You are on page 1of 11

1.0 Pengenalan.

Kanak-kanak sejak dilahirkan telah mewarisi kecerdasan daripada ibu bapanya.


Kecerdasan ini membolehkan mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling
mereka. Biasanya, asas kecerdasan yang tinggi , jika dipengaruhi oleh alam sekeliling yang tidak
memuaskan, maka sukar bagi kita untuk melahirkan perkembangan kecerdasan yang mencapai
peringkat optimum. Walaupun kanak-kanak sewaktu lahirnya itu tidak mempunyai pengalaman
tetapi semenjak saat  tersebut mereka sentiasa diserbui oleh pelbagai rangsangan daripada alam
sekeliling mereka. Dengan asas-asas yang diwarisinya dan dengan pertolongan pancaindera,
mereka mula menganggap dan memproses rangsangan-rangsangan itu ke dalam sistem yang
bermakna.

Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang


diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh kecerdasan dan yang
kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan dan pengalaman. Sungguh pun rangsangan dalam
alam sekeliling ini amat banyak tetapi tidak semua rangsangan itu dapat diterima atau ditanggapi
oleh manusia. Rangsangan yang sukar ditanggap tidak akan dapat diproses dan tidak akan
menjadi pengalaman. Oleh yang demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika kurang
mendapat rangsangan, ianya tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan
pengalaman yang berkesan.

Oleh yang demikian peranan guru dalam menentukan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan media yang mampu
mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak memperkembang kecerdasan
dan pengalaman pelajar. Guru-guru disarankan supaya dapat menyusun dan merancang aktiviti-
aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan,
penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan pengajaran, kerana inilah aspek yang memberi kesan
terhadap prestasi para pelajar. Pembelajaran dan pengajaran seseorang guru memerlukan banyak
kaedah dan strategi yang sesuai bagi membolehkan pelajar dapat memperolehi input dan
memahami pelajaran dengan lebih berkesan. Pembelajaran berasaskan sumber pembelajaran
dapat membantu seseorang guru itu untuk mencapai objektif pembelajaran dengan lebih mudah
dan berkesan.

1
1.1 Konsep pembelajaran

Pembelajaran pada umumnya merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan dan juga
kemahiran. Menurut Robert M. Gagne ( 1970 ) dalam The Condition of Learning, pembelajaran
merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan tidak
termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Wool folk (1980) dalam
Educational Psychology for Teachar, pembelajaran dapat dilihat sebagai perubahan dalaman
yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan baru atau sebagai potensi yang
sanggup menghasilkan tindakbalas yang baru. Selain itu pembelajaran juga dapat didefinisikan
sebagai perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku melalui pembelajaran iaitu perubahan
yang lebih maju, lebih tinggi dan lebih baik daripada tingkah laku yang sedia ada sebelum
aktiviti pembelajaran

Pembelajaran merupakan satu proses yang berteruskan dan dapat dibahagikan kepada
pembelajaran secara formal dan tidak formal. Pembelajaran formal lebih kepada pembelajaran
yang berlaku di sekolah. Pembelajaran tidak formal pula merupakan pembelajaran yang
melibatkan orang luar sekolah iaitu ibu bapa, rakan sebaya, media massa dan juga persekitaran.
Proses pembelajaran akan berubah sejajar dengan peralihan pengajian, misalnya dari peringkat
sekolah rendah kepada sekolah menengah. Dalam konteks ini bukan sahaja bahan pembelajaran
menjadi semakin sukar kerana perlu disesuaikan mengikut tahap perkembangan kognitif pelajar,
malah mereka juga dipertanggungjawabkan untuk memperolehi pencapaian akademik yang lebih
tinggi.

1.2 Konsep sumber pembelajaran

Sumber pembelajaran pula bermaksud alat bantu mengajar yang digunakan atau apa-apa
alatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan segala
kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Dalam proses pembelajaran seseorang akan melakukan beberapa pendekatan bagi
membolehkan objektif pembelajaraan sesuatu subjek itu dapat dicapai. Ini termasuklah
penggunaan sumber-sumber pembelajaran atau bahan-bahan pengajaran. Sumber-sumber
pembelajaran ini tidak terhad kepada buku teks, papan hitam, kapur, dan gambar-gambar , tetapi
juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan penggunaan

2
pancaindera melihat, mendengar, rasa hidu dan sebagainya serta merangkumi apa yang dilihat
dan dialami oleh seseorang pelajar.

