You are on page 1of 16

DITERBITKAN OlEH:

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA



INDEKS HARGA PENiGGUNA

Data disediakan oleh

Jawatankuasa Kerja Teknikal Untuk Menyelaras Maklumat Mengenai Subsidi Petroleum dan Harqa Baranq-Baranq Perlu

I~SBN : B78-983-54-0526-6

CETAKAN PERTAMA 2008 Hakcipta Terpelihara

Diterbitkan di Malaysia oleh Jabatan Penerangan Malaysia

Rekabentuk dan Rekaletak Bahagian iKomunikasi Visua' dan Seni Reka

Dicetak oleh Perkasa Nilam Sdn. Bhd.

Incte~ Harga I engguna

1 .. Apa ltu

Indeks Harga Pengguna (IHP)?

• IHP adalah petunjuk yang digunakan untuk menunjukkan peratus perubahan harga barangan dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna. Perubahan harga tersebut diukur dengan membandingkan kos barangan dan perkhidmatan bagi tempoh rujukan yangl ditetapkan.

2. Adakah IHP mengukur paras harga?

IHP tidak mengukur paras harga atau harga sebenar, seperti yang selalu disalahtafsir. la hanya menunjukkan peratus di mana harga berubah antara dua tempoh masa ..

Contohnya, IIHP bag;i dagling dan sayur-sayuran bagi bulan Disember 2007 berbandling dengan tahun asas 2005=100 adalah seperti berikut:

Oaging Sayur-sayuran -

- 105.6 117.4

Darlpaoa anqka di atas, kita tidak boleh menyatakan harga sayur-sayuran adalah lebih tinggi berbanding harga daging .. Sebaliknya, indeks ini menunjukkan pada tahun 2007, harga dag.ing meningkat sebanyak 5.6% berbanding tahun asas 2005 dan harqa sayur-sayuran meningkat 17.4% .. Ini bermakna kenaikan harga sayur-sayuran adalah lebih pantas daripada harga daging.

Indeks I arq2 p~ nqg n_

3.. Adakah IHP dlkira menqikut satu jenis baranqan?

Tidak. IHP adalah indeks komposit. la dikira berasaskan satu kumpulan baranqan (basket of goods) yang mengandungil 460 jenis barangan dan perkhi:dmatan daripada 12 Kumpulan Utama seperti berikut:

1. Makanan dan minuman bukan alkohol

2. Minuman alkohol dan tembakau

3. Pakaian dan kasut

4. Perumahan, air, elektrik, gas dan banan api lain

5. Hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi

rumah

6. Kesihatan

7. pengangkutan

8. Komunikasi

9. Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan

10. Pendidikan

11. Restoran dan hotel

1'2. Pelbagai barangan dan perkhidmatan

Kumpulan barangan dan perkhidmatan tersebut diperoleh berdasarkan kepada 'Penyiasatan Perbelanjaan lsi Rumah' yang dijalankan setiap lima tahun. Kumpulan barangan dan perkihidmatan ini juga dikelaskan berpandukan kepada United Nation Classification of lndividual Consumption According to Purpose (COlCOP).

" "

in(ln s I ~'~rq<l F'engguna

4. Harga barangan di Malaysi'a sebenarnya telah meningkat

II Ibih ti c . d·'· -".- ·d- IHP

e __ _nggl,a,npaa _. '.

Adakah kenyataan ini benar?

Tidak,lni keranalHP adalah petunjuk mengenai peningkatan atau penurunan harga barangan dan perkhidrnatan secara umum berasaskan kepada kumpuJan barangan (basket of goods). la tidak boleh dibandingkan dengan satu jenis baranqan atau sekumpulan barangan sahaja.

Sesetengah lSI rumah cenderung memlbandiingkan pengalaman mereka dengan IHP Bagaimanapun. setiap isi rumah mempunyai tabiat berbeJ'anja yang berbeza dan pengalaman mengenai perulbahan harga yang berbeza Terdapat barangan yang peningkatan harganya tinggi atau perlahan. Ada pula barangan dan perkhidmatan yang harganya turun atau tidak berubah.

Perhatikan peratus peningkatan dan penurunan indeks harga sekumpulan sayuran-sayuran seperti berikut:

Cili merah Kacang panjang Tomato Kangkung

Sawi

Bayam

+20.8% + 8.7% + 6,3% ~ 6.5% ~ 6.4% - 5,.4%

Indeks keseluruhan (% peningkatan) +6.4%

Indeks di atas menunjukkan peningkatan harga keseluruhan bagi sayur-sayuran adalah selbanyak ,6.4% walaupun terdapat juga harga sayuran-sayuran yang menurun seperf kangkung (-6.5%), sawi (-6.4%) dan bayam (-5.4%),

,;)

InlJeks 1·lalg<1 Ponggul1a

5. Adakah langkah Kerajaan mengawal harqa barang ... barang perlu (essential goods) mempunyai kesan ke atas IHP?

• ~ .. ~ • ;; ~ 6 • ~ .. ~ • • ~ ., I, • • • • .' • • • ~ • • • 5 • • ~ • • • • • ~ .' • • • '"' • • • '. • • • ~ • • • " ~ ,; • • • " • • • ,~ • • • ~, • • • • ~ ,; • • .' .' • • • • •

Oaripada 460 jenis barangan yang ditentukan dalarn kumpulan barangan (basket of goods) bagi mengira IHP, hanya 13 jenis barangan yang terrnasuk dalam senarai barang-barang perlu yang dikawal harganya. Antaranya termasuklah gula, tepung gandum. minyak masak, susu dan ayam di mana ia mewakili 14.8% daripada wajaran keseluruhanl H P.

