You are on page 1of 16

1.

0 PENGENALAN

Komsas ialah kata akronim bagi 'Komponen sastera' . Komsas merupakan


komponen dalam subjek bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran untuk pelajar Tingkatan satu
hingga lima di di semua sekolah menengah. Pelaksanaan komponen kesusasteraan
Melayu di dalam mata pelajaran bahasa Melayu diperkenalkan untuk merangsang
calon atau pelajar supaya lebih berminat membaca bahan sastera serta menikmati,
mengenal dan mengapresiasi karya sastera (novel, cerpen, puisi moden, puisi
tradisional dan prosa tradisional).

Pelaksanaan komponen kesusasteraan Melayu ini diharap dapat melahirkan pelajar


yang menghayati, mengenali dan menghargai karya sastera bagi memperkukuhkan
serta meningkatkan ketrampilan berbahasa di kalangan pelajar. Oleh itu, semua
pelajar wajib mempelajari Komsas dalam mata pelajaran bahasa Melayu apabila ia
dilaksanakan mulai Mac 2000.

Ini bererti semua calon serta pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima akan
mendapat pendedahan tentang sastera. Jumlah calon atau pelajar yang mempelajari
kesusasteraan Melayu semakin ramai, walaupun hanya pada peringkat pendedahan
asas sastera. Oleh itu, secara tidak langsung pelaksanaan Komsas dalam bahasa
Melayu ini akan dapat memartabatkan Kesusasteraan Melayu secara meluas di
kalangan calon atau pelajar di seluruh negara.

Dalam subjek bahasa Melayu, setiap tingkatan diberi dua buah buku iaitu sebuah
novel dan sebuah antologi . Apabila sampai ke tingkatan tiga, mereka sudah
membawa enam buah buku. Novel yang dipilih terdiri daripada pelbagai genre yang
dihasilkan oleh novelis Malaysia tidak semestinya Sasterawan Negara. Karya-karya
Sasterawan Negara dianggap berat, panjang dan hanya sesuai untuk bacaan
umum, bukan untuk tahap pemikiran pelajar PMR dan SPM. Antologi pula
merupakan kumpulan pelbagai genre seperti puisi moden dan puisi klasik, cerpen ,
sedutan teks klasik dan drama.
MATLAMAT PEMBELAJARAN KOMSAS

Komponen Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu (Komsas) dilaksanakan


secara berperingkat-peringkat, bermula pada Mac 2000 untuk tingkatan satu dan
tingkatan empat. Kemudian,  pada tahun 2001 Komsas diperluas ke tingkatan dua
dan tingkatan lima . Pengajaran Komsas dilaksanakan sepenuhnya daripada
tingkatan satu hingga tingkatan lima pada tahun 2003 dan calon Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) yang sulung mengambil peperiksaan dengan kurikulum baru ini
pada tahun 2001, manakala calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun
2002.

Antara matlamat pengajaran dan pembelajaran Komsas:


a. Melahirkan pelajar yang kreatif dan kritis.
b. Meningkatkan kekuatan rohani dan intelek.
c. Memupuk kesedaran terhadap nilai estetika karya dan keindahan bahasa.
d. Mengenali dan mengurus perasaan pelajar.
e. Meningkatkan kemahiran interapersonal dan interpersonal.

2.0 SINOPSIS CERPEN BUDI YANG TAK TERBELI


(Karya Khadijah Hashim)

Cerpen ini mengisahkan pengorbanan hati budi seorang ibu tua, Jemah terhadap
anaknya, Murni. Kisah bermula dengan persetujuan ibu tua menerima pelawaan
anaknya Murni untuk tinggal bersama-sama dengannya di bandar. Sebagai orang
kampung, Jemah telah biasa melakukan pelbagai kerja kampung dan setibanya di
rumah anaknya itu kehidupannya serba tidak kena. Bagi Murni pula, dia berharap
agar ibunya dapat duduk-duduk berehat di rumahnya tanpa perlu memikirkan kerja-
kerja hariannya lagi. Pada pendapat Murni sudah sampai masanya dia membalas
jasa dan pengorbanan ibu tua itu terhadapnya.
Namun begitu kesibukan anak menantunya bekerja menyebabkan dia sentiasa
teringat akan kampung halamannya. Dia menjadi risau kerana tidak bekerja. Hal ini
menyebabkan tangannya terus mencapai tajak dan menajak rumput di sekeliling
rumah anak menantunya itu. Hatinya benar-benar puas dan tidak sabar-sabar
menunggu kepulangan anak menantunya itu. Namun, setelah lama menunggu
akhirnya dia terdengar akan suara orang marah-marah. Dia tidak menyangka
bahawa perbuatannya menajak rumput di sekeliling rumah telah menimbulkan
kemarahan menantunya. Namun begitu Murni, sebagai seorang anak yang
bersopan tetap mempertahankan ibunya walaupun disindir oleh suaminya.

