You are on page 1of 14

Nama Ahli : Mahadi Putra

: Shaufik Fauzan
: Edika Zuhairy
Nama Guru : Alias bin Abu
Sekolah : SM Sung Siew
Tarian Zapin
ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

Penghargaan 1

Objektif Kajian 2

Kaedah Kajian 3

Hasil Kajian 4-8

Rumusan 9

Lampiran 10

Rujukan 11

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya selaku ketua kumpulan ini bersyukur ke hadrat Allah, kerana
dengan limpah kurnia – Nya kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jaya dan
dapat menghantar pada waktu yang telah ditetapkan.

Kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada guru subjek sejarah
kami kerana telah memberikan tunjuk ajar dan sumber rujukan yang amat diperlukan
untuk menyiapkan folio ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga masing-masing
atas segala bimbingan dan dorongan yang diberikan selama kami menyiapkan folio ini.

Disamping itu, terima kasih kepada rakan – rakan sekelas kerana telah
memberikan cadangan, idea dan pengetahuan yang telah anda kongsikan bersama kami.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian kami merangkumi objektif – objektif berikut:-

Memerhati & mengkaji tarian tradisional di negara kita.


Mengkaji Tarian Zapin
Menyatakan asal-usul tarian & banyak lagi.

KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang telah kami gunakan untuk menyiapkan folio ini ialah:-
a) Pemerhatian
b) Internet

Pemerhatian
Selama menjalankan kajian ini, kami telah meluangkan banyak masa memerhati
latar belakang tarian ini & pelbagai maklumat tentang tarian ini.

Internet
Kami juga telah melayari internet untuk mendapatkan lebih banyak lagi maklumat
tentang Tarian Zapin yang tidak boleh didapati melalui pemerhatian.

HASIL KAJIAN

Pengenalan

Salah satu bentuk tarian pergaulan masyarakat Melayu yang


masih utuh dan popular dewasa ini ialah tarian zapin. Dari
perspektif sejarah perkembangannya tarian zapin telah menular luas di kalangan
penggemar senitari di Malaysia ini telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan
ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Namun demikian banyak antara genre
zapin tradisional ini tersebar hanya ke daerah-daerah tertentu sahaja dan salah satu
daripada genre zapin tradisional yang dinamik dan anggun dikatakan masih terdapat di
negeri Johor.
Perkataan Zapin berasal dari kata al-zaffan, iaitu gerak kaki. Zapin berkembang
dan menghasilkan dua pola tarian yang berbeza iaitu Zapin Arab yang pola gerakannya
berbentuk zig-zag dan Zapin Melayu berbentuk huruf “alif” (lurus) .

Sejarah Tarian Zapin

Zapin adalah berasal dari Yaman Selatan (Hadramaut) merupakan sejenis irama
atau rentak dalam seni muzik tradisional. Zapin juga adalah sejenis tarian rakyat orang
Arab.
Pada abad ke 13 tarian ini masuk ke kepulauan Riau yang dibawa oleh pedagang-
pedagang Arab. Sewaktu orang Arab datang ke kawasan Asia Tenggara,mereka turut
membawa kebudayaan Arab termasuk seni muzik dan tarian.
Ia menjadi terus tersebar pada abad ke 15 terutamanya oleh pendakwah-
pendakwah Islam dari negara Arab dan Zapin Melayu telah menjadi lebih nyata sebagai
satu permainan anak muda dan golongan tua di zaman kesultanan Melayu Johor Lama
dan Kesultanan Johor-Riau-Lingga terutamanya setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis
pada tahun 1511.

 Jenis Tarian Zapin

Di Johor zapin yang dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab
memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Pada realiti kedua-duanya
genre zapin itu berasal dari satu keseniaan masyarakat Arab yang di bawa Hadramaut.
Keunikan tradisi Zapin Melayu terletak bukan sahaja pada kesatuan muzik dan
peralatannya yang dipengaruhi oleh keseniaan Arab bahkan juga pada sifat segretasi
penari dan penonton. Dalam konteks inilah keunikan tarian zapin begitu terserlah
terutamanya pada ciri penghubungannya dengan keseniaan Islam yang dibawa oleh
orang-orang Arab. Di Johor Tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur
Islam yang berfungsi sebagai hiburan sama ada pada acara-acara sekular mahupun acara
sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian
itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun ianya lahir dari adaptasi yang dilakukan ke
atas Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini
memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.

Zapin Melayu

Zapin Melayu umumnya ditarikan oleh orang-orang Melayu yang diadaptasikan dari
unsur-unsur Zapin Arab. Gerak tari dalam Zapin Melayu lebih halus dan santun dengan
hayunan tangan yang lebih kecil atau sempit, langkah kaki yang tidak terlalu luas dan
tinggi serta hinjutankaki yang lembut Lagu-lagu Zapin Melayu berasaskan syair-syair
atau pantun-pantun Melayu.

