You are on page 1of 122

Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM)

Kerjasama

Kementerian Pelajaran Malaysia

dan

Al – Badr International Productions

MASUK

SIRAH NABI MUHAMMAD SAW

MUHAMMAD THE LAST PROPHET


KANDUNGAN
SEJARAH RINGKAS

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD

SEMASA REMAJA

NABI MUHAMMAD BERUMAHTANGGA

BAPA DAN IBU SAUDARA NABI


MUHAMMAD

KERASULAN NABI MUHAMMAD


KANDUNGAN
MARHALAH DAKWAH NABI MUHAMMAD

SALASILAH NABI MUHAMMAD

CABARAN NABI MUHAMMAD

HIJRAH

HIJRAH KE HABSYAH

HIJRAH NABI KE MADINAH


KANDUNGAN
MAKKAH AL MUKARRAMAH

MADINAH AL MUNAWWARAH

TAKWIM HIJRAH

KERAJAAN MADINAH

PERJANJIAN HUDAIBIYAH

PEMBUKAAN KOTA MAKKAH


KANDUNGAN
KHUTBAH TERAKHIR MUHAMMAD

MENELADANI MUHAMMAD

KRONOLOGI PERKEMBANGAN ISLAM

TAYANGAN VIDEO
SEJARAH RINGKAS
NABI MUHAMMAD SAW
Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW
Nabi Muhammad SAW adalah nabi agama islam yang ke 25 yang wajib kita
ketahui. Beliau adalah nabi yang terakhir dengan ajaran yang
menyempurnakan ajaran Allah SWT sebelumnya . Kitab yang dibawa
bernama kitab suci Al-Quran yang berisi ajaran untuk semua umat
manusia sepanjang jaman hingga hari kiamat tiba. Iman kepada nabi dan
rasul Allah SWT adalah rukum iman yang ke-2
.
Biodata Nabi Muhammad SAW :
- Tarikh Lahir : 12 Rabiul Awwal / 20 April 571 Masihi
- Nama Ayah : Abdullah bin Abdul Mutalib
- Nama Ibu : Aminah binti Wahab
- Nama Datuk : Abdul Mutalib
- Nama Bapa Saudara : Abu Talib
- Gelaran : Al Amin / dipercayai
- Nama Isteri Pertama : Siti Khadijah
- Umur Berkahwin : 25 tahun (isterinya Siti Khadijah
40 tahun)
- Dilantik menjadi rasul : 40 tahun di Gua Hira’
Nabi Muhammad s.a.w. (bahasa Arab: ‫ )محمد‬adalah
pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa
rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah
bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi
Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia
sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai
seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua
tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad
dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke
rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa
Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi
umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang
Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad
sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan
pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan


untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
KELAHIRAN NABI
MUHAMMAD SAW
• Nabi Muhammad telah diputerakan di
Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (
20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah
binti Wahab, adalah anak perempuan
kepada Wahb bin Abdul Manaf dari
keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah
anak kepada Abdul Muthalib.
Keturunannya bersusur galur dari Nabi
Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira
dalam keturunan keempat puluh
• Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda.
Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia
kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak
yatim.
• Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah
dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang
menyusukan baginda) yang bernama di kampung
halamannya di pergunungan selama beberapa tahun.
• Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah
untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal,
baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib.
• Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa
saudaranya, Abu Talib.
• Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala
kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah
dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan
perdagangan ke Syam (Syria).
• Sejak kecil, baginda tidak pernah
menyembah berhala dan tidak pernah
terlibat dengan kehidupan sosial arab
jahiliyyah yang merosakkan dan penuh
kekufuran.
SEMASA REMAJA
• Dalam masa remajanya, Muhammad percaya
sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda
hidup dengan cara amat sederhana dan
membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak.
Baginda menyayangi orang-orang miskin, para
janda dan anak-anak yatim serta berkongsi
penderitaan mereka dengan berusaha menolong
mereka. Baginda juga menghindari semua
kejahatan yang menjadi amalan biasa di
kalangan para belia pada masa itu seperti
berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan
kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali
sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin
(yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai
sebagai orang tengah kepada dua pihak yang
bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.
NABI MUHAMMAD SAW
BERUMAHTANGGA
• Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah
saudara baginda menyarankan baginda
untuk bekerja dengan kafilah (rombongan
perniagaan) yang dimiliki oleh seorang
janda yang bernama Siti Khadijah bt
Khuwailid. Baginda diterima bekerja dan
bertanggungjawab terhadap pelayaran ke
Syam (Syria). Baginda mengelolakan
urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan
pulang dengan keuntungan luar biasa.
• Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan
watak peribadinya yang mendorong beliau untuk
menawarkan diri untuk mengahwini baginda.
Baginda menerima lamarannya dan
perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka
dikurniakan 7 orang anak (3 lelaki dan 4
perempuan) tetapi ketiga-tiga anak lelaki
mereka, Qasim, Abdullah dan Ibrahim
meninggal semasa kecil. Manakala anak
perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab,
Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah
merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah
beliau meninggal pada usia 51 tahun.
BAPA DAN IBU SAUDARA
NABI MUHAMMAD SAW
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib
• Safiyah binti Abdul Muthalib
• 'Atikah binti Abdul Muthalib
• Arwa binti Abdul Muthalib
• Umaimah binti Abdul Muthalib
• Barrah binti Abdul Muthalib
• Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muthalib
KERASULAN NABI
MUHAMMAD SAW
• Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah
masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan
hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira,
sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian
dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan
cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi
masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir
dengan mendalam, memohon kepada Allah
supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian
berleluasa.
• Pada suatu malam,
ketika baginda sedang
bertafakur di Gua Hira,
Malaikat Jibril
mendatangi
Muhammad. Jibril
membangkitkannya
dan menyampaikan
wahyu Allah di
telinganya. Baginda
diminta membaca.
Baginda menjawab,
"Saya tidak tahu
membaca". Jibril
mengulangi tiga kali
meminta Muhammad
untuk membaca tetapi
jawapan baginda tetap
sama.
• Akhirnya, Jibril berkata:

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang


menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat
Pemurah, yang mengajar manusia dengan
perantaraan (menulis, membaca). Dia
mengajarkan kepada manusia apa yang tidak
diketahuinya.“

Surah al Alaq ( ayat 1 – 5 )

Surah al – Alaq (1-5)


• Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh
Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu
itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam
jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan
menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan
dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga
dinamakan Al-Quran (bacaan).
• Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas.
Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan
ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh
Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan
persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah.
• Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk
menjadi panduan dan cara hidup mereka yang
menyerahkan diri kepada Allah.
MARHALAH DAKWAH NABI
MUHAMMAD SAW
MARHALAH DAKWAH NABI
MUHAMMAD SAW

Perjuangan dakwah Rasulullah yang


boleh diringkaskan sebagai berikut:
MARHALAH DAKWAH NABI
MUHAMMAD SAW

Pertama: Marhalah Tasqif


tahap pembinaan
dan pengkaderan untuk melahirkan
individu-individu yang menyakini
pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah)
parti politik guna membentuk kerangka gerakan.
MARHALAH DAKWAH NABI
MUHAMMAD SAW
Kedua: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah
tahap berinteraksi dengan umat agar
umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam,
sehingga umat akan menjadikan Islam
sebagai masalah utama dalam hidupnya serta
berusaha untuk menerapkannya
dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat
MARHALAH DAKWAH NABI
MUHAMMAD SAW

Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi


tahap pengambilalihan kekuasaan,
dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh
, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam
ke seluruh penjuru dunia.
SALASILAH NABI
MUHAMMAD SAW
• Nabi Muhammad saw merupakan Nabi dan
Rasul yang terakhir diutuskan oleh Allah SWT
bagi menjadi model terulung untuk seluruh alam
serta kedatangannya juga adalah untuk
"Menyempurnakan Akhlak" (Makarrimal Akhlak)
manusia. Nabi Muhammad SAW merupakan
keturanan kepada Nabi Allah Ismail dan Nabi
Allah Ibrahim.B Berikut merupakan kronologi
salasilah keturunan berikut diterangkan penama-
penama yang merupakan atuk moyang kepada
Baginda Nabi Muhammad SAW:
• Nabi Muhammad SAW • An-Nadr bin Kinanah
(Muhammad b Abdullah) • Kinanah bin Khuzaimah
• Abdullah bin Abdul Mutallib • Khuzaimah bin Mudrikah
• Abdul Mutallib bin Hashim • Mudrikah bin Elyas
• Hashim bin Abdul Manaf • Elyas bin Mudar
• Abdul Manaf bin Qusai • Mudar bin Nizar
• Qusai bin Kilab • Nizar bin Ma'ad
• Kilab bin Murrah • Ma'ad bin Adnan
• Murrah bin Kaab • Adnan bin Add
• Kaab bin Luay (diriwayatkan merupakan
• Luay bin Ghalib Pemerintah Pertama bagi kota
• Ghalib bin Fahr suci Makkah)
• Fahr bin Malik • Add bin Humaisi
• Malik bin An-Nadr • Humaisi bin Salaman
• Salaman bin Aws • Nahish bin Makhi
• Aws bin Buz • Makhi bin Ayd
• Buz bin Qamwal • Ayd bin Abqar
• Qamwal bin Obai • Abqar bin Ubayd
• Obai bin Awwam • Ubayd bin Ad-Daa
• Awwam bin Nashid • Ad-Daa bin Hamdan
• Nashid bin Haza • Hamdan bin Sanbir
• Haza bin Bildas • Sanbir bin YathRabi
• Bildas bin Yadlaf • YathRabi bin Yahzin
• Yadlaf bin Tabikh • Yahzin bin Yalhan
• Tabikh bin Jahim • Yalhan bin Arami
• Jahim bin Nahish • Arami bin Ayd
• Ayd bin Deshan
• Deshan bin Aisar/Aizar • Haidir bin Ismail (anak
• Aisar bin Afnad Nabi Allah Ismail)
• Afnad bin Aiham • Ismail bin Ibrahim
• Aiham bin Muksar (Ishmael bin Abraham)
(Nabi Ismail as)
• Muksar bin Nahith
• Ibrahim bin Azar (Nabi
• Nahith bin Zarih Ibrahim as)
• Zarih bin Sani
Nota tambahan: Periwayatan tentang
• Sani bin Wazzi salasilah keturunan Nabi Muhammad
• Wazzi bin Adwa' SAW adalah mengikut maklumat yang
diperolehi dari hadis-hadis, ahli Ilmuan
• Adwa' bin Aram Islam, pakar-pakar Sejarawan. Nama
• Aram bin Haidir betul mereka berdasarkan ejaan dalam
bahasa Arab, Bahasa Aram ataupun
Bahasa Ibrani.
CABARAN NABI
MUHAMMAD SAW
• Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan
Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya.
Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari
anggota keluarganya dan dari golongan
masyarakat bawahan, Antara mereka ialah
Khadijah, Ali, dan Bilal. Apabila baginda
memperhebat kegiatan dakwahnya dengan
mengumumkan secara terbuka agama Islam
yang disebarkannya, dengan itu ramai yang
mengikutnya.
• Tetapi pada masa, baginda menghadapi
berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan
para pemimpin yang merasakan kedudukan
mereka terancam. Mereka bangkit bersama
untuk mempertahankan agama datuk nenek
mereka.
• Semangat penganut Islam meningkat apabila
sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di
Makkah menganut agama Islam. Antara mereka
ialah Abu Bakar, Uthman bin Afan, Zubair bin Al
Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin
Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.
• Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di
Mekah, sebahagian orang Islam disiksa,
dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda
terpaksa bersabar dan mencari perlindungan
untuk pengikutnya. Baginda meminta Raja
Habsyah, untuk membenarkan orang-orang
Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-
alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan
mereka diserah kepada penguasa di Makkah
HIJRAH
• Hijrah (‫) ِهجْ َرة‬, maksud perpindahan. Ejaan
alternatif dari kata Arab dalam abjad Latin
adalah Hijrah, atau Hijriyah di Latin.
• Hijrah dari kata lain perubahan diri
daripada keburukan kepada kebaikan
• Hijrah ditafsirkan oleh orang Barat sebagai
pelarian, namun hal ini dapat disangkal
oleh umat Islam atas beberapa sebab
• Sebab:
1. Nabi Muhammad dilantik menjadi ketua
negara Madinah
2. Nabi Muhammad dan orang Islam
dijemput ke Madinah
3. Nabi Muhammad dan orang Islam
mendapat bantuan di Madinah
• Hijrah juga membawa erti perpindahan
Nabi Muhammad dan orang Islam dari
Makkah ke Madinah
• Merka berhijrah atas sebab:
1. Allah telah memerintahkan nabi
Muhammad dan umat Islam pergi
berhijrah ke Madinah
2. Oran kafir musyrikin mengancam Nabi
Muhammad dan orang Islam Makkah
• Muhajirin – Orang Islam Makkah yang
berpindah ke Kota Yathrib (Madinah)
• Ansar – Orang Madinah yang membantu
Orang Islam Makkah di Madinah
PENGHIJRAHAN KE
HABYAH
• Dua belas laki-laki dan perempuan dua belas
sahabat, kaum muslim yang awalnya bertemu di
Mekkah, mencari perlindungan dari
penganiayaan Quraisy dalam Kerajaan Habsyah
pada bulan Rejab 7 SH (614 - 615M). Tindakan
ini dikenal sebagai Hijrah Pertama ke Habsyah;
Habsyah dalam perkara ini kerana kata Arab, al-
Habasha, dari mana "Abyssinia" berasal.
Mereka kembali semula ke Jazirah Arab setelah
tiga bulan berhijrah kerana maklumat yang
diperolehi bahawa penganiayaan ke atas umat
Islam telah berhenti.
HIJRAH NABI MUHAMMAD
SAW KE MADINAH
• Di Makkah terdapat Kaabah yang telah
dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa
abad lalu sebagai pusat penyatuan umat
untuk beribadat kepada Allah.
Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat
jahiliyah sebagai tempat sembahyang
selain dari Allah. Mereka datang dari
berbagai daerah Arab, mewakili berbagai
suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan
mereka sebagai sebuah pesta tahunan.
• Orang ramai bertemu dan berhibur dengan
kegiatan-kegiatan mereka dalam kunjungan ini.
Baginda mengambil peluang ini untuk
menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik
dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang
dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan
beberapa orang Islam dari Mekah di desa
bernama secara sembunyi-sembunyi. Setelah
menganut Islam, mereka bersumpah untuk
melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang
Islam Mekah.
• Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari
Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui
Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya.
Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang
belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu.
Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam
Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan
melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog
yang memakan masa agak lama diadakan antara
mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk
memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-
alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka.
Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-
ramai ke bandar baru itu.
• Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang
meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah
cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama
telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat
jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi
peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan
agama mereka ke daerah-daerah yang lain.
• Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah
kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang
yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian
memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka
merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik
dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai
dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali
sebagai, 'Bandar Rasulullah'.
Ringkasan Hijrah ke Madinah
• Biasanya merujuk kepada sebuah perjalanan yang
diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w.
pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah.
• Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan
penyebaran Islam.
• Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan
aktiviti penyebaran ajaran Islam.
• Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w
untuk mengembangkan Islam dengan aman.
• Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang
bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan
sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.
Kronologi Penghijrahan ke Madinah
Hari Tarikh Nota
Hari 1 26 Safar SH 1 Meninggalkan rumah di Mekah. T
Kha (9 September inggal tiga hari di Gua Thur di dekat Mekkah.
mis 622)
Hari 5 1 Rabiulawal SH 1 Meninggalkan lingkungan di Mekkah.
Isni (13 September Perjalanan ke daerah Yatsrib.
n 622)
Hari 12 8 Rabiulawal SH 1 Tiba di Masjid Quba dekat Madinah.
Isni (20 September
n 622)
Hari 16 12 Rabiulawal SH 1 Kunjungan pertama ke Madinah untuk solat Jumaat.
Jum (24 September
aat 622)
Hari 26 22 Rabiulawal SH 1 Pindah dari Masjid Quba ke Madinah.
Isni (4 October 622)
n
Peta Kota Makkah ke Yathrib
(Madinah)
KESAN HIJRAH
Mempersaudarakan
Ajaran Islam mudah
muhajirin dan ansar
disebarkan di Madinah

