You are on page 1of 20

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Isi Kandungan 

Perkara Muka surat

Isi kandungan 1

Penghargaan 2

Pengenalan 3 - 6

Pendekatan dalam proses


mengaktifkan pembelajaran dan
pemindahan pembelajaran. 6 - 9

Tajuk-tajuk tema dan soalan-soalan


yang boleh menjadi panduan bagi
anda memilih tema. 9 - 16

Pandangan anda mengenai jumlah


mata pelajaran yang boleh dilibatkan
berdasarkan tema yang anda pilih. 17 - 18

Bibiliografi 19

1
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

  Assalamualaikum wbr.

Pertama sekali saya bersyukur atas kurniaan dan limpah rezeki daripada ALLAH
SWT yang telah mengizinkan saya menyiapkan tugasan yang telah
diamanahkan . Kerja kursus HBEF 1403 Seni Dalam Pendidikan ini banyak
memberi pendedahan kepada saya untuk mengaplikasikan Pendekatan Bertema
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan cara yang berkesan.

Mudah-mudahan kerja yang sedikit ini akan dapat memberikan manfaat


yang besar dan berguna kepada masyarakat keseluruhannya. Kupasan
pendapat tentang tema pengajaran dalam bilik darjah adalah diharap dapat
digunakan bagi memastikan pelajar berasa seronok dan tertarik dengan
pelajaran yang disampaikan.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Saiful ‘Adli b.
Harun, tutor saya yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar. Beliau sangat
bertolak ansur dan memahami situasi pelajar program jarak jauh seperti saya.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada
semua yang terlibat dalam menjayakan setiap perkataan di dalam tugasan ini
sehingga ianya sempurna dan dapat dihantar tepat pada waktunya.

Sekian, terima kasih.

Karim b. Ishak.
(650912086439)

2
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

 1.1 PENDAHULUAN

Pendekatan bertema seringkali digunakan untuk memenuhi keperluan


pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Pendekatan ini sesuai
dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat pelajar dan guru.
Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran, bukan sahaja sebagai
tajuk atau subjek tetapi tema juga meneroka pengalaman manusia dari segi
pandangan atau perspektif dan seringkali boleh menimbulkan isu. Tema
merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang kepada pelajar untuk
memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu.

1.2 PENDEKATAN BERTEMA

Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun di
sekitar konsep atau tema. Ia merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang
kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ini akan menghindari
program yang tidak tersusun berpunca dari pelajaran harian yang tidak berkaitan. Unit
pengajaran bertema juga membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman,
sikap dan kemahiran termasuk juga bidang-bidang kurikulum.

Dalam mengorganisasikan sesuatu pelajaran menggunakan Pendekatan Bertema,


pelajar diberi peluang untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang
mengekspresikan sesuatu tema yang diterimapakai.

1.2.1 Pemilihan dan Penentuan Tema


Justeru itu, memilih tema merupakan langkah yang penting untuk
memperkembangkan unit pembelajaran. Ini adalah kerana banyak masa dan
usaha yang perlu diberikan untuk meningkatkannya. Terdapat banyak tema
dan cara untuk mengkategorikan pendekatan itu. Di sini, disenaraikan panduan
untuk memilih tema yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran pelajar:

3
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

(a) Pemilihan tema yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan


pembelajaran adalah seperti berikut:

(i) Berasaskan konsep;

(ii) Berasaskan kemahiran;

(iii) Berasaskan kandungan dan kemahiran;

(iv) Berfokus kepada isu;

(v) Berfokus kepada projek; dan

(vi) Berorientasikan kajian kes.

(b) Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut:


(i) Boleh merentas semua matapelajaran
Tema yang dipilih hendaklah yang boleh digunakan kepada semua mata
pelajaran. Contoh: tema pokok. Oleh yang demikian, semua mata
pelajaran akan menggunakan tema ini. Dalam mata pelajaran matematik
misalnya, pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira beberapa batang
pokok di sesuatu tempat. Manakala dalam mata pelajaran muzik, pelajar
akan menyanyikan lagu berkaitan pokok dan membuat pergerakan seperti
pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya.

(ii) Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan pelajar


Pastikan tema yang dipilih ada kaitannya dengan pengalaman kehidupan
diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan
aktiviti Seni dalam Pendidikan dapat dijalankan dengan berkesan.

