You are on page 1of 13

16

 TOPIK 2  BATIK

Topik  Batik
2
H
4A. S I L P E M B E L A J A R A N
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan tentang latar belakang batik;
2. Menerangkan motif dan ragam hias dalam batik;
3. Mengaplikasikan alat dan bahan untuk menghasilkan batik; dan
4. Menghasilkan batik.

XX PENGENALAN
Batik adalah merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Anda akan
didedahkan dengan secara mendalam tentang asal usul, reka corak, reka
bentuk, alat dan media, dan teknik untuk penghasilan batik. Anda juga didedah
bagaimana untuk menghasilkan satu reka corak baru batik melalui satu proses
stabilisasi berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang disarankan.

Akhir sekali anda akan menghasilkan satu karya batik dengan menggunakan
bahan yang mudah bersesuaian dengan aktiviti untuk dijalankan sekolah
rendah. Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan berdasarkan
kemasan, kemahiran mengaplikasikan alat, media dan teknik. Sesi apresiasi
juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk
membincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain.

2.1 Sejarah Batik Malaysia


Batik adalah merupakan kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau
Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan
kehalusan seni tekstil yang tinggi. Perkataan batik berasal dari Indonesia yang
TOPIK 2  BATIK  17

membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau
bercorak. Dalam Bahasa Melayu, batik bermaksud titik manakala dalam bahasa
Jawa pula batik bermaksud setitik lilin.

Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan
di Jepun dan China dalam abad ke 7. Seni Batik cap juga telah lama wujud di
Indonesia. Seni batik juga telah berkembang ke negara ini.

AKTIVITI 2.1

Bincangkan tentang sejarah perkembangan batik.

Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah


perkembangan perusahaan batik tanah air. Ianya bermula di Kota Baharu,
Kelantan pada tahun 1914 yang telah dipelajari di kepulauan Jawa. Kain batik
di Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak dari Kelantan. Kain yang
digunakan untuk membuat batik dinamakan Kain Pereir atau Kain Pelangi iaitu
kain sutera tiruan yang diimport dari Negara Siam. Haji Che Su bersama rakan-
rakannya telah mengusahakan perusahaan batik pelangi di tepi sungai iaitu di
lorong Gajah Mati, Kota Bharu. Perusahaan batik juga dikembangkan seterusnya
ke Terengganu dan negeri-negeri lain di negara ini.

seMAK KENDIRI 2.1

Siapa pencipta kain batik yang pertama di negara ini?

2.2 JENIS-JENIS BATIK


Terdapat empat jenis teknik batik:
(i) Batik blok yang menggunakan blok kayu yang kemudian digantikan dengan
blok tembaga untuk menghasilkan corak.
(ii) Batik skrin yang menggunakan pemidang skrin dan corak dihasilkan
melalui leker.
(iii) Batik tulis atau canting yang menggunakan alat canting dan melilinkan
bahagian untuk dibuat corak.
(iv) Batik pelangi (tanpa penggunaan lilin).
18  TOPIK 2  BATIK

2.3 MOTIF BATIK MALAYSIA


Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini
terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaran.
Bagi mereka apa sahaja yang menarik dan mengandungi falsafah sendiri boleh
dijadikan corak. Oleh itu kita boleh membuat kesimpulan bahawa motif-motif
ini menunjukkan penyatuan masyarakat tradisional dengan alam. Terdapat enam
jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang
menarik:

(a) Unsur flora


Fungsi unsur flora adalah seperti berikut:
(i) Untuk menghiaskan kain batik ela. Motif flora seperti bunga, kudup,
putik, daun, ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau bertabur
(ii) Untuk menghiasi badan batik sarung.
• bunga, kuntum, putik, ranting dan pucuk disusun menjalar datar
dengan bentuk lembut
• helaian daun, kelopak serta ranting dan bunga
• bunga disusun berdahan tegak
(iii) Untuk menghiasi bahagian kepala kain (gunung) biasanya motif pucuk
rebung digunakan kebiasaannya, reka corak digubah bukan secara
realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri

akar-akar bunga air bunga bunga bunga berbaling


menjalar mata kasih anggerik berbaling (variasi)
Rajah 2.1: Contoh motif flora

(b) Unsur fauna


Unsur-unsur fauna adalah seperti:
(i) Motif rama-rama, kumbang, burung, ayam, rusa, bangau, ikan, kijang
dan sebagainya.
TOPIK 2  BATIK  19

burung burung merak kumbang


Rajah 2.2: Contoh motif fauna

(c) Unsur geometri


(i) Fungsi motif unsur rupa geometri:
• Untuk hiasan kaki kain atau gigi – susunan garis-garis halus, motif
parang rosak, motif banji atau swastika dan motif pinggir awan
digunakan.
• Garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperti
cangkerang, siput, kisi-kisi, jaring bersilang dan lain-lain lagi.
• Untuk menghiasi batik panjang – motif kawung dalam susunan
empat bentuk bujur sering digunakan.
• Motif ceplok dengan susunan segi empat yang berisikan
beberapa bentuk lain seperti bunga, unggas atau binatang dan
garis berpalang digunakan bentuk ini bukan geometri tulen, ia
merupakan campuran gaya organik dan geometri.
(ii) Contoh motif unsur geometri: keluk pinggir awan persegi, pilin
berganda’, buntut siput, parang rosak, banji, ceplok, jalur, kawung,
kisi-kiri dan swastika.

jakur kawung kisi-kisi swastika


Rajah 2.3: Contoh motif geometri

(d) Unsur benda buatan manusia


(i) fungsi motif unsur buatan manusia yang agak moden ini biasanya
digunakan untuk hiasan batik ela
(ii) Contoh motif unsur benda buatan manusia:
• abor
• jaring ikan
20  TOPIK 2  BATIK

• kampung
• wau

wau wayang kulit wayang kulit (variasi)

Rajah 2.4: Contoh motif buatan manusia

(e) Unsur Motif isen


Isen ialah motif pengisi untuk, memenuhi kain batik tradisional atau sebagai
latar belakang kepala sesuatu pola corak.

Contoh jenis isen:


Ada-ada, atap, sirapan, berangan, cacah gari, cantlel, cecek-cecek, cecek pitu,
cecek sawut daun, galangan, grinsing, mata dara, penutup, poleng, sisik dan
lain-lain lagi.

mata dara mlinjon penutupan poleng

Rajah 2.5: Contoh motif isen

seMAK KENDIRI 2.2

Huraikan jenis-jenis ragam hias yang terdapat dalam batik.

2.3.1 Susunan Reka Corak Motif


Terdapat beberapa jenis susunan motif pada lain batik, iaitu
(a) berdiri
(b) berjalur
(c) catur/dam
(d) kisi-kisi
TOPIK 2  BATIK  21

(e) melintang
(f) menyeluruh
(g) serong
(h) tompok-tompok (bertabur)
(i) ulang bersilang
(j) ulang batu bata

Motif pucuk rebung sering diletakkan pada bahagian kepala kain. Susunan motif
untuk bahagian badan kain lebih bebas, berbentuk bunga berpohon atau bunga
tunggal boleh disusun untuk menghasilkan corak. Motif parang rosak, pilin
berganda atau banji sering digunakan untuk susunan menyerong. Motif pinggir
awan, keluk berlingkar, keluk berbunga dan lengkungan separuh bulat sering
menyatukan bentuk dengan bahagian badan kain.

2.4 Jenis teknik penghasilan Batik


Di bahagian ini, kita akan pelajari tentang tiga teknik penghasilan batik.

(a) Teknik batik blok


• Blok tembaga yang berukir dengan gaya ukiran timbul digunakan untuk
menerap.
• Pelbagai warna yang digunakan untuk membuat corak yang berlatarkan
kain putih.
• Biasanya tiga blok yang berbeza digunakan.
• Setiap blok mempunyai sarang tertentu.
• Sarang jenis ini meninggalkan garis serta titik yang halus dan kemas
pada terapan lilin apabila dicelup dengan pewarna.
• Corak dan motif yang lebih rumit dan sempurna juga dapat dihasilkan.

