You are on page 1of 39

PJM 3110 – ISL – M1

Menyediakan nota ringkas dalam bentuk ‘Power


Point’ mengenai perkara-perkara berikut:
Kepentingan Pendidikan Jasmani dari aspek:
- Pertumbuhan dan perkembangan fizikal.
- Perkembangan Mental.
- Perkembangan Emosi.
- Perkembangan Sosial.
Disediakan oleh,
Ling Wan Xin
Sieu Jie Ying
Loo Chooi Feng
Ong Yen Theng
PISMP – BC – G4
• Pendidikan Jasmani merupakan satu fasa
pendidikan am yang menyumbang kepada
pertumbuhan dan perkembangan pelajar-
pelajar secara total melalui pilihan aktiviti-
aktiviti pergerakan dan pengalaman jasmani
yang terancang.
• Pendidikan Jasmani adalah asas bagi semua
pendidikan di mana otak dan badan berfungsi
serentak. Pendidikan psikomotor, akhlak dan
intelektual dianggap sebagai pendidikan yang
dicapai melalui pendidikan jasmani – Clark W.
Hetherington.
• Pendidikan Jasmani adalah jumlah semua
aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan
dijalankan untuk mencapai hasil yang
bermakna. Aktiviti yang dipilih haruslah
mempunyai dan menyediakan peluang bagi
individu untuk menjadi sabar, baik hati,
berdikari, peramah, murah hati dan peribadi
yang dinamis – J.F Williams.
• Pendidikan Untuk Jasmani ialah satu program
aktiviti otot yang giat direka untuk
merangsang organisma jasmani supaya
faedah yang boleh diperolehi daripada
aktiviti-aktiviti dicapai.
Pendidikan melalui jasmani  ialah satu
program aktiviti jasmani di mana pergerakan
jasmani direka untuk menghasilkan pelbagai
jenis pengalaman dan pembelajaran sosial,
intelektual, estetika dan kesihatan.
Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal
• Apakah itu Kecergasan Fizikal?
• Kecergasan Fizikal dapat dibahagikan kepada 2
bahagian utama:
• 1. Kecergasan Fizikal berlandaskan kesihatan.
• 2. Kecergasan Fizikal berlandaskan perlakuan
motor.
1. Kecergasan Fizikal berlandaskan kesihatan.

Daya Tahan Kardiovaskular


Kelembutan
Kekuatan Otot
Daya Tahan Otot
Komposisi Badan
2. Kecergasan Fizikal berlandaskan perlakuan motor.

• Bermaksud kualiti yang membolehkan individu


melakukan tugasan yang spesifik.

Koordinasi
Ketangkasan
Kelajuan
Imbangan
Masa Tindakbalas
Kuasa
Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal

• Kecergasan Fizikal kanak-kanak akan


dipertingkat dan dimajukan melalui aktiviti
Pendidikan Jasmani.
• Kecergasan Fizikal kanak-kanak hanya akan
berfungsi dikemuncak keupayaan mereka
apabila badan mereka sihat, bertenaga dan
kuat.
• Aktiviti Pendidikan Jasmani memainkan peranan
penting dari segi psikomotor dan afektif kanak-
kanak.
• Dari segi psikomotor, kanak-kanak akan dapat:
- Melakukan aktiviti kecergasan berkaitan dengan
daya tahan kardiovaskular, kelenturan, koordinasi,
imbangan dan ketangkasan.
- Melakukan pergerakan asas, gimnastik pendidikan
dan pergerakan kreatif dengan betul dan selamat.
- Meningkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan
pelajar dalam aktiviti yang diajar untuk
membentuk keseimbangan diri yang sempurna.
Dari segi afektif, kanak-kanak akan dapat:

• Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan


dalam suasana yang menyeronokkan.
• Melahirkan insan yang sihat dan tahu akan
kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat.
• Melalui latihan dan persaingan Pendidikan
Jasmani, dapatlah murid-murid menguasai
serta meningkatkan kemahiran asas
pergerakan dan permainan mengikut
kemampuan mereka.
• Aktiviti Pendidikan Jasmani juga penting
dalam membantu murid-murid mencapai
perkembangan aspek kebugaran jasmani serta
mencapai perkembangan aspek perseptual
motorik.
Kebugaran: Paduan antara olahraga dan aktivitas yang dilakukan
di tempat olahraga/pusat olahraga, atau di rumah.
Kebugaran Jasmani
• Menunjuk pada aspek kualitas tubuh dan
organ-organnya, seperti kekuatan (otot), daya
tahan (jantung – paru), kelenturan (otot dan
persendian)
Kebugaran Motorik
• Menekankan aspek penampilan yang
melibatkan kualitas gerak sendiri seperti
kecepatan, kelincahan, koordinasi, power,
keseimbangan, dan sebagainya.
• Dengan memperoleh dan mempertahankan
darjat kebugaran jasmani yang optimal, murid-
murid akan dapat melaksanakan tugas harian
secara efisien dan terkendali.
• Pj juga penting dalam memperolehkan murid-
murid mempertajam bakat mereka lagi dalam
sukan kegemaran mereka.
• Contohnya, murid yang meminati permainan
bola jaring dapat meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran mereka dalam permainan
tersebut.
• Ia juga dapat melahirkan masyarakat yang
berbadan cergas melalui aktiviti fizikal dan
amalan kecergasan dan masyarakat yang berotak
cerdas kerana “minda yang cerdas datang
daripada badan yang sihat”.
• Daya tahan para murid terhadap serangan
penyakit akan meningkat.
• Dari segi kesihatan, kanak-kanak akan lebih
menjaga kesihatan diri sendiri.
• Contohnya mereka tidak akan berambut kusut-
masai kerana ini akan mengganggu mereka
dalam permainan.
• Melalui pj, kanak-kanak juga akan menjaga
kesihatan dalaman (fikiran) mereka.
• Mereka tidak akan mempunyai pemikiran
yang negatif atau kurang sihat.
• Contohnya, untuk mempunyai badan yang
sihat, kanak-kanak tidak akan menghisap
rokok dan minum arak.
Perkembangan mental
• Pembangunan kognitif melibatkan
pengetahuan, keupayaan berfikir,
mengintepretasikan pengetahuan.
• Pj penting dari Afektif kanak-kanak:
 Kanak-kanak akan memahami dan mematuhi
arahan serta peraturan dalam semua aktiviti
untuk menjaga keselamatan.
 Memahami serta mengamalkan pengurusan
masa yang sesuai untuk beraktiviti.
 Mengamalkan sikap positif terhadap
kepentingan bersukan dan kepentingan
menjaga kesihatan. (mengamalkan gaya hidup
yang sihat)
• Pj juga penting dalam menggalakkan
pembinaan kualiti mental kanak-kanak yang
waras seperti semangat berdikari dan
berdisiplin.
• Pembentukan sahsiah yang murni,
kepercayaan serta bergantung kepada diri
sendiri dan pendirian yang positif.
• Melatih murid-murid supaya bijak
menggunakan masa lapang mereka dengan
melibatkan diri mereka dalam aktiviti pj yang
lebih mendatangkan faedah.
• Kanak-kanak akan mendapat pengetahuan
yang lebih mendalam tentang aktiviti pj yang
dijalankan.
• Sebagai contoh, peraturan tentang permainan
yang mereka jalankan.
• Melalui aktiviti pj, ia dapat meningkatkan dan
memajukan kemahiran menciri, membanding
dan membeza, mengumpul dan mengelas,
membuat urutan, menyusun mengikut
keutamaan, menganalisis, mengesan