(iii) Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa

4
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Tema yang dipilih ini perlulah bersesuaian dengan keadaan situasi, masa
dan peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara tidak langsung ianya
dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar
dengan keadaan situasi yang sebenar.

(iv) Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan


digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Beberapa justifikasi perlu ada dalam membuat pemilihan tema,
terutamanya dari segi penyediaan kemudahan untuk memperoleh bahan
dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran supaya guru dapat mengajar dengan menunjukkan contoh-
contoh yang sebenar dan “hands on”. Tidak wajar sekiranya guru cuma
bercerita tanpa memberi pengalaman langsung kepada pelajar.

(v) Guru berminat terhadap tema yang dipilih


Guru hendaklah berminat dengan tema yang dipilih dan ini akan dapat
memotivasikan dan mempertingkatan lagi penglibatan pelajar terhadap
aktiviti yang dijalankan.

(vi) Pemeringkatan tema daripada yang mudah kepada yang lebih


mencabar
Pastikan tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan
pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran
daripada yang mudah kepada yang lebih mencabar.

1.2.2 Kelebihan, Kekuatan dan Isu / Cabaran

(a) Kelebihan pendekatan bertema kepada pelajar adalah seperti


berikut;
(i) Untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran;

5
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

(ii) Untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan;


(iii) Membolehkan pelajar meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti
berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu;
(iv) Dapat menghadapi cabaran;
(v) Dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan;
(vi) Untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal;
(vii) Menyemai nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan yang
pelbagai budaya; dan
(viii) Untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang
menghubungkait pengetahuan dengan kemahiran.

(b) Kekuatan
(i) Pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan
pengalaman verbal dan bukan verbal, sama ada dalam bentuk
pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang
diberi.
(ii) Persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan
kreativiti yang tinggi.
(iii) Pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan;
(iv) Berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi
baru.
(v) Dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan.
(vi) Dapat menghubungkait pengetahuan dengan kemahiran.

(c) Isu/Cabaran
(i) Kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran;
(ii) Untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan;
(iii) Hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang
berbeza-beza;
(iv) Sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas; dan

6
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

(v) Kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza.

(a) Berdasarkan lawatan tersebut, jelaskan cara menjalankan pendekatan


bertema yang dapat digunakan dalam proses mengaktifkan pembelajaran
dan pemindahan pembelajaran.

Pemilihan sesuatu tema merupakan satu langkah yang penting dalam


perkembangan sesuatu unit. Prinsip asas bagi penciptaan tema untuk
improvisasi ialah mudah dan berfungsi. Tema wujud dalam kehidupan seharian.
Pilih tema yang berkaitan dengan kehidupan seharian anda dan cuba terokainya.

Berikut adalah beberapa soalan yang boleh membantu guru untuk memilih tema:

0 *.Apakah konsep atau isu utama yang penting pada tema yang dipilih?
1 *.Apakah hasil pembelajaran yang sering ada pada setiap sukatan?
2 *Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh digunakan?
3 *.Bagaimanakah aktiviti-aktiviti ini dapat membantu pelajar berfikir?.
4 *Mampukah pelajar membuat perkaitan yang signifikan di antara disiplin-
disiplin yang lain?
*Adakah tema yang dipilih itu menarik dan sesuai kepada pelajar?
*Adakah bahan-bahan sumber mencukupi untuk mengajar unit ini?

1.2 CARA MENJALANKAN PENDEKATAN BERTEMA

Saya telah membawa murid-murid mengadakan lawatan ke kawasan sebenar


sawah padi yang berhampiran kawasan sekolah. Berdasarkan lawatan ringkas
tersebut, saya telah memilih tema Persekitaran Alam Semula Jadi bertajuk :
sawah padi untuk menjadi isu utama pengajaran dan pembelajaran. Cara
menjalankan pendekatan bertema yang dapat digunakan dalam proses

7
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

mengaktifkan pembelajaran dan pemindahan pembelajaran tersebut adalah


seperti berikut:

(i) Aktiviti K-W-L adalah satu teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk
memperkenalkan pendekatan bertema.
- K (know) --- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini?
Tahu tentang sawah padi kerana murid berada dikawasan sawah
padi.

