You are on page 1of 7

EDUCATION of ELAKSAMANA

4.6 BINAAN AYAT

1.Ayat terdiri dari 2 unsur utama iaitu subjek dan predikat.


2.Dalam huraian tatabahasa, subjek adalah bahagian ayat yang diterangkan manakala predikat adalah
bahagian ayat yang menerangkan subjek, contohnya :

AYAT
Subjek Predikat
Bangunan itu Tinggi
Adik Menangis
Pengarang itu Menulis novel

3.Secara formulanya merumuskan bahawa :


Ayat = Subjek + Predikat
4.Ayat-ayat bahasa melayu boleh digalurkan kepada 2 kategori dengan membenarkan 2 aspek iaitu
struktur dan intonasi.
5.Struktur merujuk kepada susunan dan binaan unsur-unsur yang terkandung dalam sesuatu ayat,
contohnya ayat tunggal, ayat majmuk.
6.Intonasi merujuk kepada nada suara yang tinggi atau rendah semasa mengujarkan sesuatu ayat itu,
contohnya ayat penyata dan ayat tanya.

4.6.1 AYAT DASAR/INTI

Definisi
Ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain seperti ayat tunggal dan ayat majmuk

1.Dalam bahasa melayu, pola dan struktur binaan ayat mempunyai bentuk yang tetap, iaitu mempunyai
4 pola seperti berikut :

POLA SUBJEK PREDIKAT


Pola 1 Frasa nama Frasa nama
(FN + FN)
Pola 2 Frasa nama Frasa kerja
(FN + FK)
Pola 3 Frasa nama Frasa adjektif
(FN + FA)
Pola 4 Frasa nama Frasa sendi nama
(FN + FS)

2.Pembahagian adalah berdasarkan unsur-unsur yang terdapat dalam konstituen subjek dan konstituen
predikat.
3.Konstituen subjek pada umumnya diisi oleh frasa nama manakala konstituen predikat diisi oleh 4 jenis
unsur seperti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
4.Contoh ayat mengikut pola ialah :

POLA SUBJEK (FN) PREDIKAT (FN)

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

(FN + FN) Ali Doktor


Budak itu Adik saya
POLA SUBJEK (FN) PREDIKAT (FK)
(FN + FK) Penonton Bertepuk tangan
Burung itu Membuat sarang
POLA SUBJEK (FN) PREDIKAT (FA)
(FN + FA) Rumah itu Besar
Bapanya Selalu sibuk
POLA SUBJEK (FN) PREDIKAT (FS)
(FN + FS) Kertas soalan Di dalam almari
Ibubapanya Di Negeri Sembilan

4.6.2 AYAT TUNGGAL

Definisi
Ialah ayat yang mempunyai satu klausa sahaja dan di dalam klausa terkandung satu konstituen subjek
dan satu konstituen predikat.

Kesemua ciri ini menggambarkan bahawa adanya persamaan antara ciri ayat tunggal dan ayat dasar.
Namun masih terdapat perbezaan diantara ayat tunggal dan ayat dasar/inti iaitu :

a) Struktur ayat tunggal tidak semestinya subjek mendahului predikat seperti ayat dasar. Ini bermakna
predikat boleh mendahului subjek untuk ayat tunggal dan ayat-ayat songsang merupakan ayat
tunggal.
Sebagai contohnya :

Kata Dasar (Subjek + Predikat) Kata Tunggal (Predikat + Subjek)


Dia membeli buku Membeli buku dia
Lukisannya cantik Cantik lukisannya
Rumah mereka di atas bukit Di atas bukit rumah mereka

b) Ayat tunggal boleh berdiri daripada jenis ayat yang lain, misalnya ayat tanya dan ayat seruan, dan
bukan ayat penyata sahaja seperti ayat dasar.
Sebagai contohnya :
 Ke pejabatkah, bapa?
 Kayakah keluara, mereka?

AYAT TRANSFORMASI

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Definisi
Disebut juga sebagai ayat terbitan iaitu penerbitan satu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus
transformasi yang berfungsi untuk mengubah aturan ataupun struktur ayat serta memperluaskan atau
menggugurkan sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.

