P. 1
definisiBPR

definisiBPR

4.5

|Views: 677|Likes:
Published by anon-586737

More info:

Published by: anon-586737 on Jun 20, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/14/2011

pdf

text

original

Sections

1.

0

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latihan Industri 1.1.1 Definisi Latihan Industri Latihan Industri merupakan salah satu syarat wajib bagi semua pelajar Sekolah Teknologi Maklumat (STM) bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan kepujian (BIT Hons). Latihan industri yang perlu dilalui oleh para pelajar ini merupakan bentuk latihan kerja di organisasi atau industri tertentu di bidang teknologi maklumat dalam jangka masa yang ditetapkan . Tujuan utamanya adalah untuk mendedahkan pelajar kepada persekitaran kerja sebenar serta mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar di samping mempraktikkan apa yang dipelajari di dewan-dewan kuliah universiti dalam suasana yang lebih mencabar.

Pendekatan yang digunakan di antara pihak majikan dengan pihak Universiti Utara Malaysia adalah bersifat perkongsian. Pelajar akan berperanan untuk membantu organisasi dalam membangunkan Teknologi Maklumat mereka selain mempelajari perkara-perkara baru di organisasi. Pihak organisasi akan memberi maklum balas mengenai pelajar tersebut agar segala kelemahan dan kekurangan

akan dijadikan sebagai panduan dalam memenuhi permintaan tenaga kerja di dalam bidang ini.

1.1.2

Objektif Latihan Industri Terdapat beberapa objektif yang menjadi asas kepada pelajar untuk memahami konsep Latihan Industri, antaranya ialah: i. Mengetahui dan memahami aspek serta situasi pekerjaan di organisasi/industri bagi mendapat

kemahiran asas professional (kemahiran menganalisis, membina dan mengurus sistem) dalam jangka masa yang ditetapkan. ii. Mendapatkan kemahiran berkomunikasi disamping pengetahuan pengurusan, perancangan dan

penyelesaian masalah. iii. Mendapatkan pendedahan kepada teknologi-teknologi baru yang diimplementasikan. iv. Menghayati falsafah dan nilai etika profesion di bidang yang tertentu. v. Membina dan meningkatkan daya kreativiti serta dapat menyumbang idea yang bermutu kepada organisasi/industri. vi Menjalin hubungan dengan ahli professional di luar kampus serta memperkenalkan universiti kepada organisasi.

1.1.3

Falsafah Latihan Industri Universiti Utara Malaysia Bagi Pelajar Sekolah Teknologi Maklumat Berbanding bagi pelajar jurusan lain, latihan industri bagi pelajar Sekolah Teknologi Maklumat adalah menjadi syarat wajib untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan kepujian (BIT Hons). Bagi sesi Latihan Industri A012, latihan ini bermula pada 19 Mac 2002 dan berakhir pada 18 Julai 2002. Tujuan latihan industri diwajibkan kepada semua pelajar BIT adalah agar latihan yang dilalui oleh setiap pelajar dapat memberikan pengalaman suasana bekerja, mempertingkatkan pengetahuan pelajar terhadap organisasi atau industri yang diminati dan juga memberi peluang kepada mereka untuk menjalankan tugas sebenar dalam suasana yang lebih global dan mencabar. Ini bermakna, kerja yang dihasilkan bukan sahaja untuk mempertingkatkan kemahiran belajar malah dapat membantu organisasi berkenaan. Pada akhir tempoh latihan industri, penilaian akan dibuat berdasarkan kepada apa yang telah dihasilkan oleh pelajar. Ini termasuklah pembentangan latihan yang akan dihadiri oleh penyelia latihan industri dan juga penyelia majikan atau wakilnya. Penyelia majikan akan diberikan borang sulit untuk tujuan penilaian ke atas prestasi pelajar dari segi disiplin, kerja dan

sebagainya. Gred yang diperolehi akan diambil kira dalam pengiraan mata gred keseluruhan (PMK) pelajar.

1.1.4

Latar Belakang Organisasi Latihan Industri Pelajar Latihan industri pelajar telah dijalankan di Centre for Advanced Software Engineering (CASE), Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, 54000 Kuala Lumpur. Latihan industri ini telah mengambil tempoh selama empat bulan iaitu bermula pada 19 Mac 2002 dan tamat pada 18 Julai 2002. Seramai empat orang pelajar jurusan teknologi maklumat dari setiap bidang penkhususan dari Universiti Utara Malaysia telah di tempatkan di CASE untuk menjalani latihan praktikum iaitu Mohd Helmy Abd Wahab (Artificial Intelligence), saudara Shariful Hafizi Md Hanafiah (Information Management), saudara Iman Hazwam Abd Halim (MultiMedia) dan saudara Kamal Hijjal Kassim(Networking). Pelajar di selia oleh dua orang penyelia di mana En. Azri Hj. Azmi selaku penyelia majikan dan Pn. Azizah Ahmad selaku pensyarah penyelia. Di CASE, pelajar telah dipecahkan kepada dua kumpulan di mana kumpulan pertama, Helmy bersama saudara Hafizi dan saudara Hazwam bersama saudara Kamal untuk kumpulan kedua. Setiap kumpulan mempunyai dua projek dimana satu projek minor dan satu projek major. Bagi kumpulan pertama, projek minor adalah untuk membangunkan Sistem Invois CASE menggunakan Microsoft Access manakala Sistem Maklumat Pelajar Berasaskan Web merupakan projek major.

