You are on page 1of 16

KURSUS INDUKSI UMUM

KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL


GRED 41 DAN SOKONGAN 1 GRED 29 DAN 27
BILANGAN 3/2010

TEMPAT : INTAN WILAYAH UTARA (11-22 JULAI 2010)

KERTAS TUGASAN INDIVIDU

TAJUK:

a) Berikan definisi Sistem Fail

b) Terangkan dengan jelas:

i. Klasifikasi fail.
ii. Kaedah-kaedah pendaftaran fail.
iii. Tiga jenis sistem fail beserta contoh.
iv . Terangkan prosedur pendaftaran fail
hinggalah penutupnya.

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: MOHD NOH BIN MD. YUNUS

NO. KAD PENGENALAN : 711226-10-5173


Mohd Noh bin Md Yunus
Kertas Tugasan Individu Induksi Umum Siri 3/2010

1.0 PENGENALAN

Pewujudan jumlah fail yang banyak di jabatan dan agensi Kerajaan telah menimbulkan
beberapa masalah seperti pembukaan fail tanpa mengikut prosidur, kehilangan fail,
pengesanan dan pengeluaran fail yang lambat dan sebagainya. Oleh itu, fail mesti
diuruskan dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang
ditetapkan oleh Jabatan Arkib Negara. Sistem fail yang sistematik akan mewujudkan
persekitaran kerja yang efisien sekiranya kualiti pengurusan dikekalkan atau
dipertingkatkan ketahap yang maksima. Memandangkan dokumen-dokumen tersebut
adalah penting, maka adalah menjadi tanggungjawab jabatan dan kakitangan
memeliharanya.

Secara umumnya proses pengurusan fail di dalam sesebuah Jabatan Kerajaan


adalah seperti rajah berikut:

1
Mohd Noh bin Md Yunus
Kertas Tugasan Individu Induksi Umum Siri 3/2010

2.0 DEFINISI SISTEM FAIL

Untuk memberi pemahaman dengan lebih jelas, mari kita melihat makna sistem
dan fail secara berasingan. Sistem boleh dimaksudkan sebagai satu kumpulan
bahagian-bahagian yang berkaitan dan bertindak bersama dalam suatu rantaian aktiviti
yang lengkap untuk membentuk satu putaran bagi mencapai satu matlamat. Fail pula
berasal dari perkataan Latin iaitu ‘Fillum’ yang bermaksud seutas benang untuk
mengikat dokumen supaya tidak tercicir. Fail dikatakan sebagai “a folder where letter’s
are propperly arrange” maksudnya, satu folder di mana di dalamnya surat-suratan
disusun dengan cermat dan teratur, diberi tajuk, nombor, didaftar dan diindekskan.

Oleh itu, Sistem Fail boleh ditakrifkan sebagai satu proses klasifikasi
penyusunan dan penyimpanan rekod supaya selamat ianya dapat diperolehi dengan
segera apabila dikehendaki dalam satu rantaian aktiviti yang bermula dan berakhir.
Tugas utama Sistem Fail ialah mengkelas, mengindeks, menyimpan dan mengesan
kembali sesuatu fail tersebut. Konsep Sistem Fail boleh digambarkan sebagaimana
rajah di bawah:

2
Mohd Noh bin Md Yunus
Kertas Tugasan Individu Induksi Umum Siri 3/2010

Sebagai rujukan kepada pegawai kerajaan dalam mengendalikan pengurusan


fail tersebut, Jabatan Perkhidmatan Awam telah menyediakan pekeliling, surat
pekeliling atau peraturan lain yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa dari segi
prosedur dan tatacara pelaksanaan yang lebih terperinci. Pada masa ini, peraturan
yang terpakai bagi menguruskan Sistem Fail ialah Panduan Pengurusan Pejabat
melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 yang berkuatkuasa mulai 30
April 2007. Pekeliling tersebut menggantikan Arahan Perkhidmatan yang berkuatkuasa
sejak 01 Mac 1974. Selain itu, pegawai kerajaan juga hendaklah merujuk Buku Arahan
Keselamatan bagi pengurusan dokumen terperingkat (Per. 42 – 76) dan Panduan
Sistem Fail Bagi Agensi-Agensi Kerajaan yang dikeluarkan oleh Unit Pemodenan
Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU – 1986).

