You are on page 1of 19

Sejarah Pembukaan Negeri Melaka Di Luar Dari Beberapa Sumber

Pendahuluan :

Kebiasaannya, pengenalpastian sesuatu fakta sebelum ia disahkan benar adalah

suatu perkara yang sangat rumit dalam pengkajian sejarah. Namun demikian, para-para

pengkaji sejarah sentiasa berusaha untuk membuktikan bahawa sesuatu peristiwa atau

fakta sejarah itu benar-benar berlaku tanpa dipersoalkan lagi kesahihannya. Pelbagai

usaha dan inisiatif telah dijalankan oleh pelbagai pihak termasuklah Arkib Negara

Malaysia misalnya telah menjalankan satu rancangan iaitu “Polemik Sejarah”. Rancangan

ini adalah satu usaha untuk mencari kebenaran khususnya tentang kejadian atau peristiwa

yang penting tetapi kesahihannya selalu dipersoalkan. Contohnya ialah mengenai

salahsilah raja melaka yang terawal yang berjaya membuka negeri Melaka yang bermula

dari pembukaan kota melaka, kegemilangan melaka sehinggalah zaman kejatuhan

Melaka. Satu lagi perkara yang memerlukan perhatian ialah mengenai perihal penduduk

di Melaka. Seorang penulis iaitu Geoff Wade telah menyatakan bahawa:“...it was a place

peopled by immigrants...”

Dalam perbincangan mengenai pembukaan Melaka atau siapa yang mengasas

negeri Melaka, maka kita telah diperhidangkan pelbagai teori dan fakta mengenainya.

Semuanya ini adalah mengikut cara penulisan dan hujah-hujah tersendiri mengikut

pengarang dan sumber yang pelbagai. Di antara sumber-sumber yang turut membuat

perbincangan mengenainya adalah seperti sumber Portugis, sumber Cina, Sumber

Belanda, Sumber Inggeris dan sumber Melayu itu sendiri. Kesemua sumber-sumber yang
1
membincangkan topik ini adalah menjurus kepada siapa yang mula-mula mengasas

melaka dan pewaris atau keturunan raja yang terawal negeri Melaka tersebut.

Secara umumnya, kerajaan Melayu Melaka dahulu ialah sebuah kerajaan yang

pucuk pimpinannya ditadbir oleh raja-raja dan pembesar-pembesar melayu secara

menyeluruh. Dikatakan raja-raja melayu di Melaka itu adalah berasal dari Singapura atau

Temasik setelah kerajaan Melayu Singapura dikalahkan oleh orang-orang Siam. Ini telah

memaksa kerajaan Melayu Singapura ini berundur ke semenanjung tanah Melayu lalu

membina kota melaka yang bermula dari 1394 sehinggalah tahun 1511 yang mana dari

sebuah kampung yang tidak langsung dikenali boleh mencapai menjadi sebuah negeri,

empayar dan kerajaan yang termasyhur.

Walaupun kisah kerajaan Melayu Melaka ini telah ditulis oleh Tun Seri Lanang

dalam Sulalatus Salatin, tetapi oleh sebab didapati nama dan hal ehwal dua atau tiga

orang raja yang mula-mula memerintah di Melaka itu masih tidak begitu jelas dan masih

kabur huraiannya, tambahan pula kerana kisah raja-raja melaka itu yang jelas dan teratur

telah didapati mempunyai di dalam sumber-sumber Cina dan Portugis. Oleh itu, kisah

raja-raja melayu melaka yang kerap dibincangkan di kalangan para sarjana adalah

merangkumi dari mula Melaka dibangunkan, sewaktu zaman kegemilangan dan

kemegahannya, sehinggalah kerajaan Melaka itu tersungkur akibat daripada

pencerobohan orang Portugis.