1.2

Latar Belakang Organisasi Industri 1.2.1 Pengenalan Kepada Organisasi Kemahiran pembangunan perisian menjadi semakin penting dan merupakan kunci utama kepada kejayaan organisasi pada hari ini. Seiring dengan kepesatan dan perkembangan serta perubahan yang mendadak di dalam teknologi perkomputeran, Centre for Advanced Software Engineering (CASE) adalah merupakan salah satu daripada Pusat Kecemerlangan yang berada di bawah naungan Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat di Universiti Teknologi Malaysia Kampus Kuala Lumpur. CASE juga bertanggungjawab untuk menjalankan projek usahasama di antara Universiti Teknologi Malaysia dan Universite Thales yang terletak di Perancis. Universiti Thales merupakan institusi pendidikan yang bertanggungjawab mengendalikan latihan bagi kumpulan Thales-CASE. Latihan yang ditawarkan adalah berbentuk diploma dan sarjana yang dilaksanakan secara usaha sama dengan mana-mana universiti, sekolah siswazah dan institusi yang terpilih di peringkat antarabangsa. Kewujudan CASE adalah bertujuan untuk memberi dan mewujudkan peluang kepada industri-industri atau individu-individu tempatan yang akan dilatih di dalam setiap aspek pembangunan perisian melalui program-program yang ditawarkan, iaitu;

M. Sc. dalam Kejuruteraan Perisian Masa Nyata (Sepenuh Masa / Separuh Masa) Pengajian Lanjutan (Continuing Education) Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Antara organisasi yang terlibat dengan CASE di dalam mewujudkan budaya kejuruteraan perisian ialah Malaysia Airline System (MAS), Texas Instruments, CELCOM, Time Engineering, Sapura-Thomson Radio Communication, Royal Malaysian Navy, SIRIM, MIMOS, TELEKOM Malaysia, Hikmah Technology, Medical Online Sdn Bhd, Motorola dan banyak lagi. CASE diketuai oleh Profesor Dr. Norbik Bashah Idris selaku Pengarah, En Suhaimi Ibrahim selaku Koordinator Program Sarjana, dan dibantu oleh beberapa tenaga kakitangan yang lain seperti Pegawai Pentadbiran dan Pemasaran, Pegawai Kewangan, para pensyarah dan kakitangan-kakitangan sokongan yang lain.

1.2.1.1 M. Sc. Dalam Kejuruteraan Perisian Masa Nyata (Sepenuh Masa / Separuh Masa) Pihak CASE menawarkan pengajian peringkat sarjana dengan menumpukan pada bidang akademik, kemahiran dan latihan praktikal. Ketika tempoh pengajian, para pelajar akan membangunkan perisian masa nyata, direkabentuk dari fasa

spesifikasi sehingga fasa pengujian dengan mendedahkan kepada standard perisian iaitu U.S. DoD-Std-21679A.

1.2.1.2 Pengajian Lanjutan (Continuing Education) Pihak CASE turut menawarkan beberapa kursus jangka pendek dengan memberi penekanan serta merangkumi bidang kejuruteraan perisian. Berikut merupakan senarai kursus jangka pendek yang ditawarkan:-

Jadual 1 : Senarai Kursus Pendek KURSUS 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Pengaturcaraan UNIX dan C (Permulaan) Pengaturcaraan UNIX dan C (Lanjutan) Keserempakan dan Masa Nyata Kursus Spesifikasi Kursus Rekabentuk Pengurusan Projek Perisian Pengurusan Konfigurasi Perisian Pengujian dan Kualiti Perisian Analisis dan Rekabentuk Berorientasikan Objek menggunakan Unified Modelling Language dengan Visual Basic/Java/C++ 10. Kejuruteraan Perisian (U.S. DoD-2167A) 10 Conversion Course 3-5 TEMPOH (HARI) 5 5 3-5 3-5 3-5 3-5 1-3 3

11.

Penyelenggaraan Perisian

5

Pihak CASE akan menganugerahkan sijil kepada individuindividu yang berjaya menamatkan setiap kursus yang diambil. 1.2.1.3 Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Penyelidikan dan pembangunan dijalankan dengan tujuan untuk menghasilkan dan mencari idea-idea dan peluang baru untuk memperbaiki kelemahan dan kekuatan industri. Bidang ini dilaksanakan dengan memberi tumpuan penuh kepada penyelenggaran perisian dan perisian untuk keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

1.2.2

Misi dan visi Centre for Advanced Software Engineering (CASE). i. Untuk memperkenalkan budaya dan suasana

kejuruteraan perisian sebagai pemangkin untuk memajukan dan mempelbagaikan industri perisian ke arah yang lebih global. ii. Untuk menawarkan program latihan bertaraf dunia dengan memberi penekanan kepada kemahiran dan pembangunan secara praktikal (skills and practical development).

iii.

Menawarkan perkhidmatan nasihat dan rundingan terutamanya di dalam kejuruteraan perisian masanyata (real-time software engineering).

Untuk merealisasikan misi-misi tersebut, pihak CASE akan mempromosikan kepakaran dan keupayaan teknikalnya kepada masyarakat dan negara; selaras dengan usahanya sebagai salah satu pusat kecemerlangan Universiti Teknologi Malaysia; dengan memberi penekanan di dalam bidang-bidang tersebut:-

i.

Metodologi Kejuruteraan Perisian Pihak CASE menggunakan standard

kejuruteraan perisian yang bertaraf dunia; DoD-Std2167A; yang diperkenalkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.;

ii.

Teknik dan Perkakasan Kejuruteraan Perisian Pihak CASE akan mengadaptasi teknik dan perkakasan kejuruteraan perisian yang digunakan oleh industri-industri di Amerika Syarikat dan Eropah. Contohnya; Hatley/Pirbhai; SART berdasarkan StP (StP kepada tool),

perkakasan

Rekabentuk Berorientasikan Objek (Object Oriented Design) berdasarkan kepada Booch, Teknik dan

Perkakasan Pengujian seperti ATTOL and Logiscope dan Rational.

iii.

Konsep Masa-Nyata Pihak CASE akan menumpukan kepada pembangunan perisian masa-nyata yang digunakan secara meluas di dalam aplikasi-aplikasi komputer peribadi dan perisian sistem maklumat tradisional.

iv.

Projek Perisian dan Pengurusan Konfigurasi Pembangun perisian (software developers) dan para pengurus dari industri-industri Eropah dan ASEAN akan mengawal selia pengurusan projek, konfigurasi dan modul Capability

pengurusan

Maturity Model (CMM modules).