2.0 Latar belakang penggunaan sumber pembelajaran

Sejak zaman dulu lagi penggunaan sumber pembelajaran menjadi salah satu cara yang
digunakan oleh guru mengajar pelajar. Penggunaan sumber ini termasuklah penggunaan sumber
seperti buku teks dan bahan lain seperti akhbar dan majalah. Sehingga hari ini, sekolah-sekolah,
masih lagi menggunakan bahan-bahan pengajaran yang lazim digunakan oleh guru-guru
terdahulu, seperti daripada bahan-bahan yang terdapat daripada buku-buku teks, bahan-bahan
tambahan daripada jabatan-jabatan tertentu dalam Kementerian Pendidikan Negeri, Daerah dan
lain-lain. Walau bagaimanapun, selain daripada bahan-bahan binaan sendiri, bahan-bahan
pengajaran yang sering dan paling utama digunakan oleh guru-guru ialah bahan-bahan daripada
buku-buku teks. Penggunaan buku teks ini telah menjadi tradisi dan amalan biasa sesetengah
guru.

Perkembangan yang terjadi dalam bidang pendidikan telah menyebabkan penggunaan


sumber pembelajaran pada masa kini semakin canggih. Semenjak zaman pra dan pos merdeka
1949-1971 telah memperlihatkan perkembagan dalam bahan visual dan alat pandang dengar.
Pengaruh teknologi pendidikan ini bermula apabila penggunaan bahan visual seperti gambar,
carta dinding, peta, dan sebagainya digunakan. Perkembagan teknologi yang terus berlaku juga
menyebabkan pada tahun 1966 siaran radio ke sekolah telah dilancarkan di bawah kelolahan
Kementerian Penerangan dan Penyiaran dengan kerjasama Kementerian Pendidikan .

Zaman 1980-an memperlihatkan perkembangan pengajaran dan pembelajaran berasaskan


sumber atau media pengajaran dan diikuti dengan perkembangan komputer dalam pendidikan.
Pengajaran berasaskan sumber ini telah mengurangkan peranan guru sebagai penyampai utama
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perlaksanaan Kurikulam Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR, 1983) dan Kurikulam Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM, 1987) mengutamakan
penggunaan pelbagai sumber dan kaedah pengajaran. Guru dikehendaki mengintegrasikan
pelbagai sumber dalam kurikulum dan pengajaran.

3
3.0 Jenis Sumber pembelajaran

Daripada dapatan psikologi kognitif seseorang pelajar, seseorang pelajar akan dapat
meningat 10 % daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa
yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan
sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan sendiri. Dapatan tersebut memberi implikasi
bahawa pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya pelajar terlibat secara aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu
aktiviti. Selain daripada itu, pelajar juga perlu berkomunikasi dengan guru serta berkomunikasi
di antara satu sama lain. Untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran seperti itu,
penggunaan sumber pembelajaran sangat berguna.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran memainkan peranan


penting. Guru dan murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pengajaran
untuk mencapai objektif pembelajaran. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran ia lebih
mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pengajaran untuk mencapai
obejktif dan membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap subjek yang diajar. Ia juga
bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid serta membantu atau
mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong oleh Edgar Dale (1964)
yang digambarkan dalam bentuk “ cone of experience” di mana proses pembelajaran bermula
dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak.

Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu
menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat
sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran,
terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang
demikian pemilihan terhadap kaedah dan teknik perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya
cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara
mudah dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney misalnya, menggalakkan
pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa
seronok menjalankan uji kaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna.

4
Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria
mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan
teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik
menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik
perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal
ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru
menerangkan idea-idea yang komplex kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi
contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah
difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit.
Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan
metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual,
lakaran, ilustrasi dan lain-lain.

Penggunaan sumber-sumber pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini


dapat membantu pelajar untuk memahami sesuatu konsep yang abstrak dengan lebih jelas.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga seseorang guru itu perlu menguasai kemahiran
berhubung dengan penggunaan dan pemilihan bahan pengajaran yang sesuai. Ini kerana melalui
penggunaan bahan ini dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih jelas
dan bermakna. Ia juga dapat membantu seorang guru mempertingkatkan pencapaian pelajar dan
seterusnya membolehkan mereka bersedia menghadapi cabaran dan kemajuan yang pesat dalam
zaman teknologi masa kini. Penggunaan sumber-sumber atau alat pengajaran ini juga melibatkan
segala usaha yang digunakan sama ada yang dapat dilihat, didengar dipegang, dibaca, dirasai
dihidu, dikisahkan dan juga digunakan.