Setelah orang gaji anaknya pulang, sekali lagi Jemah termangu-mangu di rumah
tidak tahu apa yang perlu dibuat. Sebaik terpandangkan sebatang pokok anak
mempelam, dia teringatkan anaknya Murni yang begitu gemar asam mempelam
jeruk. Tanpa membuang masa dia terus terburu-buru mencapai parang pendek dan
menebang pokok ketapang di hadapan rumah anaknya itu. Tempatnya itu digantikan
dengan anak asam mempelam. Kepulangan menantunya sekali lagi dipenuhi
dengan suara kemarahan akibat perbuatannya itu.

Jemah kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang semula ke kampung


halamannya. Hatinya lebih senang tinggal di kampung. Walaupun ibunya tinggal di
kampung, anaknya Murni tetap tidak lupa untuk mengirimkan wang kepada ibunya.
Tindakannya itu sering mendapat tentangan daripada suaminya, Jamal.

Jamal berpendapat bahawa wang itu elok digunakan untuk bersenang-senang di


kota atau untuk membayar rumah sewa dan sebagainya. Dia juga berpendapat
bahawa tidak perlu isterinya memberikan bantuan kepada mentuanya itu kerana
hasil tanaman dan ternakan mentuanya di kampung sudah cukup untuk menambung
penghidupan mentuanya. Sikap yang ditunjukkan oleh Jamal kadang-kala
menyebabkan Murni hampir-hampir hilang sabar namun hanya dipendamkannya
sahaja.

Suatu hari mereka menerima telegram daripada ibu di kampung yang meminta
mereka pulang segera. Tindakan Jemah ini menyebabkan Jamal terus berprasangka
buruk terhadap mentuanya. Tetapi setelah tiba di kampung, barulah mereka
mengetahui hal yang sebenarnya. Jemah sebenarnya ingin mendapatkan cap jari
Murni untuk menyalin nama tanah rumah Long Kasah yang baru dibelinya. Duitnya
tidak lain dari duit yang dikirim oleh Murni sendiri, dicampur dengan hasil jualan telur
dan padi. Tindakan Jemah ini meyebabkan Murni dan Jamal berasa malu. Jamal
yang bergaji agak besar tidak pernah berbuat seperti yang dilakukan oleh
mentuanya. Wang gajinya tidak terkumpul untuk membeli tanah. Rumahnya rumah
sewa. Barang-barang di rumah dibeli secara hutang. Bila disindir oleh Murni di
bahagian akhir cerpen ini, mata Jamal hanya terkebil-kebil dan dia tidak dapat
berkata apa-apa.

3.0 NILAI DAN PENGAJARAN

3.1. Mengenang Budi dan Jasa

Salah satu nilai murni yang amat bermakna dalam cerpen ini ialah nilai mengenang
budi dan jasa orang tua. Murni digambarkan sebagai seorang anak yang
mengenang budi dan jasa ibunya. Beliau telah berusaha bersungguh-sungguh untuk
membalas budi dan jasa ibunya, Jemah.Beliau sentiasa mengunjungi ibunya di
kampung dan mengajaknya tinggal berehat-rehat di kota. Daripada pengucapannya
seperti di bawah, sikap mengenang budinya terserlah.
“Mak! Mak dah tua. Dah patut berehat-rehat sekarang. Takkanlah seumur hidup nak
bergelumang dengan lumpur-lumpur di bendang itu sahaja.Sesekali eloklah senang-
senangkan hati menyedut angin kota,” pujuk Murni kepada ibunya.

