You are on page 1of 39

AHLI KUMPULAN

NURAZLINDA BINTI AZHAR (900821015132)

NUR SHAMIMI BINTI BAT LATIF (910719115646)

NUR SYUHADA BINTI MOHD DIN (900223115686)

SITI NOR AISHAH BINTI MUKHTAR (910109115286)

AINA AYUNI BINTI GHAZALI (911008115214)


TAKRIF FRASA

• Unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang


mengandungi sekurang-kurangnya dua patah perkataan atau
pun satu patah perkataan yang berpotensi untuk diperluas
menjadi dua patah perkataan atau lebih.
• Frasa berbeza daripada klausa kerana binaan frasa boleh
mengandungi hanya subjek atau hanya predikat.
• Frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun frasa
itu sendiri.
Contoh : sekolah
sekolah rendah
sebuah sekolah
sebuah sekolah rendah
sekolah rendah luar bandar

Sekolah bukan lagi bertaraf perkataan , tetapi boleh


dinamakan frasa kerana bentuk itu boleh diperluas menjadi
sekolah rendah dan sebagainya.
FRASA

Frasa kerja
Frasa nama

Frasa Frasa sendi


adjektif nama
Frasa nama

• Binaan yang, dari sudut nahu, boleh terdiri daripada satu


perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi
sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.
• Frasa yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur
intinya.
• Unsur inti boleh wujud secara bersendirian sebagai satu
patah perkataan ataupun diikuti oleh penerang sesudah
unsur inti tersebut.
• Binaan ayat dasar dalam Bahasa Melayu (BM) terdiri
daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan predikat.
• Binaan ayat dasar dalam Bahasa Melayu (BM)
terdiri daripada dua konstituen utama, iaitu
subjek dan predikat.
• Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen
utama ayat-ayat dasar BM, terdiri daripada yang
berikut :
(a) FN + FN
(b) FN + FK
(c) FN + FA
(d) FN + FS
• Contoh frasa nama :
Subjek (Frasa Nama) Predikat (Frasa Nama)

Kereta bapa

Kereta merah bapa


Kereta merah itu kepunyaan bapa
BINAAN FRASA NAMA

• Boleh terbentuk daripada satu perkataan


sahaja ataupun sederetan perkataan.
• Jika dibentuk oleh sederetan perkataan, maka
terdapat dua jenis hubungan antara perkataan
itu.
• Jenis pertama ialah jenis yang terdiri daripada
satu perkataan yang merupakan inti bagi
seluruh frasa nama itu, sementara perkataan
yang lain merupakan penerangnya.

Inti Penerang Predikat

Pengurus syarikat telekomunikasi itu bapa saya

Polis Diraja Malaysia itu berbaris di padang


• Jenis yang kedua pula ialah jenis yang terdiri
daripada dua unsur inti dalam satu ayat.

Inti Inti Predikat

Tilam bantal disediakan untuk pelajar


baru
Sudu garfu
berada di dalam rak di
dapur
Frasa kerja

• Binaan yang boleh terdiri daripada satu


perkataan atau lebih dan kata intinya ialah
kata kerja.
• Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam
susunan ayat biasa seperti contoh yang
berikut :
Subjek Predikat ( Frasa Kerja)

Budak itu menangis sekuat-kuat hati.

Atlet itu berlari sepantas kilat.


BINAAN FRASA KERJA
• Binaan frasa kerja boleh terdiri daripada kata
kerja tak transitif atau kata kerja transitif.
• Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang
tidak memerlukan objek, iaitu ia tidak diikuti
oleh frasa nama sebagai penyambut untuk
melengkapkannya.
Contoh : 1. Bendera-bendera berkibaran.
2. Anak kucingnya terjatuh.
• Kata kerja transitif ialah kata kerja yang
memerlukan objek, iaitu kata kerja yang mesti
diikuti oleh frasa nama sebagai penyambut
ubtuk melengkapkan kerja tersebut.
Contoh : 1. Syamsul menulis surat kepada
sahabatnya.
2. Puan Rini menyiram pokok bunga
setiap petang.
Frasa Adjektif

• Merupakan susunan perkataan yang terdiri


daripada satu perkataan atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata adjektif
atau kata sifat sebagai kata intinya.
• Kata inti merupakan bahagian utama dalam
susunan frasa tersebut.
• Frasa adjektif bertugas sebagai predikat dalam
susunan ayat biasa seperti:

1. Pensyarah itu sungguh kacak.


2.Meja kayu itu sangat kukuh.
• Dalam susunan songsang pula, predikat
frasa adjektif boleh dikedepankan seperti
contoh yang berikut :

1. Bersih sekali keretanya.


2. Cantik sungguh wanita itu.
BINAAN FRASA ADJEKTIF
• Binaan frasa adjektif bukan sahaja
mengandungi kata adjektif sebagai unsur inti,
tetapi boleh juga disertai oleh kata bantu dan
kata penguat, sama ada di hadapan atau di
belakangnya.
• Contoh:

1. Kehadirannya masih terlalu awal.(kata bantu)


2. Tempat tinggalnya paling dekat.(kata penguat
di hadapan)
3. Bunyi burung itu merdu sekali.(kata penguat
di belakang)
Frasa sendi nama

• Frasa yang terdiri daripada satu kata sendi


nama yang diikuti oleh satu frasa nama
sebagai pelengkap kepada kata sendi nama
itu.
• Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya
di hadapan frasa nama.
Contoh :

1. Perabot itu diperbuat daripada kayu jati.


2. Drama itu tentang kekeluargaan.
3. Keretanya di pusat servis.
TUGAS
FRASA

Subjek Objek

Predikat
Subjek

• Merupakan frasa yang letaknya di hadapan


predikat dalam susunan ayat biasa.
• Dalam susunan biasa, bahagian subjek diisi
oleh frasa nama.
Subjek Predikat

Pakaian Aminah berwarna merah jambu.

Pertandingan itu akan dimulakan sebentar lagi.

Kemerdekaan negara disambut pada setiap tahun.


• Subjek boleh terdiri daripada:
(a) kata nama

(b) kata ganti nama

(c) kata kerja yang berfungsi sebagai kata


nama

(d) kata adjektif yang berfungsi sebagai kata


nama
(a) Kata nama
• Kata nama yang menduduki subjek boleh
terdiri daripada kata nama am, kata nama
khas atau kata nama terbitan.
Subjek Predikat

Lukisan itu menarik perhatian pengunjung.

Kecantikannya menawan hati ramai jejaka.

Encik Sani bertugas sebagai guru.


(b) Kata ganti nama
• Kata ganti nama diri dan kata ganti nama
tunjuk juga boleh menjadi unsur subjek.

Subjek Predikat
Kami baru pulang daripada bercuti.

Ini kawasan larangan.

Dia kakak saudara saya.


(c) Kata kerja yang berfungsi sebagai
kata nama
• Terdapat juga golongan kata kerja yang boleh
menjadi subjek, iaitu kata ini mengambil tugas
kata nama dan berfungsi sebagai subjek.
Subjek Predikat

Berjoging menguatkan stamina.

Memasak merupakan hobi Sara.

Mendengar radio dapat menghilangkan bosan.


(d) Kata adjektif yang berfungsi
sebagai kata nama
• Terdapat golongan kata nama yang boleh
menjadi subjek, iaitu kata ini mengambil tugas
kata nama dan berfungsi sebagai subjek.
Subjek Predikat
Sopan santun ciri gadis Melayu.

Panas baran sikap yang perlu dielak.

Manis sungguh buah epal itu.


PREDIKAT DAN OBJEK

Predikat frasa
nama
Kata bantu
ragam
Predikat frasa
kerja
Kata bantu
Predikat aspek
Predikat frasa
adjektif

Predikat frasa
sendi nama
PREDIKAT

Frasa yang letaknya selepas


subjek dalam susunan ayat
biasa.
Predikat frasa nama
• Predikat jenis ini terdiri daripada kata nama
am, kata nama khas dan kata nama terbitan.

Subjek Predikat (Frasa Nama)


Predikat frasa kerja
• Predikat boleh terdiri daripada kata kerja tak
transitif, kata kerja transitif dan kata kerja
terbitan.
Subjek Predikat (Frasa Kerja)
Kata bantu aspek
• Perkataan yang menerangkan sesuatu
perbuatan yang ada kaitannya dengan masa.

Sudah
Akan Sedang
Telah
Belum Masih
Pernah
Kata bantu ragam
• Perkataan yang menerangkan ragam perasaan
yang berkaitan dengan perbuatan yang
dilakukan.

hendak mahu harus

mesti boleh dapat


Predikat frasa adjektif
• Predikat terdiri daripada kata adjektif asal
ataupun kata adjektif ganda.
contoh :

• Kata adjektif boleh disertai oleh kata bandingan


lebih dan paling serta ter- yang juga membawa
maksud paling.
contoh :
Predikat frasa sendi nama
• Predikat terdiri daripada kata sendi nama yang
diikuti oleh frasa nama.
Subjek Predikat ( Frasa Sendi Nama )
Objek tepat

Objek
Objek sipi
OBJEK

• Kata nama atau sederetan kata nama yang


menjadi penyambut kepada Kata Kerja
Transitif.

• Boleh terdiri daripada Kata Nama Am, Kata


Nama Khas, dan Kata Ganti Nama.
Objek tepat
• Bentuk kata nama yang menjadi penyambut
langsung kepada kata kerja.

• Contoh :
– Kak Lin menyusun pinggan di atas meja.
– Puspa sedang menyiapkan tugasan KKBI itu.
– Aiyad menulis surat kepada kawannya.
Objek sipi
• Bentuk kata nama yang menjadi penyambut
TIDAK langsung kepada kata kerja.

• Contoh :
– Jannah membuatkan Najwa secawan kopi.
– Adib membelikan isterinya rantai emas.
– Sultan menghadiahi Laksamana sepersalinan
pakaian.

You might also like