Dengan mengimplementasikan konsep-konsep di atas, pihak CASE akan memperluaskan dan mempromosikan kepakarannya di dalam bidang-bidang yang berkaitan kejuruteraan perisian dengan menjanjikan perkhidmatan yang berkualiti.

2.0

DEFINISI PROJEK 2.1 Pengenalan 2.1.1 Pengenalan Kepada Aplikasi Berasaskan Web Aplikasi berasaskan web merupakan aplikasi yang dibina di atas persekitaran web iaitu di dalam rangkaian sama ada jenis

rangkaian kecil (peer-to-peer), pelayan fail (file server), rangkaian telefon dan Internet, Intranet atau Extranet. Oleh kerana aplikasi tersebut berada di dalam rangkaian, secara tidak langsung ia membolehkan mana-mana terminal yang mempunyai sambungan kepada rangkaian-rangkaian tersebut boleh mencapai aplikasi tanpa mengira lokasi. Kenapa berasaskan web? Tiga sebab utamanya ialah cross platform, wujudnya rangkaian yang besar dan adanya alatan yang piawai dan mudah didapati. Cross platform bermaksud pengguna boleh mencapai aplikasi di dalam rangkaian tersebut dengan syarat terminal atau komputer yang digunakan mestilah mempunyai sambungan kepada rangkaian tersebut. Apabila wujudnya satu rangkaian yang besar, ini

membolehkan pengguna mencapai data dari mana-mana lokasi dan melaksanakan operasi-operasi asas bagi sesuatu sistem maklumat seperti tambah, hapus, edit dan cetak data atau rekod.

Sejak wujudnya aplikasi berasaskan web yang semakin meluas, banyak perkakasan dan perisian telah dihasilkan. Namun demikian, ke semua perkakasan atau perisian yang dihasilkan tersebut memenuhi piawaian yang ditetapkan dan mudah didapati.

2.2

Latar Belakang Projek Dalam mengharungi cabaran ke alaf baru, pihak pentadbiran CASE telah berusaha untuk memajukan sistem pentadbiran yang sedia ada dari semasa ke semasa. Oleh itu bagi memastikan wacana pembaharuan ini terlaksana dengan jayanya pihak pengurusan CASE telah cuba membuat perubahan ke atas sistem pentadbiran ke arah lebih efisyen, dinamik, ramah pengguna serta boleh dikongsi bersama dengan mengeksploitasi dan mengambil kesempatan serta kelebihan yang disediakan oleh keupayaan teknologi perkomputeran pada hari ini.. Ini kerana sistem yang sedia ada adalah bersifat manual dan mempunyai beberapa kelemahan. Sistem yang berkonsep web-based ini dicadangkan untuk membantu dan meningkat upaya pengurusan pihak kampus terutamanya di CASE khususnya dalam menguruskan para pelajar sarjana yang akan menamatkan pengajian mereka pada tahun semasa. Sistem ini juga akan dibangunkan untuk mengimplementasikan sistem pemberian markah dan gred secara automatik dan secara tak langsung juga akan mengenalpasti dan mengkategorikan para pelajar sarjana tersebut.

Sistem yang berkonsep web-based ini juga mampu untuk mengenalpasti mana-mana pelajar yang akan mengalami masalah untuk menamatkan pengajian pada tahun semasa. Selain itu juga, ia akan membantu pihak pengurusan mengelakkan dari berlaku atau timbulnya sebarang masalah sebelum senarai akhir pelajar yang akan tamat pengajian berdasarkan kepada kuantiti, gred, dan kategori secara berkelompok atau individu di mana sistem juga berkemampuan untuk menghasilkan laporan. Pihak kami akan membangunkan sistem di dalam persekitaran webbased kerana aplikasi yang berbentuk web-based adalah lebih efisien dan mudah untuk dicapai. Di samping itu juga, aplikasi berasaskan web ini memberi keuntungan kerana pembangunannya tidak memerlukan kos yang tinggi. Selain itu juga, data boleh dikemaskini sekerap mungkin dan para pensyarah boleh mengakses dari mana-mana platform yang berada di dalam kampus. Ciri-ciri keselamatan turut disediakan sebagai langkah keselamatan untuk menjamin keselamatan rekod.

2.3

Penyataan Masalah Dalam mengharungi cabaran ke alaf baru, pihak CASE telah berusaha untuk menjadikan sistem pentadbiran yang lebih sistematik dan tersusun. Oleh itu bagi memastikan wacana pembaharuan ini terlaksana dengan jayanya, pihak pengurusan CASE telah cuba membuat perubahan ke atas sistem pentadbiran ke arah lebih efisyen, dinamik, ramah pengguna serta boleh dikongsi bersama. Ini kerana sistem yang sedia ada adalah bersifat manual dan mempunyai beberapa kelemahan dan masalah yang timbul dari penggunaan sistem yang sedia ada:-

1. Kesukaran untuk menjejaki prestasi pelajar pada tahun semasa dan lepas. Dengan menggunakan sistem ini, urusan pihak pentadbiran CASE menjadi lebih mudah untuk menjejaki prestasi semasa bagi para pelajarnya. Dengan memantau prestasi semasa para pelajarnya, pihak CASE mampu mengekalkan kecemerlangan dan boleh membuat segala perancangan untuk menghadapi segala bentuk masalah pelajar yang mungkin timbul.

2. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan ketidak adilan di dalam pemberian markah dan gred kepada pelajar. Sebelum pihak CASE membentangkan keputusan

peperiksaan kepada pihat senat, pihak CASE boleh mengenal pasti mana-mana pelajarnya yang mungkin menghadapi masalah untuk menamatkan pengajian pada tahun tersebut. Dengan kewujudan sistem ini, sebarang kekeliruan dan ketidak adilan di dalam pemberian markah dapat dielakkan. Ini kerana tidak semua pengguna mempunyai autoriti untuk mengubah sebarang keputusan pelajar, hanya pengguna yang memegang status sebagai ‘administrator’ sahaja yang layak berbuat demikian.