- W (want) --- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini?
Cuba memahami perkara yang berkaitan dengan sawah padi dan
manfaatnya kepada diri, keluarga dan masyarakat.

- L (learn) --- Apa yang saya belajar daripada tajuk ini?


Mengetahui dengan lebih mendalam tentang sawah padi dan
kaitan dengan pengidupan manusia dan unsur alam sekitar.
.1
(ii) Dapatkan seorang pembentang untuk bercakap mengenai sesuatu
tajuk seperti bahasa, sains, agama, moral dan kemahiran hidup.
(iii) Cara yang mudah untuk memulakan sesuatu unit ialah dengan
membacakan sebuah cerita kepada kelas,
(iv) Tunjukkan gambar-gambar atau rakaman video untuk memulakan
sesuatu unit. Sebagai contoh, jika tajuk itu tentang pemandangan
kawasan penanaman padi diwaktu musim menuai seperti yang pernah
dilihat oleh murid.
(v) Mainkan sebuah rakaman atau kaset.
(vi) Dedahkan pelajar kepada puisi, contohnya bahasa dan muzik.
(vii) Dedahkan pelajar membuat aktiviti pemerhatian, contohnya lawatan.
(viii) Bawa bahan bantu mengajar, contohnya benih padi dan beras.

8
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Tema daripada mata pelajaran sains, matematik, kajian tempatan dan bahasa
boleh diajar dengan menggabungjalinkan muzik seni visual dan pergerakan bagi
membolehkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran menjadi satu proses
yang bermakna.

9
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

b-Bincang tentang tajuk-tajuk tema dan soalan-soalan yang boleh menjadi


panduan bagi anda memilih tema tersebut

2.1 JENIS TEMA

Tema terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Tema Persekitaran, Tema


Masyarakat dan Tema Komunikasi.

Rajah: Jenis-jenis tema

2.2 TEMA PERSEKITARAN

Persekitaran merangkumi elemen fizikal dan sosial. Persekitaran fizikal iaitu


pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan cukup masa mampu memberi kesan
ke atas perkembangan kanak-kanak bermain. Persekitaran sosial pula
dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan rakan sebaya serta
sokongan. Elemen-elemen fizikal dan sosial ini berinteraksi dengan tahap
perkembangan kanak-kanak, pengalaman lalu, masa dan ruang perlindungan.

2.2.1 PERSEKITARAN ALAM SEMULA JADI


Melalui persekitaran alam semula jadi adalah diharapkan murid-murid
akan dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang peranan dan

10
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

kefahaman tentang persekitaran alam semula jadi. Alam ini meliputi


segala aspek yang berada di persekitarannya, tempat dan habitat semua
hidupan dan berinteraksi antara satu sama lain dalam ekosistem yang
seimbang. Pelajaran tentang alam juga, mendidik masyarakat agar lebih
peka dan bertanggungjawab dalam menangani isu-isu alam sekitar dan
memupuk rasa cinta terhadap alam sekitar kepada murid serta akan dapat
membantu mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.

Bersesuaian dengan tajuk Tanaman Padi yang mempunyai kaitan rapat


dengan tema alam semula jadi. Proses penanaman padi yang
memerlukan air dan berkaitan kepentingan hujan dan cuaca bagi
memberikan penghasilan tanaman yang terbaik kepentingan menjaga
kebersihan air supaya tidak tercemar. Proses penghasilan padi kepada
beras yang menjadi sumber makanan asasi kepada penduduk Malaysia.

Kesimpulan dari perbincangan itu secara tidak langsung akan dapat


membantu,
(i) Untuk mengesan bahagian-bahagian pokok padi (Sains)
(ii) Membuat seruling dari batang pokok padi. (Muzik)
(iii) Melakar kawasan penanaman padi secara bentuk lukisan lakaran.
(Seni Visual)
(iv) Proses mengerjakan sawah padi seperti menabur baja. (Pendidikan
Jasmani)

2.2.2 PERSEKITARAN ALAM BUATAN MANUSIA


Di samping alam semula jadi, persekitaran buatan manusia juga memainkan
peranan penting dalam kehidupan kita. Persekitaran buatan manusia ini
termasuklah rumah pesawah, pembinaan bangunan penyimpanan padi dan
jentera pembajak dan mesin tuai padi. Untuk itu pelajar akan dapat mengenal
pasti :

