You are on page 1of 16

OLAHRAGA

LARI BERPAGAR
PENGENALAN
• Acara berpagar adalah acara balapan yang menarik dan
diminati ramai. Acara ini juga merupakan acara lari pecut
tetapi menggunakan pagar sebagai halangan.
• Atlet seharusnya memiliki kepantasan berlari disertai dengan
kebolehan melepasi pagar-pagar dengan lancar dan
berkesan dalam masa yang paling minimum di udara.
• Kelancaran berlari semasa berada di antara pagar-pagar
yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut
merupakan keperluan utama bagi peserta untuk berjaya
dalam sesuatu perlumbaan.Kelancaran pergerakan ini disebut
ritma. Atlet perlu mempunyai fleksibiliti yang tinggi supaya
dapat mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki agar
dapat menghasilkan larian yang lancar.
• Dalam acara lari berpagar, seseorang itu dikehendaki berlari
seberapa pantas yang boleh di antara pagar dan melepasi
halangan (pagar) itu.
• Masalah utama yang dihadapi oleh atlet ialah cara melepasi
pagar. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan pengetahuan
mengenai teknik lari berpagar,kekurangan kelembutan di sendi
pinggul dan belakang dan rasa takut pada halangan (pagar).
• Untuk mencapai kejayaan dalam acara ini kelemahan-
kelemahan ini hendaklah diatasi terlebih dahulu. Kemungkinan
besar perkara ini sukar dicapai di kalangan pelajar sekolah.
• Namun begitu, acara lari berpagar boleh diperkenalkan untuk
tujuan keseronokan dan kecergasan fizikal.Atlet yang tinggi
dengan mempunyai kaki yang panjang ,mempunyai kelembutan
dan kepantasan biasanya berjaya dalam acara ini.
• Di peringkat antarabangsa acara yang dipertandingkan ialah 100
meter ( wanita ), 110 meter ( lelaki ) dan 400 meter ( lelaki dan
wanita ). Namun begitu acara 55 m, 70 m, 75 m dan 80 m boleh
diadakan di sekolah untuk tujuan mempopularkan acara ini.
SEJARAH LARI BERPAGAR
• Pada tahun 1886, Arthur Crooml' dari England merupakan orang
pertama melompat pagar dengan kaki hadapan diluruskan. Cara ini
dicipta oleh Alvin Kraenzlein (USA) yang kemudiannya mencapai
pingat emas dalam Olimpik 1990.

• Pada tahun 1896, semua acara lari berpagar melebihi 100 meter.
Pada 1900 dua acara untuk lelaki diperkenalkan iaitu 110 m dan
400 m. Acara lari berpagar untuk wanita diadakan pada tahun 1926
dengan jarak 80 m. Selepas itu 100 m wanita diperkenalkan pada
tahun 1968 dan diikuti dengan acara 400 m pada tahun 1971.
KEMAHIRAN LARI
BERPAGAR
(a) Fasa Permulaan
Teknik permulaan acara lari berpagar adalah sama dengan
acara lari pecut. Gunakan gaya dekam di blok permulaan.
-Letakkan kaki lonjakan di belakang blok permulaan untuk
mendapatkan lapan langkah sebelum melepasi pagar atau
letakkan kaki lonjakan di hadapan blok permulaan untuk
mendapatkan tujuh langkah sahaja.
- Lari dengan larian yang konsisten dari permulaan hingga
dua langkah terakhir.
- Pendekkan langkah terakhir supaya pusat graviti berada di
hadapan daripada kaki yang melangkah pagar.
(b) Fasa Lonjakan
*Jarak lonjakan ke arah pagar bergantung kepada beberapa
faktor, iaitu:
- Ketinggian atlet
- Kelajuan larian
-Jarak jangkauan kaki hadapan
- Kelajuan langkah kaki hadapan
* Gaya lonjakan kaki yang baik
- Meninggalkan permukaan trek sama seperti lari pecut
- Melonjak dengan menggunakan hujung tapak kaki
- Kaki hadapan diangkat tinggi
- Kepala tegak memandang ke hadapan
- Pusat graviti ke hadapan sedikit dari kaki yang melonjak
(c) Fasa Layangan
- Angkat dengan pantas kaki hadapan melepasi pagar. Ayunkan
tangan yang selari dengan kaki hadapan dengan pantas.
- Bengkokkan lutut kaki belakang ke sisi dengan tapak tangan
mengarah keluar.
- Condongkan badan ke hadapan. Badan seolah-olah melayang
ke udara.

(d) Fasa Mendarat


- Jatuhkan kaki hadapan ke tanah dengan pantas sebaik sahaja
kaki belakang melepasi pagar.
- Mendarat dengan hujung kaki hadapan (lead leg).

(e) Fasa Penamat


- Lari pecut ke garisan penamat.
REKOD LARI BERPAGAR
• SUKMA 2008
Rayzamsyah Wan Sofian - 14.10s

• SUKAN UNIVERSITI ASEAN 2008 (SUA 2008)


Mohd Robani Hassan - 14.07s

• SUKAN SEA KORAT, THAILAND 2008


Rayzamshah Wan Sofian - 13.91s
JENIS-JENIS PAGAR
NATIONAL ALUMINIUM HURDLE POLANIK HURDLE
UCS ULTIMATE HURDLE UCS INTERNATIONAL HURDLE
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like