You are on page 1of 47

PERDAGANGAN

ANTARABANGSA

1
KANDUNGAN
Memahami definisi dan peranan perdagangan
antarabangsa
Menganalisis jenis perdagangan antarabangsa
Memahami konsep perdagangan antarabangsa
Menganalisis cabaran syarikat multinasional
Memahami galakan perdagangan antarabangsa
Memahami sekatan-sekatan perdagangan
antarabangsa

2
PERDAGANGAN ANTARABANGSA

DEFINISI DAN PERANAN PERDAGANGAN ANTARA


BANGSA
a. Definisi Perdagangan Antarabangsa
b. Peranan Perdagangan Antarabangsa

JENIS-JENIS PERDAGANGAN ANTARABANGSA

KONSEP DAN CABARAN DALAM PERDAGANGAN


ANTARABANGSA
a. Konsep Perdagangan Antarabangsa
b. Cabaran Syarikat Multinasional

GALAKAN DAN SEKATAN PERDAGANGAN


◦ Galakan Perdagangan Antarabangsa
◦ Sekatan-Sekatan Perdagangan Antarabangsa

3
DEFINISI DAN PERANAN PERDAGANGAN
ANTARABANGSA

a. Definisi Perdagangan Antarabangsa


b. Peranan Perdagangan Antarabangsa
• Tukaran Asing
• Pasaran Luas
• Guna Tenaga
• Pemindahan Teknologi
• Sumbangan Kepada Ekonomi Tempatan

4
a. DEFINISI PAB

- Aktiviti menjual, membeli dan berdagang barang niaga dan


perkhidmatan melepasi sempadan negara.
Ferrell, Business: A Changing World, 5th Edition, pg. 76.

- Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan wang


@ alatan lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada
harga, masa dan tempat yang sesuai bagi mendapatkan keuntungan,
faedah dan kepuasan yang melampaui sempadan politik sesebuah
negara
- kegiatan perniagaan di antara individu, organisasi, atau kerajaan sebuah
negara dengan negara lain
- urusniaga pergerakan barang, perkhidmatan hakcipta, paten, tanda
perdagangan, pelaburan modal, pemindahan teknologi, kakitangan,
maklumat atau data dan juga penyeliaan pekerja

5
FAKTOR KEWUJUDAN PERDAGANGAN
ANTARABANGSA
- perbezaan faktor pengeluaran
- perbezaan iklim
- pengkhususan yang berbeza
- perbezaan citarasa
- perbezaan tingkat teknologi
- peningkatan taraf hidup

6
b. PERANAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA
Tukaran Asing
 Menambahkan pendapatan negara melalui tukaran wang asing seperti US$,
pound
 Mengukuhkan ekonomi negara.
Pasaran Luas
 Mengeluar dan memasarkan produk ke luar negara – meningkatkan syer
pasaran
 Pelbagai aktiviti perniagaan antarabangsa dijalankan – meningkatkan
keuntungan
 Memanjangkan jangka hayat produk
Guna Tenaga
 Peluang pekerjaan bertambah di dalam dan di luar negara
 Mobiliti faktor-faktor pengeluaran
Pemindahan teknologi
 Menerima pemindahan teknologi, kepakaran dan kemahiran
 Meningkatkan kualiti produk supaya mampu bersaing di pasaran global
Sumbangan kepada ekonomi negara
 Kemasukan firma luar menyebabkan peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan serta banyak kegiatan ekonomi yang baru boleh diwujudkan
7
JENIS-JENIS PERDAGANGAN ANTARABANGSA

a. Import (barangan dan perkhidmatan)


b. Eksport (barangan dan perkhidmatan)
c. Perlesenan
d. Francais
e. Usahasama
f. Kontrak Pengeluaran
g. Pelaburan Langsung

8
a. IMPORT (BARANGAN DAN PERKHIDMATAN)
 Aktiviti pembelian barangan dan perkhidmatan dari negara luar dan dibawa
masuk untuk kegunaan dalam negara oleh individu atau organisasi
 Import terbahagi kepada dua :
◦ secara langsung melalui ejen asing atau wakil penjual
◦ tidak langsung menerusi ejen tempatan yang bertindak sebagai perantara
firma dengan pelanggan asing
 Contoh, Malaysia mengimport daging lembu dari New Zealand

b. EKSPORT (BARANGAN DAN PERKHIDMATAN)


