You are on page 1of 13

ISI KANDUNGAN

Penghargaan
Sinopsis
1.0 Pengenalan
2.0 Objektif
3.0 Definisi konsep
3.1 Obesiti
3.2 Kanak-kanak
4.0 Kajian lepas
4.1 Dalam negara
4.2 Luar negara
5.0 Faktor-faktor obesiti dalam kalangan kanak-kanak
5.1 Genetik
5.2 Pemakanan
5.3 Persekitaran
5.4 Gaya hidup
6.0 Langkah-langkah mengatasi
6.1 Pemakanan sihat dan seimbang
6.2 Tingkatkan aktiviti fizikal kanak-kanak
7.0 Cadangan
8.0 Kesimpulan
9.0 Lampiran
10.0 Bibliografi
1.0 PENGENALAN

Obesiti dan overweight adalah istilah untuk menyatakan badan. Obesiti bererti
lemak tubuh yang boleh membahayakan kesihatan manakala overweight
menggambarkan lebihan berat badan berbanding berat badan normal. Dahulu, berat
badan berlebihan sering dikaitkan dengan kemakmuran. Namun, berat badan
berlebihan kemudiannya lebih berkait dengan penampilan, dan akhirnya umum
menyedari bahawa keadaan ini berkait rapat dengan pelbagai penyakit. Overweight
dan obesiti diketahui boleh mengakibatkan beberapa penyakit seperti penyakit
jantung, diabetes, hipertensi, dan dislipidemia. Disebabkan ini, masyarakat kini telah
semakin mengambil berat tentang kesihatan dan bentuk badan sendiri.

Demi mencapai bentuk badan yang diingini dan menjaga kesihatan, terdapat
banyak permintaan di pasaran terhadap produk-produk yang berkaitan dengan
penurunan berat badan dan penjagaan kesihatan. Antaranya ialah seperti ubat-
ubatan, krim, losyen, makanan atau minuman kesihatan dan alat bantu serta
rawatan menguruskan badan yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah bentuk
badan dan kegemukan. Walaubagaimanapun, tubuh badan yang cergas dan
pengurangan lemak di badan hanya diperoleh dengan melaksanakan aktiviti sukan
serta pemakanan yang seimbang.

Kes obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan remaja semakin menular di


negara-negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang
akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Obesiti
juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti diabetes, darah tinggi, penyakit
jantung, kegagalan sistem pernafasan, kanser, dan sebagainya.
Statistik menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 22 juta kanak-kanak di
seluruh dunia yang berusia 5 tahun kebawah didapati mengalami masalah berat
badan yang berlebihan dan kegemukan. Di Malaysia, peningkatan masalah obesiti
dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur 7
tahun hingga ke 13.8% bagi umur 10 tahun. Sebanyak 12.8% daripada kanak-kanak
tersebut adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara dalam kalangan
remaja berumur 13-17 tahun.

Malaysia merupakan negara rantau Asia Tenggara yang mempunyai masalah


obesiti kedua tertinggi. Kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan
Malaysia pada tahun 2008 menunjukkan hampir 20 peratus penduduk dewasa dan
21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami `Masalah 3G’ iaitu Gebu, Gempal,
dan Gemuk. Lebih tepat lagi, `Masalah 3G’ merujuk kepada masalah obesiti.
3.0 DEFINISI

3.1 Obesiti
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (1993), obesiti merupakan pengumpulan
lemak berlebihan di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu
penyakit dan terjadi apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat.
Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan
dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada
mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin
pendek.

3.2 Kanak-kanak
Akta Kanak-kanak 2001 telah mendefinisikan kanak-kanak dalam Seksyen 2 sebagai
seseorang di bawah umur 18 tahun.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (1993), kanak-kanak ialah budak lelaki atau
perempuan yang masih kecil dan kebiasaannya yang belum berumur lebih daripada
7 hingga 8 tahun.
4.0 KAJIAN LAMPAU

Tinjauan daripada kajian-kajian lepas tentang tajuk perbincangan kertas kerja ini
sudahpun dilakukan oleh pelbagai pihak sama ada dari dalam negara atau luar
negara.

4.1 KAJIAN DALAM NEGARA


Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ketiga (HNHMS 111) yang dijalankan oleh
Kementerian Kesihatan pada 2006 mendapati bahawa masalah obesiti dalam
kalangan kanak-kanak paling ketara dalam lingkungan usia pra-sekolah dan sekolah
rendah. Keadaan tersebut berlaku disebabkan beberapa penyumbang termasuk
kegagalan ibu bapa memahami keperluan pemakanan sebenar kanak-kanak ketika
tempoh tumbesarannya. Sebagai contoh, kecenderungan ibu bapa membiarkan
anak-anak terlalu bergantung kepada ringan (junk food) yang sememangnya
diketahui tidak mengandungi khasiat yang makanan diperlukan untuk tubuh.