1
Zainal Abidin Abdul Wahid, (1997). Kesultanan Melayu Melaka: Pentadbiran Kuno
atau Moden. Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia. Hlm.1-2
Sesetengah sarjana telah berpendapat bahawa salahsilah atau nama raja-raja
2
melaka ialah bermula sejak dari dibuka oleh rajanya yang bernama Permaisura di mana

nama ini sebelum baginda memeluk Islam. Setelah raja ini sudah memeluk agama Islam,

baginda telah memakai gelaran Permaisura Iskandar Syah yang memerintah dari tahun

1394 hingga tahun 1414. selepas itu maka pemerintahnya telah diwarisi oleh anak

cucunya secara bergilir-gilir iaitu sultan kedua yang bernama Sultan Megat Iskandar Syah

yang memerintah selama sepuluh tahun iaitu dari tahun 1414 sehinggalah 1424.

seterusnya, tampuk pemerintahan melaka ini diteruskan lagi oleh sultan yang ketiga iaitu

yang bernama Seri Maharaja atau sultan Muhammad Syah yang berjaya memerintah

selama dua puluh tahun yang bermula dari 1424 hingga tahun 1444.

Dalam pada itu, sultan yang keempat ini hanya sempat memerintah Melaka

selama setahun sahaja iaitu 1445 dan 1446. Sultan yang dimaksudkan disini adalah Sultan

Abu Syahid. Jika kita lihat sebelum sultan Abu Syahid ini menaiki takhta kerajaan

Melaka, kita dapat mengagak bahawa setahun sebelum baginda memegang 3tampuk

pemerintahan, Melaka tidak punyai seorang raja atau sultan. Misalnya sultan ketiga iaitu

Seri Maharaja yang memerintah dari 1424 hingga 1444 kemudiannya setahun selepas itu

sultan Abu Syahid pula yang mewarisi iaitu dalam tahun 1445. Kelewatan ini para ahli

sejarahwan memang tidak dapat mengenalpasti apa sebab dan musababnya.

2
A. Samad Ahmad, (Penyelenggara), Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin), Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986. hlm.14
3
Cheah Boon Kheng (Penyusun), Sejarah Melayu, The Malay Annals, MS.Raffles no.18,
The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1998. hlm.20
Selepas itu Sultan Muzaffar Syah pula menerajui kerajaan Melaka dari tahun 1446

hinggalah 1456 sebelum baginda diwarisi oleh anak cucunya seperti Sultan Mansur Syah

1456-1477, Sultan Alauddin Riayat Syah 1477-1488 dan akhirnya Sultan Mahmud Syah

yang dikatakan sultan yang paling lama memerintah melaka iaitu bermula sejak tahun

1488 sehinggalah mencecah 1511 iaitu setelah melaka jatuh ke tangan Portugis di bawah

pimpinan Alfonso De Alburqueke. Tiap-tiap sultan yang Melaka ini telah mempunyai

cara, dasar, pendekatan dan idea tersendiri hinggalah melaka mendapat jolokan di dunia

seiring menaikkan martabat orang dan bangsa melayu di serata dunia.

RAJA MELAYU YANG MULA-MULA MEMBUKA DAN MEMERINTAH

NEGERI MELAKA

Sumber Umum :

Secara keseluruhan dan umumnya, hampir kesemua sumber-sumber yang

mencatat tentang melaka termasuklah sumber Portugis, Cina, Inggeris dan Melayu telah

menyatakan raja melayu yang paling awal membuka negeri Melaka4 serta menjadi raja di

situ adalah seorang raja melayu yang belum lagi memeluk agama Islam dan baru tiba dari

Singapura iaitu pada akhir kurun ke-14. Bercakap mengenai orang melayu yang paling

akhir memerintah di Singapura, bagindalah orang yang bertanggungjawab membuka

Melaka dan berkerajaan di situ. Orang yang dimaksudkan adalah Parameswara yang

mana beliau berasal dari Palembang yang telah berundur ke Singapura setelah diusir oleh

4
Ismail Ahmad, (1978). Ulasan Buku Sejarah Melayu Bentuk HSC. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti SDN. BHD. Hlm.19
tentera Majapahit akibat daripada konflik politik. Setelah Parameswara berada di

Temasik selama lima tahun sebagai pemerintah di sana, beliau telah membunuh wakil

pemerintah Siam di situ iaitu Temagi.

Menyedari perbuatan Parameswara itu, tentera Siam telah tiba di Temasik hendak

menangkap Parameswara yang menyebabkan sekali lagi beliau berundur ke tempat lain.

