You are on page 1of 6

1

PENJELASAN TENTANG ARTIKEL ‘MATA SEBAHAGIAN


DARIPADA MINDA’

Bahagian I

ARTIKEL ‘Mata Sebahagian Daripada Minda’ telah ditulis pada tahun 1953 oleh
Leo Steinberg dalam buku ‘Other Criteria’ dan diterbitkan oleh Oxford
Universiti Press dalam tahun 1972. Pada keseluruhannya Steinberg seorang
pengkritik dan pengkaji seni masa lampau dan moden pada keseluruhannya
dalam artikel ini memeriksa representasi atau penggambaran dalam seni lukis
ialah lukisan yang menggambarkan sesuatu. Mengikut Steinberg, penggambaran
ialah dunia sebenar dalam seni lukis. Contohnya, sebuah lukisan potret ialah
representasi yang merujuk bentuk wajah seseorang. Ia cuba meniru benda
sebenarnya dalam lukisan.

Pokok pertimbangan masalah representasi ialah pengkaryaan dalam seni lukis


moden. Rumusannya ialah seni lukis moden walaupun nampak mengenepikan
dunia fizikal jika dibandingkan dengan seni lukis bukan moden.Tetapi
sebenarnya penggambaran ini merupakan sebahagian seni lukis moden.

Dalam menjelaskan, Steinberg memberitahu kita tentang keadaan yang sekali


tengok ada percanggahan dan dalam bahagian lain ada persamaan. Seni lukis
sebelum zaman moden, bagi ahli sejarah seni Barat/Eropah, sempadan di
antara seni lukis moden dan bukan moden terletak di zaman Renaissance di Itali.
Sebelum zaman Renaissance (abad 15-16) dikatakan seni lukis yang wujud di
Eropah adalah bukan moden. Selepas abad 16 dianggap seni lukis moden dan
ini adalah andaian menyeluruh. Tetapi di dalam perkembangan terperinci dalam
seni lukis moden ia hanya bermula kemudian dalam pertengahan abad 19.
Steinberg memahami dan ia mirip setuju seni lukis moden bermula di
pertengahan abad ke-19, bukan selepas zaman Renaissance.
2

Dari rangka umum struktur sejarah seni lukis Eropah yang popular di
kalangan tokoh-tokoh sejarah seni lukis terdapat lima aliran zaman sebelum dan
selepas zaman moden iaitu:
 Zaman Pra Sejarah dan Yunani.
 Zaman Romawi.
 Zaman Gelap.
 Zaman Pembaharuan (Renaissance) 1400 hingga 1600.
 Zaman Moden.

Istilah sempadan untuk menamakan kepentingan zaman dapat memudahkan


pemahaman. Ia juga dianggap sebagai kemuncak perkembangan sejarah seni
lukis Barat iaitu sejarah Eropah untuk mencapai keunggulannya dengan pelukis-
pelukis Leonardo da Vinci, Michealanglo dan Raphael. Ketiga pelukis ini
adalah pelukis Eropah terunggul dan berada pada kemuncak perkembangan
berasaskan keinginan untuk mempresentasikan dunia fizikal secara sempurna.

Fahaman begini dari segi proses menyempurnakan penggambaran


dunia fizikal paling ketara dikuasai oleh tokoh sejarah seni Itali bernama Vasari
Giorgio (1511-1574). Vasari hidup pada zaman Renaissance ketika beliau
menulis sejarah seni karya Michealanglo yang hidup dalam buku ‘Life of Painter’.
Buku ini memberi kefahaman tentang sejarah seni lukis – penyempurnaan alam.
Dalam tulisan itu dimasukkan biografi-biografi pelukis tadi. Di dalamnya
terkandung cerita dikemukakan bermula dengan pelukis Giototo, diandai sebagai
pelukis yang mula membuka langkah kepada melukis alam dengan sempurna,
sesuatu yang menuju ke puncak yang sama dengan tiga tokoh terawal. Nama
pelukis yang lain juga disebutkan iaitu Massacio dan Vasari menyatakan tentang
Massacio sebelumnya, karya seni lukis yang dihasilkan di Eropah hanyalah
lukisan. Selepas Massacio, kerja-kerja seni lukis Eropah adalah ciptaan yang
baru. Ada dua pemahaman yang dijelas di sini yang boleh dijadikan
perbincangan. Apa yang dimaksudkan dengan ciptaan sebelumnya bagi maksud
Vasari ialah lukisan sebelum Massacio tidak berupaya menggambarkan dunia
3

fizikal. Karya-karya itu dikatakan karya berkesan selepas Manet meletakkan


keupayaan dan kebijaksanaan dengan menggunakan lukisan ciptaan sebenar
kerana mampu meniru alam.