• Aktiviti penjualan barangan dan perkhidmatan keluar negara
kepada pembeli individu atau organisasi di negara asing
• Pasaran tempatan sudah tepu, barangan berlebihan dalam
pasaran domestik bagi mengelakkan pembaziran dan kerugian
kepada syarikat
• secara langsung melalui wakil penjual atau ejen asing
• tidak langsung menerusi ejen tempatan yang bertindak sebagai
perantara firma dengan pelanggan asing

9
c. PELESENAN
 Pemberian hak dan kebenaran kepada sesebuah syarikat di negara asing
untuk mengeluar atau memasar atau kedua-dua sekali sesuatu jenama
produknya (pemberi lesen) di pasaran tempatan
 Sesuai apabila kitaran hayat produk mencapai kematangan di pasaran
tempatan
 Contoh-contoh perlesenan: jenama, formula, paten, mengedar, mengeluar,
trade mark, proses, hakcipta, program dan lain-lain.

d. FRANCAIS
• Pemberian satu pakej di mana francaisi dibenar mengguna tanda
niaga perniagaan, perkhidmatan dan produk, prinsip-prinsip
pengoperasian atau pengurusan syarikat, peraturan pengurusan dan
khidmat nasihat dalam segala aspek yang berkaitan dengan
perjalanan syarikat daripada francaisor

10
e. USAHASAMA

 gabungan beberapa syarikat antarabangsa menjalankan perniagaan


yang bermotifkan keuntungan serta mencapai misi tertentu.
 usahasama membolehkan syarikat asing mendapat pengalaman dan
menembusi pasaran di negara lain dengan menggunakan kepakaran
dan sumber-sumber syarikat tempatan
 boleh terdiri dalam bentuk pelesenan, kontrak pengurusan, pemilikan
minoriti dalam syarikat atau kontrak jangka panjang berdasarkan
perjanjian tertentu

11
f. KONTRAK PENGELUARAN
 strategi memasuki pasaran berisiko/halangan/sekatan ketat
 melalui perjanjian perlesenan, pemberi lesen memberi kebenaran
kepada penerima kontrak seperti paten, tanda perniagaan, teknologi,
penggunaan jenama, spesifikasi kepada firma penerima kontrak untuk
membuat, mengeluar/menjual produk
 Kebiasaannya syarikat pemberi kontrak akan membeli semula
komponen atau produk yang dikeluarkan oleh penerima kontrak

12
g. Pelaburan langsung

 Merupakan aktiviti pelaburan dari luar negara ke dalam sesebuah


negara tertentu dan membolehkan pelabur tersebut mengawal terhadap
aset-aset yang dimiliki di negara berkenaan.

 2 jenis pelaburan langsung ialah;


◦ Greenfield:
 memulakan pelaburan dengan mengadakan peralatan atau
kemudahan baru atau menambahkan bilangan yang sedia ada.
Kaedah ini merupakan sasaran utama usaha-usaha promosi
negara hos (tuan rumah yang menerima pelaburan,) untuk
mewujudkan peluang pekerjaan, pemindahan teknologi dan
pengetahuan serta boleh memberikan peluang / laluan ke arah
pasaran global. Biasanya ini adalah kaedah melabur di negara
membangun.

13
◦ Penggabungan dan Pengambilalihan
 Terjadi apabila aset-aset dari negara asal dipindahkan ke negara
luar. Penggabungan dengan syarikat dari negara luar berlaku
apabila aset-aset dan operasi dari sesebuah negara digabungkan
untuk menubuhkan satu entiti perniagaan yang baru.
Pengambilalihan merentasi sempadan berlaku apabila kawalan ke
atas aset dan operasi dipindahkan dari syarikat tempatan kepada
syarikat dari negara luar. Biasanya ini adalah kaedah melabur di
negara-negara maju.