Tempat seterusnya beliau berundur adalah di Muar, Sening Ujong dan akhirnya di sebuah

perkampung nelayan yang di beri nama tempat Melaka. Nama Melaka itu memang

datangnya dari idea Parameswara ini dengan mempunyai beberapa sebab. Di antara

sebab-sebab utama nama Melaka datang dari idea Parameswara ialah kebetulan pada

waktu itu beliau dan pengikut-pengikutnya sedang berteduh dan menyandar pada

sepohon kayu yang beliau sendiri tidak mengetahui namanya. Lalu salah seorang

pengikutnya memaklumkan kepada Parameswara dengan mengatakan pohon kayu ini

bernama “Melaka”. Secara sepontan sahaja Parameswara memberi nama kawasan itu

ialah Melaka dan sesuai untuk dibangunkan kawasan itu menjadi sebuah kota, negeri dan

kerajaan tambahan pula disebabkan kawasan persinggahan parameswara serta

pengikutnya telah menyaksikan satu kejadian yang menakjubkan. Kejadian ini

menyaksikan peristiwa di mana anjing pemburuan Parameswara telah ditendang jatuh ke

sungai oleh seekor pelanduk putih. Disebabkan ini juga Parameswara berpendapat tempat

ini berpotensi untuk dibangunkan sebuah kerajaan yang masyhur.


Sumber Melayu :

Di dalam catatan sumber melayu, sejarahwan yang telah mempelopori karya-

karya sejarah adalah Tun Seri Lanang. Beliau telah menghasilkan sebuah karya sejarah

yang diberi nama Sulalatus Salatin atau 5salasilah sultan-sultan melayu. Mengikut sumber

melayu ini, raja melayu yang terakhir memerintah di Singapura adalah bernama raja

Iskandar Shah. Sewaktu baginda menjalankan pemerintahannya di Singapura, baginda

mempunyai seorang bendahari yang digelar Sang Rajuna Tapa di mana dalam masa yang

sama anak kepada bendaharinya itu adalah gundik kepada baginda. Hendak di ikutkan

ceritanya, Sang Rajuna Tapa telah kecewa dan marah terhadap Raja Iskandar Shah kerana

telah membunuh anaknya dengan cara yamg amat memalukan yang berpunca daripada

perbuatan fitnah. Anak Sang Rajuna Tapa telah di hukum sula di depan khalayak ramai

iaitu di hujung pasar yang disebabkan difitnah orang.

Setelah kejadian itu menimpa anaknya, sang Rajuna Tapa telah bertindak dengan

melakukan pembelotan terhadap raja Iskandar Syah dengan menyuruh betara Majapahit

di tanah Jawa datang menyerang dan membedil Singapura. Akibat perasaan dentam sang

rajuna tapa yang menebal terhadap raja Iskandar Shah, sang Rajuna Tapa telah berani

mengaku perbuatan belotnya ni dengan terang-terangan. Oleh yang demikian, orang-

orang Majapahit dengan mudah telah mengalahkan singapura yang menyebabkan Raja

Iskandar Syah serta pengikut-pengikutnya terpaksa berundur meninggalkan Singapura.

Dalam pengunduran Raja Iskandar Shah ini, baginda telah menuju ke Muar dengan

5
Shellabear, W.G., (Pengusaha), Sejarah Melayu, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti,
1990. hlm.65
mengikut Jalan Selitar. Di daerah Muar, baginda telah mencuba untuk membuka

petempatan untuk mendirikan sebuah kerajaan tetapi lokasinya tidak sesuai dan sukar

dibangunkan.

Setelah Raja Iskandar Shah meninggalkan daerah Muar, baginda pergi pula

menuju ke Sening Ujong atau dikenali dengan nama Sungai Ujung, namun ia hanya

tempat perhentian untuk disinggahi buat sementara sahaja. Dari Sening Ujong, baginda

dan para pengikutnya berjalan lagi hingga tiba di tepi pantai berdekatan dengan sebuah

sungai yang bernama6 tempat itu ialah Sungai Bertam lalu mereka sekali lagi ingin

mencuba membuka negeri di situ yang akhirnya dikenali dengan Melaka. Dalam Sumber

Melayu ini juga turut menjelaskan bahawa nama Melaka itu adalah diambil sempena

dengan nama pokok kayu tempat Raja Iskandar Shah berteduh dan mula mendapat ilham

supaya perlu membuka negeri di situ juga. Tidak lama kemudian, setelah negeri melaka

berjaya diteroka dan dibuka, maka Raja Iskandar Shah pun menjadi raja dan memerintah

di situ.

