P. 1
Jenis Komunikasi

Jenis Komunikasi

|Views: 19,586|Likes:
Published by Akhi Muhammad Aiyas
Kerja Kursus Bahasa Melayu Komunikasi oleh PPISMP Kajian Sosial Semester 2/2010 di IPG KDRI
Kerja Kursus Bahasa Melayu Komunikasi oleh PPISMP Kajian Sosial Semester 2/2010 di IPG KDRI

More info:

Published by: Akhi Muhammad Aiyas on Jul 25, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/14/2013

pdf

text

original

3.

0

JENIS-JENIS KOMUNIKASI

Pada dasarnya komunikasi digunakan untuk mencipta atau meningkatkan keaktifan hubungan antara manusia atau kelompok. Komunikasi boleh dibahagikan kepada dua (2) kelompok iaitu komunikasi verbal iaitu komunikasi lisan melalui pertuturan dan percakapan dan juga komunikasi non-verbal iaitu komunikasi bukan lisan seperti gerak badan dan reaksi wajah.

3.1

KOMUNIKASI VERBAL (LISAN)

3.1.1 DEFINISI

Komunikasi verbal (lisan) boleh didefinisikan sebagai proses komunikasi yang melibatkan maklumbalas menggunakan percakapan untuk menyampaikan maklumat lengkap kepada penerima.

3.1.2 ASPEK KOMUNIKASI VERBAL

Komunikasi verbal ataupun lisan mencakupi beberapa aspek dan disiplin ilmu yang penting iaitu ;

1. Vocabulary (perbendaharaan kata) Komunikasi tidak akan efektif (berkesan) sekiranya disampaikan dengan kata-kata yang tidak dapat difahami kerana kekurangan kosa kata. Kerana itu kosa kata menjadi sesuatu yang penting dalam berkomunikasi dengan individu lain. 2. Racing (kecepatan) Komunikasi akan lebih efektif dan berjaya apabila kelajuan berbicara dapat diaturkan dengan baik, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. 3. Intonasi suara Akan mempengaruhi erti pesanan secara dramatik sehingga pesanan akan menjadi lain ertinya apabila diucapkan dengan intonasi suara yang berbeza. Intonasi suara yang tidak konstekstual merupakan masalah dalam komunikasi.

4. Humor (lawak) Dapat meningkatkan kehidupan yang bahagia. Dungan (1989), telah menulis dalam tulisannya bahawa ketawa dapat membantu menghilangkan stress. Ketawa mempunyai hubungan fizik dan psikologi dan haruslah diingat bahawa lawak jenaka adalah merupakan satu-satunya selingan dalam komunikasi. 5. Singkat dan jelas Komunikasi berkesan disampaikan secara singkat dan jelas, terus kepada pokok permasalahan sehinggakan mudah untuk difahami. 6. Timing (masa) Masa merupakan sesuatu yang harus dijaga sewaktu berkomunikasi. Ini kerana ianya dapat menyediakan ruangan yang cukup untuk berucap dengan padat, ringkas dan jelas. 3.1.3 JENIS KOMUNIKASI VERBAL

Terdapat beberapa jenis komunikasi lisan yang dapat diamalkan iaitu :

1. Perbincangan Iaitu proses perbincangan yang bertujuan untuk penyelesaian masalah dan mengenalpasti kelemahan yang ada dalam diri. 2. Ucapan Proses penyampaian melalui lisan seperti ceramah, pidato, pembacaan laporan bertulis di hadapan sekumpulan pendengar dan sebagainya. 3. Pembentangan Terdapat lima (5) jenis pembentangan iaitu pembentangan slaid, LCD, pita rakaman telekonferens dan juga grafik. Melalui slaid adalah melalui negatif filem yang diambil dengan kamera 35 mm. manakala paparan LCD pula ialah paparan pada skrin sama ada warna hitam ataupun putih yang dicetak di atas kertas telus. Pita rakaman pula merakam suara tanpa sebarang soal jawab. Grafik iaitu penggunaan bentuk termudah seperti carta dalam pembentangan dan juga telekonferens iaitu siaran langsung.

