You are on page 1of 2

EDUCATION of ELAKSAMANA

1.2 BENTUK KATA TUNGGAL

 Bentuk kata tunggal merujuk kepada perkataan yang tidak mengalami sebarang proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan.
 Kata tunggal merujuk kepada bentuk kata akar atau kata dasar dan bentuk inilah yang mendirikan
perkataan tersebut.
 Kebanyakan kata tunggal boleh diperluaskan untuk membentuk kata terbitan, tetapi kata tunggal
seperti ini, itu, sini, situ dan sana tidak boleh diperluas lagi.

1.2.1 KATA TUNGGAL SATU SUKU KATA

Kata tunggal satu suku kata dalam bahasa melayu amat terhad dan ada antaranya merupakan kata
pinjaman dari bahasa asing.
Namun kependekan dari dua suku kata menjadi satu suku kata seperti engkau menjadi kau dan aku
menjadi ku tidak boleh dianggap kata tunggal satu suku kata.
Contoh kata tunggal satu suku kata adalah seperti berikut :

SUKU KATA CONTOH PERKATAAN


KV ya yu ru
VK Am
KVK tin lap bah cap
KKVK draf krim Stor dram
KVKK zink bank Golf
KKKV Skru
KKKVK straw skrip

1.2.2 KATA TUNGGAL DUA SUKU KATA

Kata tunggal dua suku kata banyak terdapat di dalam bahasa melayu. Antara pola kata tunggal dua suku
kata adalah seperti berikut.

SUKU KATA CONTOH PERKATAAN


V + KV ibu ini apa cik
V + VK aur ais aib air
V + KVK ubat acah alat ikan
VK + KV inti undi asli erti
VK + KVK anjung uncang akrab undang
KV + V dua tua gua sua
KV + VK biar liat buat mual
KV + KV laga bapa saya lupa
KV + KVK pulut surut karut cawan
KVK + KV tangki pintu tunggu bantu
KVK + KVK tunggal lantai santai jemput

1.2.3 KATA TUNGGAL TIGA SUKU KATA


Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Sebahagian besar kata tunggal tiga suku kata dalam bahasa melayu merupakan kata pinjaman.
Kata tinggal jenis ini kecil bilangannya namun mempunyai pola susunan konsonan dan vokal yang
pelbagai seperti contoh berikut :

SUKU KATA CONTOH PERKATAAN


KV + V + KV buaya niaga biasa
KV + V + KVK ziarah siasat kiamat
V + KV+ V urea idea usia
KV + KV + V deria mulia setia
KVK + KV + V rahsia rumbia dahlia
KV + KV + VK haluan sekian rasuah
KVK + KV + VK manfaat lengkuas sengkuang
V + KV + KV azali udara agama
V + KV + KVK ibarat akibat amaran
VK + KV + KV indera almari istana
KV + KV + KV seteru budaya delima
KVK + KV + KV bestari misteri bendera
VK + KV + VK ikhtiar ilmiah akliah
V + KV + VK akaun elaun amaun
KV + KV + KVK riwayat hikayat teratak
KVK + KV + KVK mahkamah martabat sembilan
KV + KVK + KV keranda belanja selamba
KV + KVK + KVK kelompok gelombang belimbing
KVK + KVK + KV sempurna

1.2.4 KATA TUNGGAL EMPAT SUKU KATA

Kata tunggal empat suku kata juga amat kecil bilangannya dan kebanyakannya adalah kata pinjaman.

SUKU KATA CONTOH PERKATAAN


KV + KV + VK + KV keluarga biduanda
KV + KVK + KV + KV sejahtera sementara
KVK + KV + KV + KV bendahara laksamana
KVK + KV + V + KV sentiasa
KV + KV + KV + KV selesema samudera
KV + KV + KV + KVK muzakarah hulubalang
KVK + KV + KV + KVK sentimeter
KVK + KVK + KV + KV singgahsana
KV + KV + V + KVK nasional mesyuarat
V + KV + KVK + KV + KV universiti
KVK + KV + KV + KV + KVK kosmopolitan
KV + KV + KV + KV + KV + KV maharajalela

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

You might also like