati ibu bapa;
(c) belajar bersungguh-sungguh;
(d) melakukan perkara yang berfaedah dan berjaya dalam hidup;- kejayaan anak-anak adalah
kebahagiaan bagi ibu bapa.
(e) menjaga mereka apabila mereka telah tua;
(f) menjaga mamah diri dan keluarga.
9. Sayangi mereka dan jagalah mereka selagi hayat mereka dikandung badan. Orang yang
menghormati dan menyayangi ibu bapanya akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

5
Unit 4
BANGGA TERHADAP SEKOLAH

Pengenalan
1. Sekolah kita merupakan tempat kita mendapat ilmu dan mengenali rakan-rakan. Oleh itu kita perlu
berbangga dengan sekolah kita.
2. Bagaimanakah cara kita menunjukkan perasaan sayang dan bangga terhadap sekolah kita?
Antara cara-caranya:
(a) mengetahui sejarah dan identiti sekolah;
(b) mematuhi peraturan sekolah;
(c) mewujudkan semangat berpasukan;
(d) mewujudkan budaya sekolah positif.

Mengetahui sejarah dan Mengenali Identiti Sekolah

1. Kita perlulah mengetahui sejarah sekolah.


Antara perkara yang kita perlu tahu termasuklah:
(a) tahun ditubuhkan;
(b) latar belakang sekolah;
(c) peristiwa penting;
(d) kejayaan sekolah dan sebagainya.

2. Selain itu kita juga perlu mengenali identiti sekolah.


Contoh identiti sekolah termasuklah:
(a) iagu sekolah;
(b) visi sekolah;
(c) lambang sekolah;
(d) bendera sekolah dan sebagainya.

3. Adakah menjadi tanggungjawab setiap murid mengenali identiti sekolah mereka supaya mereka akan
berasa bangga terhadap sekolah mereka.
4. Adakah penting untuk kita mengetahui misi dan visi sekolah? Sudah tentu kerana untuk menjayakan
misi dan visi sekolah, penglibatan seluruh warga sekolah amatlah diperlukan.

Mematuhi Peraturan Sekolah


1. Peraturan sekolah adalah ketetapan undang-undang yang wajib dipatuhi oleh setiap murid.
2. Mematuhi peraturan sekolah adalah salah satu cara untuk menunjukkan bahawa kita menyayangi
sekolah kita.
3. Murid-murid yang berdisiplin adalah murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah
4. Setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid akan dirujuk pada pihak yang bertanggungjawab menjaga disiplin.
5. Setiap guru adalah merupakan guru disiplin, meskipun terdapat guru yang khusus menjaga disiplin murid.
6. Kepentingan mematuhi peraturan sekolah:

(a) mendisiplinkan pelajar;


(b) memelihara imej baik sekolah;
(c) pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna dan selesa;
(d) menjamin keselamatan murid dan seluruh warga sekolah;
(e) mewujudkan keharmonian di sekolah.

Mewujudkan Semangat Berpasukan


1. Semangat berpasukan adalah kerjasama yang dibentuk dalam sesuatu pasukan.
2. Untuk menjayakan aktiviti sekolah, kerjasama seluruh warga sekolah amatlah diperlukan.

6
3. Oleh itu amatlah penting setiap murid memupuk semangat berpasukan dalam diri.

4. Faedah semangat berpasukan antara para pelajar:


(a) memudahkan perlaksanaan aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah,
(b) mewujudkan hubungan baik antara pelajar sesama pelajar, dan antara pelajar dengan guru serta warga
sekolah yang lain;
(c) memupuk perpaduan dan menjamin kejayaan sesebuah pasukan.

Budaya Sekolah
1. Budaya sekolah ialah sesuatu perlakuan yang menjadi kelaziman di sesebuah sekolah.
2. Antara contoh budaya sekolah ialah:

(a) budaya sekolah daiam taman;


(b) budaya sekolah berdisiplin;
(c) budaya sekolah penyayang;
(d) budaya sekolah cemerlang kokurikulum, dan sebagainya.