3. Kebarangkalian kehilangan data adalah tinggi. Banyak pihak sebelum menggunakan sebarang sistem merungut mengenai jaminan bahawa data-data dan rekod-rekod

yang disimpan secara manual hilang. ‘Hilang’ yang dimaksudkan adalah mungkin disebabkan pelbagai faktor seperti kecuaian pengguna, bencana alam, kecurian dan pelbagai lagi. Dengan menggunakan sistem maklumat secara berkomputer, risiko untuk berlakunya ke‘hilang’an adalah lebih rendah. Selain itu juga, setiap pengguna mempunyai kata laluan masing-masing dan hanya pengguna tertentu sahaja yang mempunyai bidang kuasa yang lebih seperti ‘administrator’ mempunyai autoriti yang lebih berbanding dengan pengguna umum

4. Pembaziran masa dan kos. Sistem pentadbiran CASE bersifat manual. Oleh itu, ianya memakan masa, tidak sistematik, kebanyakan maklumat tidak dapat dikemaskini dengan cepat, penggunaan borang yang terlalu banyak dan tidak wujud hubungan elektronik di antara semua warga UTM. Malahan sistem yang merupakan aplikasi berasaskan web ini mudah dicapai pada mana-mana terminal dengan syarat di dalam rangkaian Intranet CASE sahaja.

5. Sistem manual yang ada tidak mendorong ke arah budaya kerja elektronik dan digital Sistem manual yang ada tidak mendorong ke arah budaya kerja elektronik dan digital yang merupakan asas kepada pentadbiran era moden serta tidak efisyen kerana sumber-sumber seperti komputer tidak dapat dimanfaat secara sepenuhnya.

Oleh itu, projek ini merupakan satu pembaharuan yang positif dalam menjadikan CASE sebagai institusi yang bertaraf elektronik dan merupakan salah satu daripada Pusat Kecemerlangan Universiti Teknologi Malaysia.

2.4

Objektif Projek Objektif projek yang dijalankan memberikan penekanan tentang pembaharuan kepada sistem yang sedia bagi memastikan kelicinan dan kemampanan pentadbiran CASE. Di antara objektif projek pembangunan ini adalah: i. Untuk membantu pihak pengurusan dalam menjejak dan merekod prestasi para pelajar pada tahun lepas dan semasa. ii. Menetapkan piawaian standard di dalam pemberian markah dan gred kepada pelajar iii. Untuk memastikan keselamatan data sekiranya berlaku sebarang bencana atau kemalangan. iv. Perkongsian penggunaan perkakasan dan perisian aplikasi secara optimum. v. Membudayakan kerja secara digital bagi memastikan para kakitangan tidak ketinggalan dalam era elektronik. vi. Membangunkan sistem yang boleh digunakan oleh semua client yang memudahkan urusan semasa sama ada yang berbentuk personel, pengurusan pentadbiran dan akademik.

vii.

Membolehkan sistem pemprosesan dan capaian maklumat secara maya – ini bererti proses akan berlangsung dengan lebih cepat, sistematik dan tepat.

viii.

Mengurangkan

pembaziran

masa

ke

atas

proses

pengemaskinian, serta dapat mengatasi masalah pertindihan data yang sering terjadi. ix. Meningkatkan produktiviti menerusi pembuatan keputusan yang lebih jitu, penggunaan masa secara lebih efektif dan penjimatan kos. x. Menyimpan data pengguna secara sistematik bagi

memudahkan capaian maklumat dalam pelbagai bentuk. Ia juga akan mempercepatkan integrasi data antara rekod-rekod pengguna. xi. Menjana laporan-laporan tertentu yang bermanfaat kepada pengguna terutamanya pihak pentadbiran sekolah. Ini akan membawa kepada pembuatan keputusan serta penganalisaan yang lebih mudah.

2.5

Skop Projek Projek ini tertumpu kepada pembangunan aplikasi di dalam rangkaian bagi Sistem Maklumat Pelajar. Sistem ini dibangunkan kerana untuk memudahkan pengurusan pihak CASE untuk menguruskan para pelajarnya. Walaupun pihak CASE mengendalikan pelbagai program peringkat sarjana dan Doktor Falsafah, namun domain bagi sistem ini hanya tertumpu kepada rekod pelajar-pelajar sarjana sahaja. Memandangkan projek

ini merupakan projek sistem berasaskan web, maka bahasa pengaturcaraan yang dipilih ialah ASP iaitu singkatan kepada Active Server Pages di mana ia merupakan bahasa sebelah pelayan(server) untuk memproses permintaan dari pengguna di platform pelanggan(client). Disamping ASP, terdapat juga bahasa-bahasa sampingan iaitu Javascript, Vbscript dan HTML sebagai bahasa skrip sebelah pelanggan (client). Perisian yang digunakan dalam pembangunan projek ini ialah :-

i.

Microsoft Frontpage 2000 Microsoft FrontPage digunakan untuk membangunkan sistem kerana ia mempunyai alat(tool) untuk membuat antaramuka sistem, di samping itu juga ia mempunyai tool untuk membuat pengaturcaraan skrip.

ii.

Microsoft Internet Information Server Microsoft Internet Information Server atau IIS merupakan satu komponen Microsoft Windows 2000. Ia berfungsi sebagai web server kepada sistem berasaskan web. Tanpa web server sesuatu sistem berasaskan web tidak boleh menjalankan operasinya.

iii.

Pelayar Microsoft Internet Explorer Perisian ini merupakan perisian yang digunakan untuk melarikan sistem. Sistem berasakan web hanya akan berfungsi dengan adanya pelayar web. Walau pun terdapat pelbagai jenis pelayar web seperti Netscape, Opera, Neoplanet dan Mosaic, Internet Explorer adalah

lebih digalakkan untuk membolehkan sistem berfungsi dengan berkesan.

iv.