Steinberg, kemudian melangkah ke abad 20 dengan memiliki keyakinan


menyentuh pengkritik lain bernama Malraux yang merupakan salah seorang
pengkritik Perancis selepas Perang Dunia Kedua dan juga Menteri Kebudayaan
Perancis. Malraux disebut oleh Steinberg sebagai menyatakan sesuatu yang
berkaitan dengan Vasari yang akhirnya membawa keunikan. Kalau Vasari
mengatakan lukisan dahulu merupakan ciptaan sebenar, sebaliknya Malraux
mengatakan lukisan dahulu adalah tiruan dan sekarang adalah luksan
sebenarnya.

Satu peniruan dan satu lagi karya lukisan. Maksud peniruan oleh Malraux
sama dengan maksud Vasari. Malraux menyatakan lukisan yang meniru alam
adalah tidak asli. Baginya lukisan moden tidak menyegarkan dunia fizikal.
Lukisan bukan moden meniru alam mengikut dunia fizikal dan kurang disanjungi.
Maksud Malraux ialah dalam pertengahan abad 19 ada pelukis Perancis iaitu
Manet sebagai pelukis pertama yang muncul dengan lukisan moden. Bagi
Malraux sejarah perkembangan pelukis pada waktu kemunculan Manet ketara
sekali tidak meniru alam (dunia fizikal). Walaupun Malraux menggunakan nama
pelukis seperti Manet, apa yang dimaksudkan di sebaliknya ialah rahsia lukisan
seni abstrak. Ia tidak bertujuan meniru alam dan jelaslah lukisan abstrak tidak
bertujuan meniru alam fizikal, ia lebih disanjungi daripada lukisan yang meniru
alam fizikal. Istilah moden merupakan sesuatu yang berubah mengikut zaman.
Bahawa dalam pemikiran Vasari, menyatakan bahawa seni lukis zaman
Renaissance sempurna dan beliau tidak seratus peratus menyatakan
sebelumnya tidak baik.

Pada zaman sebelum Renaissance ditonjolkan keunggulan seni zaman


Romawi dan selepas kejatuhan Romawi seni lukis telah menurun dari segi kualiti
4

dan ia dianggap zaman gelap yang mana seni lukis tidak memperlihatkan
kegemilangannya. Andaian ini begitu popular dengan konsepnya yang ada di
sebalik keagungan zaman Rome dan Romawi dan harus diakui Yunani adalah
zaman keunggulan.

Abad 20-an, memberi pandangan yang sama dan kesenian Asia dikatakan
mula merosot. Nama yang diberikan pada karya seni sebelum Renaissance ialah
kesenian yang berunsurkan Gothik. Istilah ini menunjukkan karya sebelum
Renaissance yang dianggap tidak baik sebagai istilah mengutuk karya-karya
sebelum itu.

Selepas Perang Dunia Kedua, bermula dari pertengahan abad ke-19 di


Eropah, muncul kefahaman bahawa seni lukis tercerai daripada representasi.
Lukisan tidak ada kena mengena dengan keinginan meniru sehingga lahirnya
seni abstrak. Lukisan abstrak tidak menjayakan dunia fizikal yang
sebenarnya.dan Steinberg menyatakan fahaman ini tidak kena mengena dengan
alam menurut kefahaman iaitu rujukan kepada keinginan meniru alam yang
dianggap begitu berleluasa.

Kita boleh perhatikan dalam perbandingan antara dua pihak yang berminat
menyangkal bahawa dengan hujah meniru alam tidak cukup masa, walaupun
lukisan itu berbeza masih ada keinginan untuk meniru alam. Kita
merepresentasikan alam menunjukkan adanya unsur kontradiksi antara nilai seni
yang tidak kena mengena dengan alam dan membawa perbezaan pendapat
antara dua pihak, di mana pihak yang satu lagi masih percaya manusia
hidupnya mirip meniru alam. Soalan yang dapat membantu, adakah tepat seni
lukis tidak ada peniruan?