Rajah 2.6: Contoh batik blok


22  TOPIK 2  BATIK

(i) Alatan
• Blok bunga atau sarang yang dibentuk khas dan di pateri mengikut
rekaan corak
• Kuali leper untuk memasak bahan campuran lilin dan pengadang
• Kuali kawah untuk mencelup, merendam dan merebus kain
• Meja menerap
– dilapisi span, kain guni atau kelopak batang pisang yang telah
– diproses dan direndam dalam air garam selama 12 jam
– biasanya pokok pisang jenis kelat air, pisang Benggala atau
pisang
– rasa digunakan
• Kain putih
• Bahan pewarna
• Debu soda

(ii) Proses membuat batik blok


• Kain putih direbus untuk melembutkan dan menanggalkan kanji.
Dijemur sehingga kering.
• Kain di bentang dengan rata di atas permukaan meja.
• Bahan campuran lilin damar dipanaskan dan permukaan blok dicelup
ke dalam lilin cair itu.
• Lilin cair diterapkan pada permukaan kain mengikut susunan dan
reka letak motif dengan teliti dan kemas.
• Kain yang telah siap diterap dengan lilin dicelup ke dalam bahan
pewarna.
• Proses menerap dan mencelup warna dilakukan berulang kali
dengan blok dan pewarna yang berlainan untuk menghasilkan kain
batik yang beraneka corak dan warna.
• Kain kemudian direbus dengan air yang dicampurkan dengan
bahan debu soda.
• Kain dicuci dan dibilas sebelum dijemur sehingga kering.

seMAK KENDIRI 2.3

Apakah alat untuk menghasilkan teknik batik blok.


TOPIK 2  BATIK  23

(b) Teknik batik tulis


• Digemari kerana mempunyai ciri mengikut kehendak semasa seperti
warna eksklusif dan motif yang bebas serta dapat disesuaikan dengan
kehendak dan kegunaan mengikut peredaran zaman.
• Ia juga mempunyai reka corak yang tersendiri.

Rajah 2.7: Contoh batik tulis

(i) Alatan
• Kain putih atau kertas
• Canting
• Campuran lilin (lilin paraffin, lilin lebah, dammar (rosin) lemak
binatang/minyak masak)
• Berus lembut
• Serbuk pewarna jenis ‘reactive-dye’
• Sodium silicate (Pemati warna)
• Soda ash
• Pemidang kayu

(ii) Proses membuat batik tulis


• Kain yang telah dibasuh (untuk membuang kanji) di kering dan
diregang pada pemidang kayu.
• Motif dan corak dilakar pada kain dengan menggunakan pensel
(6D).
• Bahan campuran lilin dipanaskan dengan suhu yang sederhana.
Lilin (60%) + damar (40%) + sedikit minyak masak untuk melicinkan
aliran lilin.
• Canting yang berisi lilin cair digunakan untuk melukis mengikut
lakaran pensel di atas permukaan kain.
• Bahan pewarna disapu pada reka corak.
24  TOPIK 2  BATIK

• Kain dibiarkan sehingga kering, kemudian disapu atau direndam


dengan sodium silikit dan dibiarkan selama 8–12 jam di tempat
terlindung cahaya untuk mematikan warna.
• Kain yang telah dimatikan warna, dibasuh dengan air ‘lalu’ sehingga
hilang kesan sodium silikit tersebut.
• Kain seterusnya direbus dan di campur dengan sedikit ‘soda ash’
sehingga lilin tanggal.
• Kain dicuci dan dibilas di dalam air sehingga bersih sebelum dikeringkan.

seMAK KENDIRI 2.4

1. Apakah alat yang digunakan dalam batik tulis.


2. Terangkan proses dalam penghasilan batik tulis.

(c) Teknik batik skrin


• Telah dipelopori oleh sekumpulan pembuat batik di negeri Kelantan dan
terus berkembang menjadi satu industri.
• Proses pembuatan menjimatkan masa, lebih ekonomi dan teknik yang
digunakan lebih cepat daripada teknik membatik yang lain.