11
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

(i) Kaitan penggunaan jentera dan penggunaan di sawah padi. (Sains)


(ii) Penghasilan bunyi mesin yang pelbagai boleh menumbulkan pelbagai
irama. (Muzik)
(iii) Menceritakan tentang konsep warna yang terdapat pada
pemandangan sawah padi. (Seni Visual)
(iv) Mendemonstrasikan pergerakan manipulatif menggunakan bahan-
bahan kitar semula iaitu penggunaan jerami untuk tujuan bahan bakar
(Pendidkan Jasmani)

2.2.3 PERSEKITARAN TEKNOLOGI

Tema yang terkandung dalam persekitaran teknologi adalah bercorak


globalisasi, dunia tanpa sempadan, komunikasi melalui internet, pelbagai jenis
pengangkutan dan lain-lain. Tema ini boleh digunakan dalam mengajar topik-
topik daripada mata pelajaran lain seperti bahasa, sains, kajian tempatan dan
lain-lain lagi.
(i) Teknologi moden yang digunakan dalam penghasilan racun
perosak (Sains)
(ii) Penganugerahan ALLAH kepada kepandaian mencipta peralatan
moden untuk mengerjakan sawah padi ( Agama Islam)
(iii) Membina ayat berdasarkan suasana semasa musim menuai.
(bahasa Melayu)

2.3 Tema Masyarakat.

Masyarakat dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan besar iaitu;


(a) Masyarakat zaman purba;
(b) Zaman batu; dan
(c) Masa kini.

12
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Manusia telah wujud sejak zaman berzaman lagi. Kita semua adalah makhluk
sosial dan berkongsi keperluan asas yang sama. Oleh itu kita perlu untuk dimiliki,
rasa selamat, dikasihi, merasai kejayaan dan memperolehi pengiktirafan. Dalam
masyarakat manusia, aspek-aspek sosial dan budaya tidak dapat dipisahkan.
Kita perlu bekerjasama untuk kepentingan masyarakat. Perhubungan sosial ini
memberi ruang kepada mereka mencipta aktiviti-aktiviti untuk memenuhi masa
lapang. Aktiviti-aktiviti ini diwarisi sejak turun temurun dan menjadi sebati dalam
masyarakat sehingga menjadi budaya dalam masyarakat.

Kanak-kanak memulakan penghidupannya dengan dirinya sendiri kemudian


berkembang kepada hubungan keluarganya lalu bergerak kepada kumpulan
yang lebih besar dalam masyarakat. Dalam hubungan ini, kita perlu fleksibel
dengan memberi pertimbangan tertentu kepada ciri-ciri kematangan sosial dan
memikirkan bagaimana fenomena tersebut wajar ditangani dengan sebaik
mungkin di semua peringkat perkembangannya.

Mari kita lihat situasi masyarakat yang memberi penekanan terhadap manusia,
sosial dan budaya. Kanak-kanak tidak dapat hidup secara bersendirian. Mereka
perlu bergantung kepada masyarakat. Banyak pihak perlu memberi sokongan
sebagai contoh, pihak polis, pemandu bas, pegawai bank. Kanak-kanak
mempelajari pelbagai peranan yang dimainkan oleh manusia dan mereka
lakonkan peranan-peranan ini dalam kehidupan seharian mereka.

Setiap insan adalah penting dalam kehidupan dan persekitaran kanak-kanak.


Setiap insan juga memainkan peranan untuk mewujudkan pelbagai lapisan
masyarakat seperti pemungut sampah berperanan untuk memungut sampah,
tukang kebun menjaga taman bunga, tukang masak memasak makanan
dikantin, pemandu bas membawa kanak-kanak ke sekolah. Selain interaksi
sosial dalam masyarakat, budaya dan isu perkauman dapat mempengaruhi
dalam pergaulan kanak-kanak.

13
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Kebudayaan adalah cara kehidupan yang merangkumi pelbagai perbezaan


mengikut latar belakang, keluarga dan individu. Kepelbagaian dan perbezaan
menjadikan individu itu unik. Elemen-elemen kepelbagaian termasuklah umur,
jantina, kebolehan, bangsa, status sosial, agama, saiz dan perwatakan.
Kepelbagaian dan perbezaan ini boleh menyeronokkan dan mengecewakan
dalam usaha kita mencari kehendak individu, minat dan kebolehan. Guru perlu
memastikan bahan-bahan budaya yang pelbagai boleh diperolehi untuk
permainan kanak-kanak.

