You are on page 1of 21

EDU 3101 FALSAFAH DAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA

AJEERAH BINTI YAHYA


FATEHAH BINTI ZULKIFLI
NUR FADHILAH BINTI
ABDULLAH

PISMP 1A
IPG KAMPUS BAHASA
MELAYU
“Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian,
bukan lagi satu kemewahan...Pendidikan dan latihan
kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan
memastikan modal insan negara kekal relevan dengan
kehendak industri dan pasaran serta mampu berdepan
dengan cabaran dan suasana persaingan
antarabangsa yang kian meningkat.”

-YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-


(Perutusan Hari Perkerja, 1 Mei 2006)
PENGENALAN
 HARTA paling berharga bagi sebuah negara adalah memiliki warga

berkualiti yang disifatkan sebagai modal insan bagi memacu kegemilangan.

 Cabaran pembinaan modal insan juga terletak sebahagian besarnya dalam

kalangan pendidik yang relatifnya terbabit dengan dunia pendidikan dan

latihan untuk mengembangkan potensi, bakat dan kualiti generasi muda.


 Pendidikan memainkan peranan amat penting di
dalam menyediakan negara dengan modal insan
berkualiti yang memiliki sahsiah terpuji,
berkemahiran tinggi, serta mampu berfikir secara
kreatif dan kritis khususnya untuk mengisi arus
pemodenan menuju Wawasan 2020.
 Antara tugas penting warga pendidik di dalam
membangun modal insan ialah membentuk
personaliti unggul di dalam membina
kepemimpinan yang kental.

 Personaliti unggul inilah bakal diterjemahkan


menerusi peribadi mulia, mempunyai sifat
amanah dan kepemimpinan mulia serta
berdisiplin dalam setiap tugasan yang dijalankan.
 Antara tugas utama warga pendidik ialah
meningkatkan keupayaan, minat, dan bakat murid
bagi menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran.

 Maka cabaran warga pendidik pastinya menyemai


benih nilai murni ke arah pembentukan personaliti
unggul. Perancangan rapi harus direncana bagi
merealisasikan impian berkenaan.
Penguasaan bahasa Inggeris sebagai penambah nilai
modal insan dikenal pasti antara perkara dititikberatkan
menerusi beberapa strategi di bawah:
 Program bacaan awal berstruktur sekolah rendah bagi menanam
minat membaca dan bertutur di kalangan murid;

 Program sastera kontemporari sekolah rendah bagi meningkatkan


minat membaca, bertutur dan memperluaskan kosa kata bahasa
Inggeris di kalangan murid;

 Rancangan aktiviti selepas peperiksaan UPSR bagi mempersiapkan


murid Tahun Enam dengan pengajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris.
 Selain itu, pendidikan sains adalah usaha memperkasakan

minda saintifik di kalangan murid. Rangsangan minda mampu

melahirkan murid berfikir secara kreatif dan inovatif serta

mempunyai daya inkuiri yang tinggi. Untuk itu, pengenalan

Program F1 Technology Challenge and Robotic kendalian

Kementerian Pelajaran memberikan pendedahan minat

berfikiran ala saintifik dan berinovasi di kalangan anak muda.


 Galakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran seperti pengenalan pengajaran ICT
Learning seawal peringkat tahap satu di sekolah
rendah pula dapat merangsang minda murid untuk
menerapkan elemen teknologi maklumat dalam
pemikiran bercorak futuristik.
 Pembangunan modal insan juga dititikberatkan
melalui pembentukan keterampilan dan sahsiah
unggul. Di peringkat Kementerian Pelajaran, usaha
itu digarap melalui pemantapan kurikulum sedia ada.
Rentasan nilai murni banyak diterapkan melalui mata
pelajaran Pendidikan Islam dan Moral.
 Pada 2005, pemerkasaan pengajaran Pendidikan Islam
diserlahkan melalui pelaksanaan program j-QAF. Penulis adalah
guru yang melaksanakan program cetusan idea Perdana Menteri
ini.

 Matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pula diperkenalkan


pada 2005 kepada murid tahun empat dan pelajar tingkatan satu
bagi meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab dan
peranan warga negara yang berkualiti.
 Pemantapan aktiviti kokurikulum pula bakal melonjakkan
potensi kepemimpinan dalam memastikan keseimbangan
potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

 Memorandum Langkah Untuk Memantapkan Program


Kurikulum pada 2005 memutuskan pembabitan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum menyumbang 10 peratus kepada syarat
kelayakan memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam,
Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Teknik.
Pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
dapat membina modal insan cemerlang dari segi:

 Meningkatkan kemahiran sosial dan interaksi


seterusnya memperkukuhkan integrasi kaum.

 Melengkapkan diri pelajar dengan kualiti


kepemimpinan, jati diri dan daya tahan.
 Memperkukuhkan disiplin diri melalui
penyemaian sahsiah diri dan pematuhan kepada
konsep rukunegara.

 Mencungkil bakat dan potensi diri.

 Menyingkap minat murid terhadap kepelbagaian


aktiviti luar dan mencabar.
 Modal insan kelas pertama tidak hanya hebat dengan
kepakaran dan kemahiran, tetapi harus mengamalkan
budi bahasa dan pekerti mulia. Untuk itu, Kempen
Budi Bahasa dan Nilai Murni menjadi teras
pembinaan modal insan berbudaya unggul.
 Penganjuran kempen itu dengan harapan murid
dapat menghayati rukunegara serta dididik agar
menghayati amalan hidup berbudi bahasa,
menghormati orang lain serta meneguhkan
pengajaran nilai merentas kurikulum.
 Bagi memperkukuhkan jatidiri, aspek pengukuhan
disiplin juga menjadi keutamaan warga pendidik.
Melalui kempen Anti Buli, Anti Ponteng dan
pembabitan ahli masyarakat dalam kempen
pencegahan salah laku murid, diharapkan sedikit
sebanyak membantu usaha mendisiplinkan murid.
 Berdasarkan statistik daripada Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010 di bawah
sub Membangun Modal Insan, kes disiplin
sekolah sudah menurun.

 Penurunan sebanyak 0.04 peratus iaitu daripada


2.11 peratus pada 2003 kepada 2.07 peratus pada
2004 manakala penurunan sebanyak 0.33 peratus
iaitu daripada 2.07 peratus bagi 2004 kepada 1.74
peratus bagi 2005.
 Ini adalah hasil permuafakatan semua pihak
memastikan modal insan yang dilahirkan
berdisiplin tinggi serta bermaruah
RUJUKAN
 http://www.anakku.my/artikel.php?ar=4

 http://pkgcheras.net/v1/index.php?option=com
_content&task=view&id=130&lang=ms&Item
id=184
SEKIAN, TERIMA
KASIH

You might also like