You are on page 1of 8

TERAS 1 MEMAHAMI KONSEP KARISMA

PEMBINAAN KARISMA

1) Karisma adalah kualiti yang tertanam dalam diri seseorang, bukan hanya disebabkan pelantikan
ataupun status seseorang. Semua orang memiki karisma diri tidak kira siapa mereka seperti guru, imam,
pemimpin korporat dan juga penjenayah. Dengan kata lain karisma adalah satu anugerah istimewa
kepada seseorang.

2) Karisma membawa makna berbeza kepada setiap individu. Ia adalah kekaguman di mata orang lain
hasil daripada membangunkan komponen-komponen yang terdapat dalam karisma.

 Kualiti (daya penarik, daya kepimpinan) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yang
menjadikannya berupaya mempengaruhi arau menjadi peransang kepada khalayak ramai,
(kamus dewan edisi ke-4)

 Menurut Max Waber karisma adalah kualiti personaliti khusus yang ada pada seseorang individu.

 Menurut Conger dan Kanungo, (1987) karisma adalah sejenis tingkah laku yang dapat
diperhatikan, diterangkan dan dianalisis.

 Conger dan Konungo (1988) menyatakan, seseorang pemimpin dianggap sebagai berkarisma
apabila beliau melakukan sesuatu dengan cara yang baru dan tidak konvensional

 Menurut Shamir, House dan Athur (1993), pemimpin yang perilakunya dianggap berkarisma
dapat menghasilkan kesan karisma yang dijangka oleh teori. Kajian menunjukkan, pemimpin
yang dilihat sebagai karismatik menerima sokongan lebih besar daripada segi pelaksanaan kerja.

 Angle dan Sonnenfeld (1994) menegaskan , pemimpin yang dianggap berkarisma dapat diterima
sebagai pemimpin yang effektif barbanding orang lain. Mereka juga mampu memotivasikan dan
memuaskan perngikutnya berbanding pemimpin lain.

3) Sifat-sifat asas karisma adalah seperti karisma hanya dapat ditentukan oleh mata orang yang
melihatnya dan kehadiran karisma mudah dikesan tetapi susah untuk diterangkan.

Karisma ditentukan oleh mata orang yang melihatnya

 Satu kajian telah dijalankan dan mendapati bahawa karisma itu sebenarnya adalah
karisma seseorang yang ditentukan oleh orang yang melihatnya. Apabila seseorang
melihat orang lain yang berketerampilan dan berkebolehan, maka orang tersebut
dikatakan sebagai berkarisma dan sebaliknya. Oleh itu, mengetahui definisi karisma
oleh seseorang penting bagi membina karisma. Contohnya, ahli politik dan
perniagaan melihat seseorang yang berkarisma adalah mereka yang sentiasa
berpakaian kemas dan memilikili kemehiran sosial yang baik. Sebaliknya, orang
kampung melihat seseorang itu berkarisma apabila dia memiliki budi pekerti dan
akhlak yang baik.

Kehadiran karisma mudah dikesan, tetapi sukar diterangkan.

 Dalam suatu pembentangan di bilik kuliah, beberapa pelajar mempersembahkan


pembentangan mata pelajaran dengan penuh yakin dan bermaklumat. Sehinggakan
pensyarah sendiri kagum dengan kedalaman pengetahuan dan keyakinan diri yang
ditonjolkan pleh pelajar itu. Maka pelajar-pelajar lain menganggap dia adalah pelajar
yang hebat dan berkebolehan besar. Sekirannya kita pernah berada dalam keadaan
berikut, kita sebenarnya mengalami pancaran karisma daripada individu tersebut. Di
mana kita kagum dengan karisma seseorang tokoh. Kita sama-sama merasai
kehadiran karismanya walaupun hanya dengan senyumannya. Namun begitu, kita
sukar menjelaskan sifat karisma yang dipancarkan oleh individu itu..

4) Perbezaan kefahaman karisma daripada pandangan Islam dan barat.