Terdapat beberapa jenis sumber pembelajaran yang biasa digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sumber-sumber pembelajaran atau alat pengajaran ini
termasuklah sumber berasaskan manusia iaitu melibatkan guru, rakan sebaya, pakar bidang, dan
juga pegawai sumber. Selain itu, sumber pembelajaran ini juga termasuklah bahan-bahan
bercetak, seperti buku, majalah jurnal, buku teks, kamus, surat khabar ,rencana atau artikel dan
sebagainya. Bagi bahan tidak bercetak pula termasuklah, penggunaan bahan 2 dimensi dan 3
dimensi. Bahan 2 dimensi adalah seperti papan putih dan 3 dimensi seperti specimen, replika,
glob, radas, model, boneka dan sebagainya yang biasanya dilakukan dalam makmal.

5
Selain itu, jenis sumber ini juga termasuklah sumber audio seperti radio, kaset, mikrofon
dan sebagainya. Bagi sumber daripada visual termasuklah rakaman, projektor, serta filem slide.
Penggunaan audio-visual atau bahan pandang dan dengar juga sering digunakan termasuklah
televisyen, video dan komputer. Antara lain sumber bahan pembelajaran yang digunakan adalah
sumber yang berasaskan computer atau perisian. Antara contohnya adalah penggunaan Microsoft
Power point untuk slide, disket, CD-ROM, cakera padat, cakera laser, disket video serta internet.
Kesemua bahan dan sumber pembelajarn ini dapat membantu guru untuk memilih teknik dan
strategi yang sesuai dalam proses pembelajaran.

Selain daripada penggunaan bahan bercetak dan bahan tidak bercetak dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, sumber pembelajaran lain seperti pengalaman juga penting untuk
memudahkan kefahaman kepada pelajar khususnya. Pengalaman ini dapat dilakukan dengan
membawa pelajar melawat tempat-tempat yang berkaitan dengan subjek, mengadakan lakonan,
pameran dan juga projek. Selain itu, seseorang guru juga boleh mendedahkan pelajar kepada
penemuan dan penciptaan baru. Sebagai contoh, seseorang guru boleh membawa pelajarnya
melawat tempat-tempat yang bersejarah yang mempunyai perkaitan dengan subjek seperti
Sejarah. Keadaan ini dapat membantu murid bukan sahaja memahami dengan lebih lanjut
malahan dapat mengalami dan melihat sendiri benda yang dipelajari.

4.0 Kriteria pemilihan sumber pembelajaran.

Dalam pemilihan sesuatu sumber atau bahan pembelajaran seseorang guru itu perlu
mempunyai pengetahuan tentang sumber tersebut. Sumber pembelajaran yang digunakan
mestilah dapat menarik minat pelajar agar proses pembelajaran dapat berjalan dengan suasana
yang baik. Dengan adanya sumber dan bahan yang menarik dapat membantu pelajar untuk
memberi tumpuan yang lebih dan juga membolehkan mereka melibatkan diri dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pelajar biasanya mempunyai rasa ingin tahu yang kuat. Dengan
adanya sumber yang menarik minatnya membolehkan seseornag pelajar itu dapat melihat dan
mengalami sendiri berdasarkan sumber yang digunakan.

Sesuatu bahan yang digunakan itu bukan sahaja mesti menarik tetapi juga mestilah
mempunyai kaitan dengan mata pelajaran yang diajar pada masa tersebut. Perkaitan antara
sumber yang digunakan dengan mata pelajaran yang diajar dapat membantu meningkatkan

6
pemahaman para pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar. Dalam psikologi kognitif pelajar
akan dapat memahami dengan lebih mendalam apabila sumber yang digunakan seperti surat
khabar, buku teks, rakaman dan sebagainya dikaitkan dengan subjek yang diajar.

Penggunaan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlulah melibatkan


pelbagai deria dalam kalangan pelajar. Keadaan ini dapat memberikan tarikan dan ransangan
kepada pelajar untuk lebih berminat dalam pembelajaran. Penggunaan bahan pelbagai sumber
akan memberi kesan kepada semua pancaindera pelajar. Aktiviti “ hand on” serta interaksi
dengan alat-alat teknologi canggih akan mengoptimumkan proses pembelajaran. Misalnya , guru
boleh menjadikan pengajarannya lebih berkesan dengan menggunakan bahan audio, video,
perisian, multimedia dan diikuti dengan penggunaan bahan cetak seperti dalam aktiviti
perbincangan dengan rakan sebaya. Pengajaran dan pembelajaran boleh diteruskan dengan
menggunakan bahan daripada internet untuk mendedahkan pelajar dengan maklumat terkini.
Pada akhir pembelajaran murid akan digalakan membuat persembahan hasil pembelajaran
melalui kumpulan dan disebarkan kepada rakan sekelas.