14
KONSEP DAN CABARAN DALAM
PERNIAGAAN ANTARABANGSA

a. Konsep Perdagangan Antarabangsa


• Globalisasi
• Pasaran Menimbul (Emerging Market)
• Nasionalisasi
• Lokalisasi
• Glokalisasi

15
i. GLOBALISASI

 Ialah inisiatif perniagaan yang berdasarkan kepercayaan bahawa dunia


sekarang semakin bergerak ke arah menjadi satu pasaran yang
homogen atau pembentukan operasi syarikat di serata tempat di dunia
di samping membangunkan standard produk dan pemasaran
 Pengurangan bermakna dalam sempadan domestik, penambahan
pertukaran dalam perniagaan, pengembangan teknologi maklumat,
aliran kewangan merentasi sempadan dan pemindahan budaya

16
ii. PASARAN MENIMBUL (EMERGING MARKET)

 sebuah negara yang berusaha untuk berubah dan memperbaiki sektor


ekonominya dengan tujuan mempertingkatkan prestasi seimbang dengan
negara yang lebih maju dalam dunia.
 bank dunia klasifikasikan ekonomi yang keluaran negara kasar per
kapita $9,656 & ke atas sebagai negara berpendapatan tinggi
 Contoh negara pasaran menimbul sehingga 2004, terdapat 43 buah
negara seperti Vietnam, China, India, Argentina, Mexico dan lain-lain.
 pasaran menimbul tidak semestinya miskin @ kecil
 pasaran menimbul adalah penerima pelbagai program sokongan
kewangan antarabangsa untuk tingkatkan taraf ekonomi contoh: Bantuan
dari IMF
 pasaran menimbul juga telah membentuk kumpulan niaga sesama
mereka contoh: Mercosur (the southern cone common market)

17
iii. NASIONALISASI
 merujuk kepada tindakan sesebuah kerajaan mengambil alih pemilikan
sesebuah firma asing & menjadikan firma tersebut sebagai milik
negara
 jenis nasionalisasi termasuklah:
 expropriation
 pampasan diberi
 confiscation
 tidak ada pampasan

iv. LOKALISASI
• satu bentuk strategi yang biasa digunakan oleh syarikat
multinasional untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan
yang sesuai dengan negara tempatan
• mengambil kira soal-soal tempatan seperti kebudayaan,
citarasa, bahasa, penggunaan modal, bahan mentah dan
tanggapan sesuatu barangan atau perkhidmatan yang
dipasarkan. Contoh Mc Donald tidak menawarkan Beef Burger di
India.
18
v. GLOKALISASI

 Mengeluarkan dan mengedarkan produk global dan disesuaikan untuk


pasaran tempatan mengikut undang dan budaya sesebuah negara.
Contohnya Pizza Hut menyediakan pizza perisa mengikut selera
tempatan.

 Menggunakan teknologi komunikasi elektronik seperti internet untuk


menyediakan perkhidmatan tempatan berasaskan global. Contoh
seperti Craigslist dan Meetup telah menggunakan pendekatan
glokalisasi dalam mengaplikasikan laman web mereka.

19
KONSEP DAN CABARAN DALAM
PERNIAGAAN ANTARABANGSA

b. Cabaran Syarikat Multinasional


• Struktur dan Kawalan
• Politik dan Undang-Undang
• Ekonomi
• Sosiobudaya dan Pengurusan Rentas Budaya
• Perubahan Teknologi
• Pasaran Kewangan

20
SYARIKAT MULTINASIONAL (SMN)

 Organisasi yang melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan di peringkat


antarabangsa dengan tahap penglibatan yang tinggi.

 Merupakan syarikat yang bersaiz besar, beroperasi di banyak negara, di


mana syarikat bukan sahaja menjual produk mereka di pasaran luar
tetapi juga mengeluar, menjalankan penyelidikan, melatih pekerja
tempatan serta membangunkan produk baru di pasaran yang mereka
masuki.

 Mempunyai sumber kewangan dan tenaga manusia yang besar, dapat


mengawal seluruh aktiviti syarikat di seluruh dunia.