 Pandangan Barat :

David Aberbach menegaskan, pemimpin berkarisma di barat ‘membunuh jiwa dan sudah
kehilangan suara hati’. Mereka berpendapat. “Selepas kematian jiwa, jasad mereka berjalan
menjadi individu agung tanpa jiwa”. Mereka melalui kehidupan peribadi yang mengerikan dan
berada dalam pelbagai krisis yang tidak putus-putus. David Aberbach menjelaskan bahawa
pemimpin berkarisma di barat sudah membunuh jiwa mereka dan jasadnya sahaja yang berjalan
menjadi ‘haiwan masyarakat yang disanjungdan dikagumi’. Mereka membawa keazaman yang
kuat sehingga mereka sendiri lupa kewujudan diri mereka yang bersifat individual. Kenyataan
Marlyn Manroe, “Saya ini kepunyaan masyarakat” menguatkan lagi pendapat David Aberbach.
Contohnya, John F. Kennedy adalah anak kecil yang tidak mendapat kasih sayang seorang
ayah. Oleh itu, gambar beliau bermain dengan anak keduanya di oval office ketika krisis peluru
berpandu Cuba sedang memuncak dianggap sebagai simbol kebapaan yang pertama ditonjolkan
di Rumah Putih.

 Pandangan Islam :

Dalam Islam, membina karisma bukanlah matlamat utama. Karisma itu sebenarnya kurniaan
daripada Ilahi. Menurut Islam orang yang berkarisma adalah mereka yang menghidupkan jiwa
mereka sehingga hati mereka menjadi celik. Mereka menghidupkan jiwa mereka bukan
membunuhnya. Karisma adalah kesan daripada keimanan dan penyerahan diri kepada Allah.
Mencari keredaan Allah adalah perkara yang diutamakan. Almarhum Hamka adalah contoh
bagaimana karisma daripada perspektif Islam terbina. Beliau adalah pemimpin gerakan dakwah
di Indonesia, cendiakawan, sasterawan dan pendakwah. Walaupun sudah lama meniggal dunia,
tetapi kemasyuran dan karisma beliau tidak luntur malah menjadi kekaguman angkatan baru.

 Di dalam Pandangan Hidup Muslim, Hamka menerangkan karisma dapat dirasai kewujudannya.
Beliau menggunakan istilah ‘cahaya muka’. Hamka menjelaskan terdapat dua jenis orang sahaja
yang mempunyai cahaya istimewa itu. Pertama, orang soleh yang kuat beribadat kepada Alllah
dan kedua, orang berpangkat yang kuat hubungan dengan orang yang memerintah.

Definisi karisma Hamka

Menghidupkan jiwa karismatik

Definisi karisma Barat

Membunuh jiwa karismatik

5) Dalam pembinaan karisma seseorang hendaklah membina model kompenan diri yang terdiri daripada
emosi, intelektual, fizikal, sosial danspiritual. Lima komponen diri ini akan bergabung dan membentuk
peribadi yang unik.

 Komponen Emosi terdiri daripada sikap dan tabiat yang positif dan juga kebijaksanaan emosi
atau EQ. Emosi memainkan peranan dalam membentuk peribadi kita. Pemimpin berkarisma
adalah tuan kepada emosinya sendiri.

 Komponen intelektual tidak merujuk secara langsung kepada IQ tetapi lebih menekankan
bagaimana cara kita menggunakan pendekatan bagi membina komponen intelektual yang baik,
di mana seseorang itu mempunyai pengetahuan yang luas dan diaplikasikan dalam ucapannya.

 Komponen fizikal merupakan komponen yang dapat kita lihat. Menerima diri kita seadanya atau
self-acceptance adalah cara terbaik daripada kita membandingkan dengan orang lain. Oleh yang
demikian penampilan diri yang menarik merupakan pakej yang akan melengkapkan pembinaan
karisma.

 Komponen sosial adalah membina imej sosial yang baik seperti kemahiran berucap, kemahiran
berbual, kemahiran berunding dan lain-lain lagi. Seseorang yang mudah mesra dengan orang
yang baru dia kenal maka dia memikili komponen sosial diri yang positif.

 Komponan spiritual atau persoalan kerohanian adalah berkaitan dengan tujuan kehidupan kita di
dunia dan mencari makna kepada soal kebahagiaan. Kekuatan spiritual yang akan memandu
seseorang menjadi seorang yang berazam tinggi dan sanggup menghadapi risiko.
6) Mengapa kita hendak membina karisma?

Ramai orang ingin menjadi pemimpin baik secara rasmi ataupun tidak rasmi. Mereja ingin
dilihat sebagai seorang yang berketrampilan, berpengaruh dan mempunyai pengikut yang setia.
Ada juga yang ingin memiliki karisma bagi menambahkan keyakinan diri dan muncul sebagai
orang yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

Membina karisma bermakna menjadi orang yang lebih baik dalam semua segi kehidupan. Ia
juga bermakna menjadi orang yang membahagiakan orang lain disekililing kita. Mereka tidak
menjatuhkan orang lain dalam usaha membina karisma. Apabila kita menjatuhkan orang lain
dalam mencapai matlamat kita, ia tidak lebih daripada racun yang membunuh nilai-nilai dan
matlamat tersebut. Orang yang berkarisma berkorban untuk orang lain lebih banyak daripada
kepentingan diri mereka sendiri. Nabi Muhammad S.A.W sanggup memberikan kurma yang hanya
memadai dimakan oleh beliau dengan isterinya Aishah, kepada seorang tua yang kelaparan.