Sehingga kini, umat Islam


menyambut 1 Muharram
sebagai Maal Hijrah iaitu
tahun baru hijrah.

Mendamaikan suku Aus


dan Khazraj di Madinah.
Nabi Muhammad dilantik
menjadi ketua negara
Madinah
Agama Islam dapat
disebarkan aman dan
damai di Madinah
berbanding di Makkah
KOTA MAKKAH AL-
MUKARRAMAH
• Makkah (ataupun Mekah dengan nama
penuhnya Makkah al-Mukarramah; Arab: ‫مكة‬
‫ ) المكرمة‬terletak lebih kurang 73km daripada timur
Jeddah, ibu kota Arab Saudi. Makkah
merupakan tempat lahirnya Islam dan Nabi
Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda
menerima wahyu daripada Allah s.w.t.
• Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam.
Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion muslim
tak kira di mana mereka berada, pasti akan
menghadap Kota Makkah untuk bersembahyang
. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur
hidup seseorang Muslim akan
mengerjakan haji pada bulan
Zulhijjah setiap tahun.
• Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram
yang mana terdapatnya Kaabah
Sejarah
• Sejarah Makkah bermula apabila Nabi
Ibrahim a.s. menerima perintah daripada
Allah s.w.t. supaya meninggalkan anaknya
Nabi Ismail a.s. dan isterinya Siti Hajar di
sebuah gurun yang kering kontang.
Selepas Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan
isteri dan anaknya itu di sebuah gurun
beliau kembali ke tempat asalnya.
• Apabila air yang dibawa oleh Siti Hajar habis, Nabi Ismail
a.s. yang ketika itu masih lagi seorang bayi mula
menangis meminta susu. Siti Hajar yang mula gelisah
mula mencari air di antara , daripada hinggalah ke .
Dalam suasana yang kelam kabut itu Nabi Ismail a.s.
yang sedang menangis, menghentakkan kakinya di atas
tanah. Dengan izin Allah s.w.t., air keluar daripada tanah
yang dihentak Nabi Ismail a.s. tadi. Sebuah telaga dibina
kemudian dan dikenali sebagai Telaga Zamzam. Akibat
daripada peristiwa tadi maka selamatlah Siti Hajar dan
anaknya.
• Dengan kemunculan Telaga Zamzam itu,
pedagang-pedagang dan kabilah-kabilah
perdagangan mula muncul. Mereka mula tinggal
di situ dan membuka penempatan baru. Dengan
itu terlahirlah Kota Makkah.
• Nabi Ibrahim a.s. melawat tempat di mana dia
meninggalkan anak dan
isterinya tadi. Nabi Ibrahim
a.s. dan Nabi Ismai a.s.
kemudiannya membina Kaabah
• Satu hari sewaktu Rasulullah s.a.w. (berumur 40
tahun) sedang berada di dalam sebuah gua
yang bernama Gua Hira, baginda didatangi oleh
Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu
daripada Allah s.w.t. Wahyu itu memerintahkan
supaya Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan
ajaran Islam kepada seluruh penduduk Makkah.
Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran
Islam kepada penduduk Makkah tetapi
kebanyakkan mereka menentangnya. Rasulullah
s.a.w. kemudiannya berhijrah ke Madinah pada
tahun 622 masihi.
• Ajaran Islam kemudiannya berkembang ke
seluruh Semenanjung Arab. Nabi
Muhammad s.a.w. kemudiannya kembali
ke Makkah pada tahun 628 masihi
bersama-sama ribuan pengikut baginda.
Mereka memasuki Makkah tanpa
mengalirkan darah. Penduduk Makkah
akhirnya menganuti ajaran Islam dan ini
menjadikan Makkah pusat perkembangan
Islam.
Orang bukan Islam dan Makkah

• Orang bukan Islam adalah dilarang


daripada memasuki Makkah. Sekatan
jalanraya diadakan pada setiap pintu
masuk Kota Makkah. Hal ini bagi
memelihara kesucian Kota Makkah.
Haji di Makkah
• Setiap tahun umat Islam akan datang ke
Kota Makkah bagi mengerjakan haji pada
bulan Zulhijjah setiap tahun mengikut
kalendar Islam. Antara ibadat haji itu ialah
tawaf iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak
tujuh kali. Ibadah haji merupakan salah
satu daripada Rukun Islam.
MADINAH AL
MUNAWWARAH
Kota Bercahaya
Madinah
• Madinah atau nama penuhnya Madinah al-
Munawwarah (Arab: ‫ ) المدينة المنورة‬ialah salah
sebuah kota yang terdapat di wilayah Hijaz,
Arab Saudi. Madinah sekarang mempunyai
populasi seramai 839,400 orang (1999).
Madinah pada asalnya bernama Yathrib tetapi
selepas peristiwa hijrah, namanya diubah
