You are on page 1of 21

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN WANGSA

MELAWATI
JALAN GENTING KLANG, KUALA LUMPUR

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN


PENILAIAN MENEGAH RENDAH (PMR)
2008

TAJUK: POTENSI BENTUK MUKA BUMI DI


TAMAN MELATI DALAM ASPEK KEGIATAN
EKONOMI
NAMA CALON: MOHAMED HELFY BIN HUSAINI

TINGKATAN: 1 BESTARI

NO KAD PENGENALAN: 950827 – 14 - 6083

GURU PENILAI: MRS AIK LING

TANDATANGAN: _____________

TARIKH: _______

1
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT


Senarai Kandungan 1
Penghargaan 2
Pendahuluan 3
Objektif Kajian 4
Kawasan Kajian 5-6
Kedah Kajian 7
Hasil Kajian 8 - 11
Rumusan 12
Rujukan 13
Lampiran 14 - 20

BAB 1: PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah, kerana dengan limpah


kurnia – Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jaya dan dapat
menghantar pada waktu yang telah ditetapkan.

Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada guru subejek
geografi saya iaitu Mrs Aik Ling kerana telah memberikan tunjuk ajar dan sumber
rujukan yang amat diperlukan untuk menyiapkan folio ini.

2
Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya atas
segala bimbingan dan dorongan yang diberikan selama saya menyiapkan folio ini.

Disamping itu, terima kasih kepada rakan – rakan sekelas kerana telah
memberikan cadangan, idea dan pengetahuan yang telah anda kongsikan bersama
saya. Juga kepada 20 orang respondan kerana sudi meluangkan masa untuk
memberikan maklumat yang penting untuk kajian saya.

BAB 2: PENDAHULUAN

2.1 Nama saya Mohamed Helfy Bin Husaini. Saya menuntut dalam tingkatan 1
Bestari di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati. Sebagai memenuhi
kehendak subjek geografi, saya perlu menyiapkan satu Kajian Geografi Tempatan
(KGT) yang bertajuk “Potensi Bentuk Muka Bumi dalam aspek Kegiatan Ekonomi.
Saya telah memilih kawasan perumahan Taman Melati untuk menjalankan kajian.

2.2 Saya telah memilih kawasan ini kerana terletak di tempat saya tinggal dan
berdekatan dengan sekolah. Selain itu, saya telah tinggal di kawasan ini lebih

3
daripada 10 tahun dan terdapat ramai kawan – kawan dan keluarga yang dapat
memudahkan saya menyiapkan folio ini.

2.3 Saya telah mengambil masa selama 5 minggu untuk mengumpul maklumat
serta menyiapkan dengan sempurna folio ini.

BAB 3: OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif – objektif berikut:-

I. Mengenalpasti jenis bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Taman


Melati

II. Memerhati dan mengkaji potensi bentuk muka bumi di kawasan Taman
Melati

4
III. Mengenalpasti masalah yang berkaitan dengan bentuk muka bumi di
kawasan kajian

IV. Mengkaji langkah – langkah mengatasinya

BAB 4: KAWASAN KAJIAN

4.1 Latar Belakang Kawasan Kajian


Saya telah memilih Taman Melati sebagai kawasan kajian. Taman Melati
terletak di bawah pentadbiran mukim Setapak. Sebelum dibangunkan Taman
Melati merupakan kawasan perlombongan bijih timah. Kawasan ini mula
dibangunkan dan dimajukan pada tahun 1993. Taman Melati merupakan kawasan
perumahan kos sederhana rendah dan kos sederhana tinggi. Terdapat rumah
pangsa, kondominium, apartment, rumah teres dan rumah banglo. Segala

5
kemudahan awam dan infrasturuktur disediakan dan dijaga rapi oleh DBKL. Hasil
daripada pencarian saya di internet, sehingga akhir Disember tahun 2007, Taman
Melati didiami lebih kurang hampir 3,000 orang penduduk.

4.2 Lokasi Kawasan Kajian


Taman Melati mempuyai keluasan seluas 50 km persegi. Lokasi kawasan ini
adalah di Timur Laut Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur. Taman Melati terletak
berhampiran dengan kawasan yang lain seperti Wangsa Maju, Wangsa Melawati,
Taman Bunga Raya, Taman Permata, dan Taman Melawati. Untuk pengetahuan
semua, Taman Melati Melawati berada 150 meter daripada sempadan Kuala
Lumpur – Selangor.