21
b. CABARAN SYARIKAT MULTINASIONAL

i. STRUKTUR DAN KAWALAN


◦ harus membuat perubahan mengikut keadaan semasa sesuatu
negara
◦ antara masalah yang mementingkan penstrukturan:
 konflik antara bahagian-bahagian berkenaan bidang kuasa
 kegagalan operasi asing dari segi perancangan & jangkaan
 kurang kawalan kewangan ke atas operasi luar negara
 pertindanan tugas di kalangan kaki tangan
 kemudahan pengeluaran tidak dioptimumkan
 pertindihan tugas antara pejabat jualan dengan jurujual di
sesuatu kawasan
 pertambahan dalam bilangan pengedar
 rungutan pelanggan ke atas perkhidmatan operasi di luar
negara

22
◦ Kawalan yang boleh diperolehi dengan:
 centralization - aktiviti dikawal selia oleh ibu pejabat (menegak)
 Lambat, tak serasi dengan budaya negara lain

 decentralization - anak syarikat bebas bertindak mengikut kesesuaian


persekitaran (mendatar)
 Sukar dikawal

23
ii. POLITIK DAN UNDANG-UNDANG

 berlaku semasa campurtangan oleh kerajaan tuan rumah untuk jaga


kepentingan negara
 polisi & undang-undang bercanggah dengan negara asal
 untuk mengawal persaingan dengan syarikat domestik negara asal
 paksaan untuk menjayakan program tempatan
 syarat yang dikenakan untuk menggunakan bahan mentah tempatan
 penyekatan aliran keluar keuntungan dari operasi (sebahagian %
disyaratkan dilabur semula)
 peraturan perdagangan yang ketat (tarif & bukan tarif disebabkan
prosedur)
 dasar keutamaan oleh kerajaan tempatan
 cukai korporat yang tinggi

24
iii. EKONOMI

 persaingan dengan syarikat tempatan oleh syarikat multinasional boleh


menjejaskan ekonomi tempatan; maka sekatan dibuat
 kawalan ke atas import; duti import yang tinggi
 boleh jejaskan imbangan perdagangan tempatan; jadi sekatan dalam
aktiviti pelaburan langsung
 kes bagi SMN untuk keluar dari sesuatu negara kerana nilai pelaburan
yang banyak
 kemerosotan ekonomi (kawalan aliran keluar matawang)

25
iv. SOSIOBUDAYA DAN PENGURUSAN
RENTAS BUDAYA
 kesukaran dalam mengadaptasikan sesuatu budaya yang bukan
menjadi kebiasaan diri
 konflik antara budaya SMN dengan pekerja tempatan
 masalah komunikasi
 penjejasan identiti negara (penjajahan budaya)

26
v. PERUBAHAN TEKNOLOGI
 pengimportan teknologi memakan belanja yang banyak (dari negara
asal)
 hak cipta (teknologi ditiru)
 masalah dalam mengikuti perubahan semasa (teknologi maklumat)

vi. PASARAN KEWANGAN


• Pasaran kewangan dapat mempengaruhi kadar tukaran mata
wang
• Kadar tukaran mata wang – kadar yang digunakan untuk
menukarkan mata wang sesebuah negara ke dalam mata
wang negara lain
• Kadar tukaran mata wang boleh memberi kesan kepada
permintaan barangan dan perkhidmatan sesebuah negara
• Campurtangan kerajaan sesebuah negara dlm menetapkan
nilai mata wang negaranya, contoh: Malaysia
27
3.4 GALAKAN DAN SEKATAN PERDAGANGAN
a. Galakan Perdagangan Antarabangsa

i. Pemasaran Antarabangsa
 Pemasaran ialah proses perancangan dan perlaksanaan konsep,
perletakan harga, promosi dan pengedaran produk untuk
mewujudkan pertukaran yang boleh memuaskan individu dan
organisasi yang melampaui sempadan politik sesebuah negara.
 Konsep pemasaran terdiri daripada konsep produk, harga, promosi
dan agihan terhadap produk atau perkhidmatan untuk proses
pertukaran bagi memenuhi kepuasan individu dan mencapai
objektif organisasi.
 Menjalankan pemasaran peringkat antarabangsa adalah lebih rumit
kerana wujud perbezaan dari aspek :
• Ekonomi
• Politik dan Undang-Undang
• Budaya dan adat resam
• Agama

28
MATRADE

◦ The Malaysia External Trade Development Corporation @


Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.
◦ Ditubuhkan pada tahun I Mac 1993 di bawah Kementerian
Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa.
◦ Merupakan satu agensi promosi perdagangan luar negara.