3.0 KLASIFIKASI FAIL

Pengkelasan atau klasifikasi fail boleh dimaksudkan sebagai proses intelektual dan
deduktif yang mendahuluikerja-kerja mengindeks. Penyusunan maklumat atau segala
surat-suratan yang diwujudkan ke dalam kumpulan-kumpulan yang seakan-akan sama
maksudnya, di mana tiap-tiap kumpulan dikenali dengan identitinya yang tersendiri.
Fail perlu diklasifikasikan bagi tujuan penyimpanan yang betul, mudah dan cepat
diperolehi, penyelenggaraan yang seragam dan kawalan keselamatan rekod.

Fail boleh dikelaskan kepada fail urusan am (house keeping files) dan fail urusan
fungsian (functional files), tahap keselamatan dan kod/jenis. Fail urusan am
mengandungi surat dan dokumen lampiran berkaitan dengan hal pentadbiran,
bangunan dan harta, kelengkapan dan bekalan, kewangan dan personel. Fail urusan
fungsian pula mengandungi surat dan dokumen lampiran berkaitan dengan fungsi dan
aktiviti asas jabatan. Berhubung dengan tahap keselamatan pula pegawai rekod
hendaklah memastikan dokumen terperingkat difailkan ke dalam fail terperingkat.
Dokumen terperingkat sulit hendaklah menggunakan fail berkulit hijau (Am 436),
dokumen terperingkat Rahsia hendaklah menggunakan fail berkulit merah jambu
berpalang merah (Am 437) dan dokumen terperingkat Rahsia hendaklah menggunakan
fail berkulit kuning berpalang merah (Am 438). Peraturan dalam Bahagian I,
Pengurusan Dokumen Terperingkat, Arahan Keselamatan adalah dirujuk.

3
Mohd Noh bin Md Yunus
Kertas Tugasan Individu Induksi Umum Siri 3/2010

Berikut adalah rajah pengelasan fail:

Setiap fail hendaklah diberi tajuk fail yang membayangkan kandungan fail
tersebut. Tajuk fail diberi berdasarkan pengkelasan perkara yang berasaskan fungsi
dan aktiviti jabatan dan agensi berkenaan. Setiap perkara diberi pengkodan nombor
yang mana akan menjadi nombor rujukan fail. Kod-kod yang digunakan terdiri dari data
dan nombor yang mewakili makna-makna tertentu berdasarkan kepada peraturan yang
disediakan. Kod-kod yang digunakan adalah untuk menggantikan nama asal/tajuk bagi
mempercepatkan kerja-kerja mengklasifikasi, memfail dan merujuk. Kod agensi
pewujud adalah perkara utama yang perlu didahulukan dalam kerja-kerja
mengklasifikasi bagi menunjukkan provenance nya Jabatan pewujud. Kod-kod bagi
menunjukkan provenance biasanya menggunakan singkatan nama. Contohnya, JPM –
Jabatan Perdana Menteri, JKR-Jabatan Kerja Raya dan lain-lain. Jabatan dan agensi
boleh mendapat khidmat nasihat kepakaran daripada Jabatan Arkib Negara bagi
penyediaan Pengkelasan Perkara dan Pengkodan. Kaedah klasifikasi adalah seperti
rajah di bawah:

4
Mohd Noh bin Md Yunus
Kertas Tugasan Individu Induksi Umum Siri 3/2010

4.0 KAEDAH-KAEDAH PENDAFTARAN FAIL

Terdapat beberapa kaedah dalam sistem pendaftaran fail seperti berikut:

4.1 Sistem Doket

Sistem ini ialah satu sistem yang menunjukkan pergerakan fail yang
mudah dikesan. Sistem ini merupakan satu pendaftaran berpusat (central
registry), dengan menggunakan borang Am 89A tiap-tiap pergerakan fail
hendaklah melalui pusat pendaftaran untuk didaftar pergerakannya
dengan menggunakan borang Am 89. Tiap-tiap fail hendaklah dicatat
pergerakannya. Am 89 (Doket Paharasat Bilangan – Pergerakan) dan Am
89A (Doket Paharasat Abjad Pendaftaran) ini boleh dibeli dari Jabatan
Cetak atau kedai-kedai. Sistem doket diamalkan oleh agensi-agensi
kerajaan. Apabila sebuah fail perlu diedarkan, fail itu hendaklah
direkodkan dalam doket Am 89 senarai fail dan dituliskan di muka fail
kepada sesiapa fail itu diedarkan. Seterusnya pegawai berkenaan akan
membuat catatan selanjutnya hingga selesai dan fail itu dikembalikan
kepada pegawai menjaga fail. Catatan butiran pengedaran, nama
pegawai, tarikh dikeluarkan & tarikh dikembalikan hendaklah dibuat.