4.3 Jarak Dari Bandar


Taman Melati terletak lebih kurang 15 km daripada Pusat Bandar Kuala
Lumpur. Penduduk di kawasan ini dapat ke Pusat Bandar dengan menggunakan
segala kenderaan awam seperti LRT. Stesyen LRT terdekat adalah LRT Terminal
Putra dan LRT Taman Melati. Selain itu, Ianya boleh dihubungkan melalui Jalan
Raya Tun Razak atau MRR2 (Lebuhraya Lingkaran Tengah 2) ke Ipoh di Utara
dan Seremban di Selatan.

4.4 Jenis Petempatan


Taman Melati adalah sebuah kawasan perumahan yang didiami oleh
penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India.
Majoriti Masyarkat terdiri daripada bangsa Melayu diikuti oleh bangsa India dan
Cina. Pola petempatan di Taman Melati ialah pola berpusat dimana rumah –
rumah dan deretan kedai dibina rapat – rapat dan menyebabkan kawasan ini padat
dengan bangunan – bangunan.

6
BAB 5: KAEDAH KAJIAN

5.1 Kaedah kajian yang telah saya gunakan untuk menyiapkan folio ini ialah:-
a) Pemerhatian
b) Bancian
c) Internet

5.1.1 Pemerhatian

7
Selama menjalankan kajian ini, saya telah meluangkan banyak masa
memerhati ciri – ciri bentuk muka bumi di kawasan Taman Melati dan
aktiviti – aktiviti ekonomi yang dijalankan.

5.1.2 Borang soal selidik


Saya juga telah memberi soalan kajian saya kepada 20 orang penduduk di
Taman Melati melibatkan 5 orang dari penempatan rumah pangsa, 5 orang di
kawasan Apartment dan Kondominium, 5 orang di rumah teres dan selebihnya
yang tinggal di rumah banglo. Borang soal selidik ini dan respon yang didapati
dapat membantu saya mengenalpasti masalah – masalah yang dihadapi oleh
penduduk Taman Melati dan cara – cara mengatasi yang dicadangkan oleh 20
orang responden tadi.

5.1.3 Internet
Saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan lebih banyak lagi
maklumat tentang kawasan kajian yang tidak boleh didapati melalui pemerhatian
ataupun melalui keadah soal selidik. Antara maklumat yang berguna saya perolehi
adalah jumlah penduduk dan keluasan kawasan kajian.

BAB 6: HASIL KAJIAN

6.1 Ciri – Ciri Bentuk Muka Bumi


Bentuk muka bumi di Taman Melati adalah hampir rata serta beralun. Oleh
sebab itu, Taman Melati dibangunkan dan dibina kawasan penempatan keluarga
yang luas. Selain itu, Taman Melati juga dibangunkan untuk kawasan pejabat dan
deretan kedai. Ini menyebabkan kawasan Taman Melati padat dengan penduduk.
Kepadatan penduduk ini disebabkan oleh tindakan kerajaan yang membina
infrastruktur – infrastruktur seperti lebuh raya yang dapat berhubung ke

8
kawasan – kawasan lain dengan mudah, rumah kakitangan kerajaan, deretan
kedai, kemudahan pengangkutan awam seperti LRT, sekolah dan Hospital.

6.2 Potensi Bentuk Muka Bumi


Bentuk muka bumi yang hampir rata dan beralun tadi menyebabkan
penduduk di Taman Melati terlibat di dalam aktiviti perniagaan dan perkhidmatan.
Deretan kedai yang banyak sekitar kawasan Taman Melati telah
menggalakkan aktiviti – aktiviti perniagaan. Terdapat ramai usahawan – usahawan
yang membuka perniagaan. Antara perniagaan yang dijalankan ialah kedai makan,
butik, kedai runcit dan servis seperti kedai gunting rambut, dobi pakaian dan
bengkel. Oleh itu, ramai penduduk disini menjalankan aktiviti perniagaan.
Selain itu, penduduk di Taman Melati terlibat di dalam bidang
perkhidmatan kerana di kawasan Taman Melati terdapat beberapa sekolah
menengah, sekolah rendah, tadika, kelas Fardhu Ain dan IPTS iaitu Kolej Tunku
Abdul Rahman. Oleh itu, ramai penduduk di sini terlibat dalam bidang pendidikan
dan menjadi tenaga pengajar di tempat – tempat tersebut.

