You are on page 1of 5

1

KERTAS CADANGAN
PENCALONAN ANUGERAH GURU INOVASI BAGI TAHUN 2010
PERINGKAT PEJABAT PELAJARAN DAERAH KOTA MARUDU
KATEGORI SEKOLAH RENDAH

1.0 PENDAHULUAN

Cadangan pencalonan Anugerah Guru Inovasi ini dikemukakan antara lain bertujuan
untuk perkongsian ilmu dengan rakan-rakan guru seluruh Daerah Kota Marudu.
Melalui perkongsian inovasi ini diharap dapat membuka minda guru-guru tentang
perlunya sentiasa memikirkan inovasi khususnya dalam bidang pengurusan.

2.0 TAJUK INOVASI

“SETIMBANG 1 + 4”

 Sistem Analisis Markah PKSR (Pengurusan)

3.0 KETERANGAN RINGKAS INOVASI

“Setimbang 1 + 4” ini adalah sistem aplikasi berasaskan ‘Microsoft Office Excel’ yang
mengandungi :

a) 1 ruang atau helaian ‘Mengisi Markah Ujian PKSR Murid” (diisi oleh guru
mata pelajaran atau guru kelas atau setiausaha peperiksaan)

b) 4 hasilan yang dihasilkan secara ‘automatik’ sebaik sahaja markah di


masukan (‘key in’). 4 hasilan, tersebut adalah :

i. Analisis Keputusan Peperiksaan;


ii. Graf Keputusan Peperiksaan;
iii. Laporan Analisis ke PPD; dan
iv. Slip Keputusan Peperiksaan.

Keempat-empat hasilan telah diset agar sedia untuk dicetak (kertas ukuran
A4) bagi tujuan simpanan oleh guru kelas, setiausaha peperiksaan, ketua
panitia dan pelaporan ke PPD.
2

4.0 MASALAH / CABARAN SEBELUM INOVASI

 Sebenarnya terdapat sistem aplikasi yang diguna pakai sebelum ini oleh
guru-guru di SK. Timbang Batu yang juga menggunakan aplikasi ‘Excel’
tetapi bersifat tidak sistematik dan tidak memenuhi permintaan daripada
pihak pentadbiran, panitia, setiausaha peperiksaan, ibu bapa dan untuk
pelaporan ke PPD.

 Kebanyakan guru membina dan menggunakan aplikasi untuk kegunaan


sendiri sahaja dan tidak dimanfaatkan untuk pelbagai tujuan lain seperti
tujuan pelaporan ke PPD dan untuk salinan (slip) kepada ibu bapa.

 Pentadbiran, Panitia, Setiausaha Peperiksaan Sekolah, guru kelas dan guru


mata pelajaran menyediakan laporan mereka secara berasingan atau untuk
simpanan masing-masing yang sepatutnya boleh dihasilkan dan digunakan
secara bersama.

 Terdapat kes Buku rekod kemajuan yang dibawa pulang oleh murid hilang
atau rosak. Apabila dibuat penggantian buku rekod kemajuan yang baru,
maklumat keputusan peperiksaan seperti yang asal tidak dicatat kesemuanya
atas sebab kesukaran guru kelas menyalin keputusan peperiksaan tersebut
yang disimpan oleh guru kelas terdahulu.

 Guru kelas sering dibebani tugas perkeranian seperti perlu menyediakan


laporan keputusan peperiksaan untuk satu kelas dan seterusnya mencatat
maklumat tersebut ke dalam buku rekod kemajuan murid, sedangkan pada
masa yang sama guru kelas ada tanggungjawab pengurusan kelas dan
mengajar mengikut jadual waktu. Keadaan sebegini memaksa sebahagian
guru melakukan kerja perkeranian di dalam bilik darjah yang sepatutnya ada
sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan mengikut jadual.

 Terdapat guru yang tidak masuk ke kelas mengajar dengan memberi alasan
menyiapkan laporan yang diminta segera oleh pihak pentadbir.

 Terlalu banyak masa (sehingga 3 hingga 4 hari) digunakan oleh seorang guru
untuk menyediakan/menyiapkan laporan atau dokumen pelaporan.