Adakah pemerhatian kita bahawa sememangnya manusia inginkan


penggambaran alam? Pemerhatian yang tepat ialah menyuburkan alam dan
adakah gaya baru dalam meniru alam merupakan satu pendekatan yang sama.
5

Adakah lukisan abstrak tidak langsung meniru alam? Lukisan Syed Ahmad
Jamal dan Sharifah Fatimah Syed Zubir yang cenderong pada aliran lukisan
abstrak tidak tergolong sebagai bersumberkan alam sedangkan tajuknya ada
terdorong ke arah alam.

Terdapat cara-cara lain dalam menyelesaikan persoalan yang kontrakdiksi ini


yang disyorkan oleh seorang pelukis dan pengkritik seni Inggeris iaitu Roger Fry.
Beliau menganggap bahawa lukisan yang menggambarkan alam yang banyak
terdapat di Eropah sebenarnya mencari jalan yang seakan seni fotografi dan
kebanyakkan lukisan tersebut dipengaruhi oleh kehendak gereja. Juga bagi
beliau, lukisan moden yang memperlihatkan perceraian pengaruh gereja,
menjadikan tidak ada peluang untuk pelukis meniru alam. Lukisan moden yang
dikatakan lebih tulen kerana tidak terpengaruh dengan persekitaran luar telah
membuat kita berfikir bahawa pelukis masih terkongkong. Dengan cara mencari
kebebasan dan lari dari kongkongan boleh menyelesaikan kontradiksi yang
timbul ini. Beliau berpendapat perbezaan zaman sebelum moden dan moden
ialah dari segi ketulenan. Zaman moden lukisannya dianggap lebih tulen kerana
sebelum moden pelukis terpengaruh dengan agama dan kehendak pemerintah.

Fahaman Malraux dan Ortega T.Gasset telah memperlihatkan perbezaan


seni lukis moden dan sebelum moden dari segi penekanan yang berbeza. Bagi
mereka karya boleh dinilai dari segi
makna yang pada zaman sebelum moden maknanya pada imej yang jelas
berpaut pada realiti kehidupan dan persekitaran hidup. Apa yang dilihat mata
itulah yang dijelmakan di atas kanvas. Tetapi lukisan seni moden perlu bersama
makna dan ikonografinya sehingga akhirnya seni lukis moden terasing dalam
pencarian makna yang telah tenggelam dalam bentuk yang tidak bersifat bentuk
fizikal sebenar dalam dunia realiti. Lahirnya satu makna dari satu bentuk atau
beberapa bentuk dan di sebalik bentuk-bentuk itu ada kesukarannya dalam
mencari makna.
6

Lukisan Monaliza dan satu lagi lukisan abstrak maka dibuat perbandingan.
Apa yang disimpulkan, Monaliza mementingkan makna, sebaliknya abstrak
menekankan bentuk-bentuk yang dipaparkan dan di sebalik bentuk-bentuk itu
bukannya satu pencarian makna. Bentuk merangkumi warna dan sebahagiannya
ada cerita dan direpresentasikan pada dunia luar. Istilah-istilah formalistik yang
dimaksudkan bentuk (form) menjadikan pendekatan seni abstrak kaya dengan
aspek-aspek bentuk. Sebaliknya ikonografi yang melihat makna menjadi mirip
kepada dua pengertian.

Bagi kedua-dua penyelesaian ini, biarlah diambil satu kesimpulan bahawa


lukisan moden menekankan bentuk. Dan satu lagi penyelesaian yang drumuskan
oleh Steinberg ialah lukisan moden abstrak tidak seratus peratus meninggalkan
peniruan alam, masih lagi ada keinginan representasi yang wujud bagi
menonjolkan keunggulannya.

Kesimpulannya, Steinberg berpendapat, gambaran fizikal masih lagi menjadi


aspek utama dalam seni lukis moden. Ia sebagai mukadimah untuk dibawa ke
dalam perbincangan pada masa akan datang yang dapat membantu
menyelesaikan kontradiksi dalam memikirkan kebenaran, apakah kepentingan
seni itu kepada kita.

You might also like