Microsoft Access 2000 Microsoft Access merupakan salah satu perisian pangkalan data yang digunakan untuk menyimpan rekod-rekod yang diproses oleh sistem. Projek sistem ini menggunakan platform Microsoft Access 2000 sebagai platform pangkalan data.

v.

Visual Interdev Visual Interdev meruapakan satu perisian persekitaran pembangunan untuk aplikasi-aplikasi berasaskan web. Perisian ini merupakan alternative kepada Microsoft FrontPage, tetapi ia mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak berbanding Mocrosoft FrontPage. Perisian ini membolehkan proses nyahralat dijalankan.

Kelima-lima perisian di atas merupakan perisian yang asas dan mesti ada untuk membolehkan sistem berfungsi dan diselenggara.

Sistem ini terbahagi kepada beberapa bahagian utama iaitu:i. Rekod pelajar Melalui bahagian ini, pengguna akan mencapai segala maklumat mengenai rekod pelajar di mana ia merangkumi:a. Capaian rekod pelajar secara individu b. Menyenaraikan pelajar mengikut batch

c. Menyenaraikan pelajar mengikut jenis pengajian d. Carian pelajar mengikut kata kunci (keyword) e. Senarai pelajar ikut filter settings

ii.

Rekod semester Bahagian ini, pengguna akan mencapai segala maklumat mengenai rekod semester pelajar di mana ia merangkumi:a. Lihat rekod semester pelajar secara individu b. Lihat rekod semester pelajar mengikut filter semester

iii.

Rekod peperiksaan Bahagian ini pula, pengguna akan mencapai segala maklumat mengenai rekod peperiksaan di mana ia merangkumi:a. Melihat transkrip keputusan peperiksaan pelajar secara individu. b. Melihat transkrip keputusan peperiksaan mengikut batch dan semester c. Semakan kursus-kursus yang telah diambil

iv.

Pentadbiran Bahagian pentadbiran ini mengandungi beberapa fungsi utama yang hanya boleh dicapai oleh pentadbir system sahaja. Antaranya :-

a. Terdpat fungsi untuk mendaftarkan pelajar baru

b. Fungsi pendaftaran rekod semester pelajar, pendaftaran ini terbahagi kepada dua iaitu pendaftaran secara individu dan pendaftaran berkelompok. c. Fungsi penambahan dan pengguguran matapelajaran serta fungsi tangguh matapelajaran. d. Modul kemasukan markah pelajar, sama ada secara individu ataupun berkelompok. e. Modul penyelenggaraan iaitu modul untuk pengemaskinian rekod termasuk rekod pelajar, rekod semester, rekod

matapelajaran, rekod program serta rekod senarai matapelajaran.

3.0

METODOLOGI

3.1

Kaedah Penyelesaian Masalah Pelbagai metodologi telah diperkenalkan di dalam pembangunan sesebuah sistem. Ini adalah kerana untuk memastikan projek pembangunan sistem dapat dibangunkan dalam masa yang telah ditetapkan. Di dalam menjayakan projek sistem maklumat bagi pelajar sarjana CASE ini, metodologi yang digunakan adalah metodologi FAST. FAST ialah Facilitated Application Specification Techniques juga merupakan

metodologi yang menyokong pelbagai jenis projek termasuk Pembangunan Aplikasi, Perancangan Strategi, Analisis Domain Perniagaan (BAA), Sistem Sokongan Pemutusan (DSS), dan Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan Semula Proses Perniagaan (BPR). Melalui metodologi ini, sistem ini dibangunkan dengan terancang dan ia merupakan satu pembangunan aplikasi kepada CASE. Ini adalah untuk melihat kemungkinan adanya proses atau tugas yang bertindih dan menyusun semula proses tersebut bagi meningkatkan keberkesanan proses-proses dalam organisasi.

3.2

Rekabentuk Sistem

Terdapat tujuh fasa dalam metodologi FAST, ianya merangkumi tujuan, pihak yang terlibat, prasyarat, aktiviti dan hasilan. Antara fasa metodologi FAST ialah:i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Fasa Tinjauan (survey phase). Fasa Kajian (study phase). Fasa Definisi (denition phase) Fasa Halatuju (targeting phase). Fasa Rekabentuk (design phase). Fasa Pembinaan (constuction phase). Fasa Penghantaran (delivery phase).

Metodologi FAST merupakan metodologi berbentuk repository-based di mana:Setiap fasa; termasuk semua aktiviti-aktiviti di dalam setiap fasa; berhubung secara merentasi shared repository. Pelaksanaan tidak perlu mengikut turutan atau keutamaan mengikut fasa (overlap), dengan syarat semua maklumat yang berkaitan terdapat di dalam repository. Secara tidak langsung, metodologi FAST membolehkan pembangun sistem (system developer) untuk menjejaki sebarang kesalahan dan masalah sekiranya timbul. Metodologi FAST dipilih disebabkan metodologi ini terdiri daripada beberapa gabungan teknik-teknik popular yang sering digunakan oleh system developer iaitu:-

i.

analisis berstruktur atau model proses (structured analysis via process modelling).

ii.

kejuruteraan maklumat atau model data (information engineering via data modeling).

iii.

prototaip atau RAD (prototyping via Rapid Application Development).

iv.

Joint Application Development (JAD).

Metodologi FAST membolehkan system developer melakukan analisis berorientasikan objek dan digabungkan dengan object paradigm iaitu teknologi objek untuk membangunkan prototaip. Selain itu, metodologi ini juga menyokong pelbagai pembangunan jenis projek yang berbeza seperti:-

i. ii.

pembangunan aplikasi (application development). perancangan planning; ISP). strategi maklumat (information strategy

iii. iv.

kajian domain perniagaan (business area analysis; BAA). pembangunan sistem sokongan pemutusan (decision support system development; DSS Development).

v.

proses penstrukturan semula perniagaan (business process redesign; BPR).

3.2.1

Fasa Tinjauan Tujuan pelaksanaan fasa ini adalah untuk menetapkan skop dan fokus projek, jadual dan tenaga kerja yang terlibat,

mengenalpasti masalah dan peluang, dan arahan luaran/dalaman yang mencetuskan idea pembangunan sistem. Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah:-

i.

