You are on page 1of 109

CADANGAN PEMBANGUNAN LANDSKAP KOMUNITI KAMPUNG DI

AYER BALOI, PONTIAN, JOHOR.

NOOR HIDAYAH BINTI MAT ISRIN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan


Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap

Fakulti Alam Bina


Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2008
ii

Saya mengaku tesis berjudul “ Cadangan Pembangunan Landskap Komuniti


Kampung di Ayer Baloi, Pontian, Johor “ adalah hasil kerja dan nukilan saya
sendiri kecuali ringkasan yang mana tiap-tiap satunya telah saya nyatakan
sumbernya.

Signature : ………………………………...
Author : NOOR HIDAYAH BINTI MAT ISRIN
Date : 02 MEI 2008
iii

Untuk mak dan abah tersayang,


Hj Mat Isrin Bin Kasbullah, dan Hjh Rosinah Binti Rosdi, dan keluarga tercinta,
pensyarah, dan kawan-kawan yang selalu menyokong
sepanjang perjalanan saya…
iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah Hirabbil Alamin bersyukur saya terhadap Ilahi kerana


diberi kekuatan dan kesabaran dalam menyediakan tesis dari awal sehinggalah
tesis ini dapat disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada
studiomaster PM Dr Mohd Sarofil Abu Bakar kerana banyak memberi
tunjukajar dan panduan yang berguna dalam menyiapkan tesis ini. Jutaan
terima kasih juga kepada para panel yang telah banyak ,memberi kritikan dan
nasihat yang sungguh memberi kesan terutamanya kepada PM Dr Ismail Said,
Tn Hj Dr Mahmud Jusan, Pn Norasyikin Mohd Yasin and Dr. Jamil Abu
Bakar. Segala kritikan sangat berguna dimasa akan datang. Tidak lupa kepada
Pn Sumayah Othman dan Cik Siti Rahmah Omar dalam memberi semangat
yang tidak putus.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada mak dan abah, Hj Mat
Isrin Kasbullah dan Hjh Rosinah Rosdi, kakak, Suryani Mat Isrin and Haryati
Mat Isrin, kerana tidak jemu memberi semangat. Terima kasih juga kepada
abang, Halim Mat Isrin, untuk kata-kata hikmah yang sentiasa membuka
minda tentang bidang ini.

Untuk kawan-kawan yang sentiasa bersama dalam ketawa mahupun


tangisan, terima kasih atas segala-galanya. Untuk Oya, Yatie, Zana, Yanie,
Lee dan Siti, ini adalah ’our spirit of friendship’. Terima kasih juga kepada
senior yang banyak membantu dalam memberi idea dan semangat. Akhir
kata, terima kasih untuk semua….
v

ABSTRACT

This project is about development of village community in Ayer Baloi,


Pontian Johor. The location of the village is very unique, where located along
main road that connect Pontian and Batu Pahat. The main issue that
highlighted in this project is the reason of community sustainbility. In terms
of protection of social places and social attachment within the new
development. The intention of the development is not to urbanize the village,
but, to put some touch in village development. The role of landscape architect
need in developing village community. The objectives of this project is to
make the community stay and will not going anyway because the community
is the group that become the pioneer of the place.
vi

ABSTRAK

Projek ini adalah berkaitan dengan pembangunan landskap komuniti


kampung di Ayer Baloi, Pontian, Johor. Lokasi kampung ini adalah unik
kerana terletak di sepanjang jalan yang menghubungkan Pontian dengan Batu
Pahat. Isu utama yang hendak diketengahkan adalah dalam projek ini adalah
berkaitan dengan pembangunan mapan komuniti kampung. Dari aspek
pemeliharaan tempat-tempat sosial dan interaksi sejajar dengan pembangunan
baru yang dijalankan. Tujuan utama pembangunan bukanlah untuk
membandarkan kampung tersebut, tetapi memberi sedikit sentuhan dalam
pembangunan komuniti kampung. Peranan arkitek landskap perlu dalam
usaha ini. Objektif utama dalam pembangunan ini adalah sebagai usaha dalam
menjadikan komuniti di kampung tersebut selesa dan merasakan itulah tempat
mereka, dan mereka tidak perlu keluar untuk tinggal di tempat lain, kerana
komuniti merupakan kumpulan yang menjadi penggerak dalam pembangunan
sesebuah kampung.
vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK M/SURAT

DEKLARASI ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRACT v
ABSTRAK vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI GAMBARAJAH xiii

1 PENGENALAN
1.1 Konteks kampung 1
1.2 Pernyataan masalah 3
1.3 Matlamat 4
1.4 Objektif 4
1.5 Kaedah kajian 5
1.6 Skop projek 7
1.7 Kepentingan projek 7
1.8 Rumusan 8

2 KAJIAN ILMIAH
2.1 Pengenalan 10

BAHAGIAN I – Rekabentuk kampung 11


2.2 Kata kunci dan definasi 11
viii

2.2.1 Kampung (Village) 11


2.2.2 Pembangunan Luar Bandar (Rural
development) 12
2.2.3 Identiti Tempat (Place Identity) 12
2.2.4 ‘Place Attachment’ 12

2.3 Karakter kampung 12


2.3.1 Jenis-jenis kampung 14
2.3.1.1 Perkampungan sawah padi
(Paddy field village) 15
2.3.1.2 Perkampungan ladang (farm village) 15
2.3.1.3 Perkampungan nelayan
(fisherman village) 16
2.3.1.4 Perkampungan tradisional
(traditional village) 17
2.3.1.5 Perkampungan terancang
(well-planned village) 17
2.3.1.6 Perkampungan orang asli
(aboriginal village) 18
2.3.2 Corak penempatan kampung 19
2.3.2.1 Berpusat 19
2.3.2.2 Berjajar 19
2.3.2.3 Berselerak 20
2.3.3 Rekabentuk kampung 21

BAHAGIAN II – Rekabentuk Komuniti 22


2.4 Kata kunci dan definasi 22
2.4.1 Komuniti (Community) 22
2.4.2 Perancangan (Planning) 22
2.4.3 Perancangan Komuniti
(Community Planning) 22
2.4.4 Rekabentuk Komuniti (Community Design) 23
ix

2.5 Rekabentuk komuniti mapan 24


2.5.1 Struktur sosial 24
2.5.2 Interaksi sosial dan perhubungan 26
2.5.3 Persekitaran fizikal 27
2.6 Rumusan 30

3 KAJIAN RUJUKAN
3.1 Pendahuluan 31
3.2 Clonaslee Village 32
3.2.1 Latar Belakang 32
3.2.2 Sejarah 32
3.2.3 Konsep Rekabentuk dan Pendekatan 34
3.2.4 Konteks Tapak 35
3.2.5 Karakter dan Perancangan Reruang 36
3.2.5.1 Karakter Umum 36
3.2.5.2 Ruang terbuka 37
3.2.5.3 Kawasan Hijau (The Green) 37
3.2.5.4 The Square (Hickey’s Pub) 38
3.2.5.5 Potensi untuk kawasan hijau 39
3.2.6 Pertimbangan Aspek Tertentu 39
3.2.6.1 Kualiti Visual 39
3.2.6.2 Landskap Jalan 40
3.2.6.3 Papan tanda 41
3.2.7 Rumusan 41
3.3 Village Home, Davis, California 42
3.3.1 Konsep Rekabentuk dan Pendekatan 42
3.3.2 Karakter dan Perancangan Reruang 43
3.3.2.1 Ruang Terbuka 43
3.3.2.2 ’Edible Landscape’ 44
3.3.3 Rumusan 45
3.4 Perbandingan kajian kes 46
3.5 Rumusan 47
x

4 INVENTORI, ANALISIS, DAN SINTESIS TAPAK


4.1 Pendahuluan 49
4.2 Pengenalan tapak 50
4.3 Karakter komuniti 51
4.4 Aktiviti tempatan 52
4.5 Sirkulasi 54
4.6 Gunatanah 55
4.7 Hidrologi dan jenis tanah 57
4.8 Kemudahan fasiliti 60
4.9 Tumbuhan 61
4.10 Sintesis tapak 63
4.11 Potensi tapak 64
4.11.1 Agrikultur 64
4.11.2 Sosial dan Budaya 64
4.11.3 Unsur Tradisional 64
4.12 Halangan tapak 65
4.12.1 Pemeliharaan landskap kampung 65
4.13 Rumusan 66

5 PEMBANGUNAN PELAN INDUK


5.1 Pendahuluan 67
5.2 Pembangunan pelan induk 68
5.2.1 Matlamat kajian 68
5.2.2 Objektif kajian 69
5.2.3 Pendekatan rekabentuk 69
5.2.4 Konsep rekabentuk 71
5.2.5 Aktiviti dan reruang 74
5.2.5.1 Fishing Home 74
5.2.5.2 Village Center 75
5.2.5.3 Riverhomestay 76
5.2.5.4 IT Center 77
5.2.6 Tampak 78
5.2.7 Keratan 79
5.3 Rumusan 80
xi

6 PEMBANGUNAN PELAN TERPERINCI


6.1 Pendahuluan 81
6.2 Pembangunan pelan terperinci 82
6.2.1 Matlamat kajian 82
6.2.2 Objektif kajian 82
6.2.3 Konsep rekabentuk 83
6.2.4 Konsep reruang 85
6.2.5 Pembangunan secara konsep 85
6.2.6 Konsep Landskap Lembut dan
Landskap Kejur 88
6.3 Rumusan 89

7 KESIMPULAN
7.1 Kesimpulan 90

RUJUKAN 92
xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL. TAJUK M/SURAT

