You are on page 1of 1

EDUCATION of ELAKSAMANA

1.5 HALA TUJU NEGARA

1.5.1 Cabaran Wawasan 2020

1. Pada 28 februari 1991, di majlis pelancaran Malaysian Business Council, Dr. Mahathir Mohamad telah
mengemukakan idea gagasan pembangunan masa depan negara iaitu wawasan 2020.
2. Sasarannya adalah menjadikan Malaysia negara maju mengikut acuan sendiri.
3. Wawasan 2020 mempunyai 9 cabaran utama iaitu :
 Cabaran pertama
Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjungi masa depan yang
dikongsi bersama.
 Cabaran kedua
Melahirkan masyarakat malaysia yang bebas, teguh dan terbentuk jiwanya, bangga akan
keadaannya dan segala sesuatu yang dicapainya dan cukup tangkas untuk menghadapi segala
macam rintangan.
 Cabaran ketiga
Membentuk dan memperkembangkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan
satu bentuk demokratik malaysia yang unggul berasaskan muafakat dan musyawarah dan dapat
pula dicontohi oleh negara-negara membangun yang lain.
 Cabaran keempat
Membentuk masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai
nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi budi pekerti yang mulia.
 Cabaran kelima
Mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran.
 Cabaran keenam
Membentuk masyarakat bersifat sains serta progresif.
 Cabaran ketujuh
Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang.
 Cabaran kelapan
Menjamin pembentukan negara yang adil ekonominya.
 Cabaran kesembilan
Mewujudkan masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan,
bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya tahan tinggi.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2010

You might also like