You are on page 1of 2

Falsafah Pendidikan Luar

Jean-Jacques Rousseau(1912 -1778)

“our first teacher are our feet, our hands and our eyes. To substitute books for all this …… is but to teach
us to use the reasons of others.”

Huraian falsafah Rousseau

- Pendidikan Luar merupakan pendidikan yang penting dan perlu selari dengan konsep
pendidikan;
- Pendidikan Luar merupakan alat yang penting untuk mencapai kehendak pendidikan; dan
- Pendidik yang baik, perlu lebih berdasarkan pengalaman secara langsung.

Johann Henrick Pestalozzi(1748 – 1827)

“lead your child out into nature, teach him on the hilltops and in the valleys. There he vill listen better,
and the sense of freedom wil give him more strength to overcome difficulties. But in these hours of
freedom let him be taught by nature rather than by you. Let him fully realize that she is the real teacher
and that you, with your art, do nothing more than walk quietly at her side.”

Huraian falsafah Pestalozzi

- Pendidikan Luar memberikan pengalaman secara langsung dan interaksi dengan bahan sebenar;
- Terdapat displin pendidikan yang memerlukan praktikal berbanding pembelajaran di dalam
kelas contohnya latih mengajar, menanam pokok dan lain-lain lagi; dan
- Pengalaman berinteraksi dengan alam sekitar merupakan komponen penting dalam membuat
kesimpulan dan gederalisasi.

Falsafah dan Konsep Pendidikan Luar Di Malaysia.

Falsafah Pendidikan kebangsaan menegaskan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang
berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mengwujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Oleh yang demikian Program Pendidikan Luar dapat dijadikan
media untuk memurnikan hasrat kerajaan.

Pendidikan Luar merangkumi pelbagai tujuan dan amalan yang dapat memperkayakan dan
memperkukuhkan pengalaman pendidikan formal dengan melihat alam semulajadi sebagai ‘makmal
hidup’. Pemanfaatan persekitaran dan alam semulajadi sebagai tempat pembelajaran secara terus akan
menajamkan kepekaan individu apabila pengetahuan yang diperoleh melibatkan deria. Dalam hal ini,
Pendidikan Luar mengutamakan aspek penaakulan oleh individu dan perlakuan motor yang melibatkan
semua deria, umpamanya dalam mengenal alam flora dan fauna.

Pendekatan Pendidikan Luar banyak tertumpu kepada kaedah penemuan, eksperimen dan kajian
lapangan. Penekanan pembelajaran dalam Pendidikan Luar menggalakkan pelajar memperoleh
pengalaman melaui sesuatu yang dilakukan sendiri. Konsep pendekatan yang sedemikian diamalkan
kerana pegangan falsafah Pendidikan Luar yang mempercayai bahawa adalah sukar mengajar seseorang
itu belajar tetapi lebih mudah menolong seseorang itu belajar.

Disamping itu, iannya juga adalah satu proses pembelajaran secara langsung(learning by doing so). Ilmu
pengetahuan dan pengalaman diperoleh dengan konsep ini secara tidak langsung akan melahirkan
seorang individu yang sempurna di mana segala aspek yang diberi penekanan iaitu fizikal, mental,
emosi, social dan rohani dapat dimantapkan.

Dengan melibatkan diri kepada corak pendidikan seperti ini potensi individu akan dapat dikembangkan
secara menyeluruh. Individu dapat meningkatkan tahap kreativitinya dengan menggabungjalin dan
mengembelingkan segala ilmu pengetahuan dan fakta-fakta yang diperolehnya bagi mencetuskan satu
corak pemikiran kreatif.

You might also like