4.1 Pengenalan tapak 51

4.2 Karakter komuniti 52

4.3 Aktiviti tempatan 54

4.4 Sirkulasi 55

4.5 Gunatanah 57

4.6 Hidrologi dan gunatanah 59

4.7 Kemudahan fasiliti 61

4.8 Tumbuhan 62
xiii

SENARAI GAMBARAJAH

NO GAMBARAJAH. TAJUK M/SURAT

1.1 Carta alir kajian 6

2.1 Cara hidup di kampung yang menjadi turun


temurun dalam masyarakat 11

2.2 Aturan kampung 14

2.3 Kampung dalam konteks sawah padi 15

2.4 Kampung dalam konteks sawah ladang 16

2.5 Perkampungan nelayan 16

2.6 Perkampungan tradisional 17

2.7 Perkampungan terancang 18

2.8 Perkampungan asli 18

2.9 Corak petempatan berpusat 19

2.10 Corak petempatan berjajar 20

2.11 Corak petempatan berselerak 20


xiv

2.12 Rekabentuk kampung yang dilitupi kawasan hijau 21

2.13 Pembangunan kawasan poket 23

2.14 Perkaitan antara keluarga, kejiranan dan komuniti 25

2.15 Salah satu interaksi sosial di kampung 26

2.16 Rekabentuk kampung tradisional 28

2.17 Laluan 29

2.18 Interaksi komuniti 29

3.1 Menunjukkan peta lokasi Clonaslee Village 32

3.2 Menunjukkan Restored Brittas Lake 33

3.3 Pelan perancangan dan rekabentuk Clonaslee Village 34

3.4 Tullamore Road 35

3.5 Castlecuff Road 35

3.6 Rosenallis Road 35

3.7 Aturan jalan di Clonaslee Village 36

3.8 Menunjukkan The Green 37

3.9 Visual ke arah Main Street dari arah timur


Heritage Center 37
xv

3.10 Gorragh River 38

3.11 Menunjukkan keadaan jalan yang kemas dan teratur 40

3.12 Menunjukkan perabut jalan yang digunakan di


Main Street dan Tullamore Road 40

3.13 Menunjukkan pelan perancangan dan rekabentuk


Village Homes 42

3.14 Menunjukkan panorama ke arah Central


Open Space 43

3.15 Menunjukkan ’Community Garden ’ 44

3.16 Menunjukkan landskap agrikultur 44

4.1 Menunjukkan Peta Lokasi dan peta kekunci


tapak 51

4.2 Menunjukkan salah satu aktiviti kemasyarakatan


di tapak 54

4.3 Menunjukkan pelan sirkulasi di Ayer Baloi 55

4.4 Salah satu guna tanah yang dominan adalah


tanaman pisang 56

4.5 Penanaman kelapa. 56

4.6 Menunjukkan laluan tidak formal diantara


sesebuah rumah 56
xvi

4.7 Menunjukkan halaman di hadapan rumah 56

4.8 Menunjukkan rumah kedai yang menjadi tempat


pertemuan komuniti kampung 57

4.9 Menunjukkan rumah kedai dan bengkel 57

4.10 Menunjukkan peta hidrologi 58

4.11 Ciri-ciri unik di kawasan kampung 59

4.12 Sungai yang menjadi pengangkutan para nelayan


ke sungai 59

4.13 Penanaman pisang 62

4.14 Penanaman jagung 62

4.15 Hutan Paya Bakau 62

4.16 Menunjukkan analogi perancangan secara


skematik 63

5.1 Menunjukkan salah satu permandangan di


Ayer Baloi 69

5.2 Menunjukkan pengenalpastian kawasan-kawasan


tumpuan 70

5.3 Menunjukkan sungai dan jalan yang menjadi


’anchor’ di kampung tersebut 70

5.4 Menunjukkan proses dalam pendekatan ’filtration’ 70


xvii

5.5 Menunjukkan analogi kepada konsep 71

5.6 Menunjukkan pelan induk Village Homes di


Ayer Baloi 73

5.7 Menunjukkan pelan tapak bagi kawasan


’Fishing Home’ 74

5.8 Menunjukkan gambaran aerial ke arah


’Fishing Home’ 74

5.9 Menunjukkan pelan tapak bagi kawasan


’Village Center’ 75

5.10 Menunjukkan gambaran aerial ke arah


’Village Center’ 75

5.11 Menunjukkan pelan tapak bagi kawasan


’Riverhomestay’ 76

5.12 Menunjukkan gambaran aerial ke arah


’Riverhomestay’ 76

5.13 Menunjukkan pelan tapak bagi kawasan


’ITCenter’ 77

5.14 Menunjukkan gambaran aerial ke arah


’IT Center’ 77

5.15 Menunjukkan tampak A dan B 78

5.16 Menunjukkan keratan A-A dan B-B 78


xviii

6.1 Menunjukkan zone pembahagian reruang 83

6.2 Menunjukkan pandangan aerial terhadap


persekitaran fizikal Rumah Budaya 83

6.3 Menunjukkan pelan terperinci bagi kawasan 84


Rumah Budaya

6.4 Menunjukkan keratan dan tampak bagi pelan 84


terperinci A

6.5 Menunjukkan konsep reruang 85

6.6 Menunjukkan perkaitan kontra dan harmoni 85

6.7 Menunjukkan komposisi ’emphasis’ 86

6.8 Menunjukkan keseimbangan dari segi


perletakan ruang 86

6.9 Menunjukkan elemen-elemen yang dominan 87

6.10 Menunjukkan elemen-elemen landskap


lembut dan landskap kejur 88
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Konteks Kampung

Kampung atau desa merupakan kawasan pendudukan komuniti yang paling


kecil dalam hieraki penduduk. Kawasan kampung merupakan kawasan yang
terletak di pinggir bandar, yang mana secara tradisionalnya disokong oleh aktiviti
agrikultur seperti sawah padi, getah dan kelapa sawit. Kampung, secara kasarnya,
mungkin kelihatan berselerak dan tidak tersusun di mata banyak pemerhati, tetapi
karakter inilah yang tidak dapat dilihat di bandar.

Persekitaran kampung terdiri daripada rumah-rumah sesebuah, pokok-


pokok yang tumbuh secara semulajadi, halaman dan laluan semulajadi yang
menghubungkan sesebuah rumah. Rumah-rumah tersebut kelihatan serupa antara
satu sama lain dan berharmoni dengan persekitaran. Laluan penghubung tidak
didefinasikan dengan jelas dari segi bahan. Ruang bersama dan rumah
persendirian juga tidak dipisahkan melalui pagar. Yang ada mungkin hanya
sempadan secara psikologi. Tiada susunan geometri yang jelas dapat
menggambarkan aturan kampung.
2

Disebalik aturan berselerak tersebut, komuniti kampung menentukan


hubungan sosial, budaya dan cara hidup mereka samada sesama famili, jiran dan
komuniti. Interaksi sosial tersebut dapat dimanfaatkan secara maksimum
berdasarkan kebebasan pergerakan (free-flowing), ruang terbuka dan ketiadaan
halangan antara ruang bersama dan ruang persendirian. Bagi kanak-kanak, mereka
dapat bermain secara selamat di halaman rumah mereka. Persekitaran yang selesa
dilitupi kanopi pohon kelapa dan pokok-pokok lain membenarkan kanak-kanak
untuk bermain walaupun dalam keadaan cuaca panas. Situasi ini menggambarkan
betapa interaksi adalah sebahagian daripada hidup mereka.

Komuniti kampung telah mencipta hubungan sesama komuniti, yang mana


mereka selesa dan merasakan kampung tersebut adalah kepunyaan mereka.
Hubungan tersebut telah mencetuskan semangat komuniti (sense of community)
dimana mereka dapat menjalankan aktiviti bersama, samada formal atau tidak
formal. Situasi ini menggambarkan identiti komuniti setempat dengan cara mereka
tersendiri. Identiti yang tidak didapati di tempat lain memberi makna dan
membentuk semangat setempat (sense of place) di persekitaran kampung.

Semangat setempat (sense of place) merupakan bukti untuk persekitaran


kampung. Karakter unik yang tidak terdapat di tempat lain, adalah
menggambarkan aktiviti dan cara hidup mereka dengan menghormati sifat dan
nilai kontek persekitaran. Persekitaran fizikal merupakan aspek yang perlu
diambilkira bagi memastikan semangat setempat ini tidak pupus ditelan masa.

Karakter persekitaran fizikal di kampung termasuklah rumah, kawasan


perniagaan dan kedai, institusi, kawasan kebun dan kawasan-kawasan tumpuan
yang lain. Di tempat-tempat tumpuan inilah merupakan kata kunci dimana
komuniti selesa dan menjalankan activiti harian bersama. Adalah penting bagi
memastikan persekitaran kampung terus bertahan pada masa akan datang, tetapi
tidak ketinggalan daripada arus kemajuan. Aspek-aspek bernilai yang
menggambarkan suasana kampung perlu dikekalkan walaupun berhadapan dengan
3

kemajuan. Dengan erti kata lain, memajukan tidak semestinya menjadikan


kawasan kampung tersebut seperti bandar, sebaliknya perlu untuk mengambil kira
reaksi komuniti setempat.

1.2 Pernyataan Masalah

Menurut Mohd Koharuddin (2005), strategi pembangunan di Malaysia


telah mengalami pelbagai perubahan sesuai dengan perkembangan masa dan
zaman. Pembangunan di Malaysia lebih bersifat pembangunan terancang. Secara
mudahnya pembangunan ialah proses perubahan daripada peringkat kurang maju
kepada peringkat yang lebih maju sama ada dalam aspek pemikiran manusia
ataupun aspek fizikal atau persekitaran.

Menyedari Malaysia sedang mengalami transformasi pembangunan negara


menjelang tahun 2020, komuniti luar bandar seharusnya lebih bersedia dalam
meletakkan diri mereka setanding dalam situasi tersebut. Pembangunan manusia
menjadi faktor utama dalam pembangunan luar bandar, terutamanya dalam fokus
mengubah kualiti hidup, dalam usaha menjadikan kawasan dan komuniti kampung
lebih produktif, menarik dan seimbang antara sosio dan ekonomi.

Berdasarkan perancangan pembangunan luar bandar, adalah penting


mengenalpasti aspek-aspek berharga dalam komuniti kampung, kerana
pembangunan bukan hanya bermaksud membawa elemen luar ke sesuatu tempat,
tetapi juga mengambilkira keadaan sediada. Dengan ini aspek sosial yang telah
mencetuskan semangat komuniti (sense of community) dan semanngat setempat
(sense of place) perlu dikekalkan bagi menjamin pembangunan yang mampan dan
berterusan. Hal ini kerana komuniti adalah faktor terpenting dalam menjamin
pembangunan jangka panjang di luar bandar.
4

Peranan perancangan landskap di masa hadapan seharusnya menjurus


kearah pembangunan persekitaran fizikal.

1.3 Matlamat

Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk memberi penekanan terhadap


pembangunan kampung dengan memperkenalkan pendekatan baru dari segi
perancangan landskap bagi menjamin komuniti yang mempunyai daya tahan.

1.4 Objektif

Beberapa objektif dikenalpasti bagi mencapai gol.

1. Mengenalpasti aktiviti dan cara hidup komuniti kampung agar rekabentuk


dan perancangan landskap yang dijalankan mengambilkira keadaan
sediada.
2. Mengenalpasti tempat-tempat tumpuan yang menjadi titik focal komuniti
kampung menjalankan aktiviti samada secara formal atau tidak.
3. Mengenalpasti faktor-faktor unik yang menggambarkan komuniti kampung
untuk dijadikan sebagai ramuan dalam rekabentuk dan perancangan
landskap kampung.
5

1.5 Kaedah Kajian

Bagi mencapai matlamat dan objektif, beberapa peringkat telah dikenalpasti


melalui kaedah kajian.

1.5.1 Peringkat 1: Pengenalan masalah dan kehendak klien.

Projek pembangunan pelan induk dimulakan dengan pengenalan kepada


masalah dan kehendak klien. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan
dalam pembangunan pelan induk.

1.5.2 Peringkat 2: Pengumpulan data tapak

Pengumpulan data tapak, inventori dan analisis tapak projek. Kenalpasti


potensi dan halangan di tapak dan sintesis yang bersesuaian dengan tapak.

1.5.3 Peringkat 3: Kajian ilmiah

Kajian mengenai aspek dan kepelbagaian berkenaan tajuk projek.


Maklumat dikumpul berdasarkan data primer dan data sekunder.

1.5.4 Peringkat 4: Pembangunan pelan induk

Pembangunan matlamat dan objektif pelan induk serta pendekatan yang


bersesuain berdasarkan kajian ilmiah. Serta pembangunan lukisan teknikal.

Gambarajah 1.1 menunjukkan carta alir kajian.


6

Peringkat 1 – Pengenalan Masalah dan Kehendak Klien

Pernyataan Masalah Kehendak Klien

Matlamat Dan Skop Projek Kepentingan Projek


Objektif

Peringkat 2 – Pengumpulan Data Tapak

Pengumpulan Inventori Dan Analisis


Data Tapak Tapak

Peringkat 3 – Kajian Ilmiah dan Kajian Rujukan

Kajian Ilmiah

Pengumpulan Data

Kajian Rujukan

Peringkat 4 – Pembangunan Pelan Induk

Pembangunan Pelan Induk

Matlamat, Objektif Dan


Pendekatan

Rekabentuk Awal Pembangunan Pelan Terperinci


Rekabentuk

Lukisan Teknikal

Pembentangan Dan
Laporan

Gambarajah 1.1 Carta alir kajian


7

1.6 Skop Projek

Projek ini memfokus ke arah pembangunan persekitaran fizikal dalam


konteks kampung. Persekitaran fizikal yang dinyatakan adalah tempat atau titik
tumpuan dimana komuniti menjalankan aktiviti. Dalam membuat perancangan dan
rekabentuk landskap nilai dan ekspressi dalam bentuk yang dapat dilihat menjadi
asas dalam pembangunan komuniti mampan.

Dalam membuat perancangan dan rekabentuk kampung, dalam projek ini


adalah hanya menyentuh aspek persekitaran fizikal seperti menghidupkan
semangat komuniti (sense of community) dengan menyediakan tempat berkumpul
atau pusat komuniti dan ameniti yang mungkin perlu ada dalam pembangunan
sesebuah kampung. Aspek-aspek lain seperti faktor kemiskinan, ketidaksamaan,
dan ekonomi tidak akan dibincangkan.

