You are on page 1of 19

Pengajian perniagaan 2

Bab 1 : peraturan dan keperluan


perniagaan.
1.1 UNDANG-UNDANG KOMERSIAN/PERNIAGAAN

1) PENGENALAN UNDANG-UNDANG
- semua peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang dibentuk
dengan autoriti atau adat sesuatu kaum.

Jenis Undang-Undang
a) undang-undang awam
b) undang-undang persendirian

a) Undang-undang awam
i) berkaitan dengan individu dan negeri
ii) undang-undang perlembegaan membicangkan individu dalam
negeri.
iii) Undang-undang jenayah membincangkan kes jenayah individu
dalam negeri.

b) Undang-undang persendirian
i) berkaitan dengan penguatkuasakan hubungan antara individu
dan hak-hak tugas mereka.
ii) Bertujuan memberi pampas an agar mendapat semula harta
daripada pihak yang bersalah dan untuk melaksanakan
tanggungjawab.

2) SUMBER UNDANG-UNDANG

i) sumber bertulis ii) sumber tidak bertulis


- perlembagaan persekutuan - undang-undang Inggeris
- akta/undang-undang persekutuan - undang-undang syariah
- enakmen/undang-undang negeri - adat resam
- undang-undang subsidari
i) Sumber Bertulis

- merupakan sumber utama. Digubal oleh badan perundangan dan


dikenali sebagai sumber bertulis udang-undang ini adalah dinyatakan.

a) Perlembagaan Persekutuan
- Sebarang undang-undang yang tidak konsisten adalah dianggap tidak
sah
- Membincangkan perkara-perakara penting seperti hak individu, kuasa
kerajaan pusat, kuasa negeri, kuasa raja dan sebagainya.
- Merupakan undang-undang pertama di persekutuan.

b) Perlembagaan Negeri
- terdapat 13 perlembagaan negeri yang ditadbir oleh dewan undangan
negeri.
- Peruntukan yang wujud adalah bersangkutan dengan sultan, adat,
undang-undang islam, perikanan, perhutanan, perairan, kewangan
negeri dan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

c) Enakmen/undang-undang Persekutuan
- diluluskan oleh parlimen dan dikenali sebagai ordinan sebelum
merdeka.
- Jika terdapat percanggahan diantara peruntukan di dalam undang-
undang negeri dan undang-undang persekutuan, maka peruntukan
undang-undang persekutuan akan dipakai. Telah dinyatakan didalam
perkara 75 Perlembagaan Persekutuan.

d) Enakmen/Undang-undang Negeri
- merujuk kepada undang-undang yang dibuat dan diluluskan oelh
dewan undangan negeri kecuali Sarawak dimana undang-undang
tersebut dikenali sebagai ordinan.

e) Undang-undang Subsidari
- undang-undang yang dibuat diluluskan oleh pihak atau badan tertentu
seperti menteri-menteri atau pihak berkuasa tempatan yang diberikan
kuasa oleh Akta atau Enakmen yang dikenali sebagai akta induk.
- Wujud di peringkat Persekutuan dan persekutuan negeri.
- Dikenali sebagai undang-undang kecil atau undang-undang perwakilan.
ii) Sumber Tidak Bertulis

- merupakan undang-undang yang bukan bersumber daripada parlimen

a) Undang-undang Inggeris
- terdiri daripada common law dan rule of equity.
- Malaysia barat, mahkamah hendaklah memakai common law of
England yang ditadbirkan di England pada 7 April 1956.
- Sabah, mahkamah hendaklah memakai common of law England yang
ditadbirkan di England pada 1 Disember 1951.
- Sarawak, common of law England pada 12 Disember 1949.
- Akta undang-undang sivil 1956, kekosongan dapat diisi dengan prinsip
undang-undang Inggeris tertakluk pada 2 perkara iaitu digunakan
apabila ketiadaan statut tempatan yang berkaitan dan hanya undang-
undang Inggeris yang diguna pakai.

b) Undang-undang Syariah
- perkara 3 Perlembagaan “Agama Islam Sebagai Agama Persekutuan,
tetapi Agama Lain Boleh Diamalkan”.
- Ramah v Laton (1927)6 F.M.S.L.R 128, mahkamah telah memutuskan
bahawa undang-undang Mohamaden merupakan undang-undang
tempatan.
- Perkara 5 dan perkara 121 Perlembagaan Persekutuan memberi nafas
baru bahawa mahkamah tinggi tidak boleh mempunyai kuasa yang
sama dengan mahkamah syariah.
- Kuasa jenayah mahkamah syariah adalah kecil iaitu dibawah Akta
Mahkamah Islam 1965 (pindaan 1984) hukuman dikenakan tidak
melebihi 3 tahun, denda tidak melebihi RM 5000 dan rotan tidak
melebihi 6 kali.

c) Adat Resam
- terdiri daripada adat dan tradisi Melayu dimana ianya boleh diubah
oleh masyarakat.

