P. 1
batalsolat

batalsolat

|Views: 172|Likes:
Published by diniman

More info:

Published by: diniman on Jul 29, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/20/2014

pdf

text

original

DAM - MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBEZAKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT DENGAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK

Oleh Pn. Hjh. Rubiah Sidik Pn. Zakiah Ithnin Pn. Rohani Musa SK Laksamana 81907 Kota Tinggi ABSTRAK
Pendidikan Islam merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting untuk melahirkan generasi yang berilmu, beramal dan berakhlak. Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam banyak menggunakan kaedah mengingat, menghafal dan memahami sesuatu isi pelajaran. Pengetahuan berkaitan dengan fardu ain terutamanya solat amat dititikberatkan . Justeru, satu kajian telah dilakukan terhadap lima orang murid Tahun 4 Jaya yang dikenalpasti tidak menguasai asas-asas solat. Tinjauan Awal yang dilakukan adalah melalui sesi soal jawab, temubual bersama murid, latihan bertulis dan ujian pra. Hasilnya didapati lima orang murid ini tidak memahami bagaimana cara untuk membezakan perkara-perkara yang membatalkan solat dengan perkara-perkara yang membatalkan wuduk dalam solat. Bagi mengatasi masalah ini, satu kajian menggunakan model khas iaitu DAM (Dapat Amal Mudah) dihasilkan yang berfungsi membantu murid-murid meningkatkan ingatan dan kefahaman mereka terhadap perkara-perkara tersebut. Murid-murid yang terlibat diberi rawatan selama 2 minggu mengikut aktiviti yang dirancangkan. Hasil ujian pos yang diperolehi selepas menggunakan DAM menunjukkan prestasi pelajar semakin meningkat.

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang Lalu Murid-murid Tahun 4 Jaya terdiri daripada murid-murid yang boleh dikategorikan berada pada tahap sederhana. Namun begitu, masalah yang kami hadapi adalah dalam kalangan mereka ada yang berada pada tahap lemah. Apa yang kami maksudkan lemah ialah, mereka lambat mengingat dan menghafal isi-isi yang diberikan malah ada kalanya mereka langsung tidak dapat mengingat isi pengajaran yang telah disampaikan. Daripada pemerhatian kami, apabila sesi soal jawab dijalankan berkaitan perkaraperkara yang membatalkan solat dengan perkara-perkara yang membatalkan wuduk terhadap 34 orang murid ini terdapat dua belas orang murid dapat menjawab dengan tepat, sepuluh orang boleh menjawab dengan bimbingan, tujuh orang masih keliru, manakala lima orang tidak dapat menjawab langsung. Apabila ditanya kepada murid ini mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan tersebut, tiga orang daripada mereka menjawab, “saya sudah cuba hafal, tetapi tidak ingat langsung” manakala dua orang murid lagi menjawab “saya malas nak hafal”. Apabila diberi latihan bertulis, lima orang murid ini gagal membuat tugasan yang diberikan. Apabila ujian bulanan atau peperiksaan dijalankan, lima orang murid ini juga selalu gagal. Setelah kami amati murid-murid yang lemah ini, mereka sukar Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 1
Sekolah Rendah

untuk mengingati isi pelajaran dan terdapat juga yang kurang berminat untuk belajar. Kami berusaha untuk memahamkan mereka berkaitan solat ini kerana perkara ini merupakan fardhu ain yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim. Jika tidak diatasi perkara ini akan menjadi lebih serius. Solat ialah satu ibadah yang wajib dilakukan dengan sempurna dan mengikut tertib. Apabila solat tidak betul, secara tidak langsung boleh mempengaruhi akhlak individu itu sendiri. 2.0 Fokus Kajian Kami telah menjalankan ujian amali solat kepada 34 orang murid 4 Jaya. Sebahagian daripada mereka boleh melakukan solat dengan betul dan sebahagian lagi masih perlu dibimbing. Dalam ujian tersebut, kami mengajukan soalan berkaitan perkara-perkara yang membatalkan solat. Hasilnya kami dapati terdapat murid yang tidak mengetahui perkara-perkara tersebut. Dalam mengenal pasti perkara-perkara yang membatalkan solat dan membatalkan wuduk, murid-murid perlu mengetahui rukun-rukun solat. Jadi dalam kajian ini kami merangkumkan perkara-perkara yang membatalkan solat, membatalkan wuduk dan rukun solat. 3.0 Objektif Kajian 3.1. Objektif Am Secara amnya kajian tindakan ini adalah untuk membantu murid membezakan antara perkara-perkara yang membatalkan solat dengan perkara-perkara yang membatalkan wuduk dengan mengingati rukun solat. Objektif Khusus 3.2.1. Membantu murid mengenal pasti perkara-perkara yang membatalkan solat dan membatalkan wuduk 3.2.2. Membantu murid mengenal pasti rukun-rukun solat 3.2.3. Membina keyakinan diri seterusnya melahirkan murid yang kritis. 3.2.4. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.