Emerson menulis, memadailah sekiranya individu itu tahu yang dia sudah memberikan
kemudahan kepada orang yang duduk disebelahnya untuk terus hidup. Jangan sesekali hidup
atas kesusahan orang lain.

7) Pemimpin berkarisma memiliki satu persamaan iaitu mereka dapat melihat imej mereka sendiri atau self-
mirroring. Mereka mengetahui kelemahan diri mereka dan lantas mereka mencari usaha untuk
memperbaikinya. Pemimpin-pemimpin berkarisma dapat menimbulkan kesan luar biasa ke atas prestasi
mereka yang berada di bawah kepimpinannya. Kajian mendapati :

Semakin tinggi karisma seseorang pemimpin, semakin tinggi prestasi kerja orang yang
dibawahnya

Apabila orang yang dipimpin berasa puas hati dan seronok dengan kepimpinannya dan diri
pemimpin tersebut, mereka lebih mudah dipengaruhi oleh pemimpin mereka. Hal ini
menyebabkan mereka mendapat dorongan instristik dengan tugas-tugas yang mereka jalankan
sekaligus meninggikan lagi komitmen kerja mereka.

8) Hipotesis pemimpin yang berkarisma

Mengubah status quo yang membawa kepada kesan psikologi yang menekan dan membantu
kemunculan pemimpin berkarisma.

Mereka yang berkarismatik mempersembahkan wawasan yang nilainya dikongsi dengan idealisme
pengikut ataupun rakyat yang jauh bertentangan dengan status quo tetapi masih dapat diterima
oleh pengikut

 Bagi mencapai wawasan, mereka sanggup mengambil risiko yang tinggi dan terlibat secara
langsung dalam aktiviti yang memerlukan pengorbanan yang tinggi.

Pemimpin karismatik mempunyai pengaruh kepada pengikutnya yang berpunca daripada kuasa
kelakuan tersendiri atau idiosyncratic power daripada kuasa kedudukannya seperti perundangan,
paksaan dan pertukaran jawatan dalam organisasi

9) Model transformasi karisma

 proses pembinaan karisma. Ia bermula dengan menukarkan kualiti karisma yang terdapat pada
individu kepada kualiti organisasi yang dipimpin oleh pemimpin tersebut.

 Apabila seseorang individu mula bertanggungjawab dalam menjalankan fungsi-fungsi


organisasi, dia mula mengembangkan kualiti karismanya selaras dengan tanggungjawab yang
dipikul.Organisasi yang dilihat mempunyai ciri karisma organisasi adalah dipimpin oleh
seseorang yang berkarisma.

10) Memperjuangkan Idealisme didefinisikan sebagai penekanan pada kedudukan idea berbanding unsur
kebendaan sebagai asas kepada realiti.

 Idealisme dan wawasan – seseorang individu membina wawasan sejajar dengan nilai yang
terbentuk daripada idealismenya. Tiada wawasan tanpa idealisme kerana idealisme adalah
cermin kepada kejernihan dan ketulusan wawasan seseorang pemimpin. Cetusan wawasan
yang bertunjangkan perjuangan idealisme mampu menarik kepercayaan orang ramai dan
mampu memancarkan kuasa karismanya.

 Idealisme dan perubahan sosial – memperjuangkan idealisme bagi perubahan sosial adalah
kunci utama pembinaan karisma dalam diri seseorang. Perubahan sosial merangkumi hal ehwal
masyarakat secara bersepadu seperti masalah politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

 Perjuangan idealisme yang sebenar adalah menjadikan hal ehwal dunia sebagai jalan
melaksanakan idealisme yang lebih besar dan sebenar.

11) Membina karisma bermakna menjadi orang yang membahagiakan orang lain di sekeliling kita. Orang
yang berkarisma berkorban untuk orang lain lebih banyak daripada kepentingan diri mereka sendiri.

12) Orang berkarisma adalah orang yang mengetahui kelemahan diri. Mereka dapat melihat imej mereka
sendiri atau self mirroring. Mereka tahu apa yang kurang dalam diri mereka dan berusaha untuk
memperbaiki kelemahan tersebut.

