P. 1
Top Overhaul

Top Overhaul

|Views: 4,281|Likes:
Published by mpenderosa
langkah-langkah kerja top overhaul
langkah-langkah kerja top overhaul

More info:

Published by: mpenderosa on Jul 28, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/31/2013

pdf

text

original

TOP OVERHAUL

OBJEKTIF

µTop overhaul¶ adalah kerja-kerja menservis mana-mana bahagian pada kepala silinder. Diantara kerja-kerja yang dilakukan bagi tujuan ini adalah seperti membuka, membersihkan komponenkomponen enjin, menukar alat ganti komponen yang rosak dan membuat penyelarasan bagi memastikan kelancaran enjin adalah pada tahap yang memberangsangkan. Pada kebiasaannya µtop overhaul¶ akan dilakukan kerana berlaku sesuatu masalah pada kenderaan dimana ianya melibatkan beberapa sebab diantaranya ialah kebocoran minyak enjin melalui injap, enjin mengalami gegaran walaupun setelah membuat penalaa, kepanasan lampau, enjin mati kerana bendalir penyejuk tiada dan sebagainya.

JENIS PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Di antara peralatan yang digunakan untuk melakukan kerja pembaikan enjin atas ialah: Allen key  Sepana hujung terbuka  Sepana gelang  Sepana T  Soket dalam  Tolok perasa  Perengkuh daya kilas  Pemutar skru  Kertas pasir  µGrinder¶  µGrinding paste¶  µSpring compressor¶

PROSEDUR

1. Tanggalkan kabel bateri dan semua saluran paip yang bersambung dengan kepala silinder seperti hos radiator dan juga kesemua hos vakum. 2. Tanggalkan penapis udara dan perumah penapis udara. 3. Tanggalkan kabel pendikit minyak dan µchoke cable¶. 4. Keluarkan kabel palam pencucuh dan tanggalkan unit pengagih. 5. Tanggalkan wayar pengebumi. 6. Tanggalkan kesemua tali sawat dan penutup µtiming belt¶. 7. Putarkan aci engkol sehingga mencapai tanda (marking), kemudian tanggalkan tali sawat pemasa. 8. Tanggalkan system pelepasan hasil pembakaran(exhaust). 9. Tanggalkan µvalve cover¶. 10. Tanggalkan µrocker arm¶ daripada kepala silinder. 11. Longgarkan skru yang mengikat kepala silinder pada blok. Longgarkan skru kepala silinder mengikut turutan yang betul. 12. Tanggalkan kepala silinder setelah kesemua skrunya ditanggalkan dan letakkan kepala silinder ditempat yang sepatutnya. 13. Tanggalkan µpulley¶ aci sesondol. 14. Tanggalkan pula aci sesondol daripada kepala silinder. 15. Tanggalkan pin injap. Setelah selesai menanggalkan semua pin injap, injap yang ditanggalkan mestilah dinomborkan mengikut silinder masing-masing. 16. Tanggalkan µvalve seat¶ dengan menggunakan µvalve seat remover¶. 17. Letakkan kepala silinder pada tempat yang rata dan periksa kepala silinder samada ianya sudah retak, permukaannya melengkung atau mengalami kerosakan pada bahagianbahagian lain terutamanya pada bahagian saluran laluan air dan saluran minyak. 18. Periksa keratan kepala silinder dengan menggunakan pembaris besi yang rata dan tolok perasa. 19. Uji keratan rentas pancarongga masukan dan pancarongga ekzos. Jika kelegaannya terlalu besar, kepala silinder harus dihantar ke tempat yang sepatutnya untuk menjalani proses µskimming¶ bagi meratakan kembali permukaannya.

20. Kesemua komponen yang telah dileraikan hendaklah dicuci bagi menghilangkan kotorankotoran yang ada padanya. 21. Uji kebocoran injap dengan menggunakan petrol. 22. Pasangkan µvalve seat¶ yang baru dengan cermat dan berhati-hati. 23. Pasangkan semula injap dengan menggunakan µvalve compressor¶ untuk memasukkan pin injap. 24. Pasangkan aci sesondol, lengan jumpelang dan karburator. 25. Bersihkan permukaan omboh dan permukaan blok dengan menggunakan kertas las ataupun µgrinder¶ yang menggunakan mata jenis berus dawai halus. 26. Pasangkan kepala silinder bersama-sama gasket kepala silinder yang baru dan sapu dengan gam gasket jika perlu. 27. Ketatkan kepala silinder bersama-sama dengan menggunakan perengkuh daya kilas. Kekuatan semasa mengikat nat kepala silinder ialah 70 Nm. Semasa kerja-kerja mengikat, kekuatan sepana kilas dimulakan dengan 10 Nm, kemudian ditambahkan lagi 10 Nm agar menjadi 20 Nm dan seterusnya 70 Nm. 28. Pasangkan µoil seal¶ yang baru pada aci putar. Pada permukaan dalamnya,sapukan sedikit gris bertujuan mengelakkan kehausan dan memudahkan pemasangan. 29. Pasangkan puli aci sesondol dan ikatkan skrunya dengan ketat. 30. Pasangkan µtensioner bearing¶ dan tolakkan kekiri dan kemudian ketatkan bagi menghalang ia daripada bergerak. 31. Pasangkan tali sawat pemasa. Pastikan µmarking¶ berada dalm keadaan yang tepat. 32. Gerakkan puli acin engkol sebanyak tiga mata gigi ke hadapan. 33. Longgarkan skru yang mengikat µtensioner bearing¶. Pastikan tali sawat pemasa cukup tegang dan ketatkan kemblai skru µtensioner bearing¶. 34. Pasang penutup tali sawat pemasa dan juga komponen lain. 35. Pasang semula kesemua tali sawat yang telah ditanggalkan. 36. Pasang semula kesemua hos dan juga wayar yang ditanggalkan. 37. Seterusnya pasangkan pengagih mengikut silinder dengan betul. 38. Laras kelegaan µrocker arm¶ dengan menggunakan tolok perasa. Kelegaan bagi injap masuk ialah 0.15 mm dan 0.20 bagi injap keluar.

39. Isikan cecair ke dalam radiator sehingga mencukupi. Hidupkan enjin dan biarkan sehingga ia mencapai suhu kendalian. 40. Periksa keadaan µignition timing¶ iaitu diantara 10 hingga 12 darjah. 41. Lakukan ujian penalaan terhadap enjin dan pandu uji jika perlu.

Gambarajah

PERBINCANGAN

Sebelum melakukan kerja-kerja µtop overhaul¶, pelajar perlu memastikan ianya mengamalkan langkah-langkah keselamatan, contohnya: 1. Memakai pelindung mata semasa melakukan kerja-kerja mencanai dan kerja-kerja mengimpal. 2. Pakaian mestilah kemas,selesa dan diperbuat daripada bahan yang teguh. 3. Rambut mestilah kemas dan terurus. 4. Pemakaian kasut keselamatan mestilah diamalkan dibengkel automotif. 5. Pemakaian sarung tangan mestilah diamalkan bagi mencegah daripada tercalar, terpotong, dan terbakar jika berlaku sebarang kemalangan. 6. Pelindung telinga juga penting ketika mengendalikan mesin yang mempunyai bunyi yang kuat.

RUJUKAN
http://khbf3.blogspot.com/2009/02/26-menservis-enjin.html www.scribd.com Internet Buku Teknologi Automotif

KESIMPULAN

Melakukan µtop overhhaul¶ pada sesebuah kenderaan seharusnya dilakukan dalam lingkungan lima tahun sekali ataupun 100000 km. Jika semua pengguna mengikut jadual yang dicadangkan untuk melakukan µtop overhaul¶ seperti itu, prestasi kenderaan akan berkekalan dan kenderaan akan tahan lebih lama berbanding dengan kenderaan yang hanya melakukan servis biasa.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->