3.2.

4.0.

Kumpulan Sasaran Sasaran kami ialah lima orang murid Tahun 4 Jaya. Tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan.

5.0.

Pelaksanaan Tindakan 5.1. Tinjauan Masalah Untuk menyediakan kajian tindakan ini, beberapa kaedah telah digunakan bagi mengenalpasti masalah. Kami menggunakan kaedah pemerhatian, soal selidik dan ujian pra. 5.1.1 Pemerhatian Daripada pemerhatian yang dibuat melalui proses pengajaran dan pembelajaran, didapati kaedah hafalan menjadi masalah kepada

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

2

murid-murid lemah. Walaupun diajar berulang kali, namun keupayaan murid sangat terhad. 5.1.2 Soal selidik Borang soal selidik diberikan kepada murid-murid sasaran. Muridmurid membuat pilihan mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan.

5.1.3 Ujian Pra Kami mengedarkan latihan yang mengandungi sepuluh soalan kepada murid-murid. Setelah dua kali latihan dan Ujian Pra dijalankan kepada lima orang murid sasaran ini menggunakan set soalan yang sama, mereka masih gagal menjawab kesemua soalan. 5.2. Analisa Tinjauan Masalah 5.2.1 Analisa Pemerhatian Melalui pemerhatian terhadap lima orang murid sasaran, kami dapati murid-murid ini terlalu lemah untuk mengingati fakta dan ada yang tidak berminat. Ini dapat dilihat melalui tingkah laku murid itu sendiri. Tiga orang daripada mereka mencuba untuk menghafal tetapi tidak dapat menyatakan kembali kerana keupayaan mereka terhad. Manakala dua orang murid lagi menunjukkan mereka tidak berminat untuk belajar. Mereka tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar dan kurang melibatkan diri dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 5.2.2 Analisa Soal Selidik Jadual 1: Jadual Analisa Dapatan Soal Selidik Berdasarkan Bilangan dan Peratus. PERKARA BIL PERATUS MURID Tidak suka mata pelajaran Pend. Islam 0 0 Tidak tahu atau tidak faham 2 40 Malas hafal 1 20 Cuba hafal tapi lupa 2 40 JUMLAH 5 100 Jadual 1 menunjukkan 40% murid tidak tahu atau tidak faham perkara yang membatalkan solat, 20% murid malas hafal, dan 40% lagi cuba hafal tetapi lupa. 5.2.3 Analisis Ujian Pra Hasil dapatan daripada Ujian Pra, kekerapan menjawab dengan betul soalan-soalan yang diberikan bagi setiap latihan dapat dikelaskan seperti jadual di bawah: Jadual 2 : Jadual Keputusan Ujian Pra Skala Kekerapan Latihan 1 Latihan 2 Betul semua 6 Betul 7 6 8 Betul 5 4 7
Sekolah Rendah

Ujian Pra 12 10 4

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------

3

Betul 3 Salah semua Jumlah

10 10 34

5 7 34

3 5 34

Jadual 2 menunjukkan 5 orang murid tidak dapat mengingati perkaraperkara yang membatalkan solat dengan mendapat salah semua dalam Ujian Pra yang dijalankan. 5.3 Tindakan yang Dijalankan 5.3.1 Kami memberikan bimbingan klinikal kepada lima orang murid ini selama dua minggu di bilik Pendidikan Islam. Masa yang diperuntukkan selama satu jam untuk setiap sesi. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan: i) Aktiviti 1 : NRS (Nasyid Rukun Solat) ii) Aktiviti 2 : Permainan DAM SOLAT iii) Aktiviti 3 : CD DAM 5.3.2 Bahan-bahan yang digunakan untuk setiap aktiviti: i) Aktiviti 1 a) carta nasyid ii) Aktiviti 2 a) Set permainan DAM SOLAT • Papan DAM bersaiz kad manila • Buah dadu • Tutup botol atau ceper • Kad-kad kecil mengandungi penerangan tentang rukun solat, batal solat dan batal wuduk

iii) Aktiviti 3 a) set komputer b) CD DAM 5.4. Pelaksanaan Tindakan 5.4.1. Aktiviti 1 – NRS (Nasyid Rukun Solat) - Guru memaparkan carta Nasyid Rukun Solat - Guru menyanyi diikuti oleh murid Niat, berdiri, takbiratulihram, Fatihah, ruku’ iktidal, Sujud serta tomakninah, Duduk antara dua sujud, Duduk Tahiyat Akhir dan baca Tahiyat Akhir, Selawat ke atas Nabi, Salam pertama dan juga Tertib, Itulah Rukun Solat Nota : mengikut lagu Selawat Nabi (Raihan) Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

