You are on page 1of 10

TOPIK 4  TENUNAN

 37

Topik  Tenunan
4
H
4A. S I L P E M B E L A J A R A N
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan tentang latar belakang tenunan;
2. Menerangkan motif dan ragam hias dalam tenunan;
3. Mengaplikasikan alat dan bahan untuk menghasilkan tenunan; dan
4. Menghasilkan satu tenunan.

XX PENGENALAN
Tenunan merupakan seni tekstil yang terkenal di Malaysia. Hasil tenunan
Malaysia yang pelbagai, halus dan tinggi mutunya mencerminkan kreativiti
dan kemahiran pandai tukang tempatan dalam bidang ini. Perusahaan tenunan
banyak terdapat di negeri Kalantan, Terengganau dan Pahang.

Tenunan merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Anda akan didedahkan
dengan secara mendalam tentang asal usul, reka bentuk, reka corak, alat dan
media, dan teknik untuk penghasilan tenunan. Anda juga didedah bagaimana
untuk menghasilkan satu reka corak baru tenunan melalui satu proses stailisasi
berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang disarankan.

Anda juga akan menghasikan satu karya tenunan dengan menggunakan bahan
yang mudah bersuaian dengan aktiviti untuk dijalankan sekolah rendah.
Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan berdasarkan
kemasan, kemahiran mengaplikasi alat, media dan teknik. Sesi apresiasi
juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk
memperbincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain.
38  TOPIK 4  TENUNAN

4.1 DefinIsi Tenunan


Tenunan dihasilkan daripada jalinan benang lonseng (yang menunggu) dengan
benang pakan (yang mendatang).

4.2 Sejarah
Tenunan sonkat adalah dipercayai berasal daripada kerajaan Dongson di
Kemboja sebelum ianya diperkenalkan di negara ini.

4.2.1 Jenis-jenis Tenunan


Terdapat tiga jenis tenunan yang popular di Malaysia iaitu:
(a) Tenunan Pahang
(b) Tenunan songket (kain benang emas)
(c) Tenunan Pua

(a) Tenunan Pahang


Merupakan tenunan kain yang bercorak ragi atau tanpa corak yang tidak
mempunyai ragam hias. Di Kelantan, tenunan jenis ini dikenali sebagai
tenunan balas sementara di kampong Gerung, Kelantan dikenali sebagai
setuli benang. Tenunan ini ditenun dengan menggunakan kek Siam.
Kebanyakannya diusahakan di kawasan Pekan, Pahang dan Kelantan.
Bahan utama yang digunakan ialah benang sutera dan kapas. Bagi negeri
Kelantan pula, pembuatannya banyak menggunakan benang setul (benang
Rayon).

(b) Tenunan songket


Menggunakan kaedah tenunan asas (Tenunan Tabby) iaitu tenunan asas,
benang pakan dan satu benang loseng. Tenunan ini sama seperti tenunan
Pahang tetapi menggunakan benang emas atau perak (benang pakan).

Terdapat dua jenis songket:


(i) Tekat 3
(ii) Tekat 5

aKTIVITI 4.1

Bincangkan 3 jenis tenunan yang terdapat di negara ini.


TOPIK 4  TENUNAN  39

4.3 Jenis Kain Tenunan


Terdapat tujuh jenis kain tenunan:
(i) Kain bujang atau Samping
(ii) Kain sarung tenunan corak berang
(iii) Kain sarung
(iv) Kain kampuh
(v) Kain lepas
(vi) Kain destar/Tanjak/Tengkolok
(vii) Kain selendang

4.4 Proses Menghasilkan Songket


Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan:
(i) Benang
(ii) Benang loseng
(iii) Benang pakan
(iv) Bahan pewarna

Berikut adalah alatan yang digunakan:


(i) Kek (loom)/tumpoh/kek pua
(ii) Anak geliging
(iii) Lidi
(iv) Belira
(v) Torak, cubaan dan pelting (peleting)
(vi) Pasong dan papan gulung
40  TOPIK 4  TENUNAN

Rajah 4.1: Contoh alat menenun

(a) Proses menenun songket


Benang dan bahan pewarna merupakan bahan asas untuk menghasilkan
tekstil melalui proses tenunan dengan menggunakan alat seperti kek
tumpoh atau kek injik kaki. Benang diwarnakan dengan warna pencelup
yang dipilih bagi menentukan reka corak permukaan sehelai kain.