3.2. Bertanggungjawab.

Kita hendaklah menunaikan tanggungjawab sebagai anak atau ibu dengan sebaik-
baiknya. Jemah dan Murni merupakan anak-beranak yang bertanggungjawab.
Jemah walaupun telah tua dan hanya tinggal di kampung merasakan dia
bertanggungjawab membahagiakan anaknya. Dia sanggup menyimpan wang
pemberian anaknya dan menggunakan wang tersebut untuk membelikan sebidang
tanah buat anak menantunya. Murni pula sebagai anak kesayangan ibunya tidak
mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Dia kerap mengunjungi
ibunya yang tinggal bersendirian di kampong. Dia tetap mempelawa ibunya ikut ke
bandar walaupun telah berkali-kali permintaannya itu tidak ditunaikan oleh ibunya.

3.3. Sabar.

Kita hendaklah bersabar apabila berdepan dengan apa juga cabaran. Misalnya,
Murni, dengan sifatnya yang sentiasa sabar terhadap setiap kerenah suaminya.
Berkat kesabaran dan ketaatan kepada ibunya juga menjadikan dia disayangi dan
hasilnya, ibunya sanggup memberikan kepada mereka sebidang tanah. Begitu juga
dengan sifat Jemah yang sentiasa bersabar apabila menerima sindirin daripada
menantunya, Jamal yang marah kerana Jemah telah menajak rumput yang
ditanamnya.

3.4. Berjimat-cermat

Dalam cerpen ini, nilai dan sikap berjimat - cermat menyimpan wang demi masa
depan dapat dilihat dengan jelas melalui watak Jemah. Jemah mengamalkan sikap
berjimat-cermat. Beliau sentiasa menyimpan duit yang dikirimkan oleh anaknya
Murni pada setiap bulan. Begitu juga dengan hasil jualan binatang ternakan dan
jualan padi yang tidak habis dimakan turut disimpannya. Hasil daripada sikap
berjimat cermat inilah, Jemah telah berjaya membeli sebidang tanah untuk anak
kesayangannya Murni. Sikap ini dapat dilihat daripada pengucapan Jemah di muka
surat 119.
“Wang yang kau kirim bulan-bulan tu aku kumpul. Campur sedikit duit jual telur. Duit
jual padi yang tak habis dimakan.”

3.5. Baik hati

Nilai baik hati banyak ditunjukkan dalam oleh watak-watak dalam cerpen ini.
Misalnya, Murni mengirim ibunya wang pada setiap bulan bagi meringankan
bebanan ibunya yang tidak berhenti-henti bekerja di kampung. Jemah pula bersikap
baik hati dan tidak pernah berasa yang dia sedang bertanding dengan anak
menantunya. Yang penting baginya ialah kebahagian hidup anak kesayangan dan
menantunya. Jemah juga tidak menyimpan perasaan dendam terhadap anak
menantunya yang memberi layanan buruk terhadapnya sepanjang berada di kota.
Malahan dia sanggup bersusah payah mengumpul duit dan membeli tanah untuk
masa depan anak dan menantunya Sikap ini dapat dilahirkan oleh Jemah pada
pengucapannya di halaman 119.
“Mak kau ni orang miskin. Tak ada sawah ladang yang luas untuk jadi harta pusaka
kau. Itulah saja yang dapat mak beri untuk hari tuamu, Murni, Jamal,” .

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN SASTERA

Pengajaran dan pembelajaran komponen sastera (Komsas) selalunya tidak


menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Mengapakah keadaan ini
berlaku? Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dan murid dalam
pengajaran dan pembelajaran komponen sastera. Satu daripada alasannya ialah
guru tidak mendapat pendedahan tentang teknik pengajaran dan pembelajaran
komsas. Selain itu guru tidak berminat dengan sastera dan tidak memiliki kemahiran
tentang sastera. Guru juga tidak berkeupayaan untuk menunjukkan contoh kepada
murid tentang cara-cara karya sastera itu dipersembahkan. Bagi murid pula, mereka
selalunya kurang berminat dengan komsas kerana teknik penyampaian guru itu
sendiri yang membosankan. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk
menarik minat murid dan guru biasanya menggunakan teknik yang konvensional dan
tidak berpusatkan murid.

Oleh yang demikian guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan


pembelajaran komsas yang kurang menarik yang diamalkan sebelum ini. Teknik
yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka
menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam
menjalankan aktiviti di dalam kelas.

TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMSAS.


(a) Teater Pembaca
 Melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di
hadapan kelas.
 Mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka
sahaja.
 Membantu penonton (murid) memahami, menghayati dan merasakan cerita
itu seolah- olah sedang berlaku di hadapan mereka.
 Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang
dijalankan
 