You are on page 1of 4

EDUCATION of ELAKSAMANA

1.9 KATA TUGAS

1.9.1 PENGENALAN

Definisi
Semua perkataan yang bukan kata kerja, kata nama dan kata adjektif digolongkan sebagai kata kerja dan
hadir dalam binaan frasa atau klausa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis.

1.9.2 JENIS KATA TUGAS

Berdasarkan kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, kata tugas terdiri dari 3 jenis utama seperti
berikut :

1.Kata Penyambung Ayat

Ialah perkataan yang bertugas untuk menghubungkan 2 atau lebih binaan ayat. Berdasarkan kepada
tugas tersebut, kata ini terbahagi pula kepada 2 iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung
pancangan.

a) Kata Hubung Gabungan


Ialah perkataan yang digunakan untuk menghasilkan ayat majmuk gabungan, iaitu perkataan yang
menggabungkan 2 atau lebih klausa yang sama tara seperti lalu, dan, serta, tetapi, atau dan sambil.
Contohnya :
 Kami akan pulang ke kampung pada hari ini atau esok.
 Kakak memandu kereta sambil mendengar radio.

b) Kata Hubungan Pancangan


Ialah sejumlah perkataan yang digunakan bagi menghubungkan klausa yang tidak setara pada
klausa utama pada ayat majmuk pancangan. Kata hubung ini terbahagi kepada 3 iaitu :
i. Kata hubung pancangan relatif
Terdiri daripada perkataan yang iaitu kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama
dengan satu klausa kecil, contohnya :
 Kakak memujuk adik yang sedang menangis itu.
 Mereka suka melihat pemandangan yang cantik itu.
ii. Kata hubung pancangan komplemen
Terdiri daripada perkataan bahawa dan untuk iaitu perkataan yang berfungsi untuk
menghubungkan klausa pelengkap kepada klausa utama contohnya :
 Kami percaya bahawa dia tidak bersalah.
 Fairuz datang untuk menziarahi kawan karibnya.
iii. Kata hubung pancangan keterangan
Terdiri daripada perkataan yang menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi
keterangan contohnya : semoga, ketika, sekiranya, sesungguhnya, tatkala, agar, kalau, setelah,
walaupun, meskipun, kerana dan supaya. Contoh ayat adalah :
 Saya berdoa semoga para pelajar saya berjaya.
 Dia dirawat di hospital kerana kemalangan jalan raya.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

2.Kata Praklausa

Ialah perkataan yang berada di bahagian hadapan klausa dan bertugas untuk menimbulkan seruan,
pertanyaan atau penerang pangkal klausa.
Berdasarkan tugas berikut, kata ini dapat dibahagikan kepada jenis berikut :
a) Kata Seru
Perkataan yang digunakan untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan dan menggunakan penanda
seru pada akhir ayat. Contohnya :

O wah Aduh Nah


h
eh Amboi syabas Cis

b) Kata Tanya
Perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara atau seorang. Kata tanya ialah
sebahagian prediket ayat dan jika diletakkan pada pangkal ayat, kata ini hendaklah disertai dengan
partikel –kah, contohnya :

apa bagaimana Bila


siapa Mengapa berapa

c) Kata Pembenar
Perkataan yang digunakan untuk membenarkan satu pertanyaan, contohnya :

benar betul ya

d) Kata Perintah
Perkataan yang digunakan untuk menyampaikan arahan, suruhan dan permintaan, contohnya :

jempu sila Harap


t
Jangan tolong minta

e) Kata Pangkal Ayat


Perkataan yang digunakan sebagai penanda kesinambungan ayat dalam wacana dan kedudukannya
adalah pada bahagian hadapan ayat. Kata ini banyak terdapat dalam teks klasik contohnya :