Penerbitan ayat dapat dilakukan dalam tiga proses iaitu pengguguran, penyusunan semula dan
peluasan.

1.Proses Pengguguran
Ialah satu proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran
unsur tertentu dalam struktur ayat.
Pengguguran boleh berlaku pada bahagian subjek ataupun predikat ayat seperti contoh-contoh
berikut :

a) Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.
Dalam ayat perintah jenis suruhan, kata ganti nama diri orang kedua sebagai subjek boleh
digugurkan dan tidak menjejaskan maksud ayat, contohnya :
 Kamu semua jangan bising ! – Jangan bising !
 Tuan silalah masuk – Silalah masuk

b) Pengguguran subjek frasa nama yang serupa dalam ayat majmuk


Jika subjek terdiri dari frasa nama yang serupa, maka frasa nama yang kedua boleh digugurkan
dan ayat itu digabungkan untuk menghasilkan ayat majmuk gabungan, contohnya :
 Dia berjaya. Dia berusaha bersunguh-sungguh – Dia berjaya kerana bersungguh-sungguh
 Kami akan hadir. Kami mendapat jemputan – Kami akan hadir kerana kami mendapat
jemputan.

c) Pengguguran predikat frasa kerja yang serupa dalam ayat majmuk


Jika predikat ayat terdiri dari frasa kerja yang serupa, maka frasa kerja yang kedua boleh
digugurkan dan ayat digabungkan menjadi ayat majmuk gabungan, contohnya :
 Rina bekerja di Putrajaya. Dila bekerja di Putrajaya – Rina dan Dila bekerja di Putrajaya.
 Kucing binatang kesayangan. Arnab binatang kesayangan – Kucing dan Arnab binatang
kesayangan.

d) Pengguguran (oleh + Frasa Nama) dalam ayat pasif


Dalam binaan ayat pasif, struktur oleh + frasa nama yang mengikut kata kerja dalam predikat
boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna ayat, contohnya :
 Halaman rumah kami telah dibersihkan oleh abang – Halaman rumah kami telah dibersihkan
 Pendapat mereka semuanya ditolak oleh pengerusi – Pendapat mereka semua ditolak

2.Proses Penyusunan Semula

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Dalam proses ini, bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam
satu struktur ayat gramatis yang baharu.
Proses ini akan akan mengakibatkan pengguguran perkataan tertentu dan diganti dengan perkataan
lain namun ia tidak merubah maksud asal ayat.

a) Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek


Proses ini melibatkan transformasi ragam ayat aktif kepada ayat pasif.
Frasa nama yang berfungsi sebagai objek dalam ayat aktif dikedepankan untuk menjadi subjek
yang baharu kepada ayat pasif.
Subjek asal dalam ayat aktif itu pula dipindahkan kepada kedudukan selepas kata kerja dalam ayat
pasif.
Imbuhan juga berubah, iaitu meN- digantikan dengan di-, dan kata sendi nama oleh mengikuti
frasa kerja berimbuhan di- tersebut, contohnya :
 Pekedai itu mengira harga barang – Harga barang dikiran oleh pekedai itu
 Anggota polis mengawasi kesesakan jalan raya – Kesesakan jalan raya diawasi oleh polis

b) Penyusunan semula frasa nama sebagai objek


Penyusunan semula ayat berlaku pada ayat-ayat yang mempunyai 2 jenis objek iaitu objek tepat
dan objek sipi.
Transformasi mengakibatkan frasa nama yang menjadi objek sipi berpindah menjadi objek tepat
yang baharu.
Objek tepat dalam ayat asal dipindahkan ke bahagian akhir ayat dengan didahului oleh kata sendi
nama kepada, dan kata kerja yang terakhir dengan imbuhan –i digantikan dengan akhiran –kan,
contohnya :
 Atikah mengirimi sahabatnya sebungkusan hadiah – Atikah mengirimkan sebungkusan hadiah
kepada sahabatnya.
 Atikah menghadiahi ibu sebentuk cincin berlian – Ayah menghadiahkan sebentuk cincin berlian
kepada ibu.