pengaruh, menilai serta membuat kesimpulan
murid-murid.
• Pj dapat membantu dalam meningkatkan
kefahaman, kejelasan, menggunakan
maklumat dengan berkesan serta
menyelesaikan masalah.
• Contohnya, guru membahagikan murid-murid
kepada beberapa kumpulan dengan tujuan
ingin menjalankan pertandingan bola tampar.
• Bagi mendapat kemenangan, setiap kumpulan
perlu berusaha memikirkan strategi yang
paling berkesan untuk memenangi
pertandingan tersebut.
• Mengembangkan nilai-nilai peribadi melalui
penglibatan dalam aktiviti pj secara kelompok
atau perseorangan.
• Nilai-nilai
 Berdikari
 Bertanggungjawab
 Bertimbang rasa
 Berkeyakinan diri
• Dengan menguasai sesuatu kemahiran, kanak-
kanak lebih berkeyakinan diri kerana berasa
dirinya adalah seorang yang berguna.
• Contohnya, seseorang murid yang lemah dalam
bidang akademik, tetapi cemerlang dalam bidang
sukan.
• Kanak-kanak akan menjadi lebih bertimbang rasa
semasa bermain permainan secara kumpulan.
• Contohnya, seseorang yang mahir dalam bola
keranjang tidak membaling bola yang sukar
disambut kepada rakan sekumpulannya yang
lebih lemah kemahirannya.
• Kanak-kanak perlu bertanggungjawab atas
segala perbuatan mereka semasa pj.
• Contohnya, sekiranya pasukan mereka kalah
dalam sesuatu pertandingan, mereka perlu
bertanggung kekalahan itu bersama-sama,
dan bukannya menolak kesalahan tersebut
sesama lain.
• Kanak-kanak menjalankan kemahiran asas
setiap hari tanpa bergantung kepada orang
lain (sifat berdikari).
• Dalam permainan berkumpulan, kami perlu
mempercayai rakan sekumpulan kami.
• Contohnya dalam permainan bola sepak, kami
perlu menyepak bola kepada rakan-rakan
sepasukan kami dan bukannya bermain
dengan diri sendiri.
• Kanak-kanak perlu lebih tekun untuk melatih
kemahiran yang diperlukan dalam aktiviti pj.
• Contohnya, kita perlu sentiasa turun ke
padang untuk berlatih kemahiran dan
kecergasan pj.
Perkembangan emosi
• Aktiviti pj merupakan satu aktiviti yang paling
berkesan dan mempunyai potensi menolong
seseorang itu memperolehi sebanyak-banyak
keseronokan dan kepuasan dalam hidup,
mencapai nilai terpuji hidup dan keperluan
asas manusia.
• Ia membantu dalam mengurangkan tekanan
hidup moden serta meredakan ketegangan
akibat terlalu lama belajar atau bekerja.
• Melalui aktiviti pj, kanak-kanak dapat
menikmati kesenangan dan
keriangan bersama-sama rakan
sebaya mereka.
• Melalui aktiviti pj, kita dapat
melepaskan geram dan
mengurangkan tekanan dengan cara
yang betul apabila kita menghadapi
sebarang masalah.
Perkembangan sosial
• Aktiviti pj adalah satu penglibatan
pembangunan sosial melalui penyertaan
beramai-ramai sama ada ahli keluarga,
masyarakat setempat dan masyarakat asing –
semuanya menggalakkan pergaulan,
persaingan yang sihat dan mengeratkan
perhubungan sosial serta melahirkan
masyarakat yang tidak mengasingkan diri.
Perkembangan sosial
• merupakan satu proses apabila kanak-kanak
belajar berhubung dengan orang lain.
• mengikut cara yang dapat diterima oleh
masyarakat dan budayanya.
• melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang
lain dan perhubungan sosial.
• Melalui proses sosialisasi , diharapkan kanak-
kanak dapat membuat penyesuaian sosial
mengikut pengharapan masyarakat.
• Mereka mempelajari peraturan-peraturan sosial
yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial.