5
Mohd Noh bin Md Yunus
Kertas Tugasan Individu Induksi Umum Siri 3/2010

Fail-fail boleh hilang dalam masa diedarkan. Satu sistem hendaklah


ditentukan sama ada fail dihantar semula ke pegawai lain atau
menyediakan borang perjalanan fail. Pengedaran fail yang mempunyai
pengelasan keselamatan hendaklah dibuat terus daripada pegawai
menjaga fail kepada pegawai berkenaan. Kalau melalui PAR, fail-fail itu
hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dan dilakri ‘seal’ sebelum
diedarkan. Bagi fail ‘SDF’ satu buku senarai fail hendaklah disediakan.
Maklumat-maklumat mengenai Nombor Fail, tarikh dikeluarkan dan tarikh
untuk dikembalikan dimuatkan dalam catatan dalam buku Rekod SDF.

4.2 Sistem Komputer

Sistem dan perlaksanaan program penambahbaikan termasuk


penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini diakui bukan
sahaja mampu menangani masalah beban kerja yang semakin
bertambah malah mampu meningkatkan tahap kecekapan sesebuah
organisasi. Contohnya Unit Pengurusan, KDRM Limbang telah
membangunkan Sistem Pengesanan dan Pendaftaran Fail Berkomputer
(sebuah pangkalan data)dilengkapi dengan Sistem Pelabelan Kabinet kini
berjaya mengatasi masalah kesukaran pencarian fail dan maklumat.

Pembangun sistem berkenaan,Cik Aloha binti Zain berkata peralihan


penggunaan ICT penting kerana beban tugas yang bertambah menuntut
kepada perlunya satu sistem pangkalan data yang berkesan untuk
menangani masalah pengurusan rekod (yang kini terlalu bergantung
kepada kaedah manual iaitu merujuk Buku Panduan Sistem Pendaftaran
Fail). “Idea ini datangnya daripada perbincangan ahli Kumpulan KMK
INTIM yang diketengahkan melalui projek KMK. Pangkalan data sistem
tersebut mempunyai dua komponen utama iaitu Sistem Pengesanan dan
Pendaftaran Fail Berkomputer (pangkalan data) disokong dengan
Pelabelan Kabinet (nombor dilabel di kabinet yang diselaraskan dengan
nombor rujukan di pangkalan data).

6
Mohd Noh bin Md Yunus
Kertas Tugasan Individu Induksi Umum Siri 3/2010

Sistem pangkalan data yang menggunakan sepenuhnya perisian


Microsoft Access, mudah untuk dikendalikan. Pengguna hanya perlu
menaip rujukan berdasarkan huruf, kod, perkara,tajuk fail, malah nama
pegawai. Ia berupaya mengatasi masalah untuk menghafal setiap nombor
rujukan kerana sistem tersebut memberi pilihan bagi pengguna sistem
selain daripada terlalu bergantung kepada nombor rujukan fail. Ia
berupaya mempercepatkan proses pencarian fail dengan memendekkan
waktu pencarian. Secara amnya, dengan kaedah yang baru ini, maklumat
akan diperolehi dengan cepat dengan masa pencarian tidak sampai 2.5
minit setelah melalui proses rujuk sistem fail berkomputer (30 saat),
Kesan Fail (30 saat), Kenalpasti Kandungan Fail (30 saat)dan Tahap
Tindakan (1 minit). Sistem tersebut telahpun diseragamkan ke dalam
Sistem Kerja di Unit Pengurusan, KDRM Limbang berkuatkuasa pada 1
Mei 2005.

5.0 JENIS SISTEM FAIL

Sistem fail adalah proses pengkelasan, penyusunan, penyimpanan, pengawalan fail


secara sistematik untuk tujuan memudahkan pengesanan serta pengguna apabila
diperlukan. Sistem fail yang baik akan membolehkan pengesanan dan pengeluaran fail
dengan segera. Dengan pengeluaran fail segera, sesuatu maklumat dapat diperolehi
dengan cepat serta tindakan dapat diambil dengan segera. Keadaan ini dapat
meningkatkan kecekapan pentadbiran serta memberi kepuasan kepada pelanggan.