kepada Madinat Al-Nabi (Kota Nabi) ataupun Al
Madinah Al Munawwarah (Kota yang
bercahaya) sementara perkataan Madinah
bermaksud "bandar/kota".
• Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi
umat Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah
terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana
terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w..
Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi
Muhammad s.a.w. Rumah baginda
kemudiannnya menjadi sebahagian daripada
bangunan masjid apabila masjid itu
diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul
Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah.
• Masjid pertama yang dibina umat Islam juga
terletak di Madinah iaitu Masjid Quba.
Sejarah Madinah
Penghijrahan dari Makkah ke Madinah
• Pada hari Isnin, 20 September 622 masihi
berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w
. dari Makkah ke Madinah. Ramai orientalis
barat mengganggap tindakan ini ialah melarikan
diri. Penghijrahan ini berlaku bukan kerana umat
Islam takut akan ancaman puak Quraish
Makkah tetapi adalah kerana jemputan
penduduk Madinah sendiri.
• Menurut sumber-sumber Islam yang autentik
seperti hadith, Madinah mempunyai dua buah
puak yang berbeza ( dan ) di samping tiga buah
suku Yahudi (, Banu Nadhir dan ).
• Suku Aus dan Khazraj menguasai kota Yathrib
tetapi sering berbalah antara satu sama lain dan
asyik berperang sesama mereka.
• Mengikut ahli sejarah Islam, kedua-dua puak ini
mengetahui akan kewujudan seorang rasul di
Makkah yang mana pengikutnya sering diseksa
oleh kaum Quraish Makkah. Mereka berbuat
keputusan untuk berjumpa dengan rasul ini
untuk mengatasi konflik di antara mereka.
• Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikutnya
bersetuju untuk berhijrah ke Yathrib yang
kemudiannya dikenali sebagai Madinah al-
Munawwarah. Selepas tiba di Madinah
Nabi Muhammad s.a.w. merangka sebuah
perlembagaan bagi menyatupadukan
penduduk Madinah. Perlembagaan itu
dipersetujui oleh semua penduduk
Madinah dan dikenali sebagai Piagam
Madinah
Perang Makkah-Madinah
• Selepas masyarakat Islam bertapak kuat di
Madinah, kaum Quraish Makkah mula berasa
terancam dengan kuasa baru ini. Pada tahun
627 masihi, tentera Makkah di bawah pimpinan
Abu Sufyan menyerang Madinah. Abu Sufyan
dikatakan meminta pertolongan salah sebuah
suku Yahudi untuk menolong mereka
menewaskan orang Muslim. Menurut ,
pertolongan Banu Qurayza terhadap Abu Sufyan
telah melanggar perjanjian yang terdapat di
dalam Piagam Madinah. Oleh kerana itu semua
orang lelaki kaum itu dihukum bunuh setelah
pengadilan dijalankan oleh .
• Pada tahun kesepuluh Hijrah, Madinah
menjadi sebuah tempat di mana umat
Islam diserang atau menyerang musuh.
Sehinggalah baginda berjaya membuka
kota Makkah tanpa menumpahkan
walaupun setitik darah. Walaupun selepas
tertubuhnya Khulafa al-Rasyidin, Madinah
terus menjadi ibu kota kerajaan Islam
Madinah selepas kewafatan Rasulullah
• Di bawah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, empayar
Islam berkembang dengan pantas sehinggakan tentera
Islam berjaya menakluk kota-kota yang penting seperti
Damsyik, Baitulmuqaddis, Iskandariah, dan Baghdad.
Selepas kematian khalifah keempat Khulafa al-Rasyidin
iaitu Saidina Ali bin Abi Talib, Muawiyyah yang pada
ketika itu merupakan gabenor Damsyik mengubah pusat
pemerintahan kerajaan Islam ke Damsyik. Beliau
kemudiannya menubuhkan dan mengasaskan Kerajaan
Ummaiyyah. Kota Madinah kemudiannya hanya menjadi
pusat keagamaan sahaja daripada menjadi pusat politik.
• Pada tahun 1924, Madinah yang sudah lama berada di
bawah kekuasaan Uthmaniyyah jatuh ke tangan Ibnu
Saud yang kemudiannya menjadi Raja Arab Saudi.
Kedudukan Bandar Madinah dan Makkah serta bandar – bandar di Arab Saudi
yang lain
TAKWIM HIJRAH
Takwim Hijrah
• Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan
tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di
dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya
adalah berdasarkan pergerakan bulan
mengelilingi bumi.