3) INSTITUSI UNDANG-UNDANG

- Terdapat 5 mahkamah iaitu, Mahkamah Persekutuan, Mahkamah


Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Seksyen dan Mahkamah
Majistret.
i) Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan
- mempunyai bdang kuasa untuk mendengar rayuan daripada
mahkamah tinggi dan mendengar kes buat kali pertamanya.
- Memastikan undang-undang Persekutuan dan negeri sah.
- Menyelesaikan sebarang kemusykilan berkenaan dengan interpretasi
peruntukan undang-undang Perlembagaan Persukutuan.

ii) Mahkamah Tinggi


- Mendengar kes sivil dan kes jenayah
- Kes sivil yang melibatkan tuntutan melebihi RM 280 000.00
mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman termasuk hukuman mati.

iii) Mahkamah Seksyen


- mendengar kes-kes sivil antara tuntutan RM 25 000 dan RM 280 000.
- Hukuman penjara bagi tuntutan sivil ialah 10 tahun tetapi tiada
hukuman mati.

iv) Mahkamah Majistret


- mendengar kes sivil antara tuntutannya adalah sehingga RM 25 000
dan hukuman tidak melebihi 10 tahun.
- Rayuan ke atas kes sivil dan jenayah yang dibuat oleh majistret boleh
dibuat ke mahkamah tinggi bagi rayuan kes jenayah.
- Keputusan Mahkamah tinggi adalah muktamad tetapi tidak dalam kes
sivil.
- Majistret membicarakan kes-kes jenayah yang hukumannya tidak
melebihi 10 tahun.
- Menjatuhkan hukuman penjara maksimum 5 tahun dan denda RM10
000.

1.1.2 UNDANG-UNDANG KONTRAK

- Ata kontrak 19550 adalah berdasarkan kepada common law.


- Kontrak di definisikan dibawah seksyen 2(h) Akta Kontrak 1950
sebagai ‘sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-
undang’.
- Seksyen 10 Akta kontrak 1950, “semua perjanjian adalah kontrak jika
dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak
untuk sesuatu balasan yang sah dan dengan tujuan yang sah.

Elemen-elemen Asas Kontrak


a) tawaran
b) penerimaan
c) niat
d) keupayaan
e) ketentuan dan balasan
C) TERMA KONTRAK

1) Terma dan Represantasi


- Apabila ia diniatkan untuk menjadi syarat kontrak, Ia dinamakan
sebagai represantasi. Jika Ia tidak diniatkan untuk menjadi syarat
kontrak ia dinamakan terma.
- Untuk meilhat sama ad ianya terma kontrak atau represantasi,
mahkamah mungkin melihat beberapa factor ;
i) Peri mustahaknya kebenaran kenyataan itu.
ii) Sejauh manakah masa berlalu dati ketika kenyataan itu dibuat
hingga ketika satu persetujuan kedua-dua pihak tercapai.
iii) Sama ada lebih mudah bagi pihak membuat kenyataan itu,
apabila dibandingkan dengan pihak yang lain untuk menentukan
sama ada kenyataan itu benar atau tidak.

2) Kontrak Kolateral
- satu janji yang dibuat semasa kedua-dua pihak sedang berunding yang
boleh menimbulkan obligasi atau kewajipan.

3) Penyelarasan Terma
- Terbahagi kepada dua iaitu syarat atau waranti
- Jika terma dianggap penting dan berlaku pelanggarannya, kontrak itu
terbatal dan boleh ditamatkan oleh pihak yang tidak bersalah. -> syarat
kontrak.
- Jika terma dianggap tidak penting dan perlanggarannya tidak
menjejaskan kontrak maka ianya dianggap sebagai waranti.

KONTRAK SAH

A) Jenis-jenis keesahan kontrak.


- kontrak batal
i) Perjanjian menyalahi undang-undang.
ii) Perjanjian menghalang perkawinan.
iii) Perjanjian menghalang perdagangan.

- Kontrak boleh batal


i) Paksaan
ii) Salahnyataan
iii) Pengaruh tidak berpatutan
iv) Khilaf
v) Frod
B) Pelepasan Kontrak
- Dengan Persetujuan
- Dengan Kemungkinan
- Dengan Tiada Kemungkinan
- Dengan Pelaksanaan

C) Pemulihan atau Remedi


- apabila pihak kontrak memungkiri janji dan menyebabkan kerugian
kepada pihak yang satu lagi, maka pihak ini boleh menuntut
pemulihan, ganti rugi atau remedi.

i) Menamatkan Kontrak
- Seksyen 40, Akta Kontrak 1950 memperuntukkan bahawa apabila
sesuatu pihak memungkiri kontrak, pihak yang satu lagi tidak perlu
lagi melaksanakan lagi tanggunjawabnya seperti dalam perjanjian.