Justeru itu, sesebuah Jabatan Kerajaan hendaklah mewujudkan Unit


Pendaftaran Rekod atau Unit Registri dan melantik seorang Pegawai Rekod Jabatan
sekurang-kurangnya gred 27 atau setaraf dengannya dan memaklumkan pelantikannya
kepada Jabatan Arkib Negara. Panduan 8.2 (d), Panduan Pengurusan Pejabat
Bahagian VIII adalah dirujuk. Unit tersebut juga boleh dikenali sebagai Bahagian
Pendaftaran Surat, Bahagian Registri, Bahagian Pendaftaran Fail dan Bahagian
Pendaftaran Mail.

7
Mohd Noh bin Md Yunus
Kertas Tugasan Individu Induksi Umum Siri 3/2010

Pegawai Rekod Jabatan adalah merupakan “Document Controller” yang


bertanggungjawab ke atas keseluruhan sistem fail jabatan. “Document Controller” di
peringkat bahagian atau unit pula hendaklah dilantik dan dikenali sebagai kerani fail
yang bertanggungjawab untuk membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat
seharian dengan memastikan pergerakan fail berjalan dengan lancar. Terdapat tiga
sistem fail yang diamalkan di dalam Jabatan Kerajaan seperti berikut:

5.1 Berpusat (Centralized)

Sistem Fail Berpusat (Centralised Filling System) adalah lebih selamat


dan efektif iaitu semua dokumen jabatan diuruskan dan dikendalikan
secara berpusat. Pembukaan fail baru, penyimpanan fail, pengedaran,
pembaikan dan penutupan fail adalah diuruskan secara berpusat. Semua
fail bagi keseluruhan jabatan akan dikendalikan secara berpusat.
Kebaikan sistem fail berpusat ialah memudahkan kawalan fail yang
berkesan, penggunaan peraturan dan kaedah yang standard,
tanggungjawab dapat dipastikan dan mengelakkan pertindihan fail
(pembukaan fail baru di atas tajuk yang sama). Sementara itu, keburukan
sistem fail berpusat pula ialah fail sukar diperolehi dengan cepat,
kemungkinan fail hilang kerana ramai yang menggunakannya dan
kelewatan mungkin berlaku kerana fail yang dikendalikan terlalu banyak.

5.2 Tidak berpusat (Decentralized)

Sistem tidak berpusat (Dentralized Filling System) adalah diuruskan dan


dikendalikan oleh bahagian atau unit secara berasingan. Pembukaan fail
baru, penyimpanan fail, pengedaran, pembaikan dan penutupan fail
adalah diuruskan oleh bahagian dan unit masing-masing. Permohonan
pembukaan fail baru hendaklah dikemukakan kepada ketua kerani atau
kerani fail di bahagian atau unit masing-masing. Kebaikan sistem fail
tidak berpusat ialah perkhidmatan yang lebih licin dan cepat, mudah
dikesan dan bilangan fail yang dikendalikan adalah lebih kecil serta
kawalan serta penyimpanan lebih kemas.

8
Mohd Noh bin Md Yunus
Kertas Tugasan Individu Induksi Umum Siri 3/2010

5.3 Separa-berpusat (Semi-centralized)

Sistem Fail Separa-berpusat (Semi-centralised Filling System) adalah


kombinasi di antara kedua-dua sistem di atas. Contohnya berpusat bagi
fail-fail rahsia besar, rahsia dan sulit serta urusan am dan tidak berpusat
bagi fail-fail urusan fungsian.

6.0 PROSEDUR PENDAFTARAN FAIL

Berdasarkan panduan 7.5, Bahagian VII Panduan Pengurusan Pejabat, apabila


sesuatu dokumen diterima atau diwujudkan dan fail mengenainya belum ada, maka fail
baru hendaklah dibuka. Proses pemfailan bermula dengan penerimaan surat, dokumen
atau koresponden setiap hari. Ini termasuklah senarai-senarai sebutharga, invois-
invois, minit mesyuarat, katalog dan sebagainya. Apabila menerima dokumen seperti di
atas, perhatikan sama ada surat-surat dan Iain-lain dokumen ini ada mempunyai
nombor rujukan fail atau tidak. Jika ada kandungkan surat mengikut prosedur yang
dinyatakan di bawah. Jika tidak ada, semak doket faharasat bilangan untuk
memastikan sama ada fail-fail mengenai perkara yang sama telah didaftarkan. Jika ada
kandungkan surat. Jika belum ada, buka fail dan didaftarkan dengan memberikan
nombor rujukan seperti di bawah:

9
Mohd Noh bin Md Yunus
Kertas Tugasan Individu Induksi Umum Siri 3/2010

Fail terbuka bagi dokumen biasa yang tidak terperingkat hendaklah


menggunakan fail berkulit putih (Am 435 Pin.1/80) dan fail berkulit coklat muda (Am
435 A Pin.1/80). Bagi dokumen terperingkat hendaklah dikelaskan mengikut peringkat
keselamatan sama ada terperingkat rahsia besar, rahsia, sulit dan terhad selaras
dengan peraturan dalam Bahagian I, Pengurusan Dokumen Terperingkat, Arahan
Keselamatan. Dokumen terperingkat sulit hendaklah menggunakan fail berkulit hijau
(Am 436), dokumen terperingkat rahsia hendaklah menggunakan fail berkulit merah
jambu berpalang merah (Am 437) dan dokumen terperingkat rahsia besar hendaklah
menggunakan fail berkulit kuning berpalang merah (Am 438). Contoh kulit fail terbuka
dan terperingkat adalah seperti gambar di bawah:

Tajuk dan nombor rujukan fail serta tarikh pembukaan fail perlu dicatatkan di
atas kulit fail. Fail yang dibuka ini hendaklah didaftarkan dalam daftar fail jabatan.
Setiap fail mestilah mengandungi kertas minit dan kandungan surat dan dokumen
lampiran yang disusun seturut mengikut tarikh transaksi. Setiap kandungan diberi
nombor lampiran dan direkodkan di atas kertas minit menggunakan dakwat merah bagi
surat dan dokumen lampiran yang diterima dan dakwat biru atau hitam bagi surat yang
keluar. Kandungkan surat dalam fail dengan cara seperti berikut:
10
Mohd Noh bin Md Yunus
Kertas Tugasan Individu Induksi Umum Siri 3/2010

a). Catatkan bilangan kandungan fail (enclosure) di sudut kanan atas surat.
Nombor kandungan ini diletakkan dalam bulatan. Bagi surat diterima,
nombor dan bulatan ditandakan dengan warna merah dan bagi surat
yang dihantar keluar nombor dan bulatan ditandakan dengan warna biru
atau hitam.

b). Catatkan tarikh penerimaan, nama agensi pengirimnya dan tarikh surat
dikandungkan ke atas kertas minit dengan menggunakan 'rubber stamp'
(warna merah).

Surat bth.........................drp....................dikdg. pada ...................

Contoh:

5
Tarikh Surat Diterima: 23/7/2006…Daripada : SMK Taman Anggerik Desa, Kajang.
Tarikh Surat Dikandung Dalam Fail : 23/7/2006 Ruj. No. SMKTAD/ 03/03/03/07 (23)
Tindakan : …Encik Khamsani Kassim – Kaunselor Pelajar

c) Bagi surat-surat yang dihantar keluar catatkan bilangan kandungan surat,


tarikh penghantaran, nama agensi penerima dan tarikh surat dihantar ke
atas kertas minit dengan menggunakan 'rubber stamp'yang berwarna
hitam/biru.

Surat bth.......................dihantar kpd...................pada.................

Contoh:

6 Surat Bertarikh : 23/7/2006 Kepada : Jabatan Perpaduan Negara & Intergrasi Nasional
Tarikh Surat Dihantar: 23/7/2006 Ruj. No. …SMKTK/ 03/03/03/07

Selain daripada itu, kertas minit adalah penting bagi mencatat segala arahan
dan keputusan berhubung dengan sesuatu perkara yang diuruskan. Minit pendek
seperti minit bebas yang tidak lebih daripada satu perenggan boleh dicatat di atas
kertas minit. Manakala minit panjang yang memerlukan penerangan lanjut hendaklah
ditaip dan dikandungkan sebagai satu kandungan.