JENIS PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN DI


TAMAN MELATI
JENIS PERNIAGAAN DAN

70
60
PERHIDMATAN

50
Pelabgai Barangan
40
Pelbagai Perkhidmatan
30
Makanan
20
10
0
Graf 1
JUMLAH KEDAI

9
6.3 Masalah

Semasa saya menjalankan kajian di sekitar kawasan Taman Melati dan


mengedarkan borang kaji selidik kepada 20 orang penduduk Taman Melati, saya
dapati pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk – penduduk di sini. Antara
Masalah – Masalah tersebut ialah:-

6.3.1 Vandalisme
Masalah ini banyak berlaku di kawasan taman permainan di sekitar
kawasan Taman Melati. Dimana segala alat – alat permainan yang didirikan
dirosakkan dan tidak boleh digunakan lagi. Selain itu, keadaan alat – alat
permainan tadi yang rosak boleh mendatangkan bahaya kepada kanak – kanak
yang menggunakannya.
10
Selain itu, kemudahan – kemudahan awam yang lain seperti pondok telefon
yang didirikan untuk panggilan kecemasan telah dirosakkan dan tidak dapat
digunakan lagi oleh para penduduk terutamanya ketika berlaku sebarang
kecemasan seperti rompakan, kecurian dan kebakaran.

6.3.2 Pencemaran bunyi


Pencemaran bunyi di kawasan Taman Melati berpunca daripada aktiviti –
aktiviti pembinaan kawasan penempatan contohnya bunyi yang dikeluarkan
apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan bangunan-
bangunan tinggi. Bunyi bising ini boleh mengurangkan tumpuan para pelajar
terutamanya kawasan pembinaan terletak berhampiran Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Melati. Selain itu, kesan yang lain adalah seperti pekak.

6.3.3 Sampah
Penduduk di kawasan Taman Melati tidak membuang sampah di tempat
yang sepatutnya disediakan.

6.4 Langkah – langkah mengatasi

Segala masalah pasti terdapat cara untuk mengatasi. Disini, adalah


beberapa cadangan saya perolehi daripada borang kaji selidik yang diedarkan
untuk mengatasi Masalah tersebut adalah:-

a) Pihak yang berwajib perlu menguatkuasakan undang – undang bagi


mengatasi masalah vandalisme. Bagi mereka yang melakukan jenayah ini,
boleh dikenakan denda dan membayar duit untuk menggantikan alat yang
rosak itu.

b) Masyarakat di Taman Melati juga boleh bergotong – royong di


kawasan – kawasan yang bermasalah sampah. Aktiviti gotong – royong
11
boleh dijalankan sebulan sekali untuk memastikan kebersihan kawasan
penempatan. Pihak berwajib juga boleh memperbanyakkan tempat
membuang sampah dan bagi memudahkan masyarakat serta menjalankan
kempen kesedaran seperti menggalakkan masyarakat untuk kitar semula.

RUMUSAN

Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang ciri –
ciri bentuk muka bumi dan Kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan Taman
Melati. Selain itu, kajian ini membantu saya menyelidiki masalah – masalah yang
sering dihadapi oleh penduduk – penduduk Taman Melati serta mengumpul
maklumat daripada sebahagian penduduk di kawasan Taman Melati tentang
cara – cara mengatasi masalah – masalah tersebut. Hasil daripada kajian ini,
menjadikan saya bangga kerana dibesarkan dan tinggal di kawasan yang serba
lengkap dan maju dengan kemudahan – kemudahan asas dan infrastruktur
yang lengkap.

12
RUJUKAN

I. Buku Teks Geografi Tingkatan 1, KBSM


Terbitan: Arus Intelek Sdn. Bhd.
Tahun: Cetakan 4, 2006

II. Buku Rujukan Geografi PMR, Ulang Kaji Total Tingkatan 1,2,3
Terbitan: Sasbadi Sdn. Bhd.
Tahun: Cetakan 2005

III. Laman Web: www.scribd.com


www.tutor.com.my

13
www.kualalumpur – hotels – classify.com

14
Lampiran 1: Peta Taman Melati

15
Lampiran 2: Peta Kuala Lumpur

16
Lampiran 3: Peta Daerah

17
Lampiran 4: Lakaran Peta

18
Lampiran 5: Graf – Jenis perniagaan dan perkhidmatan di Taman Melati

19
JENIS PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN DI
TAMAN MELATI
JENIS PERNIAGAAN DAN

70
60
PERHIDMATAN

50
Pelabgai Barangan
40
Pelbagai Perkhidmatan
30
Makanan
20
10
0
Graf 1
JUMLAH KEDAI

Lampiran 6: Borang Kaji Selidik

BORANG KAJI SELIDIK


20
Nama: _________________
Jenis rumah: ____________
Pekerjaan:______________

Soalan 1: Pada pendapat anda apakah masalah yang dihadapi oleh masyarakat
Taman Melati

Arahan: Sila tandakan (/) pada jadual di bawah

Hakisan Tanah
Tanah Runtuh
Sampah Sarap
Pencemaran Bunyi
Vandalisme
Banjir

Soalan 2) Cara mengatasi:


a) ________________________
b) ________________________

21

You might also like