You are on page 1of 9

PENDEKATAN

DISEDIAKAN :
KOMUNIKATIF
‘AINUDDIN HANIF BIN KHIREL AZMAN
MOHAMAD AZRIN BIN RUSDAN
SITI HUMAIRAH BT BAHARULLAH
NUR NADIA BT ABDUL GAFFOR
KHAIRIAH BT AMIR

PISMP KS2 JAN 2009


Pendekatan Komunikatif
Pendekatan ini melihat bahasa sebagai alat
perhubungan yang menunjukkan makna dan
penggunaan bahasa memainkan peranan
penting. (Drumfit & Johnson, 1985)

Melalui pendekatan komunikatif, tujuan


pengajaran bahasa adalah untuk melengkapkan
pelajar dengan kecekapan komunikatif.
• Canale dan Swain (1981), kecekapan
komunikatif ialah pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan untuk berhubung
(pengetahuan sosiolinguistik dalam bahasa).
• Paulston (1974) ,mengaitkan kecekapan ini
dengan peraturan sosial dalam penggunaan
bahasa.
• Savignon (1978), kebolehan berfungsi dalam
satu situasi komunikatif.
Pendekatan Komunikatif melihat bahasa dari
beberapa aspek :
1)Bahasa ialah satu sistem untuk melahirkan
makna
2)Fungsi utama bahasa adalah untuk interaksi
dan perhubungan
3)Struktur bahasa yang digunakan mempunyai
fungsi dalam konteks pengunaannya dalam
perhubungan
4) Unsur utama bahasa bukan hanya sifat dan
strukturnya tetapi maknanya dari segi fungsi
bahasa dan maksudnya dalam pertuturan

5) Nahu dan struktur ayat yang digunakan


sesuai dengan tempat, masa, sebab dan
pengguna bahasa.
Prinsip Pendekatan Komunikatif :
1) Bahasa diperoleh dan dipelajari dalam konteks
yang bermakna. Aktiviti yang dirancang untuk
melibatkan pelajar mestilah mempunyai
struktur bahasa yang sesuai dengan konteks
komunikasi.
2) Bahan pengajaran mestilah merupakan hasil
penulisan yang bermakna. Bahasa yang
digunakan di dalamnya adalah bahasa dalam
situasi sebenar.
3) Pengajaran disesuaikan mengikut kehendak
dan minat pelajar. Pengajaran tertumpu
kepada pelajar.
4) Penggunaan bahasa yang sebenar untuk
komunikasi memerlukan kemahiran
komunikatif.
5) Guru berperanan sebagai fasilitator,
pengurus dan penasihat untuk menggalakkan
pelajar mengambil bahagian.
Rujukan:

Institut Bahasa, 1994. Strategi Pendidikan


Bahasa Melayu. Selangor, Dewan Bahasa dan
Pustaka.
TAMAT

You might also like