11
Mohd Noh bin Md Yunus
Kertas Tugasan Individu Induksi Umum Siri 3/2010

Berikut ialah contoh kandungan surat dan dokumen dalam fail:

Kertas minit Surat Kulit Fail


Helai No.
Kertas Minit No. ARKIB NEGARA MALAYSIA
2
JALAN DUTA
1 Surat bth. ____ d/h kpd. ____ pd. ____ 50568 KUALA LUMPUR

2 Surat bth. ___ drp. ___ dikdgn. pd. ___

CONTOH KANDUNGAN SURAT DALAM FAIL

Surat rasmi yang didaftar atas kertas minit tidak boleh dikeluarkan daripada
kandungan fail kecuali lampiran yang ketebalannya melebihi 4 sentimeter (contoh
terbitan, laporan dan sebagainya) atau memerlukan pemeliharaan yang berbeza
seperti peta, pelan dan lukisan. Lampiran yang dikeluarkan ini hendaklah dicatatkan
dengan nombor kod fail dan nombor lampiran fail berkenaan, serta disimpan di bilik fail.
Slip pengganti dokumen ini hendaklah dikandungkan di dalam fail yang mana tercatat
maklumat tempat simpanan dokumen tersebut. Ini untuk memudahkan pengesanan
semula dokumen.

Fail yang mengandungi 100 kandungan atau ketebalannya 4 sentimeter


hendaklah ditutup dan fail baru dibuka. Di atas kulit fail yang telah ditutup itu
hendaklah dipalang dengan dakwat merah dan dicatatkan perkataan ‘DITUTUP – JILID
2 DIBUKA’ dengan dakwat biru atau hitam menggunakan dakwat kekal. Di atas kulit fail
yang baru pula hendaklah dicatatkan tajuk dan nombor rujukan yang sama beserta
dengan catatan ‘Jilid 2’ (Jld. 2).

12
Mohd Noh bin Md Yunus
Kertas Tugasan Individu Induksi Umum Siri 3/2010

7.0 RUMUSAN

Secara umumnya pengetahuan yang mendalam terhadap Sitem Fail adalah sangat
penting kepada seseorang pegawai untuk kecekapan sesuatu jabatan. Seorang
pegawai atasan pula hendaklah mengetahui teknik pengurusan fail, rekod-rekod
pentadbiran dan perlu menentukan apakah sistem penyimpanan rekod yang patut
diamalkan. Perancangan yang betul dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan
bagi sistem fail itu dikendalikan akan membolehkan fail boleh didapati dalam keadaan
yang pantas, lengkap, mudah dan selamat. Sementara itu, pengurusan fail yang tidak
mengikut peraturan kebiasaannya akan menyebabkan urusan di sesebuah Jabatan
Kerajaan menjadi lembab dan lambat kerana berlaku kesukaran mencari fail.
Kehilangan atau salah letak (miss place) dokumen penting seperti borang permohonan
tanah, fail tukar syarat, baucer, inbois dan sebagainya sering kedengaran di Jabatan
yang tidak mengamalkan sistem pengurusan fail dengan betul. Akhirnya keadaan
tersebut akan menyebabkan sistem penyampaian kerajaan dan Pelan Transformasi
Kerajaan (GTP) yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri sukar untuk dicapai serta
mengagalkan matlamat slogan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

13
Mohd Noh bin Md Yunus
Kertas Tugasan Individu Induksi Umum Siri 3/2010

Rujukan

1. Bahagian VII Pengurusan Fail : Panduan Pengurusan Pejabat, Pekeliling


Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007. Penerbit: ILBS, 2010.
2. Panduan Sistem Fail Bagi Agensi-Agensi Kerajaan (MAMPU- Jun 1986).
3. Buku Arahan Keselamatan - Keselamatan Dokumen Terperingkat (Per. 42 - 76).
4. Seksyen 10, Akta Arkib Negara Bil.44/1996.
5. Rakan Sarawak
http://www.myonestopsarawak.com.my/info/rakansarawak/012006/recogservpro
vider/index.shtml

14
Mohd Noh bin Md Yunus
Kertas Tugasan Individu Induksi Umum Siri 3/2010

BORANG PERAKUAN PENYERAHAN TUGASAN

Dengan ini saya Mohd Noh bin Md Yunus dengan sesungguhnya dan sebenarnya
mengaku bahawa Kertas Tugasan yang dikemukakan sebagai sebahagian daripada
syarat memenuhi keperluan Kursus Induksi Umum Kumpulan Pengurusan dan
Profesional Gred 41 dan Sokongan 1 Gred 29 dan 27 Bilangan 3/2010 adalah kertas
yang sebenarnya ditulis oleh saya sendiri dan belum digunakan untuk apa-apa tujuan
lain sebelum ini.

Tandatangan :

…………………………………………
Nama : Mohd Noh bin Md. Yunus
Kod : 432521264
Tarikh : 21 Julai 2010

15

You might also like