Klik ikon untuk lagu


1 Muharram
Sambutan Maal Hijrah di Malaysia
• Setiap kali tahun Hijrah tiba, satu
perhimpunan akan diadakan di
Malaysia bagi menyambut tahun Hijrah
yang baru. Upacara ini akan dirasmikan
oleh Yang di-Pertuan Agong dengan
disaksikan oleh ribuan rakyat Malaysia.
Setiap tahun juga, akan diberi Anugerah
Maal Hijrah kepada yang layak
• Di Malaysia, tahun hijrah disambut dengan
penamaan tokoh-tokoh maal hijrah.
Klik ikon untuk lagu
1 Muharram
KERAJAAN MADINAH
SEMASA PEMERINTAHAN
NABI MUHAMMAD SAW
• Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah
pimpinan Rasulullah Umat Islam bebas mengerjakan
solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan
perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa
serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis
dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian
kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak
Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu
dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat
Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin
kuat telah membuat keputusan untuk menyerang
musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah
dicabuli.
Piagam Madinah /
Sahifah Madinah
• Piagam ini dirangka oleh Nabi Muhammad
berdasarkan wahyu Allah
• Ia mencatatkan tanggungjawab ketua
negara dan rakyat
• Ia juga hasil persetujuan orang Islam dan
bukan Islam
• Terdapat 24 fasal tentang orang Islam dan
tanggungjawabnya
• 24 fasal tentang tanggungjawab orang
bukan Islam termasuk Yahudi terhadap
negara Madinah
• Perlembagaan ini ialah perlembagaan
bertulis pertama di dunia
Kandungan Sahifah Madinah
Politik
• Nabi Muhammad ialah pemimpin Madinah
• Nabi sebagai ketua hakim
Ekonomi
• Riba dan penindasan adalah dilarang
• Tiada diskriminasi dalam ekonomi
Agama
• Rakyat Madinah bebas memilih mana –
mana agama tanpa gangguan
• Tiada paksaan memeluk Islam
Sosial
• Masyarakat Madinah dianggap ummah
• Masyarakat Madinah perlu bersatu padu
dan bekerjasama tanpa mengira agama
dan bangsa
Undang – undang Islam
• Undang – undang Islam diamalkan
secara menyeluruh
• Peraturan keluarga yang bersesuaian
boleh diamalkan
• Hukuman yang dikenakan ialah adil
Pertahanan
• Semua penduduk Madinah wajib
mempertahankan Madinah daripada
ancaman musuh
Kedudukan orang Yahudi
• Mempunyai hak yang sam, hak
kebebasan, dan hak keselamatan, selagi
tidak melanggar Piagam Madinah.
PERJANJIAN HUDAIBIYAH
MEMBAWA PEMBUKAAN
MAKKAH
Hudaibiyah Treaty
Latar Belakang Perjanjian
Hudaibiyah
• Pada 628M, umat Islam nerhasrat untuk
menziarahi Kota Makkah, tempat asal
Muhajirin dan mengerjakan umrah
• Merka disekat oleh Arab Quraisy di
Hudaibiyah kerana pihak Quraisy beras
pihak mereka tercabar
• Pihak Islam menghantar utusan, Uthman
bin Affan ke Hudaibiyah menerangkan
tujuan mereka datang
• Namun Quraisy enggan menerimanya.
Kemudian, Quraisy bimbang lalu
menghantar Suhail bin Amru memeterai
Perjanjian Hudaibiyah
• Mulanya para sahabat tidak menerima
perjanjian ini kerana dianggap berat
sebelah, tetapi menerimanya sebagai
pengajaran besar
Isi Kandungan Perjanjian
Hudaibiyah
Antara kandungan perjanjian ini ialah:

1. Gencatan senjata selama 10 tahun


2. Kabilah Arab lain bebas memihak kepada Islam Madinah atau
Quraisy Makkah
3. Orang Islam Madinah yang berpihak kepada Makkah tanpa
kebenaran penjagatidak perlu dipulangkan
4. Orang Quraisy Makkah yang berpihak kepada Madinah tanpa
kebenaran penjaganya akan dipulangkan
5. Umat Islam dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun
Pencabulan Perjanjian
Hudaibiyah oleh Musyrikin
Makkah
• Perjanjian ini hanya bertahan selama 2
tahun kerana pihak Quraisy Makkah
mencabulinya
• Quraisy memberikan sokongan kepada
Bani Bakar yang berperang dengan Bani
Khuzaah
• Bani Khuzaah berpihak kepada Islam
Madinah bermakna Quraisy Makkah
melanggar perjanjian gencatan senjata
• Pihak Islam menghantar tentera ke
Makkah
PEMBUKAAN
KOTA MAKKAH
Peristiwa Pembukaan Kota Makkah
• Nabi Muhammad membuka semula Kota
Makkah selepas tinggal selama 8 tahun di
Madinah
• Pembukaan ini kesan daripada pelanggaran
Perjanjian Hudaibiyah oleh Musyrikin Makkah
• Pembukaan Makkah ini merupakan strategi
jangka panjang Nabi Muhammad menyebarkan
Islam kerana penguasaan Makkah akan
memantapkan kedudukan Islam
• Baginda dan tentera Islam memasuki
Makkah secara aman
• Abu Sufian dan al – Abbas khuatir lalu
memeluk Islam sebelum pembukaan Kota
Makkah
• Empat pasukan tentera seramai 10 ribu
orang masuk ke Makkah diketuai oleh
Khalid al – Walid, Abu Ubaidah, Saad
Ubadah, dan Zubair al – Awwam
• Taktik ini memudahkan Makkah
dikepungdan dibuka
KHUTBAH TERAKHIR NABI
MUHAMMAD SAW
• Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji
yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun
10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit
Arafah, baginda menyampaikan khutbah
terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di
antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah
itu ialah:
Isi Khutbah
– "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak
kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu
lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah
dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-
orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
– "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan
kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang
Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang
diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak
menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan
menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di
atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh
itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai
sekarang.
– "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama
kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam
perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu
tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
– "Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri
kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya
mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka
mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam
suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan
baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang
setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali
tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam
rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
– "Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh
kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima
waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan
tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.
Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara
kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama;
tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya
kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
– "Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada
suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas
segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu,
awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari
landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
– "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan
datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu
wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku
yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu
berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu
tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan
Sunnahku.
– "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,
menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir
lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar
dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku
sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
MENELADANI NABI
MUHAMMAD SAW
• Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Rasulullah
dibagi menjadi dua macam. Ada yang termasuk
perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan
yang dilakukan manusia secara fitri, dan ada
pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah.
• Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri,
duduk, makan, minum dan lain sebagainya,
tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan
tersebut adalah mubah (harus), baik bagi
Rasulullah maupun bagi umatnya. Oleh kerana
itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam
kategori mandub (sunat).
• Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah,
boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan
khusus bagi Rasulullah, dimana tidak seorang pun
diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi
tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan
khusus bagi beliau.
• Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi
Rasulullah, seperti dibolehkannya beliau melanjutkan
puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau
dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita,
dan lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka
dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikutinya.
• Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah
terbukti diperuntukkan khusus bagi beliau
berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu
tidak dibolehkan meneladani beliau dalam
perbuatan-perbuatan semacam ini.