c) Penyusunan semula melalui ayat songsang


Proses ini berlaku pada ayat-ayat songsang yang mengandungi keterangan tempat, masa, syarat,
musabab dan seumpamanya.
Proses ini berlaku apabila unsur keterangan tersebut hendak difokuskan dengan meletakkannya di
hadapan ayat, contohnya :
 Mereka duduk di atas kerusi rotan – Di atas kerusi rotan mereka duduk
 Dia akan ke universiti jika lulus cemerlang – Jika lulus cemerlang dia akan ke universiti

3.Proses Perluasan
Berlaku melalui penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu dan terdapat beberapa jenis
perluasan antaranya :

a) Perluasan subjek frasa nama


Subjek ayat iaitu frasa nama boleh dipeluaskan dengan memancangkan satu ayat yang lain kepada
subjek ayat asal melalui penggunaan kata relatif yang dan berlaku jika kedua-dua subjek ayat itu
serupa, contohnya :
 Kereta itu kepunyaan saya. Kereta itu baru dibeli – Kereta yang baru dibeli itu kepunyaan saya

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

 Bunga itu bunga mawar merah. Bunga itu berbau harum – Bunga yang berbau harum itu bunga
mawar merah

b) Perluasan frasa predikat


Boleh berlaku jika frasa nama dalam ayat yang hendak dipancangkan itu berfungsi sebagai subjek
kepada ayat yang hendak dipancangkan tersebut, contohnya :
 Ahmad membeli rumah itu. rumah itu besar – Ahmad membeli rumah yang besar itu
 Guru memarahi budak itu. Budak itu nakal – Guru memarahi budak yang nakal itu

c) Perluasan menggunakan kata hubung


Perluasan bolehh berlaku melalui proses penggabungan ayat dengan menggunakan kata hubung
tetapi, walaupun, jika dan sebagainya.
Kata hubung boleh digunakan bagi menghasilkan ayat terbitan jika terdapat 2 unsur frasa yang
sama dalam ayat, contohnya :
 Kita tidak boleh menonton wayang. Kita tidak ada tiket – Kita tidak boleh menonton wayang
jika tidak ada tiket.
 Dia pergi kerja. Dia tidak sihat – Dia pergi kerja walaupun tidak sihat.

4.6.3 AYAT MAJMUK

Definisi
Ialah ayat yang terdiri daripada 2 ayat tunggal atau lebih yang dicantumkan menjadi satu ayat.

1.Percantuman ini menyebabkan ayat majmuk itu mempunyai lebih dari 2 subjek atau 2 predikat
2.Ayat majmuk ini boleh terdiri dari sederetan ayat tunggal yang dicantumkan menjadi satu mengikut
kaedah tertentu hingga menjadi ayat baharu, contohnya :

AYAT MAJMUK
Ayat 1 Kata Hubung Ayat 2
Anita membaca buku Sambil Anita mendengar radio
Kami membuat kerja sekolah Semasa Adik tidur di dalam bilik
Dia memakai baju yang Baju dijahit oleh ibunya

3.Berdasarkan cara-cara ayat itu dibentuk, ayat majmuk dapat dibahagikan keapda 3 jenis, iaitu ayat
majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran.

4.6.3.1 AYAT MAJMUK GABUNGAN

Definisi
Ayat yang terdiri daripada 2 ayat atau lebih yang digabungkan menjadi satu dengan menggunakan kata
hubung gabungan seperti dan, tetapi, atau, lalu, sambil dan sebagainya

1.Antara contoh ayat ialah :


 Murid-murid menari dan menyanyi
 Pokok kelapa tinggi tetapi pokok langsat rendah

2.Percantuman ayat dapat dirumuskan seperti berikut :

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Ayat Majmuk Gabungan = Ayat 1 + kata hubungan + Ayat 2

3.Ayat majmuk jenis ini boleh juga terdiri dari 3,4 atau 5 ayat yang digabung menjadi 1 ayat.
4.Ayat yang digabung itu boleh terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah atau ayat tanya, namun
ianya tidak boleh dicampuradukkan seperti contoh di bawah :
 Murid-murid menari dan menyanyi
Janganlah berangan dan termenung sahaja !
- Murid-murid menari dan termenung sahaja !