4

i

Guru meminta murid menyebut rukun solat yang terdapat dalam Nasyid Pemerhatian Hasil pemerhatian setelah murid-murid bernasyid Rukun Solat didapati mereka mula menunjukkan minat untuk belajar. Muridmurid menjadi lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan berkaitan rukun solat.

ii

Refleksi Daripada aktiviti yang dijalankan murid-murid lebih mudah mengingati rukun solat. Secara tidak langsung mereka juga dapat membezakan antara rukun dan sunat dalam solat.

5.4.2. Aktiviti 2 – Permainan DAM SOLAT Guru mengedarkan set permainan DAM kepada 2 kumpulan dan menerangkan cara bermain. Cara-cara permainan DAM SOLAT Semua pemain melontar buah dadu bergilir-gilir. Sesiapa yang mendapat bilangan enam, maka ia akan memulakan permainan terlebih dahulu kemudian diikuti oleh pemain yang mendapat bilangan kedua terbanyak dan seterusnya. Semasa dalam permainan, sesiapa antara pemain yang mendapat bilangan enam semasa lontaran buah dadu dibuat, maka dia layak melontar sekali lagi. Jika ada pemain berhenti pada petak yang bertangga, maka dia berpeluang naik ke atas tetapi jika sekiranya pemain berhenti pada petak yang mempunyai kepala ular, maka dia terpaksa turun ke bawah dan berada di hujung ekor ular tersebut. Ini bermakna setiap langkah naik dan turun membawa maksudnya tersendiri. Perlu diingat, bahawa setiap pemain yang berhenti pada petak yang menyatakan perkara-perkara yang membatalkan solat, maka dia terpaksa turun pada petak niat, manakala jika ada pemain yang berhenti di petak yang menyatakan batal wuduk, maka ia terpaksa turun pada petak berwuduk semula. Permainan ini boleh dimainkan secara berdua atau lebih mengikut kumpulan yang bersesuaian dengan keadaan. Undang-undang permainan DAM Pemain terdiri daripada dua orang atau lebih. Setiap pemain perlu menggunakan buah dadu untuk menentukan kedudukannya. Bergerak mengikut urutan nombor Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

5

Jika pemain mendapat dadu bilangan enam, pemain tersebut berpeluang melontar buah dadu sekali lagi. Pemain perlu naik petak mengikut tangga dan turun petak mengikut badan ular yang telah ditetapkan. Pemain yang lebih dahulu sampai ke angka penamat dikira sebagai pemenang (sempurna solatnya). NOTA : Apabila murid-murid berhenti pada petak yang mengandungi perkara-perkara yang membatalkan solat, membatalkan wuduk atau rukun solat, mereka akan diberi kad-kad kecil yang menerangkan tentang perkara tersebut. Guru akan menyoal murid secara lisan apabila buah berupa ceper berada pada petak tertentu pada DAM. Guru juga bertindak sebagai fasilitator, memerhati sambil membantu mereka yang masih tidak memahami cara bermain. Pemerhatian Pada peringkat awal set DAM diedarkan kepada murid-murid, mereka sudah mendapat gambaran bagaimana cara bermain. Guru menerangkan kaedah sebenar permainan ini dan mereka bermain mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Kami dapati aktiviti ini menjadikan murid lebih seronok dan suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih ceria. Dengan cara ini, murid-murid memperolehi ilmu secara tidak formal kerana pendekatan ini berbentuk dua dalam satu iaitu belajar sambil bermain pada satu masa. ii Refleksi Kaedah DAM ini membantu murid-murid meningkatkan kefahaman tentang perbezaan perkara-perkara yang membatalkan solat dengan perkara-perkara yang membatalkan wuduk. Mereka dapat menjawab soalan yang diajukan berpandukan pada permainan DAM SOLAT.