Tetapi, kalau kita lihat di Singapura pula mengenai peperangan Singapura

dengan Majapahit setelah Iskandar Shah berundur meninggalkan Temasik atau

Singapura, Singapura telah kalah dan orang-orang Majapahit pun kembali ke negara

mereka dengan membawa kemenangan yang besar. Mengikut pendapat Sejarah Melayu

ini, nama raja Melayu yang akhir di Singapura dan orang yang mula-mula membuka

negeri Melaka itu adalah Raja Iskandar Shah yang mana nama itu ialah nama setelah

6
Namura Tooru, “Sejarah Melaka di lihat dari Sumber-sumber Cina”, Esei-esei Budaya
dan Sejarah Melaka, Kuala Lumpur: Universiti Malaya 1989. hlm.52
memeluk agama Islam. Adalah tidak munasabah sekiranya nama itu dipakai sekiranya

seseorang itu masih bukan beragama islam tetapi pengarang sejarah melayu telah pun

menamakan baginda Raja Iskandar Shah walaupun baginda belum beragama Islam lagi.7

Manakala dalam Hikayat Sejarah Melayu naskhah edisi Raffles telah

menyebutkan bahawa Raja Iskandar Shah itu telah berkerajaan di Singapura selama tiga

tahun dan di melaka selama dua puluh lima tahun. Keterangan ini telah bersandarkan

dengan dua tahun daripadanya ialah tempoh baginda di daerah Muar yang tidak berjaya

untuk mendirikan sebuah kerajaan di situ.

Sumber-sumber Cina :

Hampir semua riwayat-riwayat Cina telah menyatakan bahawa raja Melayu yang

paling awal memerintah di Melaka itu ialah Pa-li-su-la atau Pai-li-mi-su-la. Raja Melaka

yang pertama ini iaitu palisula atau pailimisula telah mangkat pada awal tahun 1414. oleh

itu, dalam sumber cina ini telah pun ditetapkan bahawa raja melaka yang pertama ini

telah pun berkerajaan dari Singapura lagi hingga ke melaka dengan mengambil masa

selama dua puluh lima tahu dan akhirnya mangkat di Melaka pada tahun 1414 dengan

berpandukan kronologi seperti berikut:

“Pada mulanya Palisula telah mendirikan kerajaan di Singapura selama tiga tahun

sahaja iaitu bermula dari tahun 1389 sehinggalah 1392. kemudiannya raja ini terpaksa

hidup dalam pelarian selama dua tahun iaitu tahun 1392 hingga 1394 di daerah Muar.

7
Al-Attas, Syed Naquib, “Notes on the Opening of Relations Between China and
Malacca, 1403-1405”, JMBRAS, vol. 38, pt 1, 1965. hlm.49
Akhirnya kejayaan Palisula ini telah berjaya mendirikan kerajaan yang tetap di Melaka

selama dua puluh tahun yang bermula tahun 1394 hingga 8menjelang tahun 1414 sebelum

baginda mangkat pada tahun itu”.

Ming-Shih menyatakan bahawa waris Parameswara iaitu Raja Iskandar Shah

melaporkan kemangkatan Parameswara kepada Maharaja Yung-lo pada 5 Oktober 1414.

tetapi Sir Richard Winstedt menegaskan bahawa Parameswara masih hidup dalam tahun

1414. Parameswara dikatakan menukarkan namanya kepada Raja Iskandar Syah setelah

memeluk agama Islam. Ini mengelirukan orang Cina yang menyangka bahawa mereka

sedang berurusan dengan seorang raja yang baru. Menurut Sir Richard pengasas Melaka

hanya mangkat pada tahun 1424 yang mana waktu ini kerajaan Ming merekodkan

kemangkatan seorang raja Melaka yang tidak diketahui namanya. Raja ini diganti oleh

Raja Sri Maharaja.

Kenyataan ini selaras dengan pemerintahan Raja Iskandar Syah yang bermula dari

tahun 1404 pada masa duta Ming yang bernama Yin Ch’ing mengadap raja Iskandar Shah

dan berakhir kepada kira-kira pada tahun 1424.

Satu tarikh yang diberi oleh kenyataan Cina mengusulkan masa sebenar

pemisahan di antara pemerintahan Singapura dengan Melaka di mana pada September

1397, T’ai-tsu mengarahkan raja Jawa untuk memberi amaran kepada raja San-Fo-Chai.