Kajian masalah dan peluang. Kajian mengenai sistem berasaskan web ini telah dijalan secara meninjau sistem-sistem sedia ada di universiti-universiti dengan lain. Bagi mendapatkan beberapa sesi

maklumat

lebih

jelas,

perbincangan diadakan dengan Pengurus Program Sarjana En. Suhaimi Ibrahim bagi mengenalpasti keperluan sistem serta aliran sistem berfungsi.

ii.

Perbincangan mengenai skop projek. Hasil perbincangan dengan En. Suhaimi juga skop projek sistem maklumat pelajar berasaskan web ini adalah dapat ditentukan dimana ia tertumpu kepada penyimpanan dan pengemaskinian rekodrekod pelajar sarjana sahaja dan ianya hanya pelajar sarjana yang megikuti program di CASE sahaja dan tidak melibatkan pelajar-pelajar sarjana lain. Dari segi domain sistem pula ia tertakluk hanya liputan rankaian intranet CASE.

iii.

Merancang projek Perancangan projek bermula dengan

penghasilan kertas cadangan setelah berbincang dengan staf-staf atasan CASE.

Pada fasa ini juga carta perancangan projek dihasilkan serta menyedia dan menentukan perisian-perisian yang akan digunakan untuk membangunkan sistem tersebut. Sistem yang akan

dibangunkan ini menggunakan bahasa pengaturcaraan ASP (Active Server Pages).

3.2.2

Fasa Kajian Tujuan pelaksanaan fasa ini adalah untuk mengenalpasti dan menganalisis domain masalah perniagaan dan masalah teknikal bagi setiap masalah, sebab dan kesannya secara spesifik. Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah:-

i.

Memodelkan sistem semasa. Bagi situasi projek sistem ini, CASE sebelum ini belum mempunyai sistem semasa dan sebelum ini semua kerja-kerja mengemaskini rekod dilakukan secara manual.

ii.

Analisis proses sistem semasa. Bagi sistem semasa, iaitu sistem secara manual, semua kerja- kerja mengemaskini rekod perlu mengisi borang dan kemudian ianya akan disimpan di dalam komputer menggunakan Microsoft Excel. Semua rekod-rekod pelajar hanya disimpan dalam Excel sahaja dan proses nak menjejaki semula rekodrekod mengambil masa dan kebarangkalian

pertindihan rekod agak tinggi kerana ia dikendalikan secara manual.

3.2.3

Fasa Definisi Tujuan pelaksanaan fasa ini adalah untuk mengenalpasti dan menganalisis keperluan perniagaan yang diperlukan dan

menyelesaikan masalah secara teknikal. Aktiviti – aktiviti yang terlibat ialah:-

i.

Membuat garis kasar keperluan perniagaan. Bagi projek sistem maklumat berasaskan web ini, semua keperluan telah dirancang dan disenaraikan secara umum. Semua keperluan yang disenaraikan akan dilaksanakan dengan memodelkan setiap

masalah secara spesifik

ii.

Memodelkan keperluan perniagaan. Bagi membolehkan penyelesaian dicapai, semua masalah telah dimodelkan dengan terhasilnya senibina sistem secara umum, gambarajah aliran data, gambarajah konteks dan gambarajah hubungan entiti. Kesemua gambarah menggambarkan intergriti sesuatu modul serta data dan proses. Gambarajah Konteks menunjukkan pengguna yang terlibat dengan sistem, Gambarajah aliran data menerangkan proses-proses yang berlaku dalam sistem dan gambarajah hubungan entiti menunjukkan hubungan data yang berlaku dalam sistem.

iii.

Membina prototaip yang dicadangkan. Di fasa ini juga prototaip sistem dibangunkan. Tujuan ia dibangunkan adalah untuk memastikan semua keperluan dipenuhi.

3.2.4

Fasa Halatuju Tujuan pelaksanaan fasa ini adalah untuk mengenalpasti dan menganalisa penyelesaian alternatif serta mencadangkan sistem

yang akan direka serta diimplimentasikan. Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah:i. Kenalpasti penyelesaian alternatif.

ii.

Menilai setiap penyelesaian alternatif dari sudut teknikal, operasi dan jadual kebolehlaksanaan. .

3.2.5

Fasa Rekabentuk Tujuan pelaksanaan fasa ini adalah untuk menentukan keperluan teknikal untuk membangunkan sistem yang dicadangkan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:-

i.

Analisa dan pembahagian data. Bagi projek sistem berasaskan web ini, semua data-data telah di kategorikan dengan terhasilnya gambarajah hubungan entiti logikal. Di sini semua data-data adalah berkait antara satu sama lain. Ia juga bertujuan untuk memastikan tiada pengulangan data berlaku.

ii.

Analisa dan pembahagian proses. Pembahagian proses dijalankan dengan

membina carta aliran data logikal bagi memastikan semua proses dapat dikategorikan.

iii.

Merekabentuk pangkalan data. Bagi merekabentuk pangkalan data untuk projek sistem ini, gambarajah hubungan entiti logikal di nilai semula dan di normalisasikan untuk menghasilkan gambarajah hubungan entiti fizikal

yang mirip kepada asas pembangunan pangkalan data sebenar. Setelah itu, satu skema pangkalan data akan terhasil dan bermula dari sini proses merekabentuk struktur pangkalan data dilaksanakan menggunakan Microsoft Access 2000.

iv.

Merekabentuk input dan output sistem. Semua input dan output akan dikategorikan mengikut jenis data yang akan diwakili. Sebagai contoh seperti Aktiviti mengkategorikan jenis data yang akan diinput dan dikeluarkan oleh sistem ini dijalankan selepas merekabentuk pangkalan data.

v.

Merekabentuk antaramuka pengguna. Pada peringkat ini, proses membangunkan antaramuka dijalankan bagi membolehkan gambaran lebih jelas dapat dilihat.

vi.