3.2

KOMUNIKASI NON-VERBAL

3.2.1 DEFINISI

Komunikasi non-verbal adalah proses komunikasi dimana pesanan disampaikan tanpa menggunakan kata-kata. Contoh komunikasi non-verbal ialah menggunakan gerak isyarat, bahasa tubuh, ekspresi wajah dan pandangan mata, penggunaan objek seperti pakaian, potongan rambut, dan sebagainya, simbol-simbol, serta cara berbicara seperti intonasi, penekanan, kualiti suara, gaya emosi, dan gaya berbicara.

Ahli dalam bidang komunikasi non-verbal biasanya menggunakan definisi "tidak menggunakan kata" dengan ketat, dan tidak menyamakan komunikasi non-verbal dengan komunikasi non-lisan. Contohnya, bahasa isyarat dan tulisan tidak dianggap sebagai komunikasi non-verbal kerana menggunakan kata, sedangkan intonasi dan gaya berbicara tergolong sebagai komunikasi non-verbal. Komunikasi non-verbal juga berbeza dengan komunikasi bawah sedar, yang dapat wujud dalam bentuk komunikasi verbal ataupun nonverbal 3.2.2 PRINSIP

Prinsip-prinsip komunikasi seperti fungsi dan definisi komunikasi mempunyai huraian yang berbagai sesuai dengan konsep yang dikembangkan oleh setiap pakar. Istilah prinsip oleh William B. Gudykunst disebut sebagai jumlah komunikasi. Larry A.Samovar dan Richard E.Porter menyebutnya sifat komunikasi. Deddy Mulyana, Ph.D membuat istilah baru iaitu prinsip-prinsip komunikasi. Terdapat 12 prinsip komunikasi yang dikatakan sebagai penyebaran lebih jauh dari definisi dan hakikat komunikasi iaitu:

Prinsip 1 : Komunikasi adalah suatu proses simbolik Komunikasi adalah sesuatu yang bersifat dinamis dan tidak berakhir pada suatu titik, tetapi terus berlanjutan.

Prinsip 2 : Setiap perilaku mempunyai potensi komunikasi Setiap orang tidak bebas dari berkomunikasi, ketika orang tersebut tidak bermaksud berbicara sesuatu, tetapi difahami oleh orang lain maka orang tersebut sudah terlibat dalam proses berkomunikasi. Gerak tubuh, ekspresi wajah (komunikasi non verbal) seseorang dapat difahami oleh orang lain.

Prinsip 3 : Komunikasi mempunyai dimensi isi dan hubungan Setiap pesanan komunikasi mempunyai dimensi isi dimana dari dimensi isi tersebut kita dapat menjangkakan dimensi hubungan yang ada diantara pihak-pihak yang melakukan proses komunikasi. Percakapan diantara dua orang sahabat dan mahasiswa di kelas berbeza memiliki dimensi isi percakapan yang berbeza. Prinsip 4 : Komunikasi itu berlangsung dalam keadaan tidka sengaja Setiap tindakan komunikasi yang dilakukan oleh seseorang boleh terjadi bermula dari kesengajaan yang tidak dirancangkan (apa saja yang akan dikatakan atau apa saja yang akan dilakukan secara terperinci), sampai pada tindakan komunikasi yang betulbetul disengajakan.

Prinsip 5 : Komunikasi terjadi dalam konteks ruang dan waktu Pesanan komunikasi yang dikirimkan oleh pihak penutur yang baik secara verbal mahupun non-verbal disesuaikan dengan tempat, dimana proses komunikasi itu berlangsung, kepada siapa pesanan itu dikirimkan dan bila komunikasi itu berlangsung. Prinsip 6 : Komunikasi melibatkan jangkaan pihak terlibat Tidak dapat dibayangkan jika orang melakukan tindakan komunikasi di luar norma yang berlaku di masyarakat. Jika kita tersenyum maka kita dapat menjangkakan bahawa pihak penerima akan membalas dengan senyuman, jika kita menyapa seseorang maka orang tersebut akan membalas sapaan kita. Jangkaan seperti itu akan membuat seseorang menjadi tenang dalam melakukan proses komunikasi.