Ini berlaku apabila beliau menyedari ketidak tenteraman yang berleluasa di kepulauan

8
Cortesao, A. (ed.), The Suma Oriental of Tome Pires, vol.2, The Hanklyut, 1967.
hlm.232
barat. Jawa telah bertindak balas dengan merampas Palembang dan melantik calon

mereka untuk mengambil alih kuasa yang hilang kepada raja Iskandar beberapa tahun

yang lalu. Orang jawa sememangnya boleh menerima arahan maharaja Ming. Duta

Ayuthi yang dipertanggungjawabkan dengan mesej T’ai-Tsu kepada orang jawa

menyedari bahawa maharaja cina memandang berat terhadap huru-hara yang berlaku di

wilayah9 tersebut yang menyebabkan raja iskandar melarikan diri ke singapura sebelum

beliau tiba di melaka untuk diasaskan.

Sumber-sumber Portugis :

Dalam sumber Portugis pula menyebut raja yang mula-mula membuka melaka

yang berasal dari kerajaan Singapura ialah Parameswara atau Paramicura, atau Permicura

atau Permicuri. Semuanya itu adalah berasal dari nama asal iaitu Permaisura mengikut

pelat dan cara sebutan tersendiri dan ada yang berpendapat nama asal Raja Iskandar Shah

ini adalah Permaisura Iskandar Shah iaitu setelah baginda memeluk agama Islam sewaktu

memerintah Melaka.

Seorang sejarahwan Portugis bernama Joao de Barros yang telah menulis dalam

bukunya yang dikarang pada tahun 1553 membuat kenyataan bahawa, apabila Pararisa

mangkat di Jawa, ia telah menyebabkan berlakunya satu peperangan perebutan kerajan di

negeri berkenaan. Situasi sebegini telah menyebabkan ramai pembesar-pembesar

mengambil keputusan untuk meninggalkan kawasan yang bergolak itu di mana antara

9
Shellabear, W.G., (Pengusaha), Sejarah Melayu, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti,
1990. hlm.89
pembesar itu ialah Parameswara. Semua pembesar-pembesar itu lari membawa haluan

masing-masing misalnya pembesar Parameswara telah lari ke Singapura. Apabila tiba di

Singapura, beliau telah disambut dengan baik sekali dan diraikan oleh Sangesinga atau

Sang Singa yang menjadi raja Singapura pada masa itu. Selang beberapa ketika selepas

itu dengan bantuan dan pertolongan orang-orang jawa dan orang-orang laut, maka

Parameswara telah membunuh Sangesinga lalu beliau menaiki takhta Singapura. Akibat

dari itu, raja Siam yang juga merupakan ayah mertua Sangesinga telah datang menyerang

Singapura lalu mengalahkan Parameswara. Parameswara kemudiannya meninggalkan

Singapura menuju ke Muar, di mana disinilah beliau mendirikan kota kayu untuk

mempertahankan serangan orang Siam yang ditempatkan di Pagoh dalam daerah Muar.

Selain itu, seorang lagi sejarahwan Portugis yang merupakan anak kepada

Alfonso de Albuquerque telah menulis sebuah bukunya yang diberi judul “Commentarios

de grande Afonso de Albuquerque” pada tahun 1557 menceritakan bahawa raja melayu

yang paling awal memerintah Melaka adalah Paramicura. Beliau merupakan seorang raja

di Palembang yang memperisterikan anak Bataratamurel yang berasal dari Jawa. Oleh

sebab Paramicura tidak mahu taat setia serta enggan membayar ufti kepada mertuanya

itu, maka ia pun telah dihalau keluar dari tanah Jawa. Setelah Paramicura hidup dalam

buangan di Singapura, beliau telah menerima layanan yang baik oleh ketua pemerintah

Singapura yang bernama Tamagi iaitu anak menantu kepada raja Siam. apabila

Paramicura menetap di Singapura selama lapan hari, beliau telah bertindak membunuh

Tamagi lalu beliau menjadi raja Singapura selama lima tahun. Berikutan kejadian ini,

mertua kepada Tamagi telah bertindak balas lalu datang menyerang dan mengalahkan
Paramicura serta menggulingkan beliau dari takhta Singapura. Rentetan dari peristiwa ini,

Paramicura telah berundur lalu meninggalkan singapura untuk mengelakkan daripada

dirinya ditangkap oleh tentera Siam dan kemudiannya menuju ke suatu tempat yang

diberi nama Melaka dan menubuhkan sebuah kerajaan di sana.