Projek perancangan dan rekabentuk landskap adalah mengenai kampung,


dan penekanan adalah bertujuan untuk memelihara dan memperbaiki kualiti hidup
komuniti melalui pembangunan persekitaran fizikal kampung, termasuk
pembentukan ruang, komponen-komponen landskap dan juga rekabentuk yang
sesuai dengan pembangunan tradisional kampung.

1.7 Kepentingan Projek

Berdasarkan isu yang telah dikenalpasti, hasil akhir yang diharapkan dapat
menyelesaikan isu bagi mewujudkan pembangunan komuniti yang mampan.
Perancangan dan rekabentuk kampung akan menjadikan kampung terus berdiri,
8

setanding dengan hieraki pembangunan yang lain, di samping aktiviti-aktiviti yang


menyokong pembentukan komuniti yang livable.

Penaiktarafan kampung dari aspek pembangunan fizikal akan


meningkatkan penyertaan komuniti dalam aktiviti harian, terutama di kawasan-
kawasan tumpuan contohnya di kedai-kedai, warung-warung dan sebagainya.
Dengan penyediaan persekitaran fizikal yang lebih selamat dan selesa, bukan saja
dapat menarik komuniti setempat datang ke tempat tersebut, tetapi juga menjadi
imej setempat yang akan menarik orang luar menyertainya. Dengan itu, menjadi
peluang kepada kampung tersebut untuk dikenali di peringkat seterusnya.

Keperluan untuk perancangan dan rekabentuk kampung memerlukan


kombinasi rekabentuk kampung itu sendiri dengan aktiviti komuniti. Aktiviti
komuniti bermaksud tempat dimana komuniti setempat melakukan aktiviti bersama
dalam konteks kampung, samada untuk melepaskan penat lelah selepas bekerja
atau untuk duduk berkumpul bagi menjalankan interaksi sosial.

1.8 Rumusan

Secara rumusan, objektif utama projek ini dijalankan adalah untuk memberi
pendekatan baru dalam perancangan dan rekabentuk komuniti kampung. Tujuan
pendekatan tersebut adalah respon kepada isu kampung ke arah pembangunan
mampan. Pembangunan mampan yang dimaksudkan adalah lebih menitikberatkan
ciri-ciri imej setempat yang dibangunkan dengan pendekatan baru.

Matlamat utama projek bukan untuk membina komuniti, tetapi


membangunkan kawasan berdasarkan komuniti, ciri-ciri dan karakter tempatan.
9

Mengambilkira tempat-tempat tumpuan yang berpotensi, disamping aktiviti dan


cara hidup komuniti kampung. Dalam usaha menghasilkan teori rakabentuk,
kajian terhadap aspek fizikal adalah penting bagi memberikan refleksi kepada
komuniti sekeliling.

Projek perancangan dan rekabentuk kampung bermula dengan


mengidentifikasi masalah dan isu, serta menyediaan matlamat dan objektif
pembangunan. Skop rekabentuk juga dikenalpasti bagi menjadikan kajian dalam
projek ini lebih fokus, dan kepentingan projek juga dikenalpasti bagi menghasilkan
hasil akhir yang mempunyai makna tersendiri. Peringkat kedua adalah pengenalan
kepada tapak kajian, inventori dan analisis tapak, manakala peringkat ketiga
membincangkan kajian ilmiah yang berkaitan dengan projek, disamping
kepelbagaian aspek kajian. Peringkat keempat merupakan pembangunan pelan
induk disamping konsep yang sesuai, manakala peringkat keenam,
membincangkan pelan yang lebih terperinci.
BAB 2

KAJIAN ILMIAH

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan kajian ilmiah berkaitan konteks kampung dan
komuniti, berdasarkan kajian terdahulu dan dokumentasi. Bab ini terbahagi
kepada dua. Bahagian pertama membincangkan rekabentuk kampung manakala
bahagian kedua membincangkan rekabentuk komuniti.
11 -

BAHAGIAN 1 – Rekabentuk Kampung

2.2 Kata Kunci dan Definasi

2.2.1 Kampung (Village)

Kampung merupakan petempatan desa yang berdaya saing dan bertahan


melalui aktiviti seperti bercucuk tanam, menanam padi, menangkap ikan, dan
aktiviti agrikultur. Ismail (2001) menerangkan setiap komuniti di kampung
biasanya mengamalkan cara hidup yang dibawa secara turun temurun. Cara
kehidupan kampung merupakan cara tradisi yang selalu dipraktiskan dan
adakalanya menjadi inspirasi kehidupan di bandar.

Gambarajah 2.1 Cara hidup di kampung


yang menjadi turun temurun dalam masyarakat
12 -

2.2.2 Pembangunan Luar Bandar (Rural development)

Pembangunan luar bandar merupakan pembangunan sesebuah kampung


atau desa supaya menjadi lebih maju, menarik dan menguntungkan. Berdasarkan
kepada Lele (1975), pembangunan luar bandar bertujuan memperbaiki standard
kehidupan dengan memastikan proses pembangunan berdaya saing.

2.2.3 Identiti Tempat (Place Identity)

Identiti merupakan asas pembentukan sesuatu tempat berdasarkan


pengalaman di sesuatu area yang berperanan dalam emosi serta aturan seseorang.
Perkataan ’place identity’ berkait rapat dengan frasa ’siapa dan di mana kita’

2.2.4 ‘Place Attachment’

Place attachment merupakan sebahagian daripada identiti tempatan. ’Place


attachment’ terbentuk dengan memenuhi keperluan emosi penduduk setempat
yang dapat dikembangkan di samping dapat kekal dan mapan.

2.3 Karakter Kampung

Aturan kampung secara kasarnya nampak berselarak dan tidak teratur pada
pandangan pemerhati. Tetapi terdapat beberapa ’landmark’ atau titik fokal yang
mungkin membantu untuk mengenalpasti orientasi bangunan. Kampung secara
13 -

rawaknya, terdiri daripada rumah melayu, pokok-pokok dan laluan atau lorong.
Setiap sesebuah rumah kelihatan sama dan berharmoni dengan persekitaran. Tiada
Jalan utama didalam kampung kecuali jalan masuk yang menghubung ke
kampung. Sebaliknya hanya lorong-lorong kecik yang menjadi penghubung antara
kampung, menghubungkan sebuah rumah ke rumah, dan menghubungkan dengan
bahagian-bahagian di kampung sekitar. Lorong pula tidak ditentukan secara jelas,
tetapi dapat dipastikan.

Tiada susunan geometri yang jelas dalam aturan kampung. Sebaliknya,


kampung ditentukan melalui interaksi dan perhubungan sosial, budaya dan cara
hidup di kampung. Di kampung, definisi kawasan terbuka dan persendirian tidak
jelas dan ’overlap’. Sempadan antara kampung juga tidak dapat diketahui dengan
jelas namun di sawah padi adalah lebih jelas dapat ditentukan dengan saliran dan
tali air.

Interaksi sosial di kampung secara amnya dimaksimumkan dengan ruang


yang tiada halangan dan bebas digunakan samada terbuka atau persendirian.
Kanak-kanak pula dapat bermain dengan secara selamat di sekitar rumah dan juga
di kawasan terbuka. Keadaan persekitaran kampung dikelilingi pokok kelapa dan
pokok-pokok lain memberikan teduhan dan membolehkan reruang luar rumah
digunakan sewaktu tengahari.

Aturan rawak, latar natural, penggunaan bahan-bahan tempatan pada


bangunan, dan ketiadaan sempadan fizikal, memberikan kesan tidak formal dan
terbuka dimana menyokong interaksi sosial yang kondusif. Persekitaran kampung
merupakan ekspressi kepada budaya dan keperluan komuniti, tidak sama seperti
latar moden yang merupakan eskpressi kepada sosio-ekonomi yang meluas.
14 -

Gambarajah 2.2 Aturan kampung


(Source:Lim Jee Yuan. The Traditional Malay House)

2.3.1 Jenis-jenis Kampung

Terdapat beberapa elemen yang perlu dipertimbangkan dalam mendefinisikan


petempatan kampung mengikut jenis iaitu :
i. Komposisi Penduduk dan kumpulan etnik
ii. Asas Ekonomi dan Pekerjaan
iii. Corak petempatan
iv. Ciri-ciri fizikal dan lokasi
Jenis-jenis petempatan yang biasanya terdapat di Malaysia adalh seperti berikut.
15 -

2.3.1.1 Perkampungan sawah padi (Paddy field village)

Perkampungan sawah padi biasanya terletak di tanah rata. Sebahagian besar


penduduk bekerja sebagai pesawah padi, dan tanaman-tanaman lain sebagai
sumber kehidupan. Rumah-rumah terletak berhampiran sawah. Aktiviti-aktiviti
lain yang dijalankan termasuk menangkap ikan, menangkap burung dan bermain
layang-layang apabila tiba musim.

Gambarajah 2.3 Kampung dalam konteks


sawah padi

2.3.1.2 Perkampungan ladang (farm village)

Perkampungan ini kebiasaannya terdiri daripada beberapa corak petempatan,


seperti berpusat, berjajar dan berselerak. Contoh perkampungan adalah terletak di
kawasan ladang kelapa sawit di mana sebahagian penduduk bekerja di ladang.
Contoh tumbuhan lain seperti ladang penanaman getah, kelapa dan juga nenas,
seperti Kg. Mengkuang Titi, Pulau Pinang.
16 -

Gambarajah 2.4 Kampung dalam konteks


ladang

2.3.1.3 Perkampungan nelayan (fisherman village)

Perkampungan nelayan dikenali kerana sebahagian besar penduduk bekerja


sebagai nelayan. Di Malaysia, pembangunan kampung nelayan tertumpu kepada
rekabentuk kampung dan rumah tradisional. Ini kerana bentuk-bentuk tertentu
menggambarkan konsep warisan dan budaya tampatan.

Gambarajah 2.5 Perkampungan nelayan


17 -

2.3.1.4 Perkampungan tradisional (traditional village)

Kampung tradisi merupakan sebuah petempatan kampung yang wujud secara tidak
dirancang atau organik. Kampung tradisi di bandar menampung bilangan
penduduk yang tinggi yang majoritinya terlibat dengan aktiviti bandaran dan
mempunyai keadaan fizikal yang kurang teratur dan seringkali mempamerkan
keadaan yang sesak (slum) (http://www.geocities.com/unit7ppkl/petempatan.html).

Gambarajah 2.6 Perkampungan tradisional

2.3.1.5 Perkampungan terancang (well-planned village)

Kampung tersusun adalah kampung yang dirancang berasaskan beberapa sebab


seperti penempatan semula kampung, pemberian tanah dan bencana alam.
Kampung ini lazimnya berdensiti rendah dan sederhana dan penduduknya terlibat
dalam pelbagai aktiviti ekonomi samada bandaran mahupun pertanian. Contoh
kampung tersusun ialah Kampung Maju Rapat di Ipoh
18 -

Gambarajah 2.7 Perkampungan terancang

2.3.1.6 Perkampungan orang asli (aboriginal village)

Kampung Orang Asli merupakan petempatan orang asli yang wujud secara tidak
terancang yang mempunyai identiti tersendiri. Kebiasaanya petempatan orang asli
adalah jauh di kawasan pedalaman yang sukar dihubungi oleh sistem
pengangkutan. Lazimnya, kampung ini terletak di kawasan yang berdekatan
dengan sungai-sungai. Corak petempatan adalah berselerak mengikut suku kaum
dan terdapat juga penduduk orang asli yang hidup secara berpindah randah.
Aktiviti pekerjaan seharian adalah untuk sara diri sahaja seperti pertanian, mencari
hasil hutan, memburu dan menangkap ikan. Contoh kampung orang asli ialah
Kampung Sungai Dala di Gerik.

Gambarajah 2.8 Perkampungan asli


19 -

2.3.2 Corak Penempatan Kampung

Terdapat beberapa jenis corak petempatan di Malaysia. Corak-corak tersebut


adalah berpusat, berjajar, dan berselerak, dimana setiap corak mempunyai ciri-ciri
tersendiri.