Begitu juga amalan mengunjungi rangkaian restoran makanan segera yang


kian menjadi satu budaya dalam kalangan keluarga di bandar-bandar besar ketika ini.
Kesemua itu menyumbang kepada gaya hidup tidak sihat yang sedikit sebanyak
menjadi punca obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa perlu lebih
memahami keperluan pemakanan kanak-kanak bagi tumbesaran yang optimum. Ibu
bapa perlu tahu mengenai nutrisi dan faktor gaya hidup agar anak-anak mencapai
potensi tumbesaran mereka.
4.2 KAJIAN LUAR NEGARA
Setiausaha Persatuan Pediatrik Gastroentrologi dan Pemakanan Eropah, Dr.
Johannes Taminuau berkata, ibu bapa harus memainkan peranan untuk menghalang
anak-anak mendapat obesiti sejak dari awal. Hal ini demikian kerana kajian
menunjukkan bahawa ramai kanak-kanak yang obes akan terus mengalami
pertambahan berat badan sepanjang hayat mereka. Merujuk kepada kajian terbaru,
semakin awal kanak-kanak menjadi obes, semakin obes mereka di kemudian hari.
Oleh itu, risiko mereka menghidap penyakit kronik juga meningkat. Jelas beliau lagi,
cara terbaik adalah dengan mendapatkan khidmat nasihat pakar pediatrik, pakar
pemakanan atau pakar diet kerana obesiti adalah satu keadaan yang kompleks.
5.0 FAKTOR-FAKTOR OBESITI TERHADAP KANAK-KANAK

5.1 GENETIK
Kegemukan boleh diwarisi daripada generasi sebelumnya kepada generasi
berikutnya dalam sesebuah keluarga. Hal tersebut merupakan penyebab kita
seringkali menemui ibu bapa gemuk yang cenderung memiliki anak-anak yang
gemuk juga. Hal ini menunjukkan bahawa faktor genetik mempunyai kaitan dalam
menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.
Hal ini demikian kerana kemungkinan ketika ibu yang obesiti sedang hamil, unsur sel
lemak berjumlah besar dan melebihi ukuran normal secara automatiknya akan
diwarisi oleh bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah jika bayi yang
lahir juga memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar.

5.2 PEMAKANAN
Orang yang mengalami obesiti lebih responsif terhadap isyarat luaran, seperti rasa
dan bau makanan, atau ketika waktu makan berbanding orang yang mempunyai
berat badan normal. Orang yang obesiti cenderung makan apabila merasa ingin
makan, bukan makan ketika lapar. Pola makan berlebihan inilah yang menyebabkan
mereka sukar untuk keluar daripada kegemukan jika tidak memiliki kawalan diri dan
motivasi yang kuat untuk mengurangkan berat badan.

5.3 PERSEKITARAN
Faktor lingkungan atau persekitaran ternyata mempengaruhi seseorang untuk
mengalami obesiti. Jika seseorang dibesarkan dalam persekitaran yang menganggap
bahawa kegemukan adalah simbol kemakmuran dan keindahan, maka orang
tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak
dipengaruhi oleh faktor luaran, maka orang yang obesiti tidak akan mengalami
masalah-masalah psikologi berkaitan dengan kegemukan.
5.4 GAYA HIDUP

Kanak-kanak yang tidak bergerak aktif dengan bersukan dan bersenam lebih berisiko
tinggi untuk mengalami obesiti. Kanak-kanak yang banyak menonton televisyen dan
menghabiskan masa dengan bermain komputer sahaja akan menggalakkan
pengumpulan lemak dalam tubuh badan.
6.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

6.1 PEMAKANAN SIHAT DAN SEIMBANG


Bagi mengatasi masalah obesiti, pola pemakanan kanak-kanak perlu diubah menjadi
lebih teratur secara bertahap. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan menu
makanan yang lebih sihat. Selain itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak makan
tepat pada waktunya. Ibu bapa juga perlu mengajar anak-anak makan di tempat
yang sesuai iaitu di meja makan. Apabila berada di meja makan, kanak-kanak akan
lebih fokus untuk menghabiskan makanannya.