(b) Persediaan sebelum menenun:


(i) Menerai benang
Mencerai benang-benang dari tungkulan besar dengan menggunakan
alat rahat dan ruwing.

Benang-benang dililitkan kepada peleting buluh atau besi (bobbin)


untuk digunakan sebagai benang atau loseng untuk proses menganing.

(ii) Menganing
Proses menyusun benang loseng dalam pemidang anian bagi
mendapatkan panjang kain dan corak tanah kain.

(iii) Menggulung benang losing ke papan gulung


Benang yang telah siap proses menganing dipindahkan ke papan
gulung melalui proses menggulung. Benang yang telah siap digulung
pada papan gulung digantung pada kayu pasung yang terletak di
hujung kek. Benang daripada papan gulung ini dinamakan benang
loseng.

(iv) Menyapuk
Proses jentera menarik benang dari papan gulung untuk dimasukkan
ke gigi jentera dengan menggunakan jarum di mana proses ini
dinamakan proses menyapuh/menyapuk.
TOPIK 4  TENUNAN  41

(v) Mengarat
Proses membentuk dua lapisan loseng melalui proses jalinan karat.
Benang loseng akan berada di dalam mata karat secara mata karat
berselang seli pada baris barisan karat depan atau karat belakang.

(vi) Menenun
Poses menenun dikenali sebagai mengarat. Ia dimulakan dengan
benang loseng digerakkan turun naik silih berganti apabila jijak karat
ditekan serta torak dilancarkan dari kiri ke kanan atau sebaliknya
bereulang-ulang kali. Setiap kali torak dilancarkan, selembar benang
akan ditenun. Ia perlu diketatkan dengan asakan alat jentera. Proses ini
dibuat berulang kali sehinggalah helaian kain terbentuk.

(c) Proses menyungkit corak


(i) Sebelum menyusun lidi atau bilah nibung, saiz reka bentuk motif perlu
ditentukan dengan mengambil kira saiz gigi belalang. Saiz gigi belalang
terdiri daripada songketan tekat tiga atau songketan lima.

(ii) Setelah itu lidi atau bilah nibung dimasukkan ke celah benang loseng
mengikut bacaaan geraf setiap corak. Proses ini juga dikenali sebagai
menyolek. Ia bertujuan untuk menyediakan benang butang. Benang
butang ini akan diangkat semasa proses menenun bagi menimbulkan
corak songket.

aKTIVITI 4.2

Bincangkan tentang proses menyungkit corak dalam songket.

(d) Motif songket


Terdapat tiga jenis motif dalam ragam hias songket:

(i) Motif berasaskan flora


Contohnya ialah:
• Pucuk Rebung
• Bunga Tanjung
• Bunga Gorek
• Bunga Cengkeh
• Bunga Telepok
• Bunga Lawang
• Bunga Kunyit
42  TOPIK 4  TENUNAN

• Bunga baling-baling
• Bunga Cina
• Bunga Tampuk Berembang
• Bunga Tampuk Manggis

Bunga baling Bunga berembang Bunga cina Bunga mawar


Rajah 4.2: Contoh motif flora

(e) Motif berasaskan fauna


Contoh:
• Lawi Ayam
• Kuda laut
• Dada kaki Lipan
• Kupu-kupu
• Ayam Jantan
• Burung Merak
• Siku Keluang Besar
• Siku Keluang Kecil
• Gigi Belalang