ii) Ganti Rugi


- asas ukuran ganti rugi ialah nilai pelaksanaannya kepada pihak yang
menuntut. Terdapat berbagai-bagai jenis ganti rugi antaranya ganti
rugi am dang anti rugi khusus.

iii) pelaksanaan spesifik


- Melalui remedi ini mahkamah akan memerintahkan satu pihak
melaksanakan obligasinya seperti mana yang terkandung dalam
kontrak. Pelaksanaan spesifik adalah satu remedi dibawah ekuiti dan
ianya akan diberi jika remedi di bawah Akta Kontrak 1950 dan
Common Law tidak mencukupi. Remedi ini bukanlah satu mendatori
kerana ia hanya bergantung kepada budi bicara mahkamah.

iv) Injunksi
- Adalah satu remedi di bawah undang-undang ekuiti yang boleh
dipohon bagi mengekalkan status quo.

v) Quantum Meruit (sebanyak yang patut diterimanya)


- Boleh digunakan untuk menyelesaikan butiran-butiran yang tidak
ditetapkan dalam kontrak. Quantum meruit bermaksud tuntutan ganti
rugi untuk satu jumlah yang munasabah bagi bayaran atas
perkhidmatan atau pekerjaan yang dilakukan.

1.1.3 UNDANG-UNDANG JUALAN BARANG-BARANG

A) Barang Sedia Ada


- barang yang sudahpun dimiliki atau disimpan oleh penjual. Barang
sedia ada mungkin berbentuk “barang tertentu” atau “barang yang
belum ditentukan”.
B) Barang Masa hadapan
- Barang yang dibuat atau diperoleh oleh penjual selepas kontrak jualan
dibuat. Ini bermaksud semasa kontrak jualan itu dibuat, penjual belum
lagi memiliki barang jualan itu.

Seksyen 4(1) Akta Jualan Barang telah mentakrifkan “kontrak jualan barang”
sebagai “satu kontrak dimana penjual memindahkan hak milik barang kepada
pembeli dengan satu harga..”.

TERMA-TERMA KONTRAK

Dibahagikan kepada dua iaitu syarat dan waranti. Syarat dan waranti masing-
masing boleh dibahagikan kepada dua iaitu nyata dan tersirat.
Waranti hanya memberi hak kepada pihak yang tidak bersalah untuk
menuntut ganti rugi sahaja tetapi tidak boleh menolak kontrak tersebut.
Pihak yang tidak bersalah akibat perlanggaran syarat, boleh menganggap
bahawa syarat itu sebagai perlanggaran waranti dan hanya menuntut ganti
rugi.

SYARAT TERSIRAT
- 4 jenis syarat tersirat iaitu, hak milik, jualan melalui perihalan, kualiti
dan kelayakan dan jualan melalui contoh.

i) syarat tersirat mengenai hak milik


- penjual berhak menjual barang yang diseneraikan dalam kontrak dan
penjual akan mempunyai hak menjual barang itupada masa hak milik
itu berpindah kepada pembeli.

ii) melalui perihalan


- jika barang itu dibuat berasaskan sampel dan perihalan, adalah tidak
memadai jika barang itu hanya secocok dengan sampel tetapi tidak
secocok dengan perihalan.

iii) kualiti dan kelayakan(seksyen 16)


- barang jualan hendaklah sesuai atau boleh memenuhi maksud yang
dikehendaki oleh pembeli
- barang jualan hendaklah mempunyai kualiti dagang.

iv) syarat tesirat mengenai jualan melalui contoh/sampel


- bahawa keseluruhan barang secocok dengan contoh tentang mutu.
- Bahawa pembeli hendaklah mempunyai peluang yang berpatutan
untuk membandingkan keseluruhan barang dengan contoh sebelum
membuat penerimaan.
- Bahawa barang itu hendaklah terpelihara daripada sebarang kecacatan
daripada yang boleh menjadikannya tidak bermutu dagangan, yang
mana kecatatan tersebut tidak ketara.
WARANTI TERSIRAT

1) MILIKAN AMAN
- pembeli berhak memiliki barang yang dibelinya itu dan menikmatinya
dengna aman, terpelihara daripada gangguan oleh pihak lain
sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 14(1)(b).

2) BEBAS DARI BEBANAN


- barang yang dijual bebas daripada sebarang gadaian atau bebanan bagi
mana-mana pihak ketiga yang tidak diberitahu kepada pembeli
sebelum atau semasa kontrak dibuat sebagaimana diperuntukkan oleh
seksyen 14(1)(b)

JUALAN OLEH BUKAN PEMILIK

Seksyen 2 Akta Jualan Barang-barang 1957, apabila seseorang pembeli


membeli barang daripada seorang penjual yang bukan pemilik sebenar,
pembeli tidak boleh memperoleh hak yang lebih baik daripada daripada hak
yang sedia ada pada penjual.