2.3.2.1 Berpusat

Kebiasaan rumah dan bangunan tersusun rapat antara satu sama lain, biasanya
terdapat disimpang jalanraya, sungai,

Gambarajah 2.9 Corak petempatan


berpusat

2.3.2.2 Berjajar

Rumah dan bangunan tersusun di sepanjang pinggir pantai, tebing sungai, terusan,
permatang, jalan raya, atau landasan keretapi.
20 -

Gambarajah 2.10 Corak petempatan


berjajar

2.3.2.3 Berselerak

Rumah dan bangunan dibina jauh antara satu sama lain.


Petempatan begini biasa terdapat di kawasan pedalaman, luar bandar, dan kebun-
kebun kecil.

Gambarajah 2.11 Corak petempatan


berselerak
21 -

2.3.3 Rekabentuk Kampung

Petempatan kampung di kawasan desa merupakan kawasan yang terkecil sekali


dalam konteks hierarki petempatan di negara ini. Berdasarkan gambarajah
dibawah, kawasan petempatan kampung mempunyai densiti berkepadatan rendah,
kawasan hijau yang terjadi secara informal, dan mempunyai sumber semulajadi
yang banyak.

Gambarajah 2.12 Rekabentuk kampung yang dilitupi kawasan hijau

Rekabentuk kampung menurut Countryside Commission (1996), menyatakan


perlunya untuk menilai ciri-ciri dan struktur setempat dari segi :
1. Kampung dan aturan landskap
2. Rekabentuk aturan secara keseluruhan
3. Karakter dan rekabentuk terperinci bangunan dan ruang dalam kampung.

Rekabentuk kampung berdasarkan kepada beberapa perkara yang digariskan :


1. Jalan, lorong, laluan di dalam kampung sebagai penghubung
2. Pengaruh faktor fizikal dan natural
3. Bentuk dan rekabentuk kampung dan bangunan
4. ’Landmark’ setempat dan nod tertentu.
5. Evolusi dan perubahan kampung.
22 -

BAHAGIAN 1 – Rekabentuk Komuniti

2.4 Kata Kunci dan Definasi

2.4.1 Komuniti (Community)

Komuniti merupakan satu kumpulan sosial sesuatu organisma yang


berkongsi persekitaran yang mempunyai kepentingan. Dalam komuniti manusia,
kepercayaan, sumber, keutamaan, keperluan, dan keadaan semasa dan persamaan
sedikit sebanyak mempengaruhi identiti tempatan.

2.4.2 Perancangan (Planning)

Perancangan merupakan cara rasional dalam penyediaan masa hadapan,


melibatkan pemilihan tentang masa hadapan. Proses perancangan melibatkan
pengumpulan dan analisis data, dan mengsintesis kemungkinan trend tang
bersesuaian untuk perancangan, dengan mengambilkira alternatif senario dan
perancangan untuk melaksanakannya.

2.4.3 Perancangan Komuniti (Community Planning)

Komuniti merupakan satu kumpulan penduduk yang tinggal dalam satu


sistem organisasi. Dalam membuat perancangan untuk sesebuah komuniti,
beberapa perkara perlu di ambil perhatian.
23 -

1. Perancangan komuniti adalah bermanfaat kepada penduduk tempatan.


2. Menghormati pengetahuan tempatan.
3. Melibatkan semua komuniti.
4. Perlu dari segi kewangan.

2.4.4 Rekabentuk Komuniti (Community Design)

Rekabentuk komuniti diibaratkan seperti pergerakan, perubahan atau


transformasi yang tercetus daripada pertumbuhan yang dirasakan tidak terancang
dari segi persekitaran fizikal yang menjadi faktor utama dalam menyumbang
kepada interaksi sosial dan ekonomi. Rekabentuk adalah berdasarkan kepada
prinsip, persekitaran akan berfungsi lebih baik sekiranya komuniti mendapat kesan
positif daripada perubahan. Seperti dalam gambarajah 2.13 dibawah.

Gambarajah 2.13 Pembangunan kawasan poket


(Source: Ismail Said, 2008)
24 -

2.5 Rekabentuk Komuniti Mapan

2.5.1 Struktur Sosial

Struktur sosial sesuatu komuniti adalah bermula dalam sebuah keluarga


(family). Secara asasnya, struktur dalam keluarga terdiri daripada suami, isteri dan
anak. Seorang suami menjadi ketua kepada isteri dan anak. Buttimer (1969)
menerangkan dalam Keith D. Harris (1987:156), peringkat pertama daripada tiga
peringkat bersosial iaitu Social Acquaintance Neigbourhood yang meliputi lorong-
lorong kecil di persekiratan rumah. Daripada sebuah keluarga yang bahagia,
struktur sosial berkembang kepada kejiranan (neighbourhood), dimana sebuah
keluarga berinteraksi dengan sebuah keluarga yang lain bagi memenuhi tuntutan
cara hidup. Buttimer (1969) menerangkan peringkat kedua sebagai Homogeneous
Neigbourhood terdiri daripada beberapa rumah di persekitaran dengan susunan
ruang-ruang tertentu. Daripada kejiranan, struktur sosial berkembang menjadi
komuniti. Peringkat ketiga merupakan Neighbourhood Unit yang terdiri daripada
ruang-ruang sosial seperti kedai, pasar, sekolah, dan fasiliti-fasiliti lain.
Gambarajah 2.14 dibawah menunjukkan perkaitan antara keluarga, kejiranan, dan
komuniti.
25 -

Gambarajah 2.14 Perkaitan antara keluarga,


kejiranan dan komuniti
(Source: Ismail Said, 2008)
26 -

2.5.2 Interaksi Sosial dan Perhubungan

Interaksi sosial dan perhubungan terjadi berdasarkan struktur sosial dan


ruang sosial (social spaces). Hubungan sosial berlandaskan kemesraan (intimacy)
daripada persendirian (privacy). Interaksi sosial juga membentuk konsep
mesyuarah, gotong-royong, dan tolong-menolong serta mempunyai semangat
komuniti yang kuat. Ferguson (1994) menerangkan kepentingan ruang terbuka
dalam menyokong aktiviti sosial.

” The spatial order inherent in the rooms of building, the connection


between interior and exterior space, and the organization of continuous
structure of open space surrounding all building in settlement are related
to the definition on control of social interaction”

Interaksi sosial boleh menimbulkan sifat ikhlas dan jujur dalam bersosial
(social integrity and social attachment). Setiap ahli dalam komuniti merasakan
interaksi sosial dapat memperkukuhkan hubungan komuniti dalam meneruskan
adat dan tradisi. Sebagai contoh, membantu satu sama lain adalah sebahagian
daripada kehidupan masyarakat kampung sebagai tanda hormat dan kesamaan.
Ismail said (2008), menerangkan, interaksi sosial dipengaruhi oleh pergerakan
(movement), pandangan (view) dan perubahan (change). Gambarajah 2.15 di
bawah menunjukkan bagaimana ruang sosial dan aktiviti mempengaruhi interaksi.

Gambarajah 2.15 Salah satu interaksi sosial di


Kampung.
27 -

2.5.3 Persekitaran Fizikal

Dalam pembangunan sesuatu komuniti, adalah penting mengetahui


persekitaran fizikal yang menjadi keutamaan, dalam menyokong interaksi sosial
dalam sesuatu struktur perhubungan. (Zube et al., 1982) menerangkan persekitaran
fizikal adalah mengambilkira nilai-nilai landskap.

“Physical environment considers landscapes’ values to be based on the


experience of human-environment interaction, whereby both elements are
shaped in the interactive process“

Rapoport (1990) pula menerangkan, persekitaran fizikal berhubungkait


melalui elemen bercirikan tetap (fixed features) seperti reruang, elemen bercirikan
separa tetap (semi-fixed features) seperti landskap lembut dan kejur, dan elemen
tidak tetap (non-fixed features) seperti produk, avtiviti dan manusia.

Dalam konteks kampung, beberapa faktor fizikal yang menjadi ruang


interaksi dikenalpasti. Ismail Said (2008) menerangkan lima faktor yang menjadi
tempat bergantung antara komuniti dengan persekitaran iaitu bangunan (building),
infrastruktur (infrastructure), kebun (farm), hutan (forest), dan sungai (river).
Aturan bangunan dalam konteks kampung mempunyai seni tersendiri. Vernon D.
Swaback (2003) menyatakan sesuatu konteks yang penuh dengan seni, dalam buku
The Creative Community, Designing For Life:

“If what we see and experience becomes our context of life, complete with
recognizable forms, colours, proportions, textures and mysteries, such
setting enliven our senses. We experience greater meaning because we feel
a kinship to all about us. Instinctively, we tap into the story it tells about its
unmistakable character and commitments.”
28 -

Kampung terdiri daripada rekabentuk tradisional yang membenarkan setiap


komuniti untuk ke kedai, bekerja, ke sekolah dalam jarak yang mudah sampai.
(Seperti dalam gambarajah 2.16).

Gambarajah 2.16 Rekabentuk kampung tradisional


(Source: ENR, May 9,1994)

Dari segi infrastruktur, lebih bersifat informal dan tertumpu kepada nod-
nod tertentu. Sebagai contoh, laluan dan jalan yang menghubungkan antara nod,
terjadi hasil dari interaksi antara komuniti, dengan cara yang tersendiri. Seperti
dalam gambarajah 2.17 dibawah. Nod-nod juga dibangunkan dengan cara
tersendiri tetapi amat memberi keselesaan kepada komuniti setempat. Seperti
dalam gambarajah 2.18 dibawah.
29 -

Gambarajah 2.17 Laluan


(Source: Lat, Kampong Boy)

Gambarajah 2.18 Interaksi komuniti


(Source: Lat, Kampong Boy)

Kebun, hutan dan sungai merupakan sebahagian besar yang meliputi guna
tanah di kawasan kampung dan menjadi sumber yang membawa kepada ekonomi
penduduk setempat. Hal ini menggambarkan interaksi komuniti, bukan sahaja
sesama manusia, tetapi juga dengan persekitaran natural. Sebagai contoh, manusia
bergantung kepada hasil tanaman seperti kelapa sawit dan getah, dan akhirnya
memperoleh hasil dan pendapatan.
30 -

2.6 Rumusan

Dalam usaha merancang dan merekabentuk sesebuah kampung, adalah


penting mengetahui dua perkara utama iaitu konteks kampung dan konteks
komuniti. Perkaitan antara kampung dan komuniti perlu diambilkira dalam
rekabentuk bagi memastikan kejayaan dalam suatu pembangunan komuniti pada
masa akan datang. Peranan arkitek landskap adalah membuat perancangan
landskap dalam masa yang sama membentuk sesebuah komuniti yang berdaya
saing dan berpanjangan.

