You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ADELA 81900 KOTA TINGGI JOHOR

NAMA: MUHAMAD HANAFI BIN A.RAHMAN

TAJUK: KEMPEN MENGATASI MASALAH GEJALA SOSIAL

KELAS: 5 WAWASAN

NAMA SEKOLAH: MENENGAH KEBANGSAAN ADELA

NAMA CIKGU: PUAN JARIAH BINTI HASSAN


MAKSUD GEJALA SOSIAL
Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat
yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur
ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.

Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta
Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah
mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan
1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap
akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan
masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21
tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.

JENIS-JENIS GEJALA SOSIAL


 Seks Bebas atau Jenayah seksual

Seks bebas dan jenayah seksual di kalangan pelajar kini semakin menular
dan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota . Apa yang
menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun
ketika mereka mereka berada di tingkatan satu dan dua. Seorang guru disiplin di
sebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan
dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut.

 Ponteng Sekolah

Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang baru di kalangan
pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan menunjukkan pelajar terbabit dengan gejala itu agak membimbangkan
iaitu 3 092 orang pada tahun 1993, 154305 (1995) dan 80 93 pada 1997.
Pelajar sekolah menengah, terutama di peringkat usia antara 14 hingga 15 tahun dikenal pasti
sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng. Daripada
keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan masalah ponteng, kira-kira 97 peratus
adalah dari kalangan pelajar lelaki dan baki 3 peratus adalah pelajar perempuan. Menurut
Setiausaha Parlimen KementerianPendidikan , Datuk Mahadzir Mohd Khir , masalah ponteng
lebih ketara berlaku dikalangan pelajar peringkat menengah iaitu tingkatan dua dan tiga
terutama merekayang bersekolah di kawasan bandar dan sekolah di pinggir bandar
 Peyalahgunaan Dadah

Dadah bukanlah satu perkara baru dalam konteks kehidupan pada hari ini. Di
Malaysia sahaja bilangan penagih dadah semakin bertambah saban tahun. Apa yang
lebih membimbangkan ialah golongan remaja terutamanya pelajar sekolah terlibat
dengan aktiviti yang tidak sihat ini. Menurut laporan Agensi Antidadah
Kebangsaan pada tahun 2005 sahaja lebih 5% daripada 32 808 penagih dadah yang
dikesan terdiri daripada mereka yang berusia 13-20 tahun. Manakala berdasarkan
laporan Dadah Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2007, dianggarkan 200 juta
atau 5 peratus daripada penduduk dunia (1 daripada 200 orang) mengambil dadah.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula melaporkan bagi setiap penagih yang
dikesan ada empat lagi yang tidak dilaporkan. Jikalah ini benar, ini bermakna
jumlah sebenar penagih dadah di Malaysia boleh menjadi sejuta orang berbanding
hanya 250,000 yang dilaporkan. Kajian Yayasan Perlindungan Jenayah Malaysia pula
mendapati, kebanyakkan penagih dadah di negara ini mula mengenali dadah dalam
lingkungan usia 13-15 tahun dan 71 peratus daripada penagih baru terdiri daripada
golongan muda antara 19-39 tahun.

 Black Metel

Saban hari bilangan remaja yang terjebak dengan gejala sosial kian meningkat. Yang
lebih menyayatkan adalah gejala ini seolah-olah epidemik atau wabak yang
menjangkiti remaja melayu babak demi babak, peringkat demi peringkat dan yang
terakhir dan masih terasa bahangnya ialah masalah Black Metal dan kini Pink Metal.
Semua ini sebenarnya adalah masalah lama yang diberi manifestasi baru kerana
kelekaan sendiri. Masalah Black Metal misalnya merupakan masalah masyarakat yang
telah membelakangkan adab dan budayanya sendiri sehingga wujud satu kekosongan
atau vacum yang kaku dan bisu. Kegiatan Black Metal adalah suatu kegiatan yang
mempunyai unsur pemujaan dan penyembahan syaitan malah ada pengikut mereka yang
sudah meminum darah kambing sebagai tanda setia kepada kumpulan mereka. Hasil
daripada siasatan, polis mendapati 10 pelajar dari sebuah sekolah menengah di
Parit Buntar mula terbabit dengan kumpulan Black Metal sejak 1999. Ada diantara
pelajar berkenaaan terbabit dalam upacara membakar ayat Al Quran dan mengikuti
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA SOSIAL
 IBU BAPA

~Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan remaja terlibat dengan masalah
sosial ini. Faktor yang paling utama ialah kurangnya peranan ibubapa, masalah
keluarga, faktor diri sendiri dan pengaruh rakan sebaya. Faktor-faktor lain pula
seperti sekolah dan masyarakat. Sering kali dinyatakan ibu bapa mempengaruhi
kejayaan remaja khasnya pelajar di dalam pelajaran. Ini kerana ibu bapa yang
sentiasa memberi galakan dan perangsang sehingga mereka timbul minat, semangat
ketekunan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelajaran (Jamal Darus, 1989). Ibu
bapa juga yang menentukan pola-pola tingkah laku remaja. Faktor-faktor seperti
dorongan dan galakkan, disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak
serta keluarga yang utuh memberi kesan ke atas pembentukkan personaliti, motivasi
dan pencapaian akademik remaja yang masih bergelar pelajar.