Tertakluk kepada beberapa pengecualian seperti berikut ;

a) seksyen 27: Estopel (persekutuan)


- pemilik sebenar memberi gambaran kepada bahawa orang yang
menjual barang itu diberi kuasa atau izin untuk berbuat demikian.

b) seksyen 27 : Jualan oleh wakil perdagangan


- seorang wakil yang mengikut kelazimannya sebagai wakil mempunyai
kuasa untuk menjual barang, menghantar barang untuk dijual,
membeli barang atau meminjam wang menggunakan barang sebagai
sekuriti.

c) seksyen 28 : jualan oleh pemilik bersama


- jika salah seorang pemilik menjual menjual keseluruhan barang itu
kepada pembeli, pembeli boleh memperolehi hak milik sepenuhnya
keatas barang itu walaupun pemilik bersama yang lain tidak memberi
kuasa atau izinnya.
- 2 syarat perlu di penuhi
i) barang itu disimpan keseluruhannya oleh pemilik yang menjual
dengan izin pihak yang lain.
ii) Prmbeli bertindak dengan ikhlas dan tdak mengetahui bahawa
penjual tidak mempunyai kuasa penuh menjual barang itu.
d) seksyen 29 : jualan oleh pemilik boleh batal
- pemilik boleh mendapatkan hak milik yang sempurna jika pada ketika
kontrak jualan itu dibuat, hak milik penjual belum dibatalkan oleh
pihak ketiga. Sebabnya yang adalah melalui paksaan

e) seksyen 30 (1) : jualan barang dalam milikan penjual


- barang yang dijual masih lagi dalam milikan penjual, penjual atau wakil
perdagangannya boleh menjual kali kedua barang yang sama kepada
ahli yang lain.

1.1.4 UNDANG-UNDANG SEWA BELI

Perjanjian sewa beli bermaksud membenarkan barang-barang dengan opsyen


untuk membeli dan perjanjian untuk membeli barang-barang secara ansuran.

SYARAT DAN WARANTI TERSIRAT

a) suatu waranti tersirat bahawa penyewa akan mendapat dan menikmati


milikan aman barang-barang
b) suatu syarat tersirat bagi pihak pemunya bahawa beliau mempunyai
hak untuk menjual barang-barang pada masa harta itu patut
dilepaskan.
c) Suatu waranti tersirat bahawa barang-barang adalah bebas daripada
apa-apa gadaian atau bebanan bagi pihak ketiga pada masa harta itu
dilepaskan.

Syarat Tersirat
i) melepaskan barang
ii) kualiti barang
iii) kesesuaian barang-barang

A) Seksyen 7 (1) (b)


- syarat pemunya bagi pihak pemunya bahawa beliau mempunyai hak
untuk menjual barang –barang pada masa harta itu patut dilepaskan.
B) Seksyen 7 (2)
- dalam setiap perjanjian sewa beli akan terdapat satu syarat tersirat
bahawa barang-barang mempunyai kualiti boleh dagang tetapi syarat
itu tidak terdapat dalam ;
a) penyewa memeriksa barang-barang
b) sekiranya barang-barang tersebut adalah barang-barang terpakai
dan perjanjian mengandungi kenyataan yang membawa erti bahawa
barang-barang tersebut adalah barang terpakai.
C) Seksyen 7 (3)
- perjanjian mengandungi suatu penyataan bermaksud ;
i) bahawa barang-barang tersebut adalah barang-barang terpakai.
ii) Bahawa semua syarat dan waranti kelayakan serta kesesuaian
adalah dinegatifkan secara nyata dan pemunya membuktikan
bahawa penyewa mengiktiraf secara bertulis bahawa penyataan
telah dibawa kepada penegetahuannya.

WARANTI TERSIRAT

A) Seksyen 7 (1) (A)


- peruntukan ini memberi perlindungan kepada penyewa bahawa
penyewa mempunyai waranti tersirat tersirat untuk mendapat dan
mendapat milikan aman barang-barang dibawah pernjajian sewa beli
yang dimasukinya.
B) seksyen 7 (1) (C)
- suatu waranti tersirat di mana barang-barang adalah bebas daripada
apa-apa gadaian atau bebanan bagi pihak ketiga pada masa harta itu
dilepaskan

HAK BERKANUN PENYEWA

1) mendapatkan dokumen dan maklumat


2) agihan pembayaran
3) perubahan tempat simpan barang
4) penyerahan hak
5) penyelesaian awal perjanjian
6) penempatan perjanjian sewa beli

PENGAMBILAN SEMULA BARANG

1) Menurut seksyen 16(1) Akta sewa beli 1967, tidak akan menjalankan
mana-mana kuasa untuk mengambil milikan barang-barang yang
terkandung dalam suatu perjanjian berhubung dengan pembayaran
ansurang melainkan ;

i) dua ingkar berterusan


ii) suatu ingkar pembayaran berhubung dengan pembayaran akhir.
iii) Pemunya telah menyerahkan kepada penyewa suatu notis bertulis
dalam borang yang disediakan dalam jadual keempat dan tempoh
yang ditetapkan oleh notis terakhir adalah tidak boleh kurang 20
hari selepas serahan notis tersebut dan notis tersebut telah pun
berakhir.
2) Seksyen 16(1) melarang pemilik daripada memiliki kembali itu
sebelum tamat tempoh berkanun iaitu 21 hari selepas notis Jadual
keempat dikemukakan. Seksyen ini tidak menghalang pemilik memiliki
kembali barangan itu pada bila-bila masa selepas tamat tempoh.