29
Peranan MATRADE

 Memperkenalkan, mewujudkan dan membangunkan perdagangan


luar negara dengan penekanan kepada eksport barangan siap dan
separuh siap
 Merangka dan melaksanakan strategi pemasaran
 Menyediakan sistem maklumat pasaran yang menyeluruh
 Memastikan keupayaan bersaing di peringkat antarabangsa bagi
keluaran Malaysia
 Menasihati kerajaan kepada perkara yang berkaitan dan bertindak
sebagai agen kepada kerajaan, individu atau organisasi berkaitan
perdagangan luar negara.
 Membangunkan, mempromosikan dan memberikan khidmat nasihat
berkaitan dengan perdagangan.
 Mewakili Malaysia dalam forum antarabangsa berkaitan dengan
perdagangan.

30
Blok Perdagangan Antarabangsa

◦ WTO (World Trade Organization)


 Sebelum ini dikenali sebagai GATT (General Agreement on
Tariffs and Trade)
 Objektif penubuhan ialah untuk meliberalisasikan perdagangan
dengan menghapuskan tarif, subsidi, kuota import dan lain-lain
halangan perdagangan.
 Ditubuhkan pada 1947 dengan anggota seramai 19 buah negara
dan meningkat menjadi lebih 140 negara (2006).
 Pengurangan tarif dilakukan dengan berperingkat-peringkat
menerusi pusingan rundingan bermula pada 1986 hingga 1993
 Setiap pusingan akan membincangkan pengurangan tarif.

31
Blok Perdagangan Antarabangsa

- AFTA (ASEAN Free Trade Area/Kawasan Perdagangan Bebas)

• Keputusan penubuhan sewaktu Sidang Kemuncak Ke 4 ASEAN pada


1992
• Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN pada September 1994
bersetuju pelaksanaan sepenuhnya pada 2008 dipercepatkan kepada
2003 secara berperingkat-peringkat.

• Tujuan penubuhan
 Meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN dengan melaksanakan
pasaran bebas
 Pasaran bebas - ini bermaksud barangan ASEAN boleh menembusi
pasaran negara anggota tanpa sebarang tarif @ tarif yang minimum
iaitu 0 hingga 5%
 Meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran
yang berdaya saing dan memenuhi pasaran global

32
- NAFTA (North America Free Trade Agreement Perjanjian
Perdagangan Bebas Amerika Utara)

• Pada 1988 perjanjian perdagangan bebas antara AS dan Kanada di


tandatangani dan mula beroperasi pada 1 Jan 1989
• Dianggotai Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico
• Tujuan:
 Hapuskan halangan tariff di kalangan negara anggota menjelang
1989
• Pada 1991 A.S. Kanada dan Mexico mengadakan rundingan untuk
tubuhkan NAFTA
• 1 Jan 1994 NAFTA dikuatkuasakan

33
BLOK PERDAGANGAN ANTARABANGSA

 EC (European Community/Kesatuan Eropah)


◦ Awalnya dikenali European Economic Community (EEC) dalam
perjanjian Rome.
◦ Pada 1967 dikenali sebagai EC hasil gabungan antara European
Coal and Steel Community (ECSC), European Atomic Energy
Community (EURATOM) dan EEC
◦ Pada I Jan 1994 menerusi Perjanjian Maastricht EC telah ditukar
namanya kepada European Union (EU)
◦ Dianggotai oleh Belgium, Perancis, Italy, Luxemburg, Belanda,
German, Denmark, Ireland, UK, Greek, Sepanyol dan Portugal.
◦ Menerusi perjanjian ini 4 elemen yang digariskan ialah:
a. Mewujudkan satu matawang tunggal
b. Polisi pertahanan dan hal ehwal negara yang seragam
c. Satu kerakyatan
d. Parlimen EU yang berkuasa

34
 APEC (Asia-Pacific Economic Cooperation/Kerjasama Ekonomi
Asia Pasifik)

◦ Ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia.