Mengikut penyelidikan yang telah dibuat oleh pakar-pakar alat pandang dengan, konsep
kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia, 75% adalah diperolehi melalui deria
pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria rasa, 3 %
daripada deria bau. Berdasarkan kajian ini, bolehlah dikatakan bahawa pancaindera pandang dan
dengar merupakan dua saluran indera yang penting sekali dalam proses pembelajaran,
terutamanya bagi pelajar sekolah rendah. Bagi murid dalam lingkungan umur 6- 12 tahun ,
mereka masih banyak bergantung kepada pengalaman konkrit dan banyak menggunakan deria
pandang dan dengar untuk menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu. Oleh yang demikian,
sumber pembelajaran khasnya alat pandang dengar, memainkan peranan penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas.

Selain itu, bagi membolehkan pelajar mendapat input yang tinggi daripada proses
pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan seseorang guru perlulah kreatif dalam
menggunakan sumber-sumber pembelajaran ini supaya ia tidak membosankan pelajar.
Kemahiran seseorang guru dalam menggunakan sumber-sumber pembelajaran dapat membantu
mengurangkan peranan sebagai penyampai utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

7
Sebagai contoh, seseorang guru mestilah pandai dan mahir untuk mencantumkan pelbagai
sumber pembelajaran yang ada seperti mencantumkan bahan audio dengan kaset, pita video dan
perisian multimedia untuk menghasilkan yang amat menarik dan berkesan.

Selain daripada mencantumkan pelbagai bahan pembelajaran seseorang guru itu juga
seharusnya pandai untuk menggunakan sumber-sumber yang ada secara serentak. Ini kerana
penggunaan pelbagai sumber pembelajaran dalam masa yang serentak akan memberi kesan
kepada penggunaan pancaindera pelajar. Daya kreativiti yang tinggi dalam kalangan guru
menjadi perhatian terutamanya dalam peggunaan sumber pembelajaran ini. Ia merupakan salah
satu syarat untuk menjadi seorang guru yang baik. Kreativiti yang tinggi ini termasuklah dalam
seni lukis, seni sastera, seni suara dan sebagainya. Aspek ini hendaklah ditekankan oleh guru
supaya bahan-bahan yang disediakan menggalakkan daya cipta dan kreativiti para pelajar. Ini
bermakna, daripada bahan-bahan itu, mereka dapat memanjangkan pandangan dan pendapat
mereka, mendapatkan inspirasi mencipta idea-idea baru dan sebagainya

Dalam memilih sesuatu sumber juga seseorang guru itu haruslah menyesuaikan sumber
atau bahan yang digunakan dengan tahap pelajar yang terlibat. Penggunaan sumber pembelajaran
yang tidak bersesuaian dengan tahap pelajar akan menyebabkan usaha pembelajaran itu hanya
sia-sia. Pemilihan sumber pembelajaran adalah bergantung kepada situasi pelajar sama ada
pelajar tersebut di tahap awal kanak-kanak, pra sekolah, sekolah rendah atau menengah. Keadaan
ini membolehkan mereka mempelbagaikan pengalaman dari mudah kepada sukar mengikut
peringkat kebolehan seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak, pengalaman rekaan,
pengalaman dramatized, demontrasi, pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem dan
sebagainya.

Selain itu, sumber pembelajaran yang dipilih juga mestilah menepati objektif sesuatu
pembelajaran yang dikehendaki. Sumber pembelajaran yang dipilih itu mestilah sesuatu yang
boleh membantu guru tersebut untuk mencapai objektif pembelajaran. Faktor kesesuaian dengan
objektif ini penting bagi membolehkan objektif yang dikehendaki tercapai, kerana penggunaan
media atau sumber pembelajaran ini adalah cara yang terbaik untuk menjelaskan sesuatu konsep
khususnya. Penggunaan media yang sesuai membolehkan sesuatu konsep dapat difahami dan
dijelaskan dengan mudah dan seterusnya dapat membantu guru mencapai objektif pembelajaran
yang dikehendaki.