Untuk memperbanyakkan lagi hujahan mengenai siapa yang mula-mula paling

awal menerajui kerajaan Melaka ini, seorang lagi penulis berbangsa Portugis yang

bernama Diogo de Cauto menyatakan dalam bukunya di mana raja melayu Melaka adalah

merupakan raja yang terakhir di Singapura. Nama raja ini ialah raja Sabu atau Raja

Iskandar Syah yang berasal dari Palembang setelah berundur dari Singapura akibat

daripada diperdayakan oleh bendaharinya sendiri. Bendaharinya itu telah memberikan

anak perempuannya kepada Raja Sabu untuk dijadikan gundik tetapi malangnya anak

bendahari itu di hukum bunuh dengan dipertontonkan di hadapan rakyat jelata Singapura.

Bertindak dengan itu, bendahari singapura ini telah memperdayakan Raja Sabu iaitu

mengajak orang-orang jawa datang menyerang singapura sehinggakan memaksa Raja

Sabu melepaskan diri mencari tempat di Sekunder atau Sekudai. Tidak lama di tempat

itu, raja Sabu beralih ke kawasan lain hingga menjumpai satu lokasi yang strategik lalu

dijadikannya negeri Melaka.

Manakala sejarahwan Portugis yang keempat pula iaitu Godinho de Eredia turut

mengetengahkan pendapat dan hujahnya. Bukunya telah ditulis pada tahun 1613 yang

menceritakan mengenai orang-orang melayu telah sekian lama menduduki Patani dan

Pahang sebelum Melaka didirikan. Ceritanya ini agak berlainan sedikit mengenai siapa
yang memerintah paling awal di melaka serta proses awal pengasasan negeri melaka

tersebut. Sebelum Melaka diwujudkan, Raja Pahang dikatakan menjadi pemerintah di

Singapura dan Raja Patani pula di bawah perintah Siam di mana kedua-dua buah wilayah

ini adalah bandar kepunyaan orang-orang melayu. Dikatakan pula nama Raja Pahang

yang memerintah Singapura itu ialah Permicura yang datangnya dari peranakan Jawa.

Setelah beliau dimurkai oleh ayah mertuanya, Permicura telah membawa diri ke

Palembang dan seterusnya berangkat menuju ke Singapura. Setelah sekian lama di

Singapura, Permicura telah melakukan pembunuhan ke atas Xabandar atau Syahbandar

Singapura, pada hal Xabandar itu telah menerimanya dengan baik sekali. Dalam masa

yang sama Xabandar Singapura itu bersaudara dengan Raja Pahang yang kesannya

menyebabkan apabila berita pembunuhan itu terdengar oleh raja Pahang maka raja

Pahang pun menyiapkan kelengkapan bala tenteranya untuk menyerang Singapura lalu

menangkap Permicura kerana pengkhianatnya itu. Sebelum sebarang kemungkinan yang

mungkin berlaku ke atasnya, Permicura pun mengambil langkah-langkah menyelamatkan

dirinya dan berundur ke tempat yang dikenali sebagai Melaka untuk dijadikan tempat

kediamannya.

Tome Pires telah mendakwa bahawa Xaquem Darxa adalah seorang pengasas

juga. Pires menyatakan bahawa Xaquem Darxa memeluk agama Islam ketika berusia 72
10
tahun dan mangkat 8 tahun kemudian. Sebenarnya peristiwa ini juga merujuk kepada

pengasas negeri Melaka yang mana Parameswara kemudiannya dikenali sebagai raja

Iskandar Syah tentu merupakan seorang raja yang sudah tua menjelang tahun 1424. Jadi

10
O.W. Wolters, (1990). Kejatuhan Srivijaya dalam Sejarah Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.122
benarlah apa yang dihuraikan oleh Pires sebagai seorang raja Melaka yang berusia dalam

lingkungan 80-an.