13) Konsep diri individu berkarisma, bagaimana kita memandang diri sendiri dan memandang orang lain
dengan membina konsep diri yang positif serta membawa unsur-unsur kemenangan dalam diri sendiri. 10
kunci utama

 Kesedaran diri iaitu mempunyai sebab mengapa seseorang itu tidak boleh gagal dalam hidup

 Jujur kepada diri sendiri, orang lain dan persekitaran

 Terbuka – pemimpin berkarisma menyesuaikan sifat keterbukaan dengan keadaan tertentu

 Empati – merasai perasaan orang lain dan melihata sesuatu keadaan daripada kaca mata orang
yang mengalaminya.

 Estim diri - suka dan yakin terhadap diri sendiri

 Kawalan diri – seseorang yang mengawal diri sendiri dan juga mengawal suasana
persekitarannya

 Motivasi diri – keinginan yang kuat untuk berjaya

 Jangkaan diri – pemimpin berkarisma mencampakkan impian mereka jauh kehadapan dan
kemudian mengejarkan bagi mendapatkannya semula

 Imej diri – pemimpin berkarisma membina imej diri yang menakjubkan dengan merubah persepsi
mereka ke atas diri daripada orang yang biasa, selalu kalah, tidak menarik kepada orang yang
berkarisma.

 Tujuan diri – orang yang berkarisma mempunyai hala tuju kehidupan yang jelas. Mereka
merancang pelan kehidupan mereka dengan strategi yang kemas dan teliti

 Disiplin diri – keupayaan melakukan sesuatu tanpa perasaan terpaksa dan secara natural,
individu berkarisma membina disiplin diri yang tinggi, mereka tahu sesuatu perkara tidak boleh
dilakukan dengan mudah dan ia memerlukan pengorbanan dan proses yang panjang

 Dimensi diri – dimensi diri bermakna kita membina karisma diri dan juga orang lain tanpa
mengeksploitasi orang itu

 Penampilan diri – pemimpin berkarisma pandai melihat diri mereka daripada kaca mata orang
lain kerana mereka mengetahui bahawa penampilan diri mereka adalah menifesto kepada
komponen dalaman mereka.
Lampiran 1(a)

Karisma dan ais batu campur

Bayangkan, kita semua pernah makan Ais Batu Campur dan anggaplah kita semua bersetuju ABC adalah
makanan yang sedap. Kita hanya menikmati ‘keenakan’ ABC sebagai campuran pelbagai bahan. Kesedapan
ABC disebabkan bahan yang dicampurkan. Mungkin rasa sedap ABC itu datang daripada kacang, gula merah,
cincau, cendol, jeli ataupun susu yang diletakkan?

Sama juga seperti karisma, kita hanya tahu yang karisma itu wujud pada seseorang. Tetapi kita tidak mengambil
berat daripada datangnya karisma itu? Mungkinkah karisma itu datang daripada senyuman manis, keyakinan
diri, fesyen pakaian terkini ataupun kredibiliti yang ada pada orang itu?

Oleh itu, apabila kita ingin mengetahui daripada manakah datangnya rasa sedap ABC itu, kita perlu
mengeluarkan satu persatu bahan-bahan yang menyebabkan ABC itu menjadi sedap. Ini kerana, apabila semua
bahan itu bercampur, sukar bagi kita mengenal pasti dari mana datangnya rasa ABC yang sedap itu.

Sama juga dalam hal mencari sumber karisma, kita mengeluarkan satu persatu ciri-ciri yang menyebabkan
seseorang dilihat sebagai berkarisma. Sekiranya ABC itu kurang bahannya, kita berkata ABC ini sedap tetapi
sekiranya ia ditambah dengan aiskrim dan laici, tentu ia lebih sedap.

Dalam mencari sumber karisma, kita juga selalu barkata, “Pemimpin A adalah seorang yang cekap tetapi
sekiranya beliau tahu menghormatu orang lain, tentu beliau menjadi pemimpin yang berkarisma”. Mungkin ia
berlainan pada orang lain, “Pemimpin B seorang yang pandai menghormati orang lain dan petah berkata-kata,
tetapi beliau tidak pendai melaksanakan tugas organisasi” ataupun “Pemimpin C adalah seorang pemimin yang
cukup cekap dan terkini, tetapi beliau mempunyai nilai moral yang rendah’.

Dialog seperti ini berlaku di seluruh organisasi. Seperti sifat bagi bahan-bahan membuat ABC, tujuan modul ini
adalah bagi menyenaraikan kunci-kunci utama dalam membangunkan karisma diri.
Lampiran 1(b)

Latihan kendiri

Sebelum menjadi pemimpin atau sesiapa sahaja, kita hendaklah memahami dahulu diri kita sendiri. Apabila kita
memahami diri sendiri, kita boleh membangunkan diri kita agar menjadi orang yang berkarisma. Untuk
mengetahui personaliti diri, pilih salah satu daripada corak di bawah yang anda rasa paling menarik.

1 2
3

4 5 6

7
8 9

1 - Introspektif, Sensitif, Reflektif

Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan
kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan
bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni
dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka
masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.

2 - Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut

Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju
sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, deskan anda
untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan
daripada anda. Gaya hidup anda amat individualis. Anda tidak meniru apa yang popular, sebaliknya cuba hidup
mengikut idea dan kepercayaan diri - walaupun menentang pendapat umum.

3 - Dinamik, Aktif, Ekstrovert

Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin
berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda. Anda suka sekali berupaya memainkan
peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata

4 -Terus Terang, Seimbang, Harmoni

Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda
praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa
selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang
menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi
anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.

5 - Profesional, Pragmatik, Yakin Diri

Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan
masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup
dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh
bergantung kepada anda. Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang
lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.

6 - Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif

Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati
persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup
serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang
permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai
hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.

7 - Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang

Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut
motto: "Anda cuma hidup sekali." Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda
memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran
sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.

8 - Romantis, Pelamun, Beremosi

Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda
membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup. Anda
menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan
sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.

9 - Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri

Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-
permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian. Justeru itu, kebudayaan memainkan
peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta
bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab.
Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.
Lampiran 1(c)

KONSEP MEMBINA KARISMA

Sesungguhnya karisma dapat dibangunkan oleh semua orang termasuk diri kita sendiri. Sebelum 1998,
tidak terdapat kajian yang bersungguh-sungguh berkenaan karisma di barat. Mereka begitu dipengaruhi oleh
tulisan Waber yang begitu berpengaruh. Mereka berpendapat, karisma adalah suatu yang misteri dan
mempunyai keistimewaan luar biasa. Sehinggalah Conger dan Kanungo menulis buku hasil kajian mereka,
Charismatic leadership. Ini adalah permulaan kepada perkembangan kajian yang saintifik dan empirikal
berkenaan bagaimana karisma dibina dan dibangunkan.

Menurut Shamir, House dan Arthur (1993), pemimpin yagn perilakunya diaggap berkarisma dapat
menghasilkan kesan kasisma yang dapat dijangkan. Kajian ini menunjukkan, pemimpin yang dilihat sebagai
karismatik menerima sokongan yang lebih besar daripada segi pelaksanaan kerja.

Angle dan Sonnenfeld (1994) menegaskan, pemimpin yang dianggap berkarisma dapat diterima
sebagai pemimpin yang efektif berbanding dengan orang lain. Mereka juga mampu memotivasikan dan
memuaskan pengikutnya berbanding pemimpin lain.

Bennis dan Nanus (1985) berpendapat, pemimpin memfokuskan kepada cita-cita dan visi, dipandu oleh
emosi dan keazaman. Namun, pengurus lebih mementingkan kerja dalam jadual dan dapat dikawal.

Perbezaan antara pemimpin berkarisma dan tidak berkarisma

Bil Ciri-ciri Pemimpin tidak berkarisma Pemimpin berkarisma

Kurang sensitif dan lebih suka sensitif pada persekitaran dan


1. Sensitif persekitaran
mengekalkan status quo menentang status quo

Sasaran masa Penuh idealisme dan bertentangan


2. Tidak berbeza dengan status quo
hadapan dengan status quo

Berkongsi pendapat dan wawasan


Perkongsian pendapat menjadikan dia
3. Personaliti menjadikan dia disukai, dikagumi dan
disukai
ditiru personalitinya

Mempunyai inspirasi berkenaan


Kurang jelas berkenaan wawasan dan
4. Wawasan wawasan dan bermotivasi untuk
motivasi memimpin
memimpin

Guna cara yang dipakai dan sejajar Guna cara yang baru dan bertentangan
5. Pendekatan
dengan norma sedia ada dengan norma sedia ada

Tidak berminat dalam mempengaruhi Berminat dalam membawa idea yang


6. Kepercayaan
orang lain berisiko

Pakar dalam mencapai sasaran


Pakar dalam mencapai sasaran dalam
7. Kepakaran dengan cara bukan konvensional di
rangka yang tersedia
luar rangka kerja yang tesedia

Melalui pengaruh peribadi (hormat,


8. Penggunaan kuasa Melalui kedudukan sebagai ketua
kekaguman) sebagai hero

You might also like