Ayam Ayam jantan Dada/Kaki lipan Merak

Rajah 4.3: Contoh motif fauna

(f) Motif berasaskan geometri


Contoh:
• Bintang Pecah Lapan
• Makhota
TOPIK 4  TENUNAN  43

4.5 Struktur Ragam hias Songket


Kain songket mempunyai tiga bahagian yang paling nyata, iaitu:
(a) Kepala kain
Biasanya menggunakan motif Pucuk Rebung dan Lawi Ayam

(b) Badan kain


Motifnya bebas

(c) Kaki kain


Seperti juga kepala kain, bahagian ini dihiasi dengan motif Pucuk Rebung
dan Lawi Ayam, atau motif yang disusun secara berbaris (melintang) serta
diapit oleh tali air secara berlapis.

aKTIVITI 4.3

Bincangkan bahagian yang terdapat dalam ragamhias songket.

4.6 Susunan Letak Motif Songket


Terdapat tiga jenis susunan letak motif songket:
(i) Susunan Bunga Penuh.
(ii) Susunan Bunga Tabur.
(iii) Susunan bercorak.

aKTIVITI 4.4

Bincangkan susun tetak motif songket.

4.6.1 Aktiviti Latihan Pembelajaran Membuat


Songket: Menggunakan Benang Kait/Tali Rafia
Berikut adalah bahan yang digunakan:
(i) Benang kait atau tali rafia pelbagai warna
(ii) Bingkat kayu yang berpaku di sekelilingnya
(iii) Jarum yang besar
44  TOPIK 4  TENUNAN

Berikut langkah-langkah aktiviti ini:


Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka corak yang
terdapat dalam songket.
Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran reka corak
songket kepada pelajar.
Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara
bagaimana sesuatu corak dihasilkan di kertas.
Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas
lakaran. Guru membimbing pelajar.
Langkah 5 : Pelajar menyiapkan lakaran songket.

(a) Proses
Benang atau tali rafia diikat atau disangkutkan pada penghujung kedua
bingkai kayu tersebut pada paku yang terdapat padanya disusun secara
teratur, baris demi baris, mengikut jarak yang sama.

Setelah siap, dengan menggunakan pelbagai warna benang atau tali rafia,
teknik menenun dilakukan secara pergerakan selang seli pada barisan
benang atau tali rafia tersebut hingga siap mengikut ragam corak yang
lakarkan.

(b) Persembahan hasil kerja


(i) Penilaian berdasarkan
• ide rekacipta
• kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik
• kemasan

(ii) Apresiasi
Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil kerja diri sendiri dan
orang lain.

Aktiviti cadangan
Membuat satu lawatan ke kilang tenunan atau tempat membuat tenunan
Tempat : kilang atau tempat membuat tenunan yang berhampiran
Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan
(i) bagaimana tenunan dihasilkan
(ii) proses bagaimana ukiran dihasilkan di peringkat permulaan
hingga akhir
(iii) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari tenunan
(iv) pemasaran barangan tenunan.
TOPIK 4  TENUNAN  45

(d) Aktiviti pembelajaran tambahan


(i) Latihan
Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni tenunan. Teliti setiap contoh
dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.

(ii) Latihan
Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada
tenunan.

seMAK KENDIRI 4.1

1. Terangkan definasi tenunan?


2. Namakan jenis-jenis tenunan?
3. Terangkan proses membuat tenunan songket?
4. Namakan motif tenunan songket berasaskan flora, fauna dan
geometri.

rumusan

• Dalam topik ini anda telah belajar sedikit sebanyak tentang latar belakang
tenunan.
• Tenunan sonkat dipercayai berasal daripada kerajaan Dongson di Kemboja
sebelum ianya diperkenalkan di negara ini.
• Anda juga telah didedahkan dengan motif dan ragam hias dalam tenunan.

Badan kain Tenunan


Kaki kain Tenunan Pahang
Kepala kain Tenunan songket
46  TOPIK 4  TENUNAN

rUJUKAN

Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum


Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu


Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

You might also like