Pires memang menganggap orang Siam bertanggungjawab terhadap pengusiran

raja Iskandar dari Singapura kerana raja Iskandar membunuh wakil siam tersebut apabila

tiba di pulau Temasik sebagai orang pelarian di Palembang. Raja Ayuthia mengarahkan

seorang hambanya di semenanjung untuk mengambil tindakan yang sewajarnya di mana

pires mengenalpasti hamba tersebut sebagai salah seorang pegawai tinggi Patani.11

Sumber-sumber Inggeris :

Dalam sumber Inggeris pula, pelbagai sarjana barat telah mempersembahkan

hujah mereka mengenai watak siapa yang bertanggungjawab terhadap pengasasan

Melaka ini. Menurut O.W. Wolters dalam bukunya berjudul Kejatuhan Srivijaya dalam

Sejarah Melayu menyatakan raja Singapura yang keempat iaitu bapa kepada pengasas

Melaka di mana beliau merupakan raja Singapura yang pertama mendapat gelaran

Melayu yang diiktiraf iaitu Paduka Seri Maharaya. Mengikut ceritanya, beliau telah

bertanggungjawab ke atas kematian seorang budak kecil yang telah menyelamatkan

Singapura daripada serangan ikan todak. Akibat dari itu, Singapura menerima padah

daripada perbuatan tersebut dengan kekalahannya kepada Jawa ketika pemerintahan raja

yang kelima. Nampaknya pemerintahan raja yang keempat itu menjadi penganjur kepada

11
Cortesao, A. (ed.), The Suma Oriental of Tome Pires, vol.2, The Hanklyut, 1967.
hlm.278
pemerintahan raja Singapura yang kelima dalam mengasaskan negeri Melaka. Raja yang

kelima di sini adalah Raja Iskandar Syah.

Penyusunan semula kronologi Raja Iskandar daripada maklumat dalam Suma

Oriental hanya dapat berdasarkan daripada andaian bahawa Raja Iskandar mula

memerintah di Melaka pada permulaan abad ke-15. Sementara ahli sejarahwan pula tidak

seperti Pires yang telah memberi jangka masa penuh pemerintahan raja Iskandar iaitu

bermula daripada masa pertabalannya di Singapura ini. Ia membolehkan kita

menghubungkannya kepada tahun terakhir pemerintahan Raja Iskandar pada tahun 1413-

1414. untuk mencapai tujuan sebenar pengkajian ini, para sejarahwan Barat harus

membuktikan bahawa raja yang bermula dengan Sri Tri Buana memerintah di Singapura

dan bukannya di Palembang.

12
Pemerintah raja Iskandar yang dikatakan bermula di Singapura adalah dongeng

yang direka oleh para sejarahwan barat untuk menggantikan pemerintahan Raja Iskandar

yang bermula di Palembang. Oleh yang demikian, kenyataan ini selaras dengan

kenyataan Pires bahawa pengasas negeri Melaka berasal dari Palembang. Raja Iskandar

mangkat dalam tahun 1413-1414 yang mana pemerintahan beliau yang dianggap oleh

kebanyakan sejarahwan selama 25 tahun tentu bermula dari Palembang dalam tahun 1389

hingga 1390 dan kemudian bersambung di Singapura ketika tahun keempat

pemerintahannya yang bersamaan dengan tahun 1392 hingga 1393.

12
O.W. Wolters, (1990). Kejatuhan Srivijaya dalam Sejarah Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.127
Kini suatu kronologi sementara tentang pemerintahan Raja Iskandar dapat disusun

semula dengan berdasarkan tahun pemerintahan salahsilah dan sumber-sumbernya:

1389-1390 – 1391-1392 tiga tahun memerintah di Palembang

1392-1393 - 1397-1398 enam tahun memerintah di Singapura

1398-1399 - 1399-1400 dalam perjalanan ke Melaka

1400-1401 - 1413-1414 empat belas tahun memerintah di Melaka dan

mangkat dalam tahun pemerintahannya yang kedua


13
puluh lima

Kronologi tersebut merupakan kronologi sementara sahaja kerana terdapat ketidakpastian

tentang tarikh sebenar kemangkatan raja iskandar iaitu sama ada dalam tahun 1413

ataupun 1414.

Kesimpulan :

Nyatalah Raja Iskandar Shah merupakan seorang raja yang istimewa. Beliau telah

memiliki reputasi dan kuasa kepimpinan serta berjaya memimpin orang Melayu melalui

satu dekad yang amat sukar. Ketepatan kronologi pemerintah raja Iskandar shah yang

disesuaikan oleh sejarahwan tidak seharusnya menimbulkan sebarang persoalan. Apa

yang menghairankan ialah nama beliau yang agak kabur dalam Raffles MS.18. tiada

usaha yang khusus dibuat untuk menggambarkannya sebagai seorang tokoh yang gagah.