 Hasil laporan yang diisi secara manual oleh guru tidak kemas, tidak jelas,
tidak tepat, tidak ada keseragaman dan sukar dibaca.

 Ibu bapa rata-rata ingin melihat keputusan anak mereka terutama ketika sesi
menandatangani buku rekod kemajuan di sekolah.
3

5.0 INOVASI YANG DILAKSANAKAN

5.1 Inovasi yang dihasilkan telah membantu meningkatkan produktiviti dan


kualiti hasil kerja guru-guru, iaitu antaranya melalui penghasilan kerja
pelaporan yang dibuat secara sistematik dan kerjasama berkumpulan.
Pelaporan boleh disiapkan dalam tempoh sehari selepas kertas soalan
siap ditanda oleh guru-guru.

5.2 Beban kerja guru kelas berkurang, tumpuan kepada kerja mengurus
pelajar boleh ditambah.

5.3 Guru tidak lagi menggunakan masa mengajar di kelas untuk urusan
menyiapkan kerja menyediakan analisis markah. Jadual waktu pengisian
data ke aplikasi “SETIMBANG 1+4” boleh disediakan Setiausaha
Peperiksaan kepada semua guru mata pelajaran. Konsep kerjasama jelas
dapat ditonjolkan dan tidak membebankan satu atau dua orang guru
sahaja.

5.4 Idea inovasi ini adalah bersumber atau telah memanfaatkan kepakaran
dan idea rakan-rakan setugas yang sebenarnya mempunyai asas
computer yang tinggi tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan
pengurusan.

5.5 Pelaporan dan simpanan dokumen oleh setiausaha peperiksaan, panitia,


guru-guru mata pelajaran dan guru kelas seragam, kemas, tepat dan
mudah dibaca.

5.6 Ibu bapa amat berpuas hati apabila dibekalkan salinan slip keputusan
peperiksaan anak mereka sebagai ganti buku rekod kemajuan yang tidak
boleh dibawa pulang atas sebab mengelak kehilangan dan kerosakan
dokumen kerana kebanyakan murid masih kecil.

5.7 Penggunaan borang pelaporan yang diisi secara manual dihentikan atau
dapat dikurangkan. Pihak pentadbiran boleh menyediakan satu komputer
khas yang berfungsi sebagai tempat khas menyimpan maklumat panitia,
kurikulum dan termasuk analisis keputusan peperiksaan.

5.8 “SETIMBANG 1+4” ini memudahkan guru mata pelajaran, guru kelas,
panitia dan setiausaha peperiksaan membentangkan analisis keputusan
peperiksaan dalam mesyuarat kurikulum sekolah melalui persembahan
menggunakan komputer riba dan projektor LCD..
4

6.0 BUTIRAN LAIN TENTANG INOVASI

 Mula dibina dan digunapakai oleh pembina aplikasi sejak tahun 2009,
tetapi hanya diperkenalkan kepada sekolah bermula semester kedua
2010.

 Manfaat Inovasi ini khususnya di SK Timbang Batu dirasai oleh :


o Guru Besar
o Penolong Kanan I
o Setiausaha Peperiksaan
o Ketua Panitia
o Guru Kelas
o Guru Mata Pelajaran
o Ibu Bapa murid/ PIBG

 Inovasi ini adalah mesra pengguna dan mudah untuk diubah suai
mengikut kehendak/keperluan dan perubahan semasa berbanding
dengan aplikasi yang diperolehi secara komersial.

7.0 Penutup

Sesungguhnya, inovasi yang dihasilkan ini tidak akan dapat disiapkan sekiranya
tidak ada bantuan, sokongan dan dorongan daripada pihak pentadbiran, rakan-rakan
setugas dan orang perseorangan (termasuk suami). Semoga inovasi ini akan
mencetuskan hasil inovasi lain yang lebih bernilai tambah dan memberi manfaat
kepada bidang pengurusan di sekolah.

Sekian. Salam 1Malaysia.

NORAZRINAH BINTI BAHARI @ MAILIN

SK. TIMBANG BATU,


KOTA MARUDU

14.07.2010
5

LAMPIRAN

You might also like