Prinsip 7 : Komunikasi itu bersifat sistemik Dalam diri setiap orang, terdapat sifat dalaman yang dipengaruhi oleh latar belakang budaya, nilai, adat, pengalaman dan pendidikan. Bagaimana seseorang berkomunikasi dipengaruhi oleh hal dalaman tersebut. Hal dalaman seperti lingkungan keluarga dan lingkungan dimana dia bersosial mempengaruhi bagaimana dia melakukan tindakan komunikasi.

Prinsip 8 : Semakin sama latar belakang sosial semakin efektiflah komunikasi Jika dua orang melakukan komunikasi berasal dari kaum yang sama, pendidikan yang sama, maka ada kecenderungan dua pihak tersebut mempunyai bahan yang sama untuk saling diperkatakan Kedua pihak mempunyai makna yang sama terhadap simbol-simbol yang saling dipertukarkan. Prinsip 9 : Komunikasi bersifat nonsekuensial Proses komunikasi bersifat di dalam suatu ruang lingkup iaitu tidak berlangsung satu arah. Melibatkan respon atau tanggapan sebagai bukti bahawa pesanan yang dikirimkan itu diterima dan difahami.

Prinsip 10 : Komunikasi bersifat dinamis Proses komunikasi ialah suatu proses yang dinamis dan luwes. Terdapat proses saling memberi dan menerima informasi diantara pihak-pihak yang melakukan komunikasi.

Prinsip 11 : Komunikasi tidak boleh ditarik balik Setiap orang yang melakukan proses komunikasi tidak dapat mengawal kesan yang bakal timbulkan oleh perkataan yang dikeluarkan. Kata-kata tidak dapat ditarik kembali, jika seseorang sudah berkata menyakiti orang lain, maka kesan sakit hati tidak akan hilang begitu saja pada diri orang itu. Prinsip 12 : Komunikasi alat menyelesaikan masalah secara menyeluruh

Komunikasi bukan satu-satunya penawar mujarab yang dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah.

3.2.3 JENIS KOMUNIKASI NON-VERBAL

1. Ekspresi wajah Wajah merupakan sumber yang kaya dengan komunikasi, kerana ekspresi wajah merupakan cerminan keadaan emosi seseorang. 2. Pandangan mata Merupakan isyarat ilmiah untuk berkomunikasi. Dengan mengadakan pandangan mata sewaktu berinterakasi atau soal jawab bererti orang tersebut terlibat dan bukan

menghargai teman bicaranya dengan kemahuan untuk memperhatikan sekadar mendengar sahaja. 3. Sentuhan

Adalah bentuk komunikasi personal iaitu sentuhan lebih bersifat spontan daripada komunikasi verbal. Beberapa informasi seperti perhatian yang sungguh-sungguh, emosional, kasih sayang atau simpati dapat dilakukan melalui sentuhan. 4. Kedudukan tubuh dan gaya berjalan Cara seseorang berjalan, duduk, berdiri dan bergerak memperlihatkan ekspresi dirinya. Kedudukan tubuh dan gaya berjalan merefleksikan emosi, konsep diri, dan tingkat kesihatannya. 5. Suara Rintihan, menarik nafas panjang, tangisan juga salah satu ungkapan perasaan dan pimikiran seseorang yang dapat dijadikan komunikasi. Apabila digabungkan dengan semua bentuk komunikasi non-verbal yang lain sampai desis atau suara dapat menjadi pesan yang sangat jelas. 6. Gerak isyarat Untuk mempertegaskan pembicaraan. Menggunakan isyarat sebagai bahagian dari komunikasi seperti menghentak kaki atau mengerakkan tangan selama berbicara menunjukkan seseorang dalam keadaan usaha untuk menghilangkan gemuruh. gemuruh dan bingung atau sebagai

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->