• Oaripada Kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol, sebanyak 21% adalah wajaran bagi barangan kawalan.

Perbandingan IHP bagi Kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol dengan IHP tanpa barangan kawalan bag.i Kumpulan tersebut untuk tahun 2007 berbanding 2006 menunjukkan perbezaan sebanyak 0.1 %. Peningkatan IHP keseluruhan pula ialah 2.0% manakala IHP tanpa barangan kawalan adalah 1 .. 9%.

Walau bagaimanapun, senarai barangan kawalan tersebut tidak termasuk petrol, diesel dan LPG yang mempunyai kesan rantaian (chain effect) yang lebih besar ke atas sektor-sektor lain, terutamanya pengangkutan dan industri.

6. Bolehkah IH P dibandingkan antara negeri-negeri di Malaysia?

I

. . ~ . . . . . ~ . . . '. . . . . . . . ~ . . . . . . '" . . . ~ . . . . ... . . . ~ . . . . . ~ . . . . '. . . .. ". . . . . . . . . . . . . ~ . . . . . '. . .. ,", ....

IHP di Malaysia adalah indeks komposit berdasarkan wajaran perbelanjaan yang dikira daripada 3 indeks kawasan iaitu Semenanjung Ma'iaysia, Sabah dan Sarawak,

IHP kawasan tidak menunjukkan perbezaan harga antara kawasan. la hanya menunjukkan pergerakan harga pada satu tempoh masa tertentu di kawasan berkenaan.

Contoh pergerakan IHP bagi 3 bandar utarna adalah seperti berikut:

Dis/Nov 2007

o Kuala Lumpur

o Kota Kinabelu

o Kuching

2 .. 5% 2 .. 2% 2.0%

Indeks tersebut rnenunjukkan harga baranqan dan perkhidmatan bagi bandar Kuala Lumpur meningkat lebih pantas berbandinq Kota Kinabalu dan KUching.

5

Illdel<.S J-Iar9il Penggun6

7. Baga.imanakah kedudukan IHP Malaysia berbanding dengan negara .. negara lain?

~"-, Mi; '#t, ~~'iJ$ ,~t '!ll . ~ PerubatiaYil'Rerat~~
N,egata :;;~ • ';::,ii'" ~T '
I",,'!i>. " iI! " 2006/200520,07/2006
Amerika Syarikat 3.2 2.5*
Hllplna 6.2 2.7**
Indonesia 13.1 6.4
Jepun 0.2 -0.1*
Korea 2.2 2.2*
Jerman 1.7 1,9*
Jumlah - O.E.,C.D 2.6 2.1*
Kanada 2.0 2.1*
Ma.laysia 3.6 2.0
PeranGis 1.7 1.2*
Singapura 1.0 1.9**
Thailand 4.7 2.3
United Kingdom 2,3 2.3* * Purata bagi sembilan bulan pertama (Jan-Sept)

** Purata bagi sebelas bulan pertama (Jan-Nov)

IHP Malaysia bagi tahun 2007 berbanding 2006 lalah 2.0%. Peningkatan ini adalah lebih rendah berbanding beberapa negara lain, seperti Amerika Syarikat (2.5%), Filipina (2.7%), Indonesia (6.4%), Thailand (2.3%) dan United Kingdom (2.3%).

6

Indeks Harga Per lS)gurl21

8. Adakah IHP dipengaruhi oleh perubahan harga barangan dan perkhidmatan

~ ~.~I~~. ~.~.~~.r~. ~a.~~j.a.~ .

• Tidak. Selain peningkatan harga dalarn negara, IHP juga dipengaruhi oleh peningkatan harga barang-barang yang d1import. Peningkatan harga ini biasanya dinamakan sebagai inflasi yang diimport.

Misalnya, kenaikan harga tepung gandum di negara ini adalah disebabkan oleh kenalkan harga bijirin gandum yang diimport dari Australia, Amerika Syarikat dan negaranegara pengeluar bijirin gandum yang lain. Begitu juga kenaikan harga ayam adalah disebabkan oleh kenaikan harga bahan makanan ayam yang diimport, seperti jagung dan kacang soya yang harganya ditentukan oleh pasaran dunia.