3. Sumbangan tenaga seluruh warga sekolah sama ada dari segi tenaga atau idea amatlah penting untuk
menghidupkan budaya sekolah positif yang diimpikan.

7
Unit 5
PENJAGAAN DAN PENINGKATAN IMEJ SEKOLAH
Pengenalan
1. Menjaga dan meningkatkan imej sekolah merupakan tanggungjawab setiap pelajar.
2. Cara-cara menjaga dan meningkatkan imej sekolah termasuklah:
(a) Menampilkan sahsiah dan imej yang positif;
(b) Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah;
(c) Mewujudkan keceriaan sekolah.

Menampilkan Sahsiah dan Imej yang Positif


1. Warga sekolah yang mempunyai sahsiah dan imej yang positif akan memberikan imej yang baik
kepada sekolah.
2. Ciri-ciri pelajar yang bersahsiah dan berimej positif:
(a) berdisiplin iaitu senantiasa mematuhi peraturan sekolah seperti datang awal ke sekolah, tidak
ponteng kelas atau sekolah, tidak membuli rakan, dan sebagainya;
(b) mengamalkan kesopanan dalam pergaulan seperti beradab sopan dengan guru, rakan-rakan, dan
kakitangan sekolah,
(c) menjalinkan hubungan yang baik dengan guru, rakan, dan kakitangan sekolah;
(d) menjaga kekemasan diri dan sebagainya.

3. Kebaikan mengamalkan sahsiah dan imej yang positif:-


(a) dapat belajar dengan selesa dan selamat kerana tiada gangguan daripada pelajar yang tidak
berdisiplin;
(a) sekolah menjadi pusat kecemerlangan murid;
(b) dapat memupuk budaya penyayang;
(b) sekolah diyakini dan mendapat sokongan ibu bapa dan komuniti di sekitar sekolah.

Melibatkan Diri dalam Pelbagai Aktiviti Sekolah


1. Aktiviti sekolah adalah program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk kepentingan pelajar,
dan sekolah.
2. Cara-cara menjayakan aktiviti di sekolah. Contohnya:
(a) Hari Sukan:
i. melibatkan diri dalam acara sukan;
ii. membantu menghias rumah sukan;
iii. bersorak kepada peserta untuk memberikan sokongan.

(b) Hari Guru:


i. melibatkan diri dalam acara persembahan;
ii. membantu menghias pentas;
iii. datang memberikan sokongan kepada pelajar yang terlibat dalam persembahan.

3. Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah banyak faedahnya. Antaranya:


(a) melahirkan pelajar yang sihat, cergas, minda yang sihat, dan berdaya saing;
(b) memupuk bakat kepemimpinan dalam kalangan pelajar;
(c) dapat mengasah bakat dan potensi diri;
(d) merapatkan hubungan dengan rakan-rakan pelbagai kaum dan mewujudkan perpaduan;

8
(e) menanamkan sikap bangga terhadap sekolah.

Mewujudkan Keceriaan Sekolah


1. Sekolah yang bersih dan ceria akan memberikan imej yang baik kepada sekolah.
2. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar agar menjaga kebersihan dan keceriaan
sekolah.
3. Antara cara-cara mewujudkan keceriaan sekolah:
(a) tidak membuang sampah merata;
(b) menjaga kemudahan sekolah dengan baik;
(c) tidak melakukan vandalisme dan sebagainya;
(d) membantu mengecat sekolah;
(e) melukis mural di dinding sekolah.