8
Dari aspek teknikal, pemilihan penggunaan sumber pembelajaran yang sesuai amat
penting agar tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh, sumber
seperti audio mestilah mempunyai bunyi yang jelas dan tidak kabur. Sesuatu visual itu juga
haruslah membawa satu konsep sahaja dan tidak bercampur aduk. Selain itu, dari segi saiz
penglihatan ke atas sesuatu visual hendaklah mengikut formula jarak dan saiz visual. Pembinaan
dan pemilihan perlulah mengikut lunas-lunas tertentu seperti jelas ( bunyi) dan mempunyai
keharmonian warna seperti gambar, dan sebagainya.

Bukan sahaja dari aspek teknikal, malahan dari seri fizikal sumber itu sendiri sangat
penting dan perlu dititikberatkan terutamanya penggunaan peralatan yang menggunakan kuasa
elektrik. Ia bukan sahaja selamat digunakan tetapi juga mudah digunakan dan tidak memerlukan
kemahiran teknikal yang tinggi apabila digunakan. Selain itu, peralatan juga perlulah diperbuat
daripada bahan-bahan yang murah dan boleh didapati secara peruma seperti sumber yang
diperolehi daripada jabatan-jabatan kerajaan, pejabat pos, pusat membeli belah, pihak swasta
dan sebagainya.

Sulaiman Daud dalam Buku Cenderamata Konvensyen Teknologi Pendidikan (1991)


menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku tanpa melibatkan
teknologi pendidikan sebagai media dan sumber pembelajaran . Justeru itu, diharap klassifikasi
dan kriteria pemilihan sumber akan membantu seseorang guru dalam mengaplikasikan sumber
pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan lagi dan
seterusnya mengembangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.

9
5.0 Penutup.

Aplikasi sumber pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran memang tidak
dapat dipisahkan daripada dunia pendidikan kerana penggunaannya secara sempurna dapat
mempertingkatkan kefahaman pelajar-pelajar terhadap pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pengalaman langsung yang tidak dapat diadakan di dalam bilik darjah boleh dimiliki oleh para
pelajar melalui aplikasi sumber ini. Jadi untuk menjamin tahap penguasaan terhadap sesuatu
kemahiran, aplikasi bahan dan sumber pembelajaran diperlukan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Tujuan am aplikasi sumber adalah untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih bermakna. Dengan adanya sumber-sumber ini, para pelajar dapat membina konsep-konsep
dengan tepat. Para pelajar dapat mengaitkan konsep baru dengan pengalaman yang lalu dan masa
kini untuk menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih jelas. Rashidi dan Razak (1996)
menyatakan fungsi utama bahan bantu mengajar adalah untuk memudahkan para pelajar
memahami isi pengajaran. Jadi media yang berkesan haruslah membantu proses pengajaran dan
pembelajaran.
Guru yang cemerlang sentiasa memilih media dan cara pengajaran yang terbaik agar
pengajaran dapat dijalankan dengan berkesan. Walaupun pada masa tertentu pelajar memahami
pengajaran, namun keperluan kepada bahan dan sumber adalah penting tanpa mengambil kira
jenis media yang digunakan. Perkara penting yang perlu dititikberatkan adalah sejauh manakah
media dapat memberi manfaat kepada guru-guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan sesuatu
media bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik aplikasinya dalam bilik
darjah.
Sehubungan itu, diharap para guru-guru sentiasa memilih sumber pembelajaran yang
sesuai untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya pengajaran dan
pembelajaran dapat dipertingkatkan. Dengan cara ini, ia dapat membantu pelajar mendapat
pencapaian yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam kehidupan
sehariannya. Secara tidak langsung, ia dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan seterusnya dapat merealisasikan Wawasan 2020.

10
Bibliografi

Jamaludin Badusah, Abd. Rashid Johar dan Muhammad Hussin (2000). Inovasi dan teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran. Batu Caves : AJM Publishing Enterprise.

Rashidi Azizan dan Abd. Razak Habib (1996), Pengajaran dalam bilik darjah: kaedah dan
strategi. Kajang: Masa Enterprise.

Suppiah Nachiappian, Kamarulzaman Kamarudin, Abd. Aziz Abd.Shukor, Ramlah Jantan,


Roslinda Mustafa dan Hazalizah Hamzah (2009), Pembelajaran dan Perkembangan pelajar,
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Diperolehi pada 16 Februari 2010 daripada http://www.pdfqueen.com/pdf/ko/konsep-


pembelajaran-berasaskan-sumbeR.

Diperolehi pada 28 Februari 2010 daripada http://mahirkb.tripod.com/optimum.htm.

11

You might also like