◦ Negara anggota: ASEAN, A.S., Kanada, Mexico, Chile, Australia,
New Zealand, Jepun, Korea Selatan, China, Taiwan, Hong Kong
dan Papua New Guinea.
◦ Tujuan penubuhan : Memajukan perdagangan bebas,
mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di rantau Asia Pasifik dan
mengeratkan kerjasama ekonomi antara negara anggota.

35
 ASEAN (Association of Southeast Asia Nation)
Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan anggota terdiri
daripada negara-negara ASEAN.
Dianggotai oleh Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia,
Filipina, laos, Myanmar, Vietnam dan Kemboja
Tujuan Penubuhan:
◦ Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi kemajuan sosial dan
perkembangan budaya di rantau Asia Tenggara
◦ Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik
◦ Menyediakan bantuan antara satu sama lain
◦ Meningkatkan taraf hidup penduduk negara anggota melalui
kerjasama dalam pertanian, perusahaan dan perdagangan.
◦ Mengadakan hubungan yang erat dan menguntungkan dengan
persatuan antarabangsa dan serantau.
◦ Menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial, budaya
teknikal, saintifik dan pentadbiran.
◦ Menggembleng tenaga untuk memanfaatkan bidang industri dan
pertanian serantau dan memperluaskan aktiviti perdagangan.

36
KEMUDAHAN PAB

 ZON PERDAGANGAN BEBAS


◦ Dibentuk untuk memudahkan urusan perniagaan antarabangsa
dengan menyediakan kemudahan dan pelbagai insentif.

Contoh di Malaysia:
- AFTA: Membentuk kawasan perdagangan bebas utk
pemprosesan pertanian dan barangan pertanian seperti
pengurangan tariff dari 0 hingga 5% contoh: AFTA

37
 MSC (Multimedia Super Corridor/Koridor Raya Multimedia)
- MSC: Merupakan satu tempat di mana syarikat-syarikat di seluruh
dunia berkumpul untuk menguji teknologi-teknologi mereka dan
menyediakan diri untuk menghadapi cabaran masa depan.
◦ Merupakan satu strategi untuk mencapai wawasan 2020
◦ Bertujuan untuk menggalakkan inovasi dan rekacipta teknologi moden
dan mempercepatkan pemindahan teknologi.
◦ Meliputi kawasan seluas 50 kilometer panjang dan 15 kilometer lebar
bermula dari KLCC hingga KLIA.
◦ Mengandungi 2 buah bandar pintar (Smart City) iaitu
 Putrajaya yang akan menjadi pusat pentadbiran baru.
 Cyberjaya yang akan menempatkan industri multimedia, pusat
penyelidikan dan pembangunan, Universiti Multimedia dan ibu
pejabat syarikat-syarikat multinasional.

38
- Fungsi MSC:

- Menarik syarikat bertaraf dunia dan berasaskan teknologi ke


Malaysia dan seterusnya membangunkan industri tempatan
- Menawarkan persekitaran yang produktif dan baik supaya rangkaian
nilai multimedia berbentuk barangan dan perkhidmatan dapat
dikeluarkan dan disalurkan ke seluruh dunia
- Membentuk sebuah kawasan yang cemerlang dengan keupayaan
spesifik multimedia, teknologi, infrastruktur, pembentukan undang-
undang, polisi dan sistem bagi mencapai kelebihan bersaing.
- Tempat untuk mereka cipta baru dengan menjalankan penyelidikan
dalam bidang teknologi multimedia.
- Membawa seluruh masyarakat ke era teknologi maklumat
- Membentuk dunia era baru dengan kemudahan rumah bestari,
bandar bestari, sekolah bestari, kad bestari dan rakan kongsi bestari.