Zapin Arab

Zapin Arab ditarikan oleh masyarakat keturunan Arab. Gerak tari Zapin Arab
adalah gagah dengan langkah dan lenggangan yang lebih luas,hayunan tangan yang tinggi
dan hinjutan kaki yang keras. Zapin Arab menggunakan lagu-lagu Arab.

Perkembangan Zapin Melayu Johor Masa Kini

Zapin Melayu Johor berkembang dan mengalami perubahan (tokok -tambah) di 5


kawasan di Johor dikenali sebagai:
 Zapin Tenglu dan Zapin Pulau dari Mersing
 Zapin Lenga dari Muar
 Zapin Pekajang dari Johor Baru
 Zapin Koris dari Batu Pahat
 Zapin Parit Mustar dan Zapin Seri Bunian dari Pontian

Busana Zapin

Bunga yang dililit pada sebelah kiri sanggol menandakan


pemakainya masih belum berpunya berbanding dengan lilitan yang
dibuat pada sebelah kanan sanggol yang menandakan bahawa
pemakainya sudah berstatus sebagai wanita yang sudah berumah
tangga.
Aksesori tambahan untuk busana Baju Kurung Teluk
Belanga untuk orang lelaki yang menarikan Zapin adalah kancing baju yang diperbuat
daripada suasa atau perak dan diikat dengan batu delima, zamrud atau sebagainya.
Bagi kaum wanita pula kancing yang diperbuat daripada emas, perak atau suasa
diikat dengan batu Intan dan disebut sebagai Garam Sebuku atau Kunang Sekebun.Buat
masa ini busana tersebut boleh sahaja digantikan dengan kancing-kancing biasa yang
banyak terdapat dijual di pasar.
Penari Zapin wanita juga kadangkalanya memakai aksesori tambahan yang
pernah dipakai untuk dipadankan dengan busana Baju Kurung Teluk Belanga seperti
seutas rantai emas yang sederhana panjang yang disebut sebagai Rantai Belati, sepasang
anting-anting telekap yang dipanggil Anting-Anting Kopi dan gelang tangan yang
membelit yang dikenali sebagai Gelang Berderai

Instrumen Zapin

Alat muzik utama yang digunakan bagi mengiringi tarian Zapin ialah gambus,
rebana, gendang, rebab dan marakas. Petikan gambus untuk mengiringi lagu, sementara
rentak gendang atau rebana menentukan rentak dan pecahan tari dan gesekan rebab
menggabungkan keseluruhan muziknya. Antara lagu-lagu Zapin ialah Lancang Kuning,
Zapin Asli, Gendang rebana dan lain-lain. Pada asalnya rentak Zapin adalah rentak yang
digunakan untuk lagu-lagu keagamaan seperti nasyid dan lagu yang menggunakan bahasa
Arab.

Gambus Rebana

Gendang

Rebab Marakas

Persembahan Zapin

Zapin dipersembahkan dalam 3 peringkat:


 Pertama : Pembuka tirai (dikenali sebagai taksim) iaitu gambus dibunyikan secara
solo. Pada peringkat ini, semua penari akan melakukan tarian pengenalan dengan
beberapa pergerakan sahaja.
 Kedua : Tarian, pergerakan dan hayunan. Pada peringkat kedua ini persembahan
terdiri daripada pecahan atau gerakan serta lenggang tarian. Peringkat ini
merupakan peringkat persembahan utama.
 Ketiga : Penutup

Gerak tari Zapin lebih tertumpu kepada langkahan kaki dengan posisi tertutup
serta tidah merendah. Manakala senikata yang dinyanyikan dalam lagu untuk tarian ini
diselitkan dengan kalimat berunsur keagamaan seperti “salam” dan “assalammualaikum”,
kata-kata nasihat dan pujian kepada kebesaran agama dan kesempurnaan budi pekerti.

RUMUSAN
Hasil daripada kajian ini, kami dapat mengenal pasti kebudayaan bangsa supaya
dapat dikekalkan untuk menjadi tatapan generasi masa hadapan.

Tarian tradisional dapat mewujudkan semangat cinta akan khazanah negara


supaya kita sama-sama dapat memelihara budaya ini agar tidak luput ditelan zaman. Bak
kata pepatah ‘tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas”.

Ia juga dapat memberi kesedaran kepada generasi muda agar menyedari bahawa
tarian tradisional ini mempunyai signifikannya untuk mewujudkan perpaduan di
Malaysia.

LAMPIRAN

Galeri Gambar
Pelbagai Jenis Tarian Zapin

Pelbagai Jenis Alat Muzik Untuk Tarian Zapin

RUJUKAN
 Buku Rujukan SUKSES Sejarah PMR
Terbitan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Tahun: Edisi kedua 2007

 Laman Web: http://www.google.com/


http://www.scribd.com/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Zapin/
http://images.google.com/

You might also like