i

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

6

Rajah 1 – Papan Permainan DAM 5.4.3. Aktiviti 3 – CD DAM Aktiviti ini merupakan pengukuhan untuk murid-murid sasaran. Aktiviti ini dijalankan di makmal komputer dengan menggunakan CD multimedia interaktif DAM. Cara permainan ialah sama tetapi penggunaan dadu dan buah sebenar tidak diperlukan. Proses naik dan turun berlaku secara automatik. Penerangan tentang rukun solat, batal solat dan batal wuduk akan terpapar apabila buah CD DAM berada pada petak-petak tersebut. i Pemerhatian Permainan ini menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran semakin menyeronokkan. Murid-murid yang tidak pernah menggunakan komputer mendapat pendedahan melalui permainan ini, manakala murid-murid yang tahu akan mengajar rakan mereka. Secara tidak langsung terdapat bimbingan rakan sebaya dalam kalangan mereka. ii Refleksi CD DAM ini menambahkan lagi penguasaan murid terhadap rukun solat, batal solat dan batal wuduk. Ia juga secara tidak langsung melahirkan murid yang celik IT. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

7

5.5

Refleksi Kajian Kami telah menjalankan Ujian Pos kepada murid-murid sasaran setelah tiga kali latihan diberikan. Hasil dapatan daripada Ujian Pos ini didapati muridmurid sasaran telah menguasai kemahiran ini. Dapatan Ujian Pos ini dapat dilihat menerusi jadual di bawah. Jadual 3 : Jadual Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pos BIL 1 2 3 4 5 NAMA MURID Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E PRA (markah) 0 0 0 0 0 POS (markah) 10 10 10 10 10

Jadual 3 menunjukkan perbandingan pencapaian murid melalui Ujian Pra dan Ujian Pos. Ujian Pra menunjukkan mereka tidak dapat menjawab semua soalan. Melalui Ujian Pos, murid-murid sasaran dapat menjawab kesemua 10 soalan dengan tepat. Dalam pemerhatian perubahan tingkah laku murid, didapati murid menunjukkan minat kerana mereka bukan sahaja dapat bermain, malah proses pembelajaran berjalan dengan baik. Ini kerana naluri semulajadi kanak-kanak yang sangat cenderung kepada permainan menyebabkan kaedah ini mendapat sambutan daripada mereka. Selain itu, ia dapat merangsang minda murid-murid yang lemah ini. Murid-murid sasaran ini menyatakan rasa seronok kerana dapat belajar sambil bermain. Selain daripada mendapat pengetahuan, murid-murid juga dapat berinteraksi dan bergaul dalam kumpulan serta mematuhi disiplin permainan. Kaedah ini dapat menarik minat murid-murid kerana ianya dapat mengelakkan seseorang murid itu daripada merasa tertekan dengan kaedah mengingat dan menghafal yang tidak dapat mereka laksanakan. Kami sebagai pengkaji berasa puas hati kerana terdapat perubahan dari segi pencapaian murid-murid dalam mengingat perkara-perkara membatalkan solat. Masa yang diambil untuk memahami dan mengingati sesuatu perkara adalah lebih minima daripada belajar secara biasa. Daripada kajian yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa ia telah menunjukkan keberkesanan. Kaedah ini menjadi satu alternatif kepada murid-murid yang bermasalah dalam mengingat dan menghafal sesuatu isi pelajaran. Ia bukan setakat berbentuk permainan tetapi perkongsian ilmu boleh berlaku secara tidak langsung ketika mereka bermain dalam kumpulan masing-masing. 6.0 Cadangan untuk kajian seterusnya Kami telah menggunakan kaedah DAM ini dan mendapati ia sangat berkesan. Kami akan menggunakan kaedah ini kepada murid-murid lain pada tahun Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

8

hadapan apabila mengajar tajuk yang sama. Kami juga akan mengaplikasikan kaedah DAM ini bagi tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian tindakan ini berjaya mencapai objektifnya kerana murid-murid kajian ini telah menunjukkan perubahan dari segi pencapaian dan penguasaan mereka dalam mengingati rukun solat seterusnya dapat membezakan perkara-perkara yang membatalkan solat dengan perkara-perkara yang membatalkan wuduk. Dengan ini ianya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian sebagai individu muslim.

BIBLIOGRAFI Haji Kamaruddin b Hussin & Haji Hazil b Abdul Hamid. (1998). Kurikulum Dan pengajaran. Skudai Johor : Unit Penerbitan akademik UTM Kementerian Pendidikan Malaysia (2002) Huraian Sukatan Pendidikan Agama Islam Tahun 4. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Pendidikan Islam Tahun 4. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Pn. Mazniyah Bt. Md. Jaafar, et.al. (1995.) Modul Kajian Tindakan. Kuala Lumpur : Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Robiah K. Hamzah ph.D. (2001). Menghadapi Cabaran. Kuala Lumpur : PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

9

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->