39
 Perdagangan Balas
◦ Urusniaga tukar barang dimana pengeksport menerima keseluruhan
atau sebahagian pertukaran dalam bentuk barangan yang
dikeluarkan oleh pengimport
◦ Contoh: Perdagangan antara Malaysia dan India dimana Malaysia
mengeksport minyak kelapa sawit ke India sementara India
membayar dalam bentuk wang dan tekstil

40
LAIN-LAIN GALAKAN KERAJAAN

 GALAKAN CUKAI
◦ Contoh: elaun cukai pelaburan
◦ Insentif ini menyediakan elaun pelaburan sehingga 60% daripada
perbelanjaan modal selama 5 tahun
 PENGECUALIAN CUKAI
◦ Kelonggaran untuk tidak membayar cukai seperti yang ditetapkan
oleh pihak berkuasa
◦ Contoh: pengecualian cukai terhadap pendapatan dari royalti.
 PEMBIAYAAN EKSPORT
◦ Contoh: Skim pembiayaan semula kredit eksport
◦ Skim ini memberi kemudahan kepada pengeksport untuk
mendapatkan dana segera bagi mengeksport produk yang dijual
secara kredit

41
LAIN-LAIN GALAKAN KERAJAAN

 TARAF PERINTIS
◦ Pengecualian cukai selama lima tahun akan diberi kepada syarikat
yang berjaya mendapat status perintis

 SUBSIDI
◦ Sejumlah bayaran yang dibayar oleh kerajaan terus kepada
pengeluar untuk mengurangkan bebanan kerugian daripada
penjualan produk di peringkat antarabangsa
◦ Subsidi membolehkan produk dijual dengan harga lebih murah atau
lebih menguntungkan syarikat berkenaan

42
LAIN-LAIN GALAKAN KERAJAAN
 KEMPEN BELILAH BARANGAN MALAYSIA
◦ Kempen yang diusahakan oleh pihak kerajaan bagi menggalakkan
pembelian dan penggunaan barangan buatan Malaysia
◦ Tujuan kempen untuk
 membangun dan mengembangkan sektor perindustrian dan
perkilangan serta keupayaan mengeksport lebih banyak barang-
barang keluaran dalam negara ke pasaran luar
 berdikari dengan mengeluarkan berbagai-bagai jenis barangan
tanpa bergantung kepada negara luar

43
LAIN-LAIN GALAKAN KERAJAAN

 SKIM JAMINAN EKSPORT


◦ Skim yang ditawarkan oleh kerajaan untuk meningkatkan
pengeksportan dan membantu firma bersaing secara efektif di
peringkat antarabangsa
◦ Potongan berganda terhadap perbelanjaan promosi eksport
bertujuan menggalakkan para pelabur mempromosi produk
Malaysia di pasaran antarabangsa

44
b. SEKATAN-SEKATAN PERDAGANGAN
ANTARABANGSA

 Tarif (Cukai dan Levi)


Cukai
◦ Bayaran wajib yang dikenakan oleh kerajaan ke atas individu
atau syarikat
◦ Berperanan untuk mengagihkan semula pendapatan dan
kekayaan negara
Levi
◦ Satu bentuk cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan atau
organisasi
◦ Levi kerana membawa masuk pekerja asing ke dalam negara

45
BUKAN TARIF

 KUOTA
◦ Had yang dikenakan terhadap jumlah unit atau nilai sesuatu
barangan yang boleh dikeluarkan atau digunakan atau diimport
◦ Kuota import - sekatan yang menghadkan kuantiti sesuatu
barangan yang diimport
◦ Tujuan dikenakan ialah untuk mengurangkan saingan terhadap
barangan tempatan

 EMBARGO
◦ Larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport atau
mengeksport sesuatu barangan atau perkhidmatan dari/ke sesebuah
negara
◦ Contoh: Malaysia dengan Israel.

46
BUKAN TARIF
 SUBSIDI
◦ Bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada individu, unit
pengeluaran atau pengeksport samada dalam bentuk bayaran
langsung seperti geran atau pinjaman, atau langkah-langkah yang
memberikan kesan yang sama seperti bayaran langsung.
◦ Langkah-langkah termasuklah jaminan terhadap harga dan pasaran,
khidmat atau kemudahan bantuan dan pemotongan atau
pengecualian cukai.
◦ Subsidi membolehkan produk dijual dengan harga lebih murah atau
lebih menguntungkan syarikat berkenaan

 PIAWAIAN
◦ Satu standard kualiti yang dikenakan ke atas produk yang ingin
dipasarkan di peringkat antarabangsa.
◦ (contoh dalam industri makanan, kosmetik, elektronik dan
sebagainya.)

47

You might also like