9. Apakah langkah-Iangkah yang dilakukan oleh Kerajaan dalammengawal kenaikan harga barangan?

Kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah perlu bagi memastikan kestabilan harqa barangan. Antara lanqkahlangkah yang diambil bagi membantu pengguna adalah seperti berikut:

7

Indeks Harqa Pf)ngguflE!

i. Tindakan Penguatkuasaan

OPS Gajl telah dijalankan sejak 21 Mei 2007 dan pelaksanaanya berterusan sehingga akhir tahun. Penumpuan dan penekanankhusus diberikan ke atas pemeriksaan harga barangan. Operasi ini

dilaksanakan seeara bersepadu dengan

menggerakkan sepenuh tenaga pegawai

penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di peringkat Ibu Pejabat, negeri dan cawangan.

Dari 21 Mei hingga 31 Disember 2007, sebanyak 1,036,427 pemeriksaan telah dijalankan di seluruh negara, meliputi 792,840 pemeriksaan di kawasan bandar dan 243,587 pemeriksaan di kawasan luar bandar. Daripada penguatkuasaan tersebut, sebanyak 1,440 kes tindakan telah diambil di bawah Akta seperti berikut:

i. Akta Kawalan Harga 1946 :::: 1.,045 kes
Ii. Akta Perihal Dagangan 1972 =: 84 kes
i.ii. Akta Timbang dan Sukat :::: 276 kes
IV. Akta Kawalan Bekalan 1961 :::: 15 kes
v. Akta Perlindungan Pengguna 1999 :::: 20 kes
Jumlah = 1,440 kes Daripada jumlah keseluruhan tindakan kes tersebut, nilai rampasan barangan berjumlah RM651,057.31 dan nHai kornpaun berjumlah RM268,630.00.

• Tlndakan tegas akan terus diambll bagi memastikan para peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan seeara tidak berpatutan dan mematuhi undang-undang di bawah Akta-akta yang tersebut di atas.

8

Illdeks Harga PengguIl8

ii. TindakanBukan Penguatkuasaan



Perbincangan dengan syarlkat-syarikat pengeluar barangan dari rnasa ke sernasa bagi mendapatkan kerjasama untuk mengawal kenaikan harga barangan supaya ianya dalarn lingkungan yang munasabah. Antaranya termasuklah:

o Syarikat pengeluar roti

o Syarikat pengeluar tepung

o Syarikat pengeluar susu

o Penternak dan pembekal ayam

o Pengeluar dan pemborong simen dan besi

iii. Penubuhan Distribution Centre

Kerajaan menggalakkan penubuhan distribution centre oleh hypermarket tempatan dan asing bagi pengedaran barangan secara bomng dan runcit, Tujuannya latah untuk mengurangkan peranan orang tengah yang membawa implikasi kepada kenaikan harga barangan.

Sehingga Disember 2007, terdapat 6 buah distribution centre yang telah dibangunkan oleh syarikat hypermarket, iaitu Mydin (3 buah), Giant (2 buah) dan Tesca (1 buah). Dua buah lagi distribution centre telah diluluskan untuk dibangunkan.

iv. Mewujudkan Pasar Tani

Aktiviti pasar tani adalah digalakkan di bandar dan luar bandar bagi membolehkan barangan dijual terus kepada pengguna dengan harga yang berpatutan.

9

IncJeks Harqa P('lnQOI ma

v. Mewujudkan stok penimbal

Melalui penubuhan Majlis Harga Barangan Negara yang diumumkan pada 5 Februari 2008, Kerajaan akan menubuhkan stok penimbal bagi memastikan bekalan barangan perlu adalah mencukupi dan berterusan bagi memastikan harga yang berpatutan.

10. Bagaimanakah pengguna boleh memainkan peranan dalam mengawal kenaikan harga barangan?

Pengguna boleh memainkan peranan bagi membendung kenaikan harga barangan. Antaranya ialah:

.:. Pengguna perlu membuat pilihan dan perbandingan harga supaya barangan yang dibeli berkualiti pada harga yang munasabah .

• :. Pengguna perlu merancang perbelanjaan mengikut kemampuan .

• :. Pengguna perlu membuat kepastian berkenaan dengan sebarang tawaran dan iklan sebelum membuat pembelian .

• :. Pengguna perlu meningkatkan pengetahuan

berkenaan dengan situasi ekonomi pasaran yang memberi kesan kepada kenaikan harga barangan.

10

• Penqquna perlu menqamalkan konsep pengguna bijak iaitu:

o membeli barangan berkualiti

o membuat perbandingan harga

o memilih perkhidmatan terbaik

o membuat pilihan yang tepat

11

Dengan Kerjasama

Unit lPerancangan Ek'onomi Jabatan Perdena Menteri

K.ementerian lPerdagang:an IDalam N,egeri dan Hal Ehwal Peng'guna

K!ementerian Ke!A'an!g:an Malaysia

Kementerian PengajianTinggi

K.ementerian lPenerangan Mailaysia

Jabatan lPerangka.an Malaysia

Dengan Kerjasama

Unit Perancang.an Ekonomi. Jabatan Perdana Menteri

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Kementerian Kewangan Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi Kementerian Penerangan Ma'iaysia Jabatan Perangkaan Malaysia

You might also like