• Ia terdiri daripada:
I. berinteraksi dengan orang lain
II. pembentukan kendiri
III. penghargaan kendiri
IV. kawalan kendiri. 

• Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak


mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai, dan adat
yang dianut oleh kumpulan sosial mereka.
• Menurut Teori Perkembangan Psikososial Erikson,
perkembangan sosial manusia sebagai satu siri
perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat.

• Setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau


keinginan yang berkonflik.

• Individu dakatakan perlu menguasai kecekapan


tertentu dalam menghadapi setiap peringkat
perkembangan ini.
• Di antara 8 peringkat ini,peringkat ke-4 menerangkan
perkembangan sosial di kalangan kanak-kanak sekolah
rendah.

• PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-


KANAK MENGIKUT TEORI PERKEMBANGAN
Peringkat ERIKSON
PSIKOSOSIAL Tahap Umur Huraian
Industri lawan 6 hingga 11 Kanak-kanak perlu
rasa rendah diri tahun menguasai kemahiran-
kemahiran tertentu di
alam persekolahan,
kegagalan akan
membawa rasa rendah
diri dan tiada keupayaan.
• Dalam lingkungan usia 5 tahun kanak-kanak mula
menjalankan hubungan sosial semasa bermain
dalam kumpulan serta saling bercakap antara satu
sama lain (Garvey,1990; Howes,1992)

• Tingkah laku sosial mereka terdiri daripada:


i. Meniru
ii. Bertanding
iii. berkawan
iv. Bekerjasama
v. Bersimpati.
JENIS CIRI-CIRI
Meniru sikap dan tingkah laku individu yang
Peniruan
disukainya.
Cuba melakukan sesuatu yang lebih baik atau supaya
Pertandingan
dapat menang.
Berkawan Senyum, mendekati, bercakap, bermain bersama,
kesetiaan menunjukkan kemesraan pada kawan.
Melibatkan diri secara bantu-membantu ke arah
pencapaian matlamat bersama dalam aktiviti
Bekerjasama
berkumpulan, dan bermain bersama tanpa
menggangu atau merebut permainan orang lain.
Menunjukkan perasaan kasihan apabila melihat orang
Simpati
lain dalam keadaan yang menyedihkan.
Pengiktirafan Ingin menarik perhatian supaya diberi penghormatan
sosial oleh rakan sebaya.

Tingkah laku sosial kanak-kanak ketika bermain.


Faktor-faktor yang mempengaruhi
perkembangan sosial

• Ibu bapa
• Pihak sekolah
• Guru
• Rakan sebaya
• Media massa
• Aktiviti pj memainkan peranan penting dalam
menanam semangat kekitaan dan
bekerjasama dalam kalangan murid-murid.
• Ia juga dapat melahirkan murid-murid yang
berketrampilan sosial.
• Seseorang yang bercergasan emosi dapat
mengatasi sesuatu masalah dengan kerugian
sekecil yang mungkin serta berfungsi secara
efektif dalam hubungan sesama orang lain.
• Ia juga dapat mewujudkan interaksi yang
kreatif dengan guru, rakan, bahan dan alat pj
semasa menjalankan aktiviti-aktiviti pj.
• Dapat menimbulkan suasana yang sesuai
untuk memupuk perhubungan dan penyatuan
masyarakat dalam kalangan rakyat dan
penduduk pelbagai keturunan dan status sosial
dan menghindarkan hidup berpuak dalam
masyarakat.
• Mengeratkan hubungan muhibah serta
persefahaman antara rakyat suatu bangsa
dengan rakyat yang berbangsa lain ke arah
keamanan dan kesejahteraan.
KESIMPULAN
• Aktiviti-aktiviti pj memainkan peranan yang
penting dalam pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak, tidak kira dari
segi fizikal, mental, emosi atau sosial.
• Keadaan ini penting dalam membina dan
melahirkan rakyat Malaysia yang sihat dan
cergas dari segi fizikal, mental dan spiritual
yang akan mendorongkan peningkatan
produktif negara.
TERIMA
KASIH!

You might also like