9
Unit 6
Cerita Rakyat Pelbagai Kaum

Pelbagai Cerita Rakyat


1. Cerita rakyat adalah sastera rakyat dan menjadi kebanggaan sesuatu masyarakat dan negara.
2. Ciri-ciri cerita rakyat:-
(a) cerita yang berdasarkan kehidupan masyarakat setempat;
(b) biasanya diceritakan dan disampaikan dari mulut ke mulut;
(c) selalunya mempamerkan kesenian dan budaya dalam sesuatu masyarakat;
(d) Penekanan selalunya diberikan pada nilai-nilai murni dan pengajaran yang terkandung dalam
cerita tersebut;
(e) pada waktu dahulu, cerita rakyat ini diceritakan pada masa terluang, contohnya pada waktu
malam sebagai hiburan setelah penat bekerja pada waktu siang;
(f) disampaikan oleh penglipur lara. Sambil bercerita, penglipura lara ini juga akan bernyanyi dan
bermain muzik;

3. Ada terdapat beberapa jenis cerita rakyat. Antaranya:


(a) cerita asal usul;
(b) cerita jenaka;
(c) cerita legenda;
(d) cerita kepahlawanan;
(e) cerita binatang;
(f)cerita mitos.

4. Faedah menghayati cerita rakyat:-


(a) mengetahui cerita rakyat pelbagai kaum;
(b) memahami budaya masyarakat zaman dahulu;
(c) memberikan hiburan kepada pendengar;
(a) dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada cerita tersebut;
(d) dapat mengekalkan warisan budaya.

5. Cerita rakyat perlu dikekalkan dan dipelihara supaya generasi muda dapat menghayatinya.
6. Antara cara mengekalkan cerita rakyat:
(a) diterbitkan dalam bentuk buku atau video supaya dapat dibaca dan ditonton;
(b) menggalakkan pelajar membaca cerita-cerita ini;
(c) menceritakan cerita rakyat kepada pelajar;
(d) mengadakan pertandingan bercerita tentang cerita rakyat;
(e) mengadakan sudut cerita rakyat di dalam kelas.

7. Antara cerita rakyat yang popular: -


(a) Nakhoda Tanggang - Cerita kaum Melayu;
(b) Kong Zhi Meminta Tunjuk Ajar Budak Kecil - Cerita kaum Cina;
(c) Ahli Sihir yang Angkuh - Cerita kaum India;
(d) Kura-kura yang Pintar - Cerita kaum Iban;
(e) Burung layang-layang - Cerita kaum Kadazan.

10
Unit 7
Kerajaan Demokrasi

Pengenalan
1. Demokrasi bermaksud sistem pemerintahan negara oleh rakyat menerusi wakil-wakil yang
dipilih menerusi pilihan raya.
2. Kata demokrasi berasal daripada bahasa Yunani 'demo' yang bermaksud rakyat dan 'kratos'
yang bermaksud kekuasaan.
3. Kerajaan demokrasi ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
4. Prinsip-prinsip dalam pembentukan kerajaan demokrasi:-
(a) pemerintahan kerajaan dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya;
(b) kerajaan bertanggungjawab membentuk dan melaksanakan dasar-dasar negara demi
kesejahteraan rakyat dan keamanan negara;
(c) hak asasi setiap rakyat termaktub dalam perlem-bagaan negara;
(d) persamaan dan keadilan dalam aspek politik, ekonomi, sosial, dan undang-undang;
(e) warga yang patriotik;
(f) amalan kepelbagaian budaya;
(g) ketelusan pemerintahan.

Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia


1. Negara kita Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan raja
berperlembagaan.
2. Kerajaan demokrasi berparlimen adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk rakyat.
3. Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
4. Rakyat berkuasa untuk menyokong, mengekal, dan menukar kerajaan menerusi pilihan raya.
5. Raja berperlembagaan pula ditakrifkan sebagai sistem beraja mengikut peraturan Perlembagaan
Malaysia.
6. Di Malaysia, Ketua Negara ialah Yang di-Pertuan Agong.
7. Ketua kerajaan pula ialah Perdana Menteri.

8. Setiap warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dan yang sudah layak mengundi, perlulah
mengundi pemimpin negara dengan bijaksana dan penuh tanggungjawab kerana pilihan anda
penentu masa hadapan negara.