3) Setelah 21 hari selepas pemunya telah mengambil barang-barang,


adalah kewajipan beliau untuk menyerah kepada penyewa dan setiap
penjamin terhadap penyewa, suatu notis bertulis sepertimana yang
dikehendaki untuk menghantar dokumen akaun penerimaan barang-
barang atau sekiranya penyewa tiada pada masa itu.

4) Menurut seksyen 16A, penyewa yang mengembalikan barang-barang


dalam tempoh 21 hari selepas penyampaian notis dan tidak dikenakan
bayaran ;
i) kos pengambilan semula milikan
ii) kos bersampingan dengan pengambilan milikan
iii) kos penyimpanan

5) seksyen 17 pula memperuntukkan bahawa apabila pemilik telah


mengambil milikan bagi mana-mana barang, tanpa kebenaran bertulis
dari penyewa, beliau tidak boleh menjual atau melupuskan barang-
barang atau berpisah dari milkan barang-barang tersebut sehingga
selepas berakhir 21 hari selepas penyerahan notis.

INSTRUMEN BOLEH NIAGA

1) Instrumen boleh niaga ialah satu dokumen yang menerangkan tuntuan


terhadap wang. Dokumen-dokumen ini digunakan dalam urusniaga-
urusniaga komersial
2) Undang-undang utama berkenaan dengan instrumen boleh niaga di
Malaysia ialah Akta Bila Pertukaran 1949. Terdapat 3 jenis iaitu cek,
pertukaran dan nota janji.
3) Ciri-ciri bil niaga ;
- hak milik terhadap bil itu berpindah kepada pihak penerima melalui
hantar serah atau jika dibuat melalui perintah atau kepada orang yang
dinamakan.
- Pemegang surat cara menerima hak milik itu bebas daripada tuntutan
pihak-pihak lain jika dia seorang pemegang bona fide dan telah
memberi nilai baginya.
BIL PERTUKARAN

Perintah bertulis tidak bersyarat yang ditujukan seseorang kepada seseorang


yang lain, ditandatangani oleh seseorang yang menunjukkannya, meminta
orang kepada sesiapa yang dituju, membayar atas tuntutan atau pada masa
yang ditetapkan atau boleh ditetapkan pada suatu ketika nanti.

Ciri-ciri bil pertukaran

i) perintah bertulis tidak bersyarat


- mestilah dalam bentuk perintah bertulis yang tidak bersyarat. Seksyen
3(3) Akta bil pertukaran 1949 menjelaskan perintah bahawa supaya
bayaran dibuat daripada satu dana tertentu bukanlah hak bersyarat.

ii) dialamatkan kepada seseorang


- sesuatu bil perlu ditandatangani oleh orang yang mengeluarkan
perintah bayar. Pertama, pihak mengeluarkan bil tersebut atau
penegluar. Kedua, pihak yang kepada siapa arahan untuk bayar
ditujukan dan ketiga, pihak yang kepada siapa bayaran perlu dibuat
atau penerima bayaran.

iii) Ditandatangani
- sesuatu bil perlu ditandatangani oleh orang yang mengeluarkan
perintah bayar.

iv) bayar atas tuntutan


- seksyen 10(1) akta bil pertukaran 1949 memperuntukkan bahawa;
a) yang dinyatakan kena dibayar atas tuntutan, atau ketika dilihat
atau semasa persembahan
b) dalam mana masa tidak ditetapkan.

v) sejumlah wang yang pasti


- seksyen 9 Akta bil pertukaran 1949 memperuntukkan bayaran yang
kena dibayar dalam sesuatu bil dikatakan sejumlah wang yang pasti
sekalipun kena dibayar bersama-sama dengan faedah.

vi) Bertarikh
- bil yang tidak mempunyai tarikh tidak pula dianggap tidak sah.
CEK

Merupakan instrumen boleh niaga yang penting selain bil pertukaran dan

ELEMEN-ELEMEN PENTING CEK

i) sifat-sifat cek
ii) bertarikh
iii) pemalangan cek
iv) perubahan cek
v) perkataan akaun terima

NOTA JANJI

Seksyen 88(1) Akta bil pertukaran 1949, nota janji bermaksud janji tidak
bersyarat secara bertulis. Nota janji juga ialah dokumen yang mengandungi
suatu janji oleh pembuatnya bahawa dia akan membayar sejumlah wang.
Kebiasaannya nota janji digunakan sebagai jaminan kepada pinjaman yang
mana peminjam menulis satu nota yang memihak kepada pemberi pinjam.
Bunga pinjaman dimasukkan sebagai tambahan kepada hutang pokok yang
dipinjam.