Proses transformasi sesebuah kampung adalah perlu, menyahut seruan


kerajaan dalam pembangunan luar bandar. Tetapi aspek-aspek setempat seperti
perkara-perkara yang membawa kepada semangat komuniti dan setempat perlu
diambilkira dalam perancangan dan rekabentuk landskap komuniti. Melalui sudut
pandangan dalam bidang senibina landskap, penekanan adalah kepada persekitaran
fizikal yang menyokong aktiviti komuniti dalam usaha membentuk identiti
tempatan.
BAB 3

KAJIAN RUJUKAN

3.1 Pendahuluan

Bab 3 membincangkan dua kajian rujukan. Penjelasan setiap kajian


rujukan adalah berdasarkan aspek yang menjadikan pembangunan komuniti
kampung berjaya, seperti objektif pembangunan, latar belakang kampung,, konteks
tapak dan pendekatan kepada pembangunan. Perbandingan antara kajian rujukan
dihasilkan di akhir bab bagi pemahaman kepada aspek yang membawa kepada
sesuatu pembangunan.
32

3.2 Clonaslee Village

3.2.1 Latar Belakang

Clonaslee Vilage terletak di Utara-Barat Laois, di jalan utama yang


menghubungkan Mountmellick (9.5 miles to the east) dan Birr (17.5 miles to the
west). Clonaslee juga terletak di kaki gunung Slieve Bloom Mountains. Terkenal
dengan batu potong (cut stone), Clonaslee mempunyai aset terletak di lokasi
berprofil tinggi, dimana terkenal dengan Sli Dala atau Muster Way. (Sources: The
Heritage Council and Laois County Council)

Gambarajah 3.1 Menunjukkan peta lokasi


Clonaslee Village.
(Sources: The Heritage Council and Laois
County Council)

3.2.2 Sejarah

Clonaslee dibangunkan berdasarkan Aglo-Norman abad ke-12 , walaupun


pelbagai aspek arkeologi zaman Neolitik didapati di Clonaslee. Suatu ketika dulu,
rupabentuk semulajadinya memberikan titik strategik kepada visual yang baik,
33

yang sedikit mempengaruhi pembahagian lokasi dan kawasan dalam Clonaslee


Village. Namun, pembangunan terperinci Clonaslee Village lebih dipengaruhi
zaman abad ke-16 dibawah pengaruh Dunnes the Brittas. Aset lain yang terdapat
di Clonaslee Village adalah Clodiarg River disebalik Ballinakil Castle (1968).
(Sources: The Heritage Council and Laois County Council)

Gambarajah 3.2 Menunjukkan


Restored Brittas Lake
(Sources: The Heritage Council
and Laois County Council)

Dalam abad ke-18, Clonaslee terkenal menjadi lebuh terpenting merentasi


Laois ke Munster. Pada 1771, Francis Dunne telah mendirikan gereja Roman
Catholic berhampiran tapak sediada. 1830, Glebe House dibina. Pembangunan
kampung ini semakin pesat antara 1800’s-1830’s. Pada 1814, pembangunan besar
jalan Mountmellick ke Birr, dengan fasiliti seperti pejabat pos, dan balai polis.
34

3.2.3 Konsep Rekabentuk dan Pendekatan

Pembangunan Clonaslee dilaksanakan berdasarkan urban tradisi yang


terhasil daripada sejarah sebagai ramuan dalam merancang pembangunan
kampung. Bagaimanapun, pembangunan baru mesti mengambilkira nilai-nilai
sediada dan mengenalpasti karakter setempat.

Lokasi dan kedudukan untuk pembangunan baru juga dipengaruhi, orientasi


bangunan, dan susunan plot mesti menggambarkan ciri-ciri dan bentuk sediada
berdasarkan sejarah. Saiz dan skala rekabentuk mesti bersesuaian dengan keadaan
sediada. Pemilihan jenis bangunan dan warna mesti menunjukkan kepelbagaian
daripada rekabentuk yang tipikal. Nama tempat dan papan tanda serta landskap
mesti bersesuaian dengan pembangunan perlu menggambarkan tradisi setempat.

Gambarajah 3.3 Pelan perancangan dan rekabentuk


Clonaslee Village
(Sources: The Heritage Council and Laois County Council)
35

3.2.4 Konteks Tapak

Clonaslee Village mempunyai tiga akses utama yang dikenalpasti oleh


komuniti tempatan sebagai penting. Akses pertama dihubungkan oleh Tullamore
Road yang merupakan akses terus dari arah sungai, yang dikelilingi tanah tinggi,
hutan, permandangan sungai dan juga ’stonewall’ disepanjang jalan yang memberi
tarikan. Akses kedua adalah dari Castlecuff Road yang mempunyai visual kualiti
yang baik, landskap yang luas dan tanah tinggi berhutan dengan pokok-pokok
matang di sepanjang jalan memberikan ’sense of arrival’. Manakala akses ketiga
merupakan Rosenallis Road yang mempunyai potensi visual terus ke Heritage
Center dan Main Street. Gambarajah dibawah menunjukkan tiga akses ke
Clonaslee Village.

Gambarajah 3.4 Tullamore Road


(Sources: The Heritage Council and Laois
County Council)

Gambarajah 3.5 Castlecuff Road


(Sources: The Heritage Council and Laois
County Council)
36

Gambarajah 3.6 Rosenallis Road


(Sources: The Heritage Council and Laois
County Council)

3.2.5 Karakter dan Perancangan Reruang

3.2.5.1 Karakter Umum

Karakter fizikal Clonaslee Village adalah dipengaruhi oleh bilangan


karakter yang secara tidak langsung menjadi daya tarikan kepada tempat tersebut,
dan mempengaruhi patent pembangunan yang akan datang. Clonaslee merupakan
perkampungan linear, yang dikelilingi oleh tanah tinggi, hutan, dan ladang.
Terdapat dua area yang mempunyai signifikasi iaitu kawasan bersejarah yang
terfokus ke arah Main Street dan Village Green disebelah barat, Tullamore Road
disebelah utara, tanah ladang disebelah selatan dan Heritage Center disebelah
timur. Kawasan ini mempunyai banyak bangunan-bangunan lama dan karakter
yang dianggap unik oleh penduduk setempat. Manakala area yang kedua dianggap
sebagai peripheral yang secara generalnya adalah kawasan residensi dengan
karakter ’Ribbon Development’.

Aturan jalan dipengaruhi oleh keadaan semulajadi. Dalam gambarajah di


bawah, menunjukkan rangkaian jalan yang menunjukkan Clonaslee Village
37

terletak di pusat jalan utama yang berkembang ke Brittas Estate di timur, dan
Heritage Center.

Gambarajah 3.7 Menunjukkan aturan


Jalan di Clonaslee Village.
(Sources: The Heritage Council and Laois
County Council)

3.2.5.2 Ruang terbuka

Ruang terbuka memainkan peranan penting dalam pembangunan Clonaslee


Village, dan komuniti setempat sedar kepentingan mempunyai ruang terbuka.

3.2.5.3 Kawasan Hijau (The Green)

Ruang terbuka formal yang terletak di pintu utama Brittas House Estate,
dan merupakan lokasi yang penting yang dirancang sebagai urban didalam
kampung. The Green fokus kepada fungsi-fungsi awam dan aktiviti kampung
yang menghubungkan Estate. Lengkap dengan Old Courthouse. Permandangan di
sepanjang jalan The Green dari pintu masuk Estate dikekalkan dengan visual
menghala ke Heritage Center.
38

Gambarajah 3.8 Menunjukkan The Green


(Sources: The Heritage Council and Laois
County Council)

Gambarajah 3.9 Visual ke arah Main


Street dari arah timur Heritage Center
(Sources: The Heritage Council and Laois
County Council)

3.2.5.4 The Square (Hickey’s Pub)

Kawasan kecil secara terus di hadapan Hickey’s pub, lengkap dengan


landskap kejur (hardscape) dan landskap lembut (softscape) dan tempat berekreasi.
Terletak berhampiran jambatan yang merentasi Clodiargh River, visual ke arah
Main Street dan The River.
39

3.2.5.5 Potensi untuk kawasan hijau

Kawasan pesisir sungai (Gorragh River) yang berpotensi menjadi


‘Riverwalk” yang menghubungkan Brittas Lake dengan hutan rekreasi.

Gambarajah 3.10 Gorragh River


(Sources: The Heritage Council and Laois
County Council)

3.2.6 Pertimbangan Aspek Tertentu

3.2.6.1 Kualiti Visual

Komposisi landskap warisan (heritage) dan gabungan beberapa bangunan


yang penting dan reruang menghasilkan permandangan yang menarik. Secara
jelasnya, primari visual disepanjang Main Street ke arah Heritage Center,
menggambarkan keindahan Ireland Church yang menjadi fokal visual.

Visual dari arah Main Street dan Tullamore Road adalah penting dan
menjadi aset kepada pembangunan persekitaran terutamanya bangunan Hickey’s
Pub. Visual sepanjang sungai juga perlu dikekalkan.
40

3.2.6.2 Landskap Jalan

Jalan merupakan elemen terpenting dalam landskap dalam konteks


kampung. Komposisi jalan yang baik dipengaruhi elemen landskap jalan
disekeliling termasuk bangunan, jalan, kawasan berturap dan ruang terbuka.
Landskap jalan di kawasan Tullamore Road direka kurang formal. Di bahagian
selatan yang terletak berhampiran kampung, tetapi berdekatan dengan deretan
bangunan dua tingkat menghasilkan ciri-ciri ’urban enclosure’. Selain itu,
’Stonewall’ yang dibina sebagai tembok penahan banjir di sepanjang sungai
menjadi salah satu elemen yang menarik.

Landskap jalan dikawasan sejarah (historic core), orientasi bangunan dan


ketinggian berperanan penting untuk membenarkan visual tertentu bagi
menghasilkan ’sense of enclosure’. Contohnya permandangan terhadap Estate
Gates.

Gambarajah 3.11 Menunjukkan keadaan


jalan yang kemas dan teratur
(Sources: The Heritage Council and Laois
County Council)

Landskap jalan di kawasan perumahan lebih fokus kepada pembahagian


jalan dan ruang terbuka berpusat. Kawasan tempat letak kereta dan pengcahayaan
disediakan dengan bersesuaian.
41

3.2.6.3 Papan tanda

Papan tanda untuk jalan dan kawasan komersial digunakan sebagai


pendekatan di Clonaslee kerana dapat memberikan imej dan identiti setempat dan
dapat memberikan impressi yang baik kepada pengguna.

Gambarajah 3.12 Menunjukkan


perabut jalan yang digunakan di Main
Street dan Tullamore Road
(Sources: The Heritage Council and Laois
County Council)

3.2.7 Rumusan

Clonaslee Village merupakan pembangunan berdasarkan keadaan lepas


iaitu sejarah dan keadaan asal kampung tersebut. Terdapat ciri-ciri semulajadi
yang dikekalkan iaitu dari segi kualiti visual yang dapat menggambarkan ciri-ciri
dan imej tempatan. Pembangunan lain yang diadaptasi seperti pembangunan
landskap jalan, kawasan berkumpul, dan beberapa kawasan hijau memberikan satu
pendekatan baru di kampung. Pembangunan Clonaslee Village menunjukkan salah
satu langkah dalam memastikan komuniti kampung terus kekal dan mapan, teus
tinggal ditempat mereka sendiri, beserta pembangunan yang membawa manfaat
kepada mereka.
42

3.3 Village Home, Davis, California

3.3.1 Konsep Rekabentuk dan Pendekatan

Gambarajah 3.13 Menunjukkan pelan perancangan dan


rekabentuk Village Homes.
(Source: Landscape Architecture Foundation)

Village Home bermula dengan visi pemaju dalam mereka ”a better place to
live”. Tercetus dari kesedaran sosial dan persekitaran, Village Homes merupakan
refleksi kepada nilai-nilai tersebut iaitu “environmental sensitivity” dan “social
responsibility”. Village Homes menggabungkan idea inovatif iaitu ‘greenbelt
communities’ yang mana organisasi komuniti di sekeliling ruang terbuka. Ini
bermaksud peranan ruang terbuka memainkan peranan penting dalam
pembangunan komuniti.
43

3.3.2 Karakter dan Perancangan Reruang

Corbetts mengenalpasti enam elemen sebagai inovasi utama dalam


membuat perancangan Village Homes. (Corbetts and Corbetts 1983, pp. 27-47).
Elemen-elemen tersebut termasuk komuniti, pemuliharaan tenaga, dan penggunaan
tenaga solar, berjalan dan berbasikal, rekabentuk berdasarkan semulajadi, (‘design
close to nature’), kejiranan agrikultur (neigbourhood agriculture), dan saliran
semulajadi.

3.3.2.1 Ruang Terbuka

Beberapa jenis ruang terbuka direka dalam rekabentuk Village Homes,


termasuklah ’private gardens’, ’common areas’, tanah agrikultur, kawasan
bertutup bumi untuk tujuan sukan, dan kawasan berlandskap. Ruang-ruang ini
diterangkan secara rasmi dalam Village Homes sebagai ’household commons’,
‘greenbelt common’, dan tanah agrikultur (Village Homeowners Association 1995,
p.11). Kawasan yang agak jauh dari trafik dan selamat direka sebagai tempat
bermain untuk kanak-kanak, dan berubah dari masa ke masa setelah kanak-kanak
membesar.