Persembahan (present and review) rekabentuk sistem. Setelah semuanya selesai, satu pembentangan tak rasmi dijalankan dan dihadiri oleh En. Suhaimi Ibrahim untuk menilai dan mengesahkan keperluan yang telah diaplikasikan.

3.2.6

Fasa Pembinaan

Tujuan pelaksanaan fasa ini adalah untuk membina dan menguji penyelesaian atau sistem sebenar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah:-

i.

Bina dan menguji pangkalan data. Struktur dibangunkan pangkalan akan diuji. data Tahap yang telah

pengujianan

dijalankan semasa pangkalan data itu kosong dan selepas pangkalan data itu dimasukkan rekod.

ii.

Bina dan menguji rangkaian. Semasa proses pembangunan sistem web ini, pengujianan teragih telah dijalankan di mana semua bahagian kemasukan data telah dibuat di komputer lain, dan dari komputer lain satu set capaian dan cetakan dibuat. Tujuannya memastikan sistem

berfungsi walaupun bukan dicapai di pelayan(server)

iii.

Menulis dan menguji program baru (unit or program testing & systems testing). Semua modul-modul sistem yang

dibangunkan akan diuji dari segi sintak dan logik. Semua ralat-ralat yang dihasilkan perlu diberi

sokongan ralat supaya ralat yang dikeluarkan sistem mudah difahami dan mudah ditangani. Dua jenis pengujianan telah dijalankan iaitu Black box testing dan white box testing. Black box testing dijalankan untuk memastikan sistem mengeluarkan output yang betul dengan input yang diberi. Kes ini tidak mengambil kira proses yang dijalankan oleh sistem. Pengujianan kedua ialah White box testing ialah mengambil semua faktor bukan sahaja input dan output tetapi dari segi proses yang dilaksanakan. Algoritma penyelesaian yang efektif diambil kira dalam pengujianan kotak putih ini serta ia boleh mengoptimakan ruang memori.

3.2.7

Fasa Penghantaran Tujuan pelaksanaan fasa ini adalah untuk menyelesaikan masalah harian pengguna sistem. Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah:-

i.

Pengendalian pengujian sistem. Semua pengujianan dijalankan dengan

menggunakan data-data sebenar dan telah dimasukkan dalam pangkalan data. Semua pengujianan yang dijalankan hendaklah merangkumi aspek logik dan ketelusan data.

ii.

Melatih pengguna sistem (system user) Bagi membolehkan sistem berfungsi dengan jayanya, satu sesi latihan akan diadakan. Iaitu satu manual akan disediakan dan para pengguna boleh menggunakan sistem.

3.3

Sumber Data Secara umumnya, data-data pelajar yang diinput didapati daripada pensyarah dan dimasukkan ke dalam pangkalan data. Selepas itu data-data tersebut akan dikemaskini dan dihantar ke cawangan induk untuk tujuan pengeluaran slip keputusan peperiksaan sebenar.

3.4

Perlaksanaan sistem

3.4.1

Tujuan menggunakan bahasa skrip HTML

HTML merupakan satu bahasa yang boleh menerbitkan maklumat secara global dan difahami secara universal. Semua komputer dianggap berpotensi untuk memahami HTML ini. Ia merupakan bahasa penerbitan yang digunakan di dalam WWW. Pemilihan penggunaan HTML kerana perkembangan penggunaannya yang semakin maju oleh penulis-penulis laman web dan pengeluar.

Penyemak simbas WWW akan terjemahkan kod HTML untuk memaparkan dokumen pada web. HTML adalah salah satu daripada versi SGML (Standard Generalized Markup Language). Ia adalah satu standard untuk menyusun dan tag elemen dokumen. Di antara tujuan memilih HTML ialah :

i)

Berpeluang untuk menerbitkan dokumen secara online yang mengandungi tajuk, teks, senarai, gambar, pilihan dan banyak lagi.

ii)

Capaian meklumat dapat dilakukan melalui pautan perkataan atau pautan gambar.

iii)

Borang

tempahan

produk

dapat

direkabentuk

dan

pelaksanaan transaksi jarak jauh seperti pencarian maklumat, tempahan dan pesanan dapat dilakukan.

HTML juga mampu membuat jadual, pengiraan, teks yang beroperasi di dalam imej, gambar beserta penerangan dan sebagainya. Dokumen HTML terletak antara tag <html>…..</html>. Terdapat dua jenis atribut yang boleh digunakan iaitu :

i)

Logikal : seperti bold, italik underline dan typewriter

ii)

Fizikal : kita menerangkan apa penekanan yang kita ingini

dan biarkan pelayar buat formatting sebenar.

3.4.2

Faedah penggunaan ASP

Kelebihan yang ada pada skrip ASP terletak pada kebolehan skrip ditulis dalam pelbagai bahasa dan boleh dicampuradukkan dalam satu dokumen seperti Jscript, VBScript, PERL, TCL dan sebagainya. Skrip ASP merupakan skrip aturcara yang diselitkan dalam dokumen HTML dan diterjemahkan oleh pelayan web. Arahannya diproses oleh pelayan untuk menghasilkan kod HTML dan tindakbalas akan dihantar kepada pelayar ia lebih tertumpu kepada pemprosesan logik perniagaan dan capaian data. Ia lebih berpusat kepada pelayan dan sebarang kekurangan pada pelanggan tidak akan memberikan masalah. Ia merupakan aplikasi yang mudah diselenggara dan tidak bergantung pada pelanggan. Dokumen mestilah dibina dengan extension ASP. Ianya perlulah diletakkan di dalam direktori perlaksanaan sahaja bukannya dalam direktori HTML biasa.

Skrip ASP ditulis dalam tag <%…%>. Pelayan web yang menyokong ASP ialah Personal Web Server, Internet Information Server dan Website. Walaubagaimanapun untuk projek sistem maklumat pelajar ini, Internet Information Server sebagai pelayan web. Di antara komponen-komponen ASP ialah Ad Rotator,

keupayaan pelayar, pautan kandungan, pembilang, permission checker dan sebagainya.