Rajah 2.8: Contoh batik skrin

(i) Alatan
• Skrin
• Sekuji
• Meja mengecap
• Kelongsong stensil
TOPIK 2  BATIK  25

• Kain putih
• Bahan pewarna
• bahan lekar

(ii) Proses membuat batik skrin


• Reka corak dirancang, dilukis dan ditentukan skim warnanya pada
kertas
• Pecahan reka corak dibuat mengikut warna untuk menentukan
bilangan pemidang yang akan digunakan
• Kelongsong stensil yang diisi dengan bahan laker digunakan untuk
melukis corak pada skrin mengikut pecahan warna dan reka corak
• Kain putih yang bersih diregang rata di atas meja
• Skrin diletakkan di atas permukaan kain dengan kemas dan rapi
• Bahan pewarna dituang pada bahagian hujung skrin
• Pewarna disapu dengan licin dan rata dengan cara menarik atau
menolak sekuji
• Kain yang telah siap dicetak dijemur sehingga kering
• Proses pengewapan dilakukan pada kain supaya warnanya tidak
luntur
• Kain kemudiannya direndam dan dibersihkan di dalam air suam
yang bercampur bio-soft untuk menanggalkan lebihan bahan
pewarna di samping melembutkan kain dan dijemur.

seMAK KENDIRI 2.5

Terangkan proses penghasilan batik skrin.

Berikut adalah aktiviti yang anda boleh mengendalikan dengan pelajar-pelajar


anda.
26  TOPIK 2  BATIK

aKtivitI 2.1

Bahan:
1. Kertas lukisan
2. Lilin atau krayon
3. Poster atau cat air
4. Berus lukisan

Langkah 1: Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka corak


yang terdapat dalam batik.
Langkah 2: Guru mengarahkan pelajar untuk membuat satu reka
corak berdasarkan motif flora.
Langkah 3: Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi
peringkat cara bagaimana sesuatu motif flora seperti daun
dilakar dan diubahsuai hingga menjadi satu reka corak
yang baru.
Langkah 4: Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia
atas kertas bertemakan motif flora. Guru membimbing
pelajar.
Langkah 5: Pelajar dikehendaki melakarkan reka corak tersebut di
atas kertas lukisan.
Langkah 6: Pelajar membuat garisan (outline) reka corak tersebut
dengan menggunakan lilin atau krayon.

(i) Persembahan hasil kerja


• Penilaian berdasarkan
– ide reka cipta
– kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik
– kemasan
• Apresiasi
Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil karya individu dan
orang lain.

(ii) Aktiviti cadangan


Membuat satu lawatan ke kilang batik atau tempat membuat batik
Tempat : kilang atau tempat membuat batik yang berhampiran
Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan
TOPIK 2  BATIK  27

(i) bagaimana canting dihasilkan


(ii) bagaimana cop batik, dihasilkan
(iii) proses bagaimana batik dihasilkan di peringkat
permulaan hingga akhir
(iv) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari kraf batik
(v) pemasaran barangan batik.

(iii) Aktiviti pembelajaran tambahan


• Latihan
Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni batik. Teliti setiap contoh
dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.

• Latihan
Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada
batik.

seMAK KENDIRI 2.6

1. Apakah itu batik?


2. Sebutkan motif flora yang terdapat dalam batik?
3. Bincangkan jenis- jenis teknik penghasilan batik?
4. Apakah alat yang digunakan untuk membuat batik tulis?

rumusan

• Batik boleh dikatakan berasal dari Indonesia. Dalam Bahasa Melayu, batik
bermaksud ‘titik’, manakala dalam bahasa Jawa pula batik membawa maksud
‘setitik lilin’.
• Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar.
• Anda telah didedahkan dengan pengetahuan mengenai apa jenis alatan dan
bahan yang digunakan untuk menghasilkan batik.
28  TOPIK 2  BATIK

Batik Batik skrin


Batik blok Batik tulis
Batik pelangi

rUJUKAN

Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum


Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu


Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

You might also like