13
O.W. Wolters, (1990). Kejatuhan Srivijaya dalam Sejarah Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.130
Keterangan Pires tentang Iskandar Shah pula lebih realistik dan dramatik. Kisah

Permaisura atau Iskandar Shah adalah raja Melayu yang akhir memerintah Singapura di

mana keterangannya boleh dilihat dalam pertikan seperti:

“...permaisura atau Iskandar shah tetap dipercayai putera kepada raja Singapura yang

keempat dengan gelaran Paduka Seri Maharaja. Apabila Paduka Seri Maharaja mangkat,

dijangka lebih kurang pada tahun 1389 digantikan oleh puteranya jadi raja Singapura
14
kelima yang dipercayai bernama Permaisura seperti nama yang disebutkan dalam

riwayat-riwayat Cina dan Portugis seperti Palisula, Pailimisula, Parameswara atau

Permaisura...”

Demikianlah kisahnya negeri Melaka itu mula dibuka oleh pengasasnya yang

bernama Permaisura atau Raja Iskandar Shah dan pemberian nama Melaka itu ada

disebut dalam hikayat Sejarah Melayu. Dalam hikayat Sejarah Melayu di cetera yang

kesebelas telah menyebut bahawa:

“...maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka: terlalu

ramai bandar Melaka pada zaman itu. Maka oleh segala orang Arab dinamainya Malakat,

ertinya perhimpunan segala dagang kerana banyak jenis dagangan ada di sana...”

Selain itu melaka telah diambil namanya sempena dengan sepohon kayu yang

bernama melaka. Setelah melaka itu dibuka, permaisura pun mulalah memajukan tempat

itu hingga perjalanan kerajaannya melintasi pelbagai zaman, pelbagai sultan dan pelbagai

peristiwa hinggalah kerajaan melaka itu jatuh di tangan orang Portugis pada tahun 1511.

14
Namura Tooru, “Sejarah Melaka di lihat dari Sumber-sumber Cina”, Esei-esei Budaya
dan Sejarah Melaka, Kuala Lumpur: Universiti Malaya 1989. hlm.55
Dengan merujuk pelbagai pendapat daripada sejarahwan, dapatlah kita rumuskan

walaupun mereka mengemukakan pelbagai nama atau gelaran, ia tetap merujuk kepada

orang yang sama iaitu Paramiswara (sebelum memeluk Islam) dan bertukar menjadi

Iskandar Shah setelah memeluk Islam. Namun begitu, penetapan suatu tarikh yang

sebenar tidaklah dapat disahkan kerana masing-masing sejarahwan telah mengeluarkan

pendapat mereka mengikut sumber-sumber mereka yang mana para pengkaji Melaka

tidak boleh menolak kesemua hujah ini malah perlu membuat suatu perbandingan yang

neutral tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.


Bibliografi

A. Samad Ahmad, (Penyelenggara), Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin), Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986.

Al-Attas, Syed Naquib, “Notes on the Opening of Relations Between China and Malacca,

1403-1405”, JMBRAS, vol. 38, pt 1, 1965.

Cheah Boon Kheng (Penyusun), Sejarah Melayu, The Malay Annals, MS.Raffles no.18,

The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1998.

Cortesao, A. (ed.), The Suma Oriental of Tome Pires, vol.2, The Hanklyut, 1967.

Ismail Ahmad, (1978). Ulasan Buku Sejarah Melayu Bentuk HSC. Kuala Lumpur: Fajar

Bakti SDN. BHD.

Namura Tooru, “Sejarah Melaka di lihat dari Sumber-sumber Cina”, Esei-esei Budaya

dan Sejarah Melaka, Kuala Lumpur: Universiti Malaya 1989.

O.W. Wolters, (1990). Kejatuhan Srivijaya dalam Sejarah Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shellabear, W.G., (Pengusaha), Sejarah Melayu, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti,

1990.

Zainal Abidin Abdul Wahid, (1997). Kesultanan Melayu Melaka: Pentadbiran Kuno atau

Moden. Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.

You might also like