You are on page 1of 3

Krikan Filem –Sepet

Pengenalan- Sepet

Pengarah filem yang terkenal iaitu YASMIN AHMAD telah berjaya menerbitkan filem
yang terbaik pada tahun 2004 dan ditayangkan diseluruh pawagam Malaysia pada 24
februari 2005 iaitu sebuah filem cerita cinta bercampurkan komedi yang difilemkan di
Bandaraya Ipoh, ibu negeri Perak Darul Ridzuan, yang berjudul ‘Sepet’. Sepet
mengisahkan percintaan antara seorang pemuda Cina dengan seorang gadis Melayu yang
baru sahaja tamat sekolah menengah. Perkataan Sepet itu sendiri bermaksud mata yang
bersaiz kecil atau kuyu dan biasanya dirujuk kepada bangsa Cina kerana rupa bentuk
mata mereka yang sepet.
Pengenalan watak

Filem ini telah dilakonkan dan di bintangi oleh pelakon-pelakon terkenal di tanah air,
seperti Sharifah Amani (Orked), Ida Nerina (Mak Inom), Harith Iskander (Pak Atan),
Adibah Noor (Kak Yam), Choo Seong Ng (Ah Loong/Jason), Mei Ling Tan (mak Ah
Loong/Ma), Kar Hoong Thor (ayah Ah Loong/Pa), Zehan Marissa (Lin), dan Linus Chung
(Keong).

Kritikan 1

Filem ini iaitu Sepet terdapat banyak adengan-adengan yang kurang memuaskan dan
menyakitkan mata dalam jalan cerita seperti terdapat satu adengan di mana ibu bapa
Orked menari bersama-sama dengan hanya memakai kain sarung. Hal ini telah
menimbulkan pandangan negatif sebilangan masyarakat lain seperti cina, india terhadap
kaum melayu yang bersifat “suka berkemban” dengan hanya memakai kain sarung di
dalam rumah. Oleh itu adengan seperti itu hendaklah diubah dengan mengurangkan dan
mengubah cara berpakaian di dalam rumah atau etika berpakaian.

Kritikan 2

Malah, terdapat juga satu adengan dimana ibu bapa Orked mengusik antara satu sama
lain di atas katil. Adengan seperti ini juga akan mengaibkan tentang kemesraan suami
isteri dalam rumahtangga. Walupun berlakon, tetapi mereka juga hendaklah
menunjukkan sifat dan perlakuaan yang elok di tonton oleh masyarakat umum,
terutamanya filem ini di tonton oleh semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak
bawah umur. Oleh itu, filem ini harus disunting dan di tapis sebelum ditayangkan kepada
masyarakat umum.
Kritikan 3

Terdapat satu adengan di mana seluruh keluarga Orked, termasuk Kak Yam, menyikat
rambut satu sama lain dengan hanya memakai kain sarung. Adengan ini menunjukkan
tiada batas-batas pergaulan dalam ahli keluarga mereka ini walaupun mereka semua
beragama islam. Ini kerana Kak Yam hanya dikenali sebagai orang gaji di dalam rumah
mereka tetapi Kak Yam telah mendedahkan auratnya kepada orang lelaki lain (Pak Atan)
yang tidak ada pertalian darah antara mereka. Ini akan menjadi satu kontroversi kepada
mata masyarakat di Negara ini, hal ini kerana masyarakat islam terutamanya kaum
wanita yang akan berasa malu dengan perlakuan mendedahkan aurat kepada umum
walaupun ianya hanya lakonan sahaja.

Kritikan 4

Percintaan antara Orked dan Jason tidak dapat diterima oleh saya. Hal ini kerana, Jason
tidak masuk islam walaupun bercinta dengan Orked yang merupakan seorang muslim. Ini
akan menunjukkan pandangan masyarakat lain tentang orang yang beragama islam boleh
mengahwini orang yang tidak seagama dengannya. Secara tidak langsung, kita boleh lihat
masyarakat sekarang yang terpengaruh dengan filem lain seperti filem English yang
membenarkan perlakuan seks sebelum berkahwin, dan ianya akan menyebabkan budaya
kunig dari barat ini mempengaruhi anak-anak watan kita terutama kaum melayu. Jadi,
secara ringkasnya, dalam penghasilan filem, kita hendaklah menghasilkan sebuah filem
yang menunjukkan nilai sebenar masyarakat kita terutamanya masyarakat islam.

You might also like