Kanak-kanak perlu diberi jadual pemakanan yang konsisten sekurang-


kurangnya tiga kali sehari termasuk sarapan pagi, makan tengah hari, dan makan
malam. Jadual pemakanan yang teratur bukan sahaja mengaktifkan kadar
metabolisme badan, malah ia dapat menghindari pengambilan kuantiti makanan
secara berlebihan.

Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak memakan makanan yang sihat


seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Mereka yang gemar memakan makanan
ringan harus diberi nasihat tentang keburukan makanan ringan tersebut. Satu lagi
cara ialah ibu bapa memberi limitasi tentang makanan ringan ini.

Kanak-kanak perlu dielakkan daripada memakan banyak makanan ringan


kerana terdapat sesetengah jenis bahan yang digunakan dalam penghasilannya yang
boleh mengakibatkan batuk, sekaligus menyebabkan mereka berada dalam situasi
yang kurang sihat. Ia juga boleh menyebabkan berlakunya obesiti dan boleh
mendatangkan pelbagai penyakit. Antaranya ialah penyakit jantung, diabetes,
tekanan darah tinggi, dan sebagainya.
Kanak-kanak perlu diberikan buah-buahan, sayur-sayuran, atau jus sebagai
kudapan atau selingan untuk menggantikan makanan segera atau makanan ringan
seperti kerepek kentang. Hindari kanak-kanak daripada mengambil minuman
bersoda yang tinggi kandungan gula dan kalorinya. Pengambilan minuman seperti
susu rendah lemak adalah sesuai untuk kanak-kanak.

Di samping itu, kanak-kanak juga perlu diajar untuk memilih makanan yang
tinggi serat dan mengurangkan pengambilan makanan berkalori. Ibu bapa harus
peka dan mengawasi saiz hidangan yang diambil oleh anak masing-masing. Malah,
dengan mempelbagaikan hidangan kepada kanak-kanak, ia mampu mengelakkan
masalah jemu. Hal ini berikutan pengawalan makanan kanak-kanak tidak boleh
disamakan dengan orang dewasa kerana selera kanak-kanak terutama yang
mengalami obesiti tidak boleh disekat tetapi boleh dikawal.
6.2 TINGKATKAN AKTIVITI FIZIKAL KANAK-KANAK
Bagi kebanyakan kanak-kanak, bersenam adalah sesuatu yang susah untuk dilakukan
dan makan adalah sesuatu yang menggembirakan. Oleh itu, setiap keluarga seboleh-
bolehnya mengamalkan sedikit perubahan dalam cara kehidupan untuk memastikan
anak-anak tidak mengalami obesiti.

Gejala kegemukan yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak turut berpunca


daripada kurangnya aktiviti fizikal termasuk sukan dan riadah, sama ada di sekolah
mahupun di rumah. Trend kebanyakan ibu bapa dan pihak sekolah pada masa ini
memberi lebih tumpuan terhadap akademik berbanding aktiviti fizikal menyebabkan
masalah ini berlaku. Persepsi ini perlu dikikis kerana senaman atau aktiviti yang
mengeluarkan peluh sebenarnya merangsang minda dan otak kanak-kanak menjadi
lebih aktif.

Kanak-kanak boleh dipupuk untuk melakukan riadah atau kegiatan sukan


yang menyeronokkan. Selain daripada mambantu memperkukuh ikatan
kekeluargaan, aktiviti berkenaan turut menyihatkan anggota keluarga lain. Ia boleh
dilakukan secara santai mengikut kegemaran masing-masing.

Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak melakukan aktiviti fizikal dan


mendisiplinkan mereka untuk melakukannya walaupun secara tidak langsung.
Sebagai contoh, jika berada di pusat membeli belah yang mempunyai lif, ajar kanak-
kanak untuk tidak menggunakan kemudahan tersebut sebaliknya menaiki tangga.
Selain itu, galakkan kanak-kanak mengayuh basikal atau berjalan kaki ketika ke kelas
tuisyen atau mengaji sekiranya berhampiran dengan kawasan rumah.
Tempat riadah yang terdapat di kawasan perumahan dan sekolah perlu
dimanfaatkan sepenuhnya. Sebagai contoh, tempat riadah di kawasan perumahan
membolehkan kanak-kanak menggunakan masa lapang mereka untuk bermain dan
melakukan aktiviti lain yang mengeluarkan peluh. Kawasan permainan kecil di
sekolah membolehkan kanak-kanak berlari dan bermain sementara menunggu bas
sebelum pulang ke rumah.
9.0 LAMPIRAN

You might also like