• Akan halnya dengan perbuatan beliau yang kita


kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada
perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil.
Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa
perkataan, seperti sabda beliau:
‫لي‬ َ ُ ‫صلُّ ْوا َك َما َرأَ ْي ُت ُم ْون ِْي أ‬
ِّ ‫ص‬ َ
“Solatlah kalian sebagaimana kalian
melihat aku solat”

‫ُخ ُذ ْوا َع ِّن ْي َم َناسِ َك ُك ْم‬


"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan
manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"
• Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan
beliau merupakan penjelas, agar kita
mengikutinya.
• Penjelasan beliau boleh juga berupa
qaraain al ahwal, yakni qarinah/indikasi
yang menerangkan bentuk perbuatan,
seperti memotong pergelangan pencuri
sebagai penjelas firman Allah SWT
‫َفا ْق َط ُعوا أَ ْي ِد َي ُه َما‬
"Maka potonglah tangan keduanya."
(Surah Al-Maidah : 38)
• Status penjelas yang terdapat dalam
perbuatan Rasulullah, baik berupa ucapan
maupun indikasi yang menerangkan
bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum
apa yang telah dijelaskan, apakah itu
wajib, haram, mandub(sunat) atau
mubah(harus) sesuai dengan arah
penunjukan dalil.
• Sedangkan perbuatan-perbuatan beliau yang tidak
terdapat di dalamnya indikasi yang menunjukkan
bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan penolakan
dan bukan pula ketetapan. Maka dalam hal ini perlu
diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk
bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) atau tidak.
• Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk
bertaqarrub kepada Allah maka perbuatan itu termasuk
mandub(sunat), di mana seseorang akan mendapatkan
pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan
balasan jika meninggalkannya.
• Misalnya Solat Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di
dalamnya keinginan untuk bertaqarrub, maka perbuatan
tersebut termasuk mubah(harus).
KRONOLOGI
PERKEMBANGAN ISLAM
Kronologi perkembangan Islam
• 570M- Nabi Muhammad dilahirkan.
• 610M- Nabi Muhammad menerima wahyu
pertama di Gua Hira'.
• 615M- Orang Muslim didera oleh puak Quraish.
Hijrah pertama ke Habsyah.
• 616M- Saidina Hamzah dan Saidina Umar
memeluk Islam. Hijrah kedua ke Habsyah.
• 619M- Khadijah (isteri nabi) dan Abu Talib (bapa
saudara nabi) meninggal dunia. Melawat Taif.
Peristiwa Isra dan Mi'raj berlaku.
• 621M- Baiat Aqabah 1
• 622M- Baiat Aqabah 2. Hijrah ke Madinah.
Daulah Islamiyah dibina.
• 624M- Perang Badar.
• 625M- Perang Uhud.
• 627M- Perang Ahzab.
• 628M- Perjanjian Hudaibiyah.
• 629M- Perang Khaibar dan dalam menentang
tentera Rom Byzantine, baginda menghantar
tentera Islam dalam Perang Mu'tah.
• 630M- Pembukaan Makkah. Perang Hunain.
• 631M- Perang Tabuk.
• 632M- Kewafatan Nabi Muhammad

Perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai


khalifah.
TAYANGAN VIDEO
TAYANGAN VIDEO
Al – Badr International Production
Dalam bentuk MP4 (Quick Time Player)

• Nabi Muhammad Ep. 1 • Nabi Muhammad Ep. 7


• Nabi Muhammad Ep. 2 • Nabi Muhammad Ep. 8
• Nabi Muhammad Ep. 3 • Nabi Muhammad Ep. 9
• Nabi Muhammad Ep. 4 • Nabi Muhammad Ep. 10
• Nabi Muhammad Ep. 5 • Nabi Muhammad Ep. 11
• Nabi Muhammad Ep. 6 • Nabi Muhammad Ep. 12

You might also like