(a) Apakah Tujuan Pendekatan Bertema Masyarakat?


Pengajaran dan pembelajaran muzik, seni visual dan pergerakan akan
memberi
0 peluang kepada murid untuk mengembangkan daya kognitif, efektif dan
0 psikomotor Pendekatan bertemakan masyarakat akan membantu murid
1 memilih
1 dan memindahkan idea, mengolah, sintesis dan penghargaan.
1 Murid mengaplikasikan kemahiran seperti memilih dan memindahkan
2 idea,
3 mengolah, sintesis dan penghargaan untuk mengembangkan
4 pengetahuan muzik,
5 seni dan pergerakan dan penghasilan karya kreatif. Murid memahami
6 bahawa penghasilan dan tindak balas membuat karya muzik, seni dan
7 pergerakan adalah terjalin di antara persepsi analisis dan kritikan.
8 Pendekatan bertemakan masyarakat juga memberi peluang secara
9 mendalam untuk memahami peranan yang dimainkan oleh muzik,
0 seni dan pergerakan dalam kejayaan insan. Murid memperolehi
1 pendekatan yang mendalam terhadap nilai-nilai murni diri mereka dan
2 nilai-nilai murni orang lain. Mereka juga dapat menghubungkaitkan muzik,
3 seni dan pergerakan dengan nilai,kepercayaan dan kehendak manusia
4 sejagat. Mereka akhirnya dapat memahami bahawa kesenian setiap
5 budaya adalah dipengaruhi oleh idea-idea estetik dan sosial, politik,

14
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

10 ekonomi dan lain-lain.

(b) Menggabungkan Tema Masyarakat dengan Mata Pelajaran Lain


Terdapat beberapa langkah penting dalam menggabungkan tema
masyarakat dengan pelbagai mata pelajaran yang lain.
1 Menghayati tema masyarakat dengan beberapa cara untuk mencapai
2 tujuan utama. Pelajaran perlu dibuat secara bersepadu supaya pelajar
3 dapat menguasai pelbagai konsep dan kemahiran. Menggunakan tema
4 masyarakat untuk menggabungkan pembelajaran merentasi disiplin dan
5 tindak balas pengalaman melalui Seni dalam Pendidikan.
6 Penghubungkaitan kurikulum adalah aktiviti yang terdapat dalam bidang
7 kurikulum lain yang boleh berlaku secara serentak.
8

Tema masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat dan budaya.


Pembelajaran sosial yang bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dapat
membantu seseorang itu untuk meningkatkan tahap kesedaran dan untuk lebih
mendalami tentang masyarakat bersama dan juga pengalaman di samping
menghargai pelbagai budaya yang wujud di dalam masyarakat kita. Dengan itu
pengalaman pelajar berdasarkan aktiviti sekitar Tema Masyarakat dapat
membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi
muzik, pergerakan dan seni visual.

2.4 TEMA KOMUNIKASI

Komunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk
menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan
dan memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Semua komunikasi berlaku

15
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

dalam konteks yang mengandungi sekurang-kurangnya empat dimensi iaitu


fizikal, budaya, psikologikal sosial dan temporal.

Konteks fizikal adalah persekitaran yang nyata di mana komunikasi berlaku


seperti di dalam bilik atau ruang legar atau di taman. Konteks budaya pula
merujuk kepada peraturan dan norma komunikasi, kepercayaan dan sikap yang
dipindah dari satu generasi ke satu generasi yang seterusnya. Konteks sosio-
psikologikal pula merangkumi seperti contoh hubungan status di kalangan
peserta, peranan yang dimainkan oleh manusia dan peraturan budaya sesuatu
masyarakat di mana komunikasi berlaku. Manakala dalam konteks temporal
ianya merangkumi masa dan tarikh serta silam semasa kemunikasi telah
berlaku.

Mesej komunikasi terdapat dalam pelbagai bentuk. Anda boleh menghantar dan
menerima mesej melalui sesiapa atau mana-mana kombinasi organ-organ deria.
Walau pun anda biasanya menganggap mesej sebagai verbal, anda juga boleh
berkomunikasi secara bukan verbal. Contohnya pakaian yang anda pakai, cara
anda berjalan, berjabat tangan, mengangguk kepala, menyisir rambut, duduk
dan senyum. Kesemuanya mengenai anda adalah satu bentuk komunikasi.

