You are on page 1of 23

Nasihat Rasulullah s.a.

w Dalam
Membentuk Keluarga yang
Harmoni

Salbiah Sirat
Surga dunia akhirat
membentuk intra-struktur pembangunan
dalam
sebuah
pemimpinan rumahtangga
Perkahwinan merupakan aturan
Allah s.w.t dalam mengatur
kehidupan manusia, dalam
kehidupan lelaki dengan
perempuan yang secara semula jadi
memerlukan antara satu dengan
yang lain. Allah berfirman dalam
surah ar-Rum, ayat 21 :
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-
Nya (iaitu Allah) ialah Dia menciptakan
untukmu pasangan dari jenismu sendiri
supaya kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di
antara kamu rasa kasih sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda-tanda bagi
kaum yang berfikir.
setiap suami dan isteri mestilah
memenuhi dan melaksanakan
peranan masing-masing dengan baik
dan berkesan. Banyak yang telah
diperkatakan tentang peranan wanita
sebagai isteri dalam membina
sesebuah keluarga.
Membentuk sebuah pemimpinan dalam
membentuk keluarga harmoni nasihat
Rasullullah s.a.w adalah
akhlak dalam peradaban dan sikap kita
sebagai ibu bapa dalam menjalani
tanggungjawap
mendidik anak-anak
Komunikasi adalah penting menjalinkan
keharmonian dalam sebuah keluarga.
Komunikasi antara suami isteri,
suami isteri dan ibu bapa juga mertua
dan
komunikasi bersama anak anak
untuk menceriakan suasana juga kebahagiaan
yang ada.
Tanggungjawap suami adalah:-
suami adalah ketua keluarga yang memimpin
isterinya dan menjadi imam kebahagiaan dunia dan
akhirat ke arah zuhudNya. Sebagai ketua keluarga
bukan sahaja pendidik ilmu dunia dan akhirat ,
tanggungjawab sebagai pencari nafkah utama.
Seperti dalam surah an nisah ayat 34
Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi
kaum wanita, oleh kerana Allah telah
melebihkan sebahagian mereka (laki-laki)
atas sebahagian yang lain (wanita), dan
kerana mereka (laki-laki) telah
menafkahkan sebahagian dari harta
mereka.
Ketua atau pemimpin keluarga
sebenarnya tidak hanya bererti pencari
nafkah utama atau terbanyak. Ada
banyak lagi peranan yang sama
penting yang perlu dilaksanakan oleh
seseorang suami. Sebagai pemimpin,
beliau harus menjadi sumber pemberi
dorongan dan semangat kepada
anggota keluarganya.
Suami harus memimpin anggota keluarganya
dalam menentukan matlamat serta
menyediakan peluang-peluang kepada mereka
untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut.
Ia harus menjadi teladan kepada keluarganya
dalam banyak hal. Ia hendaklah menjadi
tunggak tulang belakang keluarga dalam
mencari dan memberikan huraian kepada
masalah yang timbul. Juga dalam menerapkan
nilai-nilai murni untuk diamalkan oleh
keluarganya.
Inilah diantara peranan-peranan utama seseorang
suami. Kegagalannya dalam memenuhi peranan
dan tanggung-jawab inilah yang telah banyak
membawa kepada runtuhnya sesebuah
rumahtangga. Termasuk si isteri juga, tidak boleh
mengabaikan tanggungjawap yang sedia ada.
Tanggungjawap isteri adalah:-
peranan wanita sebagai isteri dalam membina
sesebuah keluarga dalam kebentukkan ciri ciri ke
Islaman dan muslimah. Dalam kebiasaan dalam
sosial kita, mereka berperanan sebagai suri rumah
tangga yang melaksanakan tanggung-jawab
mengasuh anak-anak dan melakukan kerja-kerja
rumah.
Peranan isteri dan juga ibu juga tidak
kurang hebatnya dalam membentuk
dalam sebuah rumahtangga,
mendidik ilmu dunia dan akhirat juga
menjaga keharmonian.
Banyak hal yang harus peraturan dimana
waktu memainkan peranan penting bagi
isteri dan ibu terutama pada yang keluar
bekerja membantu ekonomi suami.
Tumpuan isteri adalah membentuk
banyak hal dan haruslah lebih banyak
luangkan masa bersama keluarga.
Peranan seorang isteri juga ibu dalam keluarga
juga harus dijalani dalam
akhlak dan etika yang terbentuk:-
menjaga tata tertib, tanpa mengaibkan suami dan
anak anak.
Tidak menceritakan keburukan suami dan anak
anak pada orang luar.
Bersikap adil pada kedua belah keluarga
( keluarga sendiri dan keluarga suami) Kerana
peranan suami isteri setelah bernikah adalah
tanggungjawap bersama.
Sebagai ibu bapa kita harus menunjukkan
saling menghormati kedua orang tua kita
kerana kita adalah kita dalam keluarga
adalah contoh utama. Jika kita
menunjukan sikap kasar kita pada orang
tua, anak anak akan melakukan sama
pada kita
Rasulullah s.a.w pernah berpesan :
Sabda Rasulullah s. a. w yang
bermaksud; "Hak anak atas bapanya,
supaya membaikkan akhlaknya dan
membaikkan namanya”
Pesan Rasulullah
s.a.w lagi:

"Tidak beriman seseorang kamu


sehingga ia mencintai saudaranya
sebagaimana ia mencintai dirinya
sendiri. Nabi s. a. w bersabda lagi yang
bermaksud; "Yang paling baik di
antara kamu ialah yang baik
pergaulannya terhadap keluarganya".
Anak-anak perlulah dididik dengan pergaulan
yang baik sesama mereka. lbu bapa mestilah
berlaku adil dalam melayani kerenah anak-
anak mereka supaya terhindar perasaan
dengki, iri hati dan dendam. Anak-anak yang
lebih kecil hendaklah menghormati
abang/kakak yang lebih tua.
Manakala abang/kakak mestilah bertolak
ansur dengan adik-adik mereka. Apabila sikap
ini dapat ditanam dalam diri anak-anak,
tiadalah permusuhan dan perbalahan dalam
keluarga dan mereka saling sayang dan
menyayangi antara satu dengan lain. Aman
tenteram dan berbahagialah keluarga tersebut
Akhirkata
jadilah sebuah rumahtangga yang dibina seperti
rumahtangga Rasulullah s.a.w yang bersikap lemah
lembut pada isteri dan anak anaknya juga pada cucu
cucunya. Begitu isteri, haruslah mencontohi khadijah
r.a dan Aishah r.a menjaga tertib sebagai seorang
isteri dan juga ibu pada zuriatnya.
Keharmonian dalam rumahtangga itu terpancar
kebahagiaan jika kita mengikut sunnah dan hadis,
contoh contoh dan nasihat Baginda s.a.w.

Paling penting adalah sifat kesederhanaan tidak


membazir pada rezeki yang ada dan selalu
menanamkan sifat pemaaf, bertolak ansur dan
bertoleransi
Semoga rumahtangga yang terbina
bukan sahaja bahagia di dunia. Insyaallah
juga di akhirat.
Allahumma amin

Wabillahil taufiq wal hidayah


Assalamualaikumwrwb

syukran jaziilan
salbiah sirat

You might also like