adapu sebermula Syahadan


n
alkisah maka Hatta

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

3.Kata Prafrasa

Ialah perkataan yang terletak di bahagian hadapan frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Kata ini
dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
a) Kata Bantu
Perkataan yang digunakan bagi menimbulkan makna-makna tambahan dalam frasa kerja. Kata ini
terbahagi kepada 2 iaitu :
i. Kata bantu aspek
Bertugas menimbulkan suasana perbezaan masa, sama ada masa ini, masa akan datang atau
masa lampau. Contohnya : pernah, sudah, telah, belum, sedang, masih, akan
ii. Kata bantu ragam
Bertugas menyatakan atau menerangkan ragam perasaan berkaitan perbuatan yang dilakukan,
contohnya : harus, mahu, hendak, mesti, boleh, dapat

b) Kata Penguat
Perkataan yang digunakan bagi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif dan
ianya terbahagi kepada 3 iaitu :
i. Kata penguat hadapan
Kedudukan adalah di hadapan kata adjektif, contohnya : paling, terlalu, agak
ii. Kata penguat belakang
Kedudukannya adalah di belakang kata adjektif, contohnya : sekali, benar, nian
iii. Kata penguat bebas
Kedudukannya sama ada di hadapan atau di belakang adjektif, contohnya : sungguh, amat,
sangat

c) Kata Penegas
Juga disebut sebagai partikel, iaitu perkataan yang digunakan bagi memberi penekanan pada
bahagian tertentu dalam ayat dan ianya terbahagi kepada 2 iaitu :
i. Kata yang menegaskan frasa predikat, iaitu apabila frasa predikat ataupun bahagian yang
ditegaskan itu mengalami proses pendepanan, contohnya : -kah, -tah, -lah
ii. Kata yang bersifat bebas, iaitu perkataan yang boleh digunakan untuk menegaskan kedua-dua
bahagian ayat, sama ada subjek atau predikat, contohnya : hanya, lagi, memang, juga, pun, jua

d) Kata Nafi
Perkataan yang digunakan bagi menafikan atau menidakkan seseorang ataupun sesuatu perkara,
contohnya : bukan dan tidak.

e) Kata Pemeri
Perkataan yang digunakan untuk memerikan sesuatu hal atau sebagai perangkai antara subjek ayat
dengan frasa utama dalam predikat ayat. Contohnya : ialah (digunakan secara persamaan atau
ekuatif dan hadir di hadapan frasa nama) dan adalah (digunakan secara huraian atau kualitatif dan
hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi utama)

f) Kata Arah

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Perkataan yang digunakan bagi menunjukkan hala atau jurusan sesuatu perkara. Kata ini digunakan
sebelum frasa nama dan biasanya disertai oleh kata sendi nama, contohnya : atas, bawah, tepi,
tengah, hadapan, belakang, selatan, sisi, dalam, luar dan antara.

g) Kata Bilangan
Perkataan yang digunakan bagi menunjukkan jumlah atau bilangan sesuatu perkara, orang atau
benda. Kata ini terbahagi kepada 5 iaitu :
i. Bilangan tentu – dua, tiga, sepuluh, lima ratus
ii. Bilangan tak tentu – beberapa, seluruh, sekalian, semua
iii. Bilangan himpunan – bertin-tin, berhari-hari, kedua-dua
iv. Bilangan pisahan – masing-masing, tiap-tiap, setiap
v. Bilangan pecahan – separuh, setengah, sepertiga

h) Kata Sendi Nama


 Perkataan yang biasanya terdapat pada bahagian hadapan frasa nama. Setiap kata sendi nama
mempunyai fungsi serta tugas yang tersendiri dan haruslah digunakan dengan betul.
 Terdapat juga sebilangan kata sendi nama yang juga merupakan golongan kata yang lain seperti
antara (juga sebagai kata arah), sampai (juga sebagai kata kerja), dalam (juga sebagai kata
adjektif).
 Contohnya : di, ke, pada, kepada, daripada, dari, untuk, dengan, oleh, tentang, terhadap, demi,
sejak, seperti, bagai, umpama, laksana, hingga dan sampai.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

You might also like