3.5.2

Tujuan Menggunakan JAVAScripts

Ia merupakan skrip yang dibenamkan di dalam kod HTML dan ia akan diproses seperti kod HTML oleh pelayar. Skrip ini boleh memberi respon kepada pengguna secara terus tanpa perlu dihantar ke server. Ia akan diproses dan kemudian hasilnya akan dihantar kepada pelayar (pengguna). Skripnya mesti bermula dengan tag <script language=”JAVAScript”>.

JAVAScript merupakan interpreted language di mana ia tidak perlu dikompil. Perkara lain yang boleh dilakukan oleh JAVAScript ialah :

i)

Mengeluarkan mesej status ber apabila mouse melalui mesej hyperlink.

ii)

Membenarkan pop up window apabila mouse melalui hyperlink.

iii)

Memaparkan tarikh dan masa semasa.

Tujuan objek adalah untuk mewakili sesuatu perkara. Apa sahaja di dalamnya adalah objek termasuklah butang radio, medan teks dan window pelayar itu sendiri.

Properties adalah sifat-sifat kepada objek. Fungsi adalah method yang hendak dilakukan. Event handler adalah adalah peristiwa hasil daripada aktiviti pengguna. Dokumen objek adalah objek yang paling penting dalam JAVAScript. Ia juga boleh mengeluarkan arahan aturcara yang membolehkan kita setting tempoh masa tertentu yang dibenarkan di dalam sesuatu permintaan melalui

Function.timer().

4.0

KESIMPULAN 4.1 Faedah – Faedah Dan Kebaikan

Berikut merupakan faedah-faedah dan kebaikan menggunakan sistem maklumat pelajar:i. Meningkatkan keupayaan sistem pentadbiran CASE

sekaligus menjadikannya sebagai sebuah institusi yang berasaskan medium elektronik. ii. Sistem aplikasi yang dibangunkan memudahkan urusan semasa, menjadikannya lebih dinamik dan sistematik bahkan memudahkan urusan harian. iii. Pembangunan teknologi ini mendorong kepada melahirkan pengguna yang lebih berpengetahuan terhadap sistem yang

digunakan. Ia secara tidak langsung membawa kepada pemahaman terhadap teknologi maklumat itu sendiri. iv. Membolehkan setiap maklumat dihantar dan diterima dengan cepat serta mewujudkan konsep paperless. v. Projek ini dapat meningkatkan produktiviti CASE menerusi pembuatan keputusan yang lebih jitu dan cepat, serta penggunaan masa secara lebih efektif. Jangkamasa untuk tugas rutin pejabat dapat dikurangkan kepada tahap minimum. vi. vii. Mengurangkan insiden kesilapan berita ataupun maklumat. Projek ini membantu operasi pihak pengurusan organisasi lebih

menjalankan

masing-masing

dengan

sistematik, cepat dan efektif.

4.2

Justifikasi Projek Sistem ini pada asasnya masih di peringkat prototaip, oleh itu ianya masih belum cukup untuk menampung kemampuan sebenar operasi-operasi yang diperlukan. Walaubagaimanapun, bahagian-bahagian utama system ini telah dibangunkan seperti modul pendaftaran pelajar, pendaftaran semester, pendaftaran matapelajaran dan operasi-operasi peringkat pentadbiran.

4.3

Limitasi Sepanjang pembangunan sistem, terdapat beberapa limitasi yang tidak dapat dielakkan. Limitasi yang dimaksudkan ialah:-

i.

Tenaga kerja Tenaga kerja unutk membangunkan sistem maklumat ini hanya dua orang sahaja. Sistem yang dibangunkan agak besar dan tenaga kerja yang ada tidak cukup. Tambahan pula pakar teknikal pada masa ini pada tahap yang rendah.

ii.

Masa Tempoh masa untuk menyiapkan sistem ini hanya 3 bulan. Seperti yang dinyatakan, sistem yang dibangunkan agak kompleks dan hanya mampu menyiapkan operasioperasi asas dan beberapa operasi tambahan pada sistem. Tambahan pula ketiadaan pakar-pakar rujuk.

iii.

Pangkalan data Sistem ini menggunakan Microsoft Access 2000 sebagai platform pangkalan data, apa yang menjadi isu disini ialah kemampuan Access untuk menyimpan rekod-rekod yang begitu banyak. Access mempunyai had jumlah data yang mampu disimpan. Oleh itu, operasi kemaskini pangkalan data kena dijalankan sekerap yang mungkin demi memastika tiada data yang hilang akibat kelemahan Access.

iv.

Masalah sistem rangkaian. Intranet merupakan sistem yang bergantung

sepenuhnya kepada rangkaian. Keadaan rangkaian yang tidak

stabil menyebabkan sistem yang dibangunkan menjadi tidak stabil malahan menyebabkan kebosanan kepada pengguna

4.4

Cadangan Sistem maklumat pelajar berasaskan web ini bukanlah suatu yang baru pada zaman ini, malah ia menjadi satu keperluan kerana semua transaksi hendak dilakukan dengan pantas. Pada ketika ini maklumat begitu pendek jangka hayatnya. Maka dengan terhasilnya sistem ini, maka ia akan memberi keuntungan kepada organisasi dan menjadi tanda kecemerlangan dalam bidang teknologi maklumat dan organisasi dan diharapkan sistem yang sedia ada ini akan terus ditingkat upaya dari semasa ke semasa mengikut keperluan semasa.

4.5

Kesimpulan
Dapat dirumuskan di sini bahawa dengan adanya sistem maklumat berasaskankan web ini, ia dapat menambahkan lagi keupayaan pihak luar dan organisasi lain untuk menceburkan diri dalam rekabentuk sistem berasaskan web sekaligus meningkatkan lagi daya saing syarikat yang berada di dalam komponen yang sama.

Bagi konteks pelajar pula semoga dengan penghasilan sistem maklumat berasaskan web ini ia dapat dijadikan asas dalam membina kerjaya di masa hadapan .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->