 MASALAH KELUARGA

~ Faktor kedua penglibatan remaja dalam gejala sosial ini adalah kerana mempunyai
masalah keluarga. Remaja daripada keluarga yang berpecah belah atau yang
ketiadaan ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung,
tempat menumpahkan kasih sayang serta tempat menerima contoh dan teladan untuk
menjadi bekal penghidupan di hari dewasa sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif
dan dinamis. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan remaja terutamanya
dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti. Ini bersesuaian
dengan salah satu keperluan iaitu keperluan termilik dan kasih sayang (Maslow,
1954). Menurut Maslow, kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi punca
kecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan tingkah laku agresif dan anti
sosial. Sebagai contohnya, remaja daripada keluarga yang ibubapanya bercerai
mempunyai IQ yang lebih rendah di samping melahirkan ciri-ciri tingkah laku yang
negatif seperti permusuhan, zalim dan tiada kasih sayang

 PENGARUH RAKAN SEBAYA


~Faktor seterusnya adalah rakan sebaya. Pada diri remaja, pengaruh lingkungan
dalam menentukan perilaku diakui cukup kuat. Walaupun remaja telah mencapai tahap
perkembangan kognitif yang memadai untuk menentukan tindakannya sendiri, namun
penentuan diri remaja dalam berperilaku banyak dipengaruhi oleh tekanan dari
kelompok teman sebaya (Conger, 1991). Kelompok teman sebaya diakui dapat
mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seorang remaja tentang perilakunya. Rakan
sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan
sebaya di sekolah dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja. Sekiranya nilai-
nilai rakan sebaya tidak mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama,
menepati masa, menghormati guru dan mematuhi peraturan, begitulah sikap pelajar
berkenaan. Sebaliknya sifat-sifat sosial positif rakan sebaya akan menghasilkan
seseorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satu masyarakat
seperti sifat-sifat kepimpinan, bertimbang rasa dan bekerjasama.

 MASYARAKAT

~Aspirasi, harapan dan nilai satu-satu masyarakat dapat mempengaruhi pembentukan


personaliti remaja. Apabila nilai-nilai dan norma-norma masyarakat adalah sihat,
remaja yang membesar dalam situasi itu turut menjadi anggota masyarakat yang
bertanggungjawab, berdedikasi, rajin berusaha dalam pelajaran dan sedia berkorban
untuk menolong orang lain. Sebaliknya, masyarakat kebendaan menegaskan betapa
pentingnya kekayaan dan harta benda. Dengan itu, remaja membesar dengan menjadi
individu dan remaja yang sentiasa mengejar kekayaan dan harta benda. Nilai-nilai
murni ini mungkin ditinggalkan menyebabkan remaja sanggup menipu dalam
peperiksaan, bergaduh, mencuri, mencederakan guru, minum arak dan tidak
mustahillah sama sekali untuk terlibat dengan penagihan dadah. Keadaan ini
menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai masyarakat dapat mempengaruhi
perkembangan dan personaliti remaja sehingga boleh membawa kepada masalah sosial
ini.

GOLONGAN YANG TERLIBAT DALAM MENGATASI MASALAH


GEJALA SOSIAL
 IBU BAPA
Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu
meranapkan peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja. Sejak akhir-
akhir ini, berita mengenai golongan remaja yang terjebak dalam gejala sosial
kerap terpampang menerusi dada akhbar. Isu ini menjadi suatu isu yang hangat
diperkatakan dan sering menjadi buah mulut orang ramai. Antara penyakit sosial
yang dimaksudkan ialah gejala vandalisme, buli dan ponteng. Keutuhan institusi
kekeluargaan begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga
institusi ini diibaratkan seperti cerucuk di dalam sesebuah bangunan yang kukuh.
Malah, institusi kekeluargaan begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial
sehingga kempen “Rumahku Syurgaku” diadakan secara besar-besaran. Program ini
menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk memastikan
keutuhan institusi keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagi
menghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala sosial.

Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada


anak-anak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh.
Ibu bapa perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai
dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap
sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis
sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan dan materialistik yang
ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan kerja
mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada hujung
minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-
aktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa
remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada
menyatakan bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang
mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan
keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak mereka amat memerlukan kasih
sayang ayah dan ibu.

AGENSI YANG TERLIBAT DALAM MENGATASI MASALAH SOSIAL


 MEDIA MASSA
 PIHAK BERKUASA

CARA MENGATASI MASALAH GEJALA SOSIAL


Sebuah Bengkel Menangani Masalah Sosial dan Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Golongan Muda telah
diadakan di Hotel Sri Malaysia. Bengkel yang dianjurkan oleh Institut Kajian Dasar dan Yayasan Konrad
Adenauer ini telah dihadiri oleh lebih 45 orang peserta yang merupakan wakil-wakil dan pemimpin-pemimpin
NGO, agensi dan jabatan kerajaan yang terlibat dengan hal-ehwal pembangunan golongan belia/muda.Di antara
lain Bengkel ini adalah bertujuan untuk:-

Mengumpulkan maklumat daripada golongan pengkaji/profesional dan golongan muda mengenai faktor-
faktor psikologi, emosi, ekonomi, sosial dan spritual yang mengakibatkan berbagai masalah sosial dan
keruntuhan akhlak khasnya di kalangan golongan muda.
Merumuskan satu gambaran yang bersepadu dan holistik tentang keadaan remaja hari ini dengan menilai
maklumat serta teori yang ada secara objektif, sistematik dan realistik.
Menggariskan projek atau program jangka panjang atau jangka pendek mengatasi masalah sosial dan
keruntuhan akhlak serta mengenalpasti badan-badan atau organisasi-organisasi bagi melaksanakan strategi
dan program yang dijayakan.
Menyediakan laporan dan blue-orint for action untuk dimajukan kepada pihak IKD sendiri serta pihak-pihak
berwajib yang lain mengenai isu masalah remaja dan keruntuhan akhlak di kalangan golongan muda.

You might also like