Gambarajah 3.14 Menunjukkan panorama ke arah Central Open Space


(Source: Landscape Architecture Foundation)
44

3.3.2.2 ’Edible Landscape’

Kebanyakan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di Village Homes adalah


jenis yang boleh dimakan, setiap komuniti boleh memetik buah-buahan di suatu
tempat yang sama, dan contoh edible landscape seperti limau, badam, dan apricots.
’Community Garden’ terletak di sebelah barat dimana ada antara hasil dijual ke
pasar atau restoran berhampiran. Ada kalanya bila tiba musim menuai hasil,
komuniti akan berkumpul. ’Edible landscape’ memberi kepelbagaian dan karakter
kepada persekitaran.

Gambarajah 3.15 Menunjukkan ’Community Garden ’


(Source: Landscape Architecture Foundation)

Gambarajah 3.16 Menunjukkan landskap agrikultur


(Source: Landscape Architecture Foundation)
45

3.3.4 Rumusan

Village Homes of Davis merupakan salah satu program berasaskan


eksperimen yang memberi penekanan kepada aspek penglibatan (participation)
kepada komuniti. Beberapa program dan reruang yang telah di reka bagi
keseimbangan dan kemapanan komuniti. Berdasarkan konsep kegunaan bersama
(shared), ruang-ruang seperti ’community garden’, ’edible landscape’, dusun,
kebun disediakan bagi tujuan kegunaan bersama. Village Homes of Davis juga
telah membuktikan inteaksi sosial antara komuniti telah meningkat dan setiap
individu merasakan itu adalah tempat terbaik dan mereka tidak akan pergi dari
tempat tersebut. Ini bermaksud, Village Homes of Davis telah mewujudkan ‘sense
of attachment’ terhadap komuniti di situ.
46

3.4 Perbandingan Kajian Kes

Aspek Clonaslee Village Village Home, Davis, California

Untuk mengenalpasti karakter Village Home tercetus dari idea


istimewa di kampung tersebut, pemaju yang mahu mewujudkan “a
Objectives sebagai tujuan pemeliharaan dan better place to live” yang mana
menaiktaraf keadaan dan rekabentuk kejiranan bertujuan
persekitaran untuk tujuan komuniti mengurangkan penggunaan tenaga
setempat dan orang luar. dan mewujudkan ‘sense of
community’ antara individu.

Konsep Bertujuan untuk membuat Pendekatan terhadap aspek bina yang


Rekabentuk perubahan pada rupabentuk fizikal memberi penekanan kepada aspek
dan dimana aspek harmoni, karakter kemapanan rekabentuk komuniti dan
Pendekatan dan ciri-ciri kualiti tempatan senibina landskap.
dititikberatkan.

Hubungan
reruang

• Rupabentuk kampung (The • Retail stores,


shape of the village) • Professional offices.
• Aturan jalan (Street layout) • Restaurants exclusive of
• Ruang terbuka (Open drive-up service.Residential
Persekitaran space) shall be on the second floor
fizikal • Pintu masuk utama only.
(Entrance) • Community and municipal
• Permandangan (Views and buildings.
47

vistas) • Public open space.


• Landskap jalan • Single-family detached
(Streetscape) dwellings.
• Permukaan jalan • Health and fitness centers.
(Surfacing) • Public open space
• Perabut jalan (Street permanently protected
furniture) through conservation
• Papan tanda (Signage) easements and deed
• Sempadan (Boundary restrictions..
treatment)

3.5 Rumusan

Membuat kajian rujukan mengenai projek-projek yang telah berjaya


diimplementasikan adalah penting dalam usaha memahami konsep, pendekatan
dan strategi pembangunan. Dalam ketiga-tiga rujukan yang diterangkan,
mempunyai pendekatan yang berbeza dalam membuat perancangan dan
rekabentuk landskap kampung. Namun, objektif utama ketiga-tiga kajian rujukan
adalah penekanan kepada komuniti dan keadaan sediada, samada dari segi sejarah,
sosial atau ekonomi.

Pembangunan landskap Clonaslee Village lebih memberi penekanan


kepada aspek sejarah. Pembangunan dilakukan untuk masyarakat setempat dengan
respon terhadap persekitaran sediada dan nilai sejarah. Village Home, Davis
California merupakan pendekatan yang dijalankan sebagai contoh kepada
pembangunan mapan dalam landskap komuniti yang sama sekali lain dengan
pendekatan urban. Manakala Bryam Village Center merupakan pendekatan yang
memberi penekanan kepada pusat komuniti, yang mana segala aktiviti berkaitan
48

komuniti berlaku. Pusat komuniti juga memberi peluang komuniti menjana


ekonomi dan aktiviti sosial.

Ketiga-tiga kajian rujukan menunjukkan kejayaan dalam konteks, konsep


dan pendekatan tersendiri, berdasarkan satu objektif iaitu perancangan dan
rekabentuk landskap komuniti dalam konteks kampung yang bertujuan
memastikan pembangunan jangka panjang yang mapan.
BAB 4

INVENTORI, ANALISIS, DAN SINTESIS TAPAK

4.1 Pendahuluan

Dalam pembangunan sesuatu pelan induk, adalah penting dalam memahami


keadaan asal dan sediada tapak dan persekitaran kampung. Penelitian secara
kritikal dalam mengenalpasti potensi dan kelemahan tapak adalah perlu untuk
dianalisis sebelum sesuatu pembangunan dicadangkan. Kesesuaian cadangan
rekabentuk adalah berdasarkan kepada beberapa aspek yang akan dibincangkan
kemudian. Sesuatu pembangunan landskap adalah dipengaruhi oleh inventori
tapak yang kemudian dianalisis, sebelum membuat kesimpulan untuk cadangan
yang bersesuaian.
50

4.2 Pengenalan Tapak

Bil Inventori Analisis Sintesis

1. Kg Pulai Sebatang Sistem jalanraya yang Pembangunan landskap


terletak dalam daerah baik yang di sepanjang jalan utama
Pontian, iaitu 62 km dari menghubungkan suatu perlu diberi penekanan
Bandar Pontian. kawasan dengan lain untuk memberikan
Terletak dikiri kanan (mudah sampai) ’sense of welcoming’
jalan utama yang Berpotensi menjadi dalam kampung
menghubungkan Pontian tumpuan di sepanjang tersebut, seperti
dan Batu Pahat jalan utama. mengadakan pintu
Berkeluasan 3.7km gerbang atau penanaman
persegi, kampung ini pokok yang memberi
terdiri daripada 3245 kesan dikiri kanan jalan
orang penduduk

2. Terdapat sebuah sungai Persekitaran sediada Pembangunan di koridor


yang menjadi nadi bagi seperti latar nelayan sungai seperti
penduduk kampung ini perlu dikekalkan untuk kemudahan rekreasi,
iaitu Sungai Ayer Baloi memberi karakter dalam dengan persekitaran
yang berhubung ke Selat pembangunan. nelayan.
Melaka.

3. Ekonomi utama Tanaman pertanian Pembangunan


penduduk adalah memberi karakter berasaskan pertanian
pertanian. sesebuah tempat dalam perlu diketengahkan,
kampung. contohnya mengadakan
pusat untuk hasil
pertanian.
51

4. Komuniti utama terdiri Karakter Melayu dan Pembangunan ’node’


daripada bangsa Melayu, Cina perlu dikekalkan, yang bertindakbalas
serta terdapat juga menunjukkan budaya dengan komuniti
komuniti berbangsa setempat. Melayu dan Cina.
Cina.

Gambarajah 4.1 Menunjukkan Peta


Lokasi dan peta kekunci tapak.
Jadual 4.1 Pengenalan tapak

4.3 Karakter Komuniti

Bil Inventori Analisis Sintesis

1. Komuniti utama-Melayu Tempat-tempat sosial Menaiktaraf keadaan


Menjalankan aktiviti perlu dikekalkan dalam tempat-tempat tumpuan
pertanian, dan berniaga. menjamin dengan mengintegrasikan
52

Terdapat tempat-tempat pembangunan yang bangunan dengan


tumpuan yang menjadi mapan terhadap kawasan luaran seperti
tempat mereka komuniti dan karakter taman poket.
berinteraksi sosial, setempat.
seperti kedai dan
warung.

2. Komuniti Cina- Tempat-tempat sosial Menaiktaraf tempat


menjalakan aktiviti perlu dikekalkan. sosial dengan
berniaga mengintegrasi kawasan
luaran.

3. Nelayan Nelayan menjadikan Pembangunan kawasan


sungai sebagai sumber pesekitaran yang lebih
mencari rezeki. kondusif tetapi masih
Karakter ini perlu mengekalkan nilai
dikekalkan. persekitaran nelayan.

Jadual 4.2 Karakter komuniti

4.4 Aktiviti Tempatan

Bil Inventori Analisis Sintesis

1. Aktiviti bermusim – Aktiviti bermusim Cadangan supaya


sambutan Maulidurrasul, sebenarnya merupakan tempat mengadakan
Hari Kebangsaan, salah satu hiburan dan aktiviti seperti dataran,
53

pilihanraya umum, aktiviti luar yang kawasan lapang


sambutan Hari Raya sedikit sebanyak diorganisasikan secara
Qurban, pasar malam. memberi kesan. Juga tersusun lengakap
sebagai tempat dengan fasiliti untuk
komuniti kampung menampung aktiviti
berjumpa satu sama tersebut, secara tidak
lain. langsung menjadi
identiti setempat.
Elemen-elemen yang
digunakan semasa
aktiviti bermusim boleh
diaplikasikan sebagai
elemen landskap di
kampung.

2. Aktiviti sosial – kenduri Aktiviti –aktiviti sosial Cadangan supaya satu


kendara, majlis di kampung adalah kawasan budaya di
perkahwinan, majlis jarang dipraktiskan di sediakan untuk tujuan
berkhatan, dan majlis bandar. Aktiviti publisiti.
potong jambul. sebegini boleh
dikomersialkan untuk
memberi pendedahan
kepada generasi akan
datang dan komuniti
luar.

3. Memancing Penduduk kampung Cadangan supaya


samada golongan kawasan tumpuan
dewasa atau kanak- memancing
kanak, mereka gemar dibangunkan seperti
memancing di Sungai membina kolam-kolam
Ayer Baloi. ikan.
54

Gambarajah 4.2 menunjukkan salah


satu aktiviti kemasyarakatan di tapak

Jadual 4.3 Aktiviti tempatan

4.5 Sirkulasi

Bil Inventori Analisis Sintesis

1. Terdapat jalan utama di Jalan utama merupakan Perancangan landskap


kiri kanan kampung, laluan yang menjadi perlu mengekalkan
yang menghubungkan pandangan pertama keadaan sediada, tetapi
daerah Pontian dan Batu apabila memasuki dari aspek keselamatan
Pahat. kawasan kampung. perlu diambilkira.
Terdapat lorong-lorong Lorong-lorong dan
kecil didalam kawasan denai merupakan
kampung yang laluan pintas bagi
menghubungkan rumah- komuniti kampung
rumah. untuk memudahkan
destinasi.
55

Gambarajah 4.3 Menunjukkan pelan sirkulasi di


Ayer Baloi

Jadual 4.4 Sirkulasi

4.6 Gunatanah

Bil Inventori Analisis Sintesis

1. Sebahagian besar Kawasan tanaman Pemeliharaan landskap


kampung dilingkungi agrikultur merupakan semulajadi yang
oleh tumbuhan nadi sebahagian terbentuk daripada
agrikultur seperti kelapa penduduk kampung tumbuhan agrikultur
sawit, kelapa, pisang, yang menghasilkan perlu. Menunjukkan
nenas, jagung. produk tempatan. identiti kampung
berbeza dengan bandar.
56

Gambarajah 4.4 Salah satu guna tanah Gambarajah 4.5 Penanaman kelapa
yang dominan adalah tanaman pisang.