5.Jika ayat-ayat yang digabungkan itu mempunyai unsur yang sama dan berulang, maka unsur yang
sama itu boleh digugurkan, contohnya :
 Anjing itu menggigit kakinya
Anjing itu lari
- Anjing itu menggigit kakinya lalu lari

6.Ayat majmuk gabungan terbahagi kepada 2 berdasarkan kepada penggunaan kata hubung yang
berbeza iaitu :

a) Gabungan yang susunan faktanya berurutan satu demi satu


Kata hubung yang digunakan seperti dan, lalu, lagi, serta, sambil dan sebagainya, contohnya :
 Murid-murid berbaris lalu bergerak ke padang
 Penonton bersorak sambil menepuk tangan
b) Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan fakta dalam ayat-ayat yang
digabungkan
Kata hubung yang digunakan ialah tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal dan sebagainya,
contohnya :
 Dia makan ubat setiap hari tetapi penyakitnya masih belum sembuh
 Dia berjawatan tinggi, padahal kelulusannya tidak seberapa

4.6.3.2 AYAT MAJMUK PANCANGAN

Definisi
Ayat yang terdiri daripada 2 ayat atau lebih yang kedudukannya tidak setara, iaitu ada ayatnya yang
tidak boleh berdiri sendiri.

1.Ayat jenis ini terdiri dari satu ayat utama dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang disebut ayat
pancangan yang menggunakan kata hubung yang dan bahawa dan kata hubung yang membawa unsur
keterangan.
2.Berdasarkan kata hubung yang digunakan itu, terdapat 3 jenis yang berikut :
a) Ayat Majmuk Pancangan Relatif
Ayat relatif yang dipancangkan kepada ayat utama melalui penggunaan perkataan yang, contohnya
 Wanita itu memakai barang kemas + barang kemas itu mahal
- Wanita itu memakai barang kemas yang mahal
 Kanak-kanak itu comel + kanak-kanak itu anak buah saya
- Kanak-kanak yang comel itu anak buah saya

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

b) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen (ayat komplemen)


Ayat yang dipancangkan kepada ayat utama sebagai unsur yang melengkapkan ayat tersebut
melalui penggunaan kata hubung komplemen bahawa dan untuk, contohnya :
 Dia mengakui (sesuatu) + anaknya itu nakal
- Dia mengakui bahawa anaknya itu nakal
 Nenek itu yakin (sesuatu) + anaknya akan pulang
- Nenek itu yakin bahawa anaknya akan pulang.

c) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan


Ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi
sebagai keterangan kepada predikat, contohnya :
 Kita mesti berjimat cermat (ayat induk) + senang kemudian hari (ayat keterangan)
- Kita mesti berjimat cermat agar senang kemudian hari
 Beg itu sudah tiada (ayat induk) + saya masuk tadi (ayat keterangan)
- Beg itu sudah tiada ketika saya masuk tadi

4.6.3.3 AYAT MAJMUK CAMPURAN

Definisi
Ayat yang mengandungi lebih daripada 1 ayat, iaitu yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan
ayat majmuk atau beberapa jenis ayat majmuk.

Ayat ini biasanya lebih panjang dan perlu ditulis berhati-hati agar bermakna dan difahami orang ramai,
contohnya :
 Samad masih menonton televisyen tetapi kawan-kawannya yang sudah mengantuk telah lama tidur.
 Mereka membersih rumah apabila banjir surut kerana hujan telah berhenti

AYAT TUNGGAL AYAT MAJMUK AYAT INDUK KATA HUBUNG


Samad masih menonton Yang sudah mengantuk Kawan-kawannya telah Tetapi
televisyen lama tidur
Mereka membersihkan Kerana hujan tidak Banjir surut apabila
rumah berhenti

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

You might also like