You are on page 1of 4

SENARAI PERIBAHASA (PERUMPAMAAN DAN PEPATAH) YANG TERDAPAT DI

DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 1 hingga 3

BIL PERUMPAMAAN/ MAKNA


PEPATAH
1 Air beriak tanda tak dalam Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

2 Alang-alang berminyak biar licin Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.

3 Alang-alang menyeluk pekasam, Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah


biar sampai ke pangkal lengan diperoleh hasil daripadanya.

4 Ayam di kepuk mati kelaparan, itik Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji
di air mati kehausan besar (beristerikan atau bersuamikan orang
kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya
dan makmur.

5 Bagai air mencari jenisnya Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak
berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal
jerih payah.

6 Bagai ayam disambar helang Mati tanpa sakit.

7 Bagai cendawan tumbuh selepas Terlalu banyak pada sesuatu masa.


hujan
8 Bagai cincin dengan permata Pasangan pengantin yang sepadan.
Contoh ayat: Suami isteri itu sama cantik sama
padan seperti cincin dengan permata.

9 Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup Hidup dalam kemelaratan.


segan mati tidak mahu Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan
orang.

10 Bagai layang-layang putus tali Tiada berpedoman. @ sudah putus


harapan,bergantung pada nasib sahaja.

11 Bagai menatang minyak yang penuh Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.

12 Bagai minyak dengan air Orang baik kalau duduk dengan orang jahat
tidak akan menjadi jahat.

13 Bagai murai dicabut ekor Orang yang suka bercakap.


Perempuan yang suka bercakap banyak.
Contoh ayat: Suasana di dalam kelas 3P2 riuh
oleh suara Nadiah yang becok bagai murai di-
cabut ekor.

14 Bagai pucuk dilancarkan Amat cepat.


15 Bagaimana acuan begitulah kuihnya; Perangai anak biasanya mengikut orang yang
bagaimana contoh begitulah mengasuhnya.
gubahannya
16 Baik membawa resmi padi daripada Tidak sombong; rendah diri.
resmi lalang
17 Belayar sambil memapan, merapat Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud
sambil belayar tercapai.
18 Belum duduk sudah berlunjur Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki,
sudah bergirang hati atau gembira lebih dulu.

19 Berat mata memandang berat lagi Betapa berat kita melihat kesusahan yang
bahu memikul dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan
itu pada orang yang menanggungnya.

20 Berjagung-jagung dahulu sementara Sementara menunggu apa yang baik, lakukan


padi masak juga perkara-perkara yang berfaedah.

21 Biar jatuh terletak, jangan jatuh Lebih baik menarik diri terlebih dahulu sebelum
terhempas diberhentikan dengan tidak terhormat.

22 Biar mati anak jangan mati adat Adat yang tidak boleh dilanggar.

23 Biar putih tulang jangan putih mata Lebih baik mati daripada menanggung malu.

24 Carik-carik bulu ayam , lama- Perselisihan faham antara saudara-mara dan


kelamaan bercantum juga adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan
berbaik semula.

25 Diam-diam ubi berisi; diam-diam Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik
besi berkarat daripada orang diam tetapi tidak berilmu.

26 Diibaratkan sebagai condong Memberi pertolongan kepada orang-orang di


ditumpil, lemah dianduh dalam kesusahan.

27 Dimana ada kemahuan, disitu ada Seseorang yang bercita-cita tinggi akan
jalan berusaha untuk mencapainya.

28 Genggam bara api biar sampai jadi Membuat sesuatu pekerjaan yang susah,
arang hendaklah sabar sehingga mencapai
kejayaannya.

29 Harimau mati meninggalkan belang; Orang baik meninggalkan nama baik, orang
manusia mati meninggalkan nama jahat meninggalkan nama jahat.
Setiap manusia akan dikenang kerana jasa dan
budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.

30 Hendak belajar berenang dapatkan Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah


itik, hendak belajar memanjat kepada orang yang mahir tentang sesuatu
dapatkan tupai perkara itu.
31 Hendak seribu daya tak hendak Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.
seribu dalih
32 Ibarat burung, mata terlepas badan Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan.
terkurung Contoh ayat: Rakyat di negara jajahan komunis
itu ibarat burung,mata terlepas badan terkurung.

33 Jika ada kemenyan sebesar lutut Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang
pun, jika tidak dibakar tidak akan lain, kerana kalau disimpan akan hilang begitu
berbau sahaja.
34 Kalau tak berada-ada tak akan Tentu ada sebab yang tersembunyi
tempua bersarang rendah menyebabkan sesuatu hal terjadi @ Setiap
kejadian meninggalkan kesan.

35 Kalau tiada rotan akar pun berguna Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak
dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.

36 Kalau tidak dipecahkan ruyung Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak
manakan dapat sagunya berusaha.

37 Kalau tidak kerana angin tidak akan Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-
pokok bergoyang sebabnya.

38 Perempuan serasan, lelaki pemalu Pegangan hidup yang tidak serupa.

39 Sebagai gembala diberi keris Orang yang mendapat sesuatu yang tidak
berguna.

40 Sekali membuka pura, dua tiga Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud
hilang berbayar tercapai.
41 Semacam besar pacak daripada tiang Belanja lebih besar daripada pendapatan.

42 Seperti air dalam dulang Negeri yang aman sentosa.

43 Seperti api di dalam sekam Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam


atau tanpa disedari

44 Seperti aur dengan tebing Dua orang yang berkawan rapat dan saling
membantu
Contoh ayat : Kita tidak boleh hidup
menyendiri sebaliknya hiduplah seperti aur
dengan tebing.

45 Seperti aur ditarik songsang Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan
kerana sudah tersalah jalan.

46 Seperti embun dihujung rumput Tidak kekal


47 Seperti harimau menyembunyikan Orang yang menyembunyikan kelebihannya.
kukunya
48 Seperti hujan jatuh ke pasir Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu
pekerjaan yang sia-sia.
Contoh ayat: Nasihat kaunselor kepada pelajar
itu tidak ubah seperti hujan jatuh ke pasir
kerana kedegilannya.

49 Seperti lintah menghisap darah Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan
cara lemah lembut.
50 Seperti lipas kudung Selalu bergerak dengan cepat.

51 Ular menyusur akar tidak akan Orang besar yang merendahkan diri tidak akan
hilang bisanya jatuh martabatnya.
Contoh ayat : Sekalipun beliau bergaul dengan
orang kebanyakan,namun hal itu bagai ular
menyusur akal takkan hilang bisanya.

52 Yang dikejar tak dapat yang Terlalu tamak untuk mencari keuntungan
dikendong berciciran hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang
sudah dimiliki.

You might also like