2. Kawasan perumahan Susunan perumahan Pemeliharaan keadaan


adalah berselerak dan sediada perumahan
tidak tersusun, terdapat kampung kerana
laluan tidak formal dan mempunyai nilai estetik
halaman diantara tersendiri.
rumah.

Gambarajah 4.6 Menunjukkan laluan Gambarajah 4.7 Menunjukkan


tidak formal diantara sesebuah halaman di hadapan rumah.
rumah.
57

3. Kawasan komersial Kawasan dimana Kawasan komersial


penduduk kampung dikawasan kampung
mendapatkan produk perlu dibangunkan dari
harian dan servis segi kemudahsampaian,
keselamatan, dan
persekitaran fizikal.

Gambarajah 4.8 Menunjukkan Gambarajah 4.9 Menunjukkan


rumah kedai yang menjadi tempat rumah kedai dan bengkel.
pertemuan komuniti kampung.

Jadual 4.5 Gunatanah

4.7 Hidrologi dan jenis tanah

Bil Inventori Analisis Sintesis

1. Purata kedalaman air di Sungai agak sempit, Sungai tersebut perlu


bahagian hilir Sungai tambahan lagi diperlebar bagi
Ayer Baloi adalah 0.5m- terlindung oleh menyokong aktiviti
1.0m. tumbuhan di kiri dan nelayan, serta aktiviti
58

Sungai terlindung oleh kanan sungai rekreasi yang lain.


rinbunan pokok dan menjadikan sungai Tumbuhan di kiri dan
semak di tebing sungai. tersebut tidak dapat kanan sungai perlu
Dibahagian hulu lebih dilihat secara jelas. diperkemas dengan
dalam bagi menampung mencantas yang tidak
aktiviti nelayan. Air perlu, bagi memastikan
sungai kelihatan tenang komuniti setempat
dan statik. menghargai sungai.

2. Jenis tanah secara Keadaan tanah yang Kawasan yang


keseluruhannya adalah bertakung air kebiasaannya bertakung
tanah liat yang adakalanya menjadikan air dikenalpasti, dan
mempunyai saliran keadaan kurang selesa. penggunaan bahan yang
kurang baik. dapat mengatasi
Menyumbang kepada air masalah seperti
bertakung. penggunaan batu kerikil
dan sungkupan perlu
diaplikasi.

Gambarajah 4.10 Menunjukkan peta hidrologi


59

Gambarajah 4.11 Ciri-ciri unik di Gambarajah 4.12 Sungai yang menjadi


kawasan kampung. pengangkutan para nelayan ke sungai

Jadual 4.6 Hidrologi dan gunatanah

4.8 Kemudahan Fasiliti

Bil Inventori Analisis Sintesis

1. Kawasan komersial Menjadi tempat Cadangan supaya


seperti kedai runcit, dan berinteraksi sosial kawasan komersial
warung. antara penduduk dimajukan dengan
kampung, tempat mengekalkan ciri-ciri
dimana penjual dan fizikal asal dan sediada.
pembeli tinggal dan Pembangunan lebih
membentuk perasaan selamat dan kondusif.
setempat.

2. Institusi – sekolah, Sekolah dan tadika Kawasan – kawasan


tadika. menjadi tempat tempat dimana ibubapa
tumpuan kepada anak- berkumpul menunggu
60

anak kampung belajar anak-anak patut


setiap hari. Terdapat dibangunkan seperti
ibubapa yang menjadi taman poket
menghantar dan dengan persekitaran
mengambil anak semulajadi.
meraka di sekolah. Dan
mereka berinteraksi
antara satu sama lain.

3. Institusi - masjid Masjid menjadi tempat Cadangan pembangunan


dimana penduduk kawasan persekitaran
kampung menjalankan masjid agar lebih
tuntutan agama setiap kondusif dan selesa
hari. Terutamanya bagi untuk tujuan majlis-
kaum lelaki, masjid majlis tertentu.
menjadi tempat
berinteraksi.
Contohnya mereka
gemar pergi ke warung
berhampiran apabila
selesai solat subuh.
Masjid menjadi tempat
mengadakan aktiviti
bermusim seperti
majlis Maulidurrasul.

4. Bangunan komuniti Bangunan komuniti Cadangan satu


buat masa ini hanya bangunan komuniti
satu lot kedai. Terhad disediakan dengan
bagi penduduk kelengkapan fasiliti
kampung menjalankan yang dapat menampung
61

aktiviti aktiviti kemasyarakatan.


kemasyarakatan.

5. Kolej Kemahiran Bina Kolej kemahiran yang Pembangunan landskap


Negara (KKBN) menawarkan pelbagai mestilah bertindakbalas
program. Terdapat dengan bukan saja
pelajar setempat dan penduduk tempatan,
juga dari negeri-negeri tetapi juga pengguna
luar. dari luar.

Jadual 4.7 Kemudahan fasiliti

4.9 Tumbuhan

Bil Inventori Analisis Sintesis

1. Tanaman agrikultur- Tanaman agrikultur Pembangunan landskap


kelapa sawit, pisang, adalah ditanam oleh perlu bertindakbalas
kelapa, jagung, nenas komuniti persendirian terhadap komuniti dan
sebagai salah satu hasil persekitaran. Cadangan
pendapatan yang supaya pusat agrikultur
ditanam secara ladang. yang mungkin dapat
Tanaman ini secara memasarkan produk
tidak langsung empatan dengan lebi
memberi karakter meluas lagi dibina bagi
kepada landskap menjamin komuniti
kampung. yang mapan.
62

Gambarajah 4.13 Penanaman Gambarajah 4.14 penanaman


pisang. Jagung.

2. Hutan Paya Bakau Terdapat hutan paya Hutan paya bakau


bakau yang terletak di dikekalkan.
muara Sungai Ayer
Baloi, berfungsi
sebagai benteng
daripada hakisan.

Gambarajah 4.15 Hutan Paya Bakau.


Jadual 4.8 Tumbuhan
63

4.10 Sintesis Tapak

Sesuatu tapak dapat disintesis berdasarkan inventori dan analisis tapak


yang telah dijalankan. Berdasarkan kajian analisis yang telah dibuat, beberapa
elemen dikenalpasti digunakan sebagai ramuan dalam pembangunan landskap
kampung.

Gambarajah 4.16 Menunjukkan analogi perancangan secara skematik.


64

4.11 Potensi Tapak

4.11.1 Agrikultur

Kawasan kampung adalah dilingkungi oleh tanaman agrikultur yang secara


tidak langsung membentuk dan memberi identiti kepada landskap budaya
kampung. Tanaman agrikultur juga memberikan hasil kepada mereka samada
untuk kegunaan sendiri ataupun untuk kegunaan sendiri. Potensi bagi tapak
kajian adalah agrikultur dijadikan sebagai ramuan dalam perancangan pelan
induk landskap agar tanaman agrikultur dapat bertahan dan menjadi imej
kampung tersebut.

4.11.2 Sosial dan Budaya

Aspek sosial terutamanya interaksi sosial dikalangan komuniti kampung


merupakan cara hidup komuniti kampung yang menjadikan mereka selesa dan
bertahan. Karakter ini dianggap potensi dalam perancangan landskap kerana
mempunyai nilai yang perlu dipelihara. Perancangan landskap seharusnya
respon kepada aktiviti sosial komuniti yang memberikan nafas baru kepada
persekitaran fizikal. Dalam aspek budaya, pengekalan ciri-ciri unik perlu
dalam memastikan generasi akan datang tahu mengenainya, secara tidak
langsung menjadikan budaya di sebuah kampung kekal.

4.11.3 Unsur Tradisional

Unsur-unsur tradisional merupakan karakter di kampung sediada yang


adakalanya tidak didapati dibandar seperti susunan rumah, lorong tidak formal,
65

’edible landscape’ halaman yang dikongsi oleh komuniti. Pembangunan


landskap perlulah mengambilkira unsur tradisional yang sediada.

4.12 Halangan Tapak

4.12.1 Pemeliharaan landskap kampung

Dalam perancangan dan rekabentuk landskap kampung, perlu


mengambilkira aspek konservasi dan pemeliharaan. Unsur-unsur urban atau
moden tidak perlu sewenang-wenangnya diperkenalkan. Aspek konservasi
merupakan halangan yang boleh ditukar menjadi potensi dengan sedikit sensitiviti.
66

4.13 Rumusan

Pembangunan di kawasan kampung adalah bertujuan untuk komuniti


setempat bagi memastikan jurang perbezaan kampung dan bandar tidak ketara. Ini
bermaksud, komuniti kampung juga layak mengalami proses pembangunan tetapi
tidak bermakna proses perbandaran. Bagi memastikan komuniti kampung
berpanjangan menyokong pembangunan di tempat mereka sendiri, peranan arkitek
landskap perlu bagi memastikan pembangunan kawasan luaran fizikal lebih
bersistematik.

Dalam perancangan dan rekabentuk landskap, keutamaan adalah kepada


keadaan sediada dan komuniti setempat. Penelitian terhadap pergantungan ruang
dan aktiviti sosial adalah perlu bagi memastikan pembangunan bersesuaian.
Interaksi sosial merupakan nilai hidup yang diamalkan oleh komuniti setempat dan
nilai inilah yang membuatkan mereka selesa dan terus tinggal di kampung.
Disamping pembangunan sosial, penelitian terhadap aspek yang membawa kepada
perkembangan ekonomi juga perlu bagi memastikan usaha tersebut berterusan.
BAB 5

PEMBANGUNAN PELAN INDUK

5.1 Pendahuluan

Bab 5 membincangkan pembangunan pelan induk yang terhasil


berdasarkan daripada kajian inventori, analisis dan sintesis tapak. Keseluruhan
cadangan pembangunan pelan induk adalah sebagai satu solusi dan jalan
penyelesaian terhadap isu yang berbangkit di tapak cadangan. Dalam
pembangunan rekabentuk pelan induk terutamanya dalam konteks kampung,
adalah penting dalam menitikberatkan keadaan sediada sebagai latar belakang
kepada pelan cadangan yang memberikan imej kepada sesuatu tempat.
68

5.2 Pembangunan Pelan Induk

Pembangunan pelan induk diteraskan bermula dari pendekatan rekabentuk,


konsep rekabentuk, matlamat dan objektif kajian, program dan aktiviti, dan
perancangan dan rekabentuk reruang. Selain itu, dalam bab ini juga merangkumi
cadangan pelan induk, cadangan pelan terperinci, lakaran, serta keratan dan
tampak.

5.2.1 Matlamat Kajian

Merekabentuk sebuah persekitaran harmoni yang memberi reaksi kepada


komuniti setempat dari segi integriti sosial dan tempat sosial yang menjadi ramuan
dalam memastikan pembangunan mapan kampung.

5.2.2 Objektif Kajian

• Untuk membentuk identiti komuniti bagi sesebuah kampung.


• Untuk memperlengkapkan komuniti Ayer Baloi dengan kemudahan dan
fasiliti yang dapat meningkatkan kualiti hidup mereka.
• Untuk merekabentuk persekitaran yang kondusif dengan cara tersendiri,
yang mampu berdaya saing dengan pembangunan-pembangunan lain.
69

5.2.3 Pendekatan Rekabentuk

Pendekatan rekabentuk komuniti di Ayer Baloi diinspirasikan daripada


’rural scenes’ atau permandangan kaki langit kampung yang tidak pernah lurus,
sebaliknya menghasilkan irama dalam kepelbagaian elemen didalamnya.

Gambarajah 5.1 Menunjukkan salah satu


permandangan di Ayer Baloi.

Salah satu elemen yang terdapat didalamnya ialah komuniti yang menjadi
tulang belakang kepada sesebuah kampung. Dalam memastikan pembangunan
mapan komuniti kampung, dua prinsip yang perlu adalah penjanaan semula
(regeneration), daya pengeluaran (productivity).

Sumber yang terlibat dalam perlaksanaan prinsip tersebut adalah aspek


ekologikal, sosial, dan economi. Disebabkan karakter kampung yang berselerak,
cara yang terbaik dalam penentuan sumber-sumber tersebut adalah melalui
pendekatan ’filtration’.