Cara Rakyat Menghargai Amalan Demokrasi di Malaysia


1. Amalan demokrasi membenarkan rakyat bebas bersuara dan melakukan sebarang aktiviti asal
sahaja aktiviti tersebut tidak menyentuh sensitiviti kaum-kaum lain dan menyebabkan huru-hara.
2. Antara cara yang perlu rakyat lakukan sebagai menghargai amalan demokrasi di Malaysia
termasuklah :-

(a) tidak menghina agama dan budaya kaum-kaum lain sama ada melalui perkataan mahupun
melalui tindakan;
(a) tidak melakukan rusuhan;
(b) tidak terlibat dalam aktiviti yang menyebabkan negara huru-hara;
(b) berbaik-baik dengan semua kaum.

Unit 8
KESINAMBUNGAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
Pengenalan

11
1. Kesejahteraan rakyat merujuk kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama hidup bersama dengan
aman dan harmoni untuk memajukan negara.
2. Demi mengekalkan kesinambungan kesejahteraan rakyat pada masa hadapan, kita haruslah:
(a) memiliki kesedaran sivik dan jati diri untuk menghadapi cabaran dan halangan;
(b) mempunyai daya empati terhadap golongan kurang bernasib baik dan golongan kurang
upaya;
(c) mengamalkan dan meneruskan perpaduan kaum;
(d) menghargai dan menyayangi alam sekitar (kelestarian alam sekitar).

Kesedaran Sivik
1. Individu yang mempunyai kesedaran sivik mempunyai perlakuan yang membantu mengekalkan norma-
norma masyarakat dan mematuhi undang-undang.
2. Antara sikap orang yang mempunyai kesedaran sivik:
(a) menjaga dan bertanggungjawab ke atas kemudahan yang disediakan;
(b) mematuhi peraturan dan undang-undang;
(c) memikirkan kepentingan kemudahan untuk faedah bersama.
3. Contoh individu yang tiada kesedaran sivik:
(a) membuang sampah merata;
(b) merosakkan kemudahan awam;
(c) meludah merata di tempat awam;
(a) bertolak-tolak ketika menaiki komuter dan sebagainya.

Perasaan Empati
1. Perasaan empati ialah kebolehan memahami perasaan orang lain.
2. Sikap keprihatinan ini penting dalam setiap individu . Contohnya perasaan empati terhadap golongan
kurang upaya dan orang yang kurang bernasib baik.
3. Apabila kita mempunyai perasaan empati, kita bersedia menolong orang lain dari segi moral,
kebendaan, dan nasihat tanpa mengharapkan ganjaran.

Perpaduan Kaum
1. Perpaduan kaum penting dalam situasi kehidupan masyarakat yang berbilang kaum seperti di Malaysia.
2. Perpaduan kaum dapat membentuk identiti negara yang positif serta menyumbang ke arah kemajuan
negara.

Jati Diri
1. Jati diri yang kukuh penting sebagai benteng untuk menghadapi segala bentuk cabaran dalaman dan
luaran yang boleh mengancam kesejahteraan diri, masyarakat, dan negara.
2. Cara-cara jati diri dibina:
(a) melalui pendidikan agama dan moral;
(b) tindakan yang wajar serta bijak;
(c) jalinan hubungan kemanusiaan yang baik;
(d) aktiviti yang berfaedah.
3. Remaja yang rapuh jati dirinya mudah terpengaruh dengan aktiviti yang tidak sihat seperti meragut,
merokok, menghisap dadah, terlibat dalam jenayah siber dan sebagainya.

Kelestarian Alam Sekitar


1. Lestari bermaksud mengekalkan alam semula jadi ciptaan Tuhan untuk manusia.
2. Setiap individu bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar.
3. Sebarang aktiviti yang mengganggu dan mencemarkan alam sekitar, mestilah dielakkan.

12

You might also like