You are on page 1of 1

Pendapat Tokoh

Dalam perutusan Menteri Pelajaran ,Datuk Seri Hishamuddin b Hussein sempena


Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Ke-50,beliau menegaskan bahawa bagi
mengekalkan kebebasan minda dan fizikal yang kita kecapi sekarang, perpaduan
kaum dalam kalangan warga pendidikan merupakan elemen yang paling utama.
Perpaduan ini perlulah disemai kepada anak didik sejak mereka di bangku sekolah
lagi, supaya dapat melahirkan generasi masa depan Malaysia yang bersatu padu,
saling memahami dan saling menghormati antara satu sama lain. Hasilnya, kita akan
terus bersatu padu tanpa mengasingkan diri mengikut kaum dan kelompok masing-
masing.
Menurut beliau lagi, kita perlu sedar bahawa rakyat negara ini begitu istimewa kerana
terdiri daripada pelbagai kaum dan pada masa yang sama, hidup dalam keadaan aman,
damai dan harmoni. Kita perlu berbangga bahawa keharmonian dan keistimewaan
rakyat negara ini telah dijadikan contoh kepada negara luar dalam usaha membendung
isu perkauman. Jadi, kita perlu sama-sama berganding bahu meneruskan keharmonian
ini seiring dengan usia kemerdekaan negara kita 

You might also like