Pendekatan ’filtration’ merupakan pendekatan dalam mengenalpasti


aktiviti, nod-nod dan kawasan tumpuan bagi penduduk kampung.
70

Gambarajah 5.2 Menunjukkan Gambarajah 5.3 Menunjukkan


pengenalpastian kawasan-kawasan sungai dan jalan yang menjadi
tumpuan. ’anchor’ di kampung tersebut.

Berdasarkan sumber yang dikenalpasti, nodes dan anchors dilihat sebagai


permulaan kepada pembangunan sistem sosial di Ayer Baloi. Sistem
pembangunan sosial yang dikenal sebagai ’civilization’.

Gambarajah 5.4 Menunjukkan proses


dalam pendekatan ’filtration’
71

5.2.4 Konsep Rekabentuk

Berdasarkan sumber yang dikenalpasti melalui pendekatan ’filtration’ yang


dijalankan, dapat disimpulkan, satu konsep yang perlu dicapai adalah yang dapat
memastikan keseluruhan sumber dibangunkan secara mapan dengan penekanan
kepada tempat tinggal yang lebih baik (a better place to live). Mengikut definasi,
’place to live’ juga dikenal sebagai ’home’. Dengan itu, konsep yang sewajarnya
bagi pembangunan Ayer Baloi adalah ‘Village Homes’.

Analogi kepada konsep ’Village Homes’ diekstrak daripada aspek sejarah


dimana, bermulanya pembangunan agrikultur di kampung tersebut adalah
disebabkan oleh faktor sungai yang menjadi ’healing water’ kepada tanah
sekeliling. Dengan berkembangnya sektor agrikultur, pembangunan komuniti di
persekitaran menjadi bertambah baik. Dapat disimpulkan berdasarkan analogi
adalah, civilisasi (civilization) komuniti di Ayer Baloi bermula dengan ’sungai’
dan ’agrikultur’.

Gambarajah 5.5 menunjukkan analogi kepada konsep


72

Konsep Village Homes direalisasikan berdasarkan program yang direka.


Sasaran utama pengguna adalah komuniti setempat, iaitu penduduk Ayer Baloi.

1. Ruang terbuka (Open space)


2. Landskap dan tumbuhan yang boleh dimakan (Vegetation and edible
landscape)
3. Ekonomi komuniti (Community economics)
4. Sirkulasi (Circulation)
5. Penghasilan makanan (Food production)
6. Organisasi komuniti dan acara tertentu (Community organization and
special events)
7. Pemeliharaan air (Water conservation)
8. Faktor sosial dan komuniti (Social and community factors)
9. Keselamatan dan trafik (Safety and traffic calming)
73

Gambarajah 5.6 Menunjukkan pelan induk Village Homes di Ayer Baloi.


74

5.2.5 Aktiviti dan Reruang

5.2.5.1 Fishing Home

’Fishing Home’ merupakan kawasan memancing yang disediakan bagi


komuniti kampung. Antara fasiliti yang disediakan adalah kolam memancing,
pondok-pondok berehat, beberapa unit kedai yang disediakan, kawasan tempat
letak kereta, dan kawasan permainan.

Gambarajah 5.7 Menunjukkan pelan tapak bagi kawasan ’Fishing Home’

Gambarajah 5.8 Menunjukkan gambaran aerial ke arah ’Fishing Home’


75

5.2.5.2 Village Center

Village Center merupakan pusat bagi penduduk kampung dalam


mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan aktiviti yang akan dijalankan.
Bagi tujuan tersebut, satu bangunan komuniti di cadangkan di tengah-tengah pusat
komersial kampung yang terdiri daripada bangunan rumah kedai dan kedai runcit.
Bangunan komuniti berfungsi sebagai tempat dimana komuniti kampung
mendapatkan berita dan perkembangan terkini.

Gambarajah 5.9 Menunjukkan pelan tapak bagi kawasan ’Village Center’

Gambarajah 5.10 Menunjukkan gambaran aerial ke arah ’Village Center’.


76

5.2.5.3 Riverhomestay

Riverhomestay merupakan salah satu cara dalam melahirkan satu komuniti


yang kreatif. Kemajuan kampung adalah memberi penumpuan kepada komuniti,
dan secara tidak langsung akan menarik perhatian pihak luar. Riverhomestay
merupakan skim perumahan di tepi sungai yang berfungsi sebagai rumah
tumpangan yang menjanjikan suasana persekitaran yang menarik.

Gambarajah 5.11 Menunjukkan pelan tapak bagi kawasan ’Riverhomestay’

Gambarajah 5.12 Menunjukkan gambaran aerial ke arah ’Riverhomestay’.


77

5.2.5.4 IT Center

IT Center merupakan salah satu pembangunan teknologi di kampung, di


mana pendedahan orang kampung terhadap penggunaan internet dan komputer.
Lokasi berhampiran kawasan institusi dan perumahan merupakan kedudukan yang
strategik bagi penyertaan penduduk kampung.

Gambarajah 5.13 Menunjukkan pelan tapak bagi kawasan ’IT Center’

Gambarajah 5.14 Menunjukkan gambaran aerial ke arah ’IT Center’


78

5.2.6 Tampak

Gambarajah 5.15 Menunjukkan tampak A dan B.


79

5.2.7 Keratan

Gambarajah 5.16 Menunjukkan keratan A-A dan B-B.


80

5.3 Rumusan

Pelan Induk bagi Village Homes Ayer Baloi adalah menitikberatkan


penglibatan komuniti (participation) sebagai penggerak dalam menjayakan
program. Pembangunan pelan induk memberi penekanan di bahagian koridor
sungai dan jalan yang dapat memberi imej kepada kampung tersebut berdasarkan
faktor geografi.

Pengenalpastian tempat-tempat tumpuan yang menunjukkan interaksi sosial


dan semangat komuniti adalah penting bagi memastikan aktiviti-aktiviti komuniti
asal tidak terjejas, kerana komuniti setempat merupakan penggerak kepada
pembangunan landskap komuniti. Justeru, pelbagai program baru diperkenalkan
dalam menjana penglibatan dan produktiviti penduduk bagi memastikan
pembangunan lamdskap komuniti berjaya.
BAB 6

PEMBANGUNAN PELAN TERPERINCI

6.1 Pendahuluan

Bab 6 membincangkan pelan terperinci yang merupakan bahagian daripada


pelan induk. Penjelasan kepada pelan terperinci meliputi matlamat dan objektif
rekabentuk, konsep pembangunan, pemilihan tanaman dan aktiviti.
82

6.2 Pembangunan Pelan Terperinci

Pembangunan pelan terperinci bagi pelan induk ini merupakan kawasan


Rumah Budaya dan diteraskan melaui matlamat dan objektif kajian, program dan
aktiviti, dan perancangan dan rekabentuk reruang. Selain itu, dalam bab ini juga
merangkumi lakaran, serta keratan dan tampak yang menunjukkan aktiviti dan
reruang.

6.2.1 Matlamat Kajian

Merekabentuk satu pusat untuk program yang dapat memperkenalkan


budaya sediada dan memperkenalkan program baru yang sememangnya tiada bagi
memberi peluang kepada komuniti setempat.

6.2.2 Objektif Kajian

Untuk memperkenalkan, mengekalkan, dan mengembalikan nilai budaya


Ayer Baloi, secara tidak langsung memastikan pembangunan mapan untuk
generasi akan datang.
83

6.2.3 Konsep Rekabentuk

Konsep rekabentuk pelan terperinci adalah ’Shared’ yang memberi


penekanan kepada konsep perkongsian. Dimana Rumah Budaya ini direkabentuk
bukan sahaja bagi tujuan konservasi terhadap nilai budaya, tetapi juga sebagai
tempat sosial (social place), yang membolehkan komuniti menjalankan interaksi
sosial samada dari segi peristiwa tertentu, permainan, ataupun acara bermusim.

Gambarajah 6.1 Menunjukkan zone pembahagian reruang

Gambarajah 6.2 Menunjukkan pandangan aerial terhadap persekitaran fizikal


Rumah Budaya
84

Gambarajah 6.3 Menunjukkan pelan terperinci bagi kawasan Rumah Budaya

Gambarajah 6.4 Menunjukkan keratan dan tampak bagi pelan terperinci.


85

6.2.4 Konsep reruang

Gambarajah 6.5 Menunjukkan konsep reruang

6.2.5 Pembangunan secara konsep

Harmoni dan Kontras

Kualiti dalam perkaitan antara rekabentuk dikenalpasti dalam kualiri bentuk


tumbuhan dan prinsip rekabentuk seperti garisan dan warna. Penggunaan pokok-
pokok seperti Mimusops elengii (Tanjung), Cocos nucifera (Kelapa) dengan
elemen landskap kejur berharmoni secara semulajadi.

Gambarajah 6.6 Menunjukkan perkaitan kontra dan harmoni


86

’Emphasis’

Rumah Budaya menjadi perkara utama yang bersatu dengan komposisi tumbuhan
seperti Psidium guajava (jambu batu) yang ditanam secara sendiri sebagai tanaman
struktur.

Gambarajah 6.7 Menunjukkan komposisi ’emphasis’

Seimbang (Balance)

Seimbang dari segi posisi perletakan, komposisi tumbuhan yang mempengaruhi


permandangan.

Gambarajah 6.8 Menunjukkan keseimbangan dari segi

perletakan ruang.
87

Kesatuan dan Kepelbagaian

Penggunaan pokok kelapa secara pengulangan dan senibina yang menggunakan


kayu sebagai elemen yang dominan.

Gambarajah 6.9 Menunjukkan elemen-elemen yang dominan


88

6.2.6 Konsep Landskap Lembut dan Landskap Kejur

Gambarajah 6.10 Menunjukkan elemen-elemen landskap lembut dan landskap


kejur
89

6.3 Rumusan

Pembangunan pelan terperinci menggambarkan konsep pembangunan yang


lebih menjurus kepada elemen-elemen, perletakan komposisi landskap lembut dan
kejur dan merupakan sebahagian daripada konsep dalam pelan induk. Pelan
terperinci juga seharusnya dapat menggambarkan konsep pelan induk secara
menyeluruh.

Rumah budaya merupakan salah satu program baru yang diperkenalkan


dalam membentuk tempat berinteraksi sosial, di mana pendekatan budaya
diketengahkan bagi mengharmoni persekitaran baru dengan sediada. Aspek
’participation’ atau penglibatan komuniti menjadi faktor paling penting dalam
menlaksanakan program baru ini.
BAB 7

KESIMPULAN

7.1 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan bagi keseluruhan kajian, terdapat banyak faktor yang


perlu dipertimbangkan dalam membuat perancangan dan rekabentuk kampung.
Penekanan projek yang dijalankan bukan ke arah proses membandarkan sesebuah
kampung, tetapi adalah untuk membina satu model dalam rekabentuk komuniti
yang sememangnya lain daripada proses urbanisasi.

Objektif utama cadangan bagi pelan induk kampung ini merupakan salah
satu usaha arkitek landskap dalam merekabentuk komuniti ke arah pembangunan
yang mapan dan berterusan terutamanya dalam lapangan senibina landskap.
Faktor utama dalam usaha ini merupakan aspek integriti sosial , dimana melibatkan
skala yang kecil dari peringkat famili, sehinggalah ke skala yang lebih besar iaitu
diperingkat komuniti.

Dalam usaha membuat perancangan pelan induk yang terbaik, dua kajian
ilmiah telah dipilih berdasarkan beberapa faktor fizikal yang dikenalpasti.
91

Pemilihan kajian kes adalah berdasarkan faktor kejayaan, pendekatan,


program, dan konsep rekabentuk yang menjadikan tempat tersebut berjaya dari
segi rekabentuk komuniti.

Produk akhir projek ini merupakan penghasilan pelan induk landskap.


Dapat disimpulkan, berdasarkan kajian kes dan kajian ilmiah yang dijalankan,
pelan induk landskap bagi Ayer Baloi ini dapat dihasilkan berkonsepkan ’Village
Homes of Ayer Baloi’.

You might also like