Seksyen 88(2) Akta bil pertukaran 1949 menyatakan suatu suratcara dalam
bentuk nota kena dibayar atas perintah pembuat adalah bukan suatu erti nota
dalam seksyen ini melainkan jika dan sehingga diendroskan oleh pembuat.

1.1.6 UNDANG-UNDANG PERKONGSIAN

Ditadbir oleh Akta Perkongsian 1961 (disemak semula 1974). Seksyen 3(1)
Akta Perkongsian 1961 mendefinisikan perkongsian sebagai “perhubungan
yang wujud di antara orang-orang yang menjalankan perniagaan bersama
bagi maksud mendapat keuntungan”.

1) Adanya perhubungan antara beberapa orang


- seksyen 3(1) menggunakan perkataan “orang-orang” yang memerlukan
perhubungan perkongsian wujud di antara beberapa orang.

2) Perhubungan yang wujud adalah untuk menjalankan perniagaan


- seksyen 2 mendefinisikan perniagaan “termasuklah sebarang
perdagangan, pekerjaan atau profesion”.

3) Perniagaan yang dijalankan adalah bagi maksud mendapatkan


keuntungan
- sesuatu perniagaan perkongsian yang dijalankan dengan tujuan untuk
mendapatkan keuntungan adalah memenuhi definisi perkongsian.
HUBUNGAN ANTARA PEKONGSI DAN ORANG YANG BERURUSAN DENGAN
MEREKA.

Kuasa Zahir
- tindakan atau urusan yang dilakukan oleh pekongsi itu mestilah
termasuk atau tergolong dalam jenis perniagaan yang dijalankan oleh
firma itu.
- Urusan itu mestilah dilakukan di dalam cara yang biasa atau lazim.
- Pihak yang lain berurusan mestilah tidak mengetahui bahawa orang
yang dengan siapa dia berurusan itu sebenarnya tidak mempunyai
kuasa atau kebenaran daripada pekongsi-pekonsi yang lain untuk
menjalankan urusan bagi firma itu.

Kuasa Nyata
- diberikan secara lisan atau kesimpulan yang timbul daripada kelakuan
pihak-pihak
- seksyen 9 memperuntukkan seseorang pekongsi tidak boleh
menggunakan kemanahan untuk mengenakan firma dengan
tanggungan hutang bagi maksud yang tidak berkaitan dengan
perniagaan biasa perniagaan kecuali jika pekongsi tersebut telah
secara khusus diberi kuasa untuk berbuat demikian.

LIABILITI PEKONGSI

Tanggungan kontrak
- seksyen 11 memperuntukkan tanggungan setiap pekongsi adalah
bersama bagi setiap hutang dan tanggungan firma yang wujud semasa
dia jadi pekongsi. Jika pekongsi mati, hartanya akan bertanggungan
berasingan terhadap hutang-hutang dan tanggungan ini, tetapi
tanggungan berasingan ini tertakluk kepada semua hutang
persendirian si mati dijelaskan dahulu.

Tanggungan firma bagi kesalahan-kesalahan


- seksyen 12 memperuntukkan jika seseorang pekongsi dalam
perjalanan biasa perniagaan firmanya melakukan sesuatu yang salah
atau salah kerana tidak melakukan sesuatu tindakan yang wajib
dilakukan, maka tindakan yang salah atau ketinggalan salah itu akan
menyebabkan firma bertanggungan. Ini dikenali sebagai ‘vicarious
liability’

Tanggungan bagi kesalahan jenayah


- ialah tanggunga persendirian pekongsi yang melakukannya terutama
bagi kesalahan yang memerlukan mens rea (perbuatan untuk
melakukan jahat)
-
Tanggungan khusus
- seksyen 12 memperuntukkan mengenai tanggungan bagi kesalahan
dan ketinggalan yang mengakibatkan kecederaan atau kerugian
terhadap pihak lain. Seksyen 13 secara khusus menyebut tentang 2
keadaan iaitu ;
a) “ Di mana seseorang pekongsi bertindak dalam lingkungan kuasa
zahirnya, menerima wang atau harta kepunyaan pihak ketiga dan
menyalahgunakannya.”
b) “ Di mana firma dalam perjalanan perniagaannya menerima wang
atau harta kepunyaan pihak ketiga dan wang atau harta itu
disalahgunakan oleh seseorang atau lebih pekong-pekongsi semasa
didalam jagaan firma. Firma bertanggungan untuk memulihkan
kerugian itu.