Komunikasi sering mendatangkan sedikit kesan ke atas seseorang atau


beberapa orang yang terlibat semasa berkomunikasi. Sebagai contoh, anda
boleh mendapat pengetahuan atau mempelajari bagaimana untuk
meninggkatkan hasil tanaman padi. Semua ini merupakan kesan intelektual atau
kognitif. Anda mungkin boleh mendapat atau mengubah sikap, kepercayaan,
emosi dan perasaan anda. Semua ini adalah kesan afektif. Anda mungkin akan
belajar pergerakan badan yang baru seperti melakukan kerja di sawah atau
mengecat lukisan serta perlakuan verbal dan bukan verbal yang sesuai. Ini
merupakan kesan-kesan psikomotor.

16
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Sistem mesej yang digunakan untuk berkomunikasi yang bermakna dengan


orang lain. Sistem ini mengandungi aspek verbal dan bukan verbal. Bahagian
verbal adalah bahasa- perkataan, frasa dan ayat-ayat yang hendak digunakan.
Manakala bentuk bukan verbal merangkumi pelbagai elemen hubungan ruang,
orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan mata, sentuhan dan
variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.

(a) Komunikasi Verbal


Komunikasi verbal merupakan satu sistem penyampaian mesej yang
dilakukan dalam bentuk bahasa-perkataan, frasa dan ayat-ayat.

(b) Komunikasi Bukan Verbal


Bentuk bukan verbal mengandungi pelbagai elemen: hubungan ruang,
orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan mata, sentuhan
dan variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.

c- Berikan pandangan anda mengenai jumlah mata pelajaran yang boleh


dilibatkan berdasarkan tema yang anda pilih. Huraikan perlaksanaan tema
yang dipilih bagi setiap mata pelajaran tersebut dalam bentuk PowerPoint bagi
menunjukkan penggabungjalinan tersebut.

3.1 PANDANGAN SAYA

Saya telah memilih Tema Persekitaran Alam Semula Jadi, dengan Tajuk :
Sawah padi berikutan lawatan saya dan murid-murid kelas ke kawasan sawah
padi yang berhampiran dengan sekolah. Tema ini sangat bersesuaian untuk
mengajar murid-murid terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan
Seni, Pengetahuan Agama Islam, Sains, Pendidikan Seni, Matematik, dan
Muzik.

17
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Penggabungjalinan kemahiran dan matapelajaran seperti lampiran power


point yang disertakan. (lampiran)

3.2 RUMUSAN

PENDEKATAN BERTEMA merupakan program yang mantap dan efektif


kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan
kepakaran artistik. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran,
mencerminkan budaya dan minat murid dan guru. Tema bukan sahaja sebagai
tajuk atau subjek tetapi tema meneroka pengalaman manusia dari segi
pandangan atau perspektif dan seringkali boleh menimbulkan isu. Ia merupakan
kandungan maklumat dan memberi peluang kepada pelajar untuk memindahkan
maklumat kepada ilmu melalui proses individu dalam situasi pengajaran dan
pembelajaran. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.

18
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Bibliografi

http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/pendekatan-bertema.html

http://www.scribd.com/doc/13950813/Modul-Pendekatan-Dan-Pedagogi

http://www.docstoc.com/docs/20611501/Seni-Dlm-Pendidikan

http://www.allfreeessays.com/essays/Pendekatan-Bertema/104844.html

http://ads.masbuchin.com/search/pendekatan+bertema

http://eforum1.cari.com.my/archiver/?tid-277790-page-2.html

http://www.ieyd.edu.my/v2/bm09_kursuskemahiran4.php

http://onlinebookbank.com/pdf/co/contoh-pendekatan-bertema/

http://www.kemas.gov.my/97

http://www.iaiamedia.com/?s=contoh+lukisan+bertema+anak+anak

http://parapemikir.com/search/pengertian-pendekatan-bertema

http://episentrum.com/search/pendekatan%20bertema%20dalam
%20perkembangan%20kanak-kanak

http://gpb-impul3363.blogspot.com/2009/12/pendekatan-bertema.html

19
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

20

You might also like