You are on page 1of 36

Mencari

IMAM MUDA
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang -
bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,


Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup
berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh
luang.....
1- Berwudhuk dengan sempurna
2- Membaca dan menghafaz bacaan
Tahiyyat Awal, Tahiyyat Akhir dan Doa
Qunut
3- Membaca dan menghafaz lafaz niat Solat
Jenazah dengan betul dan lancar
4- Menyebut rukun dan syarat sah Solat
Jenazah
5- Mengetahui kedudukan imam bagi
jenazah lelaki dan perempuan
6- Membaca dan menghafaz bacaan-
bacaan dalam Solat Jenazah
7- Membaca dan menghafaz Surah At-Tin,
Ad-Dhuha dan As-Syarh
8- Mengetahui kedudukan imam dan
makmum dalam Solat Jemaah
9- Mengimamkan Solat Jemaah
10- Melaksanakan Solat Berjemaah dengan
sempurna
11- Melafazkan wirid dan doa selepas solat
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,


Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur
panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh
hutang...?
 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
 Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera
semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang
semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-
sahabatnya.
 Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami
dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
 Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-
dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa
kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
 Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah
kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
 Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami
sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat
kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
 Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga
di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
 Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi
Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Bil Soalan Ya Tidak
1 Dapat melaksanakan wudhuk dengan sempurna √
2 Dapat melaksanakan semua rukun solat (Bacaan) √
3 Dapat melaksanakan semua rukun solat (Perbuatan) √
4 Menghafaz sekurang-sekurangnya dua surah lain √
5 Dapat menghafaz Doa Qunut sebagai imam √
6 Membezakan bacaan secara nyaring atau perlahan √
7 Dapat melafaz wirid selepas solat dengan betul √
8 Dapat melafaz doa selepas solat √
9 Dapat membaca ayat-ayat al-Quran dengan betul √
10 Seorang yang beradab dan berakhlak mulia √
Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang -
sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,


Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!
Disediakan oleh:
Nazri bin Samsudin
SK (2) Taman Keramat
www.mendidik.blogspot.com

You might also like