Tanggungan atas doktrin mengemukakan diri


- tanggungan yang berasaskan doktrin estopel. Seksyen 16 mengikut
doktrik seseorang yang membuat sesuatu kenyataan kepada pihak lain
dan kenyataan itu dipercayai oleh pihak lain itu, dan dijadikan dasar
tindakannya, maka orang yang membuat kenyataan itu dihalang
daripada menafikan atau menyangkal kenyataannya.

Penyalahgunaan wang amanah


- seksyen 15. Seksyen ini tidak menyentuh sebarang tanggungan oleh
mana-mana pekongsi oleh sebab dia mengetahui tentang pecah
amanah
- tiada sesuatu dalam seksyen ini yang akan menghalang wang amanah
itu dikesan dan diperolehi semula daripada firma, jika masih dalam
pegangannya atau dibawah kawalannya.

PERHUBUNGAN ANTARA PEKONGSI

1) Perkongsian adalah tergolong dalam jenis-jenis kontrak “ uberimae


fidei “ iaitu kontrak yang memerlukan kejujuran yang selulusnya
- penekanan terhadap keperluan untuk berlaku jujur dinyatakan di
dalam Akta seksyen 30, 31 dan 32 sejajar dengan maxim yang
diperuntukkan di bawah common law iaitu “in sociatatis contractibus
fides exuberet” yang bermaksud “ kejujuran yang setulusnya sangat
diperlukan antara pekongsi-pekongsi dalam sesuatu perkongsian”

2) pekongsi-pekongsi adalah bebas untuk menentukan kaedah dan


peraturan sendiri dalam mengendalikan perkongsian mereka setakat
mana yang dibenarkan oleh Akta.
- peraturan ini akan terpakai sekiranya pekongsi-pekongsi di dalam
firma pekongsian tidak menggariskan peraturan-peraturan mengenai
hubungan mereka sendiri.
- Seksyen 26 (a); “semua pekongsi adalah berhak kepada bahagian yang
sama rata kepada modal dan keuntungan-keuntungan perniagaan itu,
dan mestilah menyumbangkan sama rata terhadap kerugian-kerugian
sama ada pada modal ataupun sebaliknya”.
- Seksyen 26 9b); “firma mestilah mengganti bayar kepada setiap
pekongsi berhubung dengan bayaran sendirian dan tenggungan
sendirian yang di dahulukan olehnya dalam menjalankan perniagaan
firma secara biasa dan wajar dan mengenai apa saja yang dilakukan
oleh perniagaan dan firma.

PEMBUBARAN PERKONGSIAN

Tiga kaedah pembubaran iaitu ;


i) secara sendiri
ii) melalui notis
iii) melalui mahkamah

i) secara sendiri
- dinyatakan dalam seksyen 34(1)(a) dan (b) di mana sekiranya sesuatu
perkongsian ditubuhkan bagi satu tempoh yang tetap, apabila tempoh
yang ditentukan tamat, maka perkongsian tersebut akan tamat dengan
sendirinya.
- Kematian dan kebankrapan pekongsi akan menyebabkan pembubaran.
Jika berlaku sesuatu yang menyebabkan perkongsian tersebut tidak
dapat dijalankan secara sah atau jika jumlah pekongsi di dalam firma
perkongsian melebihi daripada had maksima dua puluh orang.

i) melalui notis
- seksyen 34(1)(c) dan seksyen 34(2) telah menggariskan peruntukan
mengenai pembubaran sesuatu perkongsian jika tempoh perkongsian
tidak ditetapkan.
- Seksyen 34(2) menyatakan “..perkongsian dibubarkan mulai tarikh
yang disebut dalam notis sebagai tarikh pembubaran, jika tarikh tidak
disebut seperti itu, dari tarikh notis akan disampaikan”.
- Jika pekongsi tidak menetapkan dari tempoh kewujudan perkongsian
itu, maka pekongsi lain boleh membuat pembubaran melalui notis atau
pun pemberitahuan secara tidak bertulis.

ii) pembubaran oleh mahkamah


- menggariskan 6 sebab yang membolehkan mahkamah dibuat
permintaan oleh pekongsi iaitu ;
a) apabila pekongsi itu didapati gila dan dibuktikan kepada
mahkamah dan mahkamah berpuas hati.
b) Apabila seorang pekongsi mengambil tindakan guaman itu, menjadi
hilang keupayaan secara kekal untuk melaksanakan bahagian
kontrak perkongsiannya.
c) Apabila seorang pekongsi didapati salah melakukan, yang pada
pendapat mahkamah, dengan pertimbangan yang diberikan kepada
jenis perniagaan it, disengajakan untuk memberi kesan buruk
kepada perjalanan perniagaan itu.
d) Apabila pekongsi sengaja atau berturut-turut melakukan pecah
perjanjian perkongsian atau sebaliknya.
e) Apabila perniagaan perkongsian dijalankan dengan membawa
kerugian
f) Apabila dalam apa jua kedaan wujudnya keadaan-keadaan yang
pada pendapat mahkamah, membuatkan adil dan saksama jika
pekongsian itu dibubar.

1.1.7 UNDANG-UNDANG SYARIKAT

KLAFIKASI SYARIKAT
1) syarikat persendirian
2) syarikat awam
3) syarikat berhad (oleh saham, jaminan dan saham jaminan)
4) syarikat tidak berhad
5) syarikat induk/anak syarikat
6) syarikat asing

PERLANTIKAN DAN TUGAS PENGARAH

1. Seksyen 4 Akta syarikat 1965 mentakrifkan pengarah sebagai mana-


mana orang yang menduduki tempat pengarah perbadanan melalui
apa-apa pun nama yang dipanggil dan termasuklah seseorang
mengikut mana-mana arahan atau perintah pengarah perbadanan-
perbadanan tersebut lazim bertindak sebagai silih ganti atau pengarah
ganti.
2. Perlantikan pengarah terkandung dalam memorandum atau artikel
syarikat syarikat. Kebiasaannya dibuat melalui oleh ahli-ahli syarikat
melalui resolusi biasa yang diluluskan dalam mesyuarat agung
tahunan.
3. Pengarah pertama hendaklah dinamakan dalam memorandum atau
artikel syarikat. Perlantikan tidak sah apabila tidak ada secara bertulis
atau memenuhi syarat berikut sama ada ;
a) menandatangani memorandum untuk sejumlah saham yang mana
jumlahnya tidak kurang daripada saham yang perlu dipenuhnya
(jika ada)
b) menandatangani dan menghantar kepada pendaftar syarikat satu
janji secara bertulis untuk mengambil dan membayar saham
daripada syarikat (jika ada)
c) membuat dan menyerahkan kepada pendaftar syarikat akaun
berkanun bahawa sejumlah saham tidak kurang dari jumlah yang
dipenuhi (jika ada) telah didaftarkan atas namanya
d) membuat dan menyerahkan kepada pendaftar syarikat satu
kenyataan tentang sejumlah saham yang dia layak (tidak kurang
dari jumlah yang dipenuhinya) atas penstrukturan semula syarikat.

TUGAS-TUGAS PENGARAH

1. Tugas fidusiari
Dibahagikan kepada 3 iaitu;
i) bertindak untuk kepentingan syarikat
ii) tiada percanggahan kepentingan
iii) guna kuasa/harta untuk tujuan sesuai

2. tugas berskil, berhati-hati dan berusaha sewajarnya


i) tugas/tanggungjawab dan tahap hati-hati
ii) tugas/tanggungjawab untuk berusaha sewajarnya

3. tugas statutori

LAPORANG TAHUNAN

Laporan yang perlu dihantar oelh syarikat kepada semua pihak yang berhak
untuk hadir dalam mesyuarat agung.

a) maklumat korporat/struktur korporat.


- kandungan maklumat korporat ialah latar berlakang syarikat, syarikat
yang berkaitannya dengan anak syarikat. Maklumat korporat juga
menyenaraikan seperi ahli lembaga pengarah, jawatan audit,
setiausaha-setiausaha syarikat, alamat pendaftar syarikat dan
sebagainya.
b) Lembaga Pengarah
- butir-butir peribadi setiap pengarah seperti jawatan yang telah atau
sedang dipegang, latar belakang akademik dan tarikh lantikan sebagai
pengarah akan dinyatakan
c) Penyata Pengerusi
- kenyataan yang dibuat oleh lembaga pengarah dan ditujukan kepada
semua pemegang saham syarikat
d) Kajian semula operasi
- laporan dibuat berkenaan dengan operasi aktiviti sama ada yang telah,
sedang atau akan dijalankan oleh syarikat.
e) Jawatankuasa audit
- berkaitan dengan keahlian, kehadiran, kekerapan mesyuarat, autoriti,
tanggungjawab atau tugas dan prosedur laporan berkenaan dengan
jawatankuasa audit akan dilaporkan.
f) Kenyataan Kewangan
- Laporan pengarah
- Akuan berkanun pengarah
- Laporan juraudit
- Lembaran imbangan syarikat-syarikat disatukan
- Akaun untung rugi syarikat disatukan
- Kenyataan aliran tunai syarikat yang disatukan
- Lembaran imbangan
- Akaun untung rugi
- Nota kepada Akaun
g) Maklumat Pemegang syer
- kesemua maklumat pemegang syer sama ada merupakan syarikat atau
perseorangan akan dimasukkan kedalam ruangan ini.
h) subsidiari, syarikat gabungan atau syarikat usahawan
- berkenaan dengan kesemua syarikat sama ada syarikat subsidiari,
gabungan atau berkumpulan.
i) Notis panggil mesyuarat agung tahunan
- notis ini akan dimasukkan sebagai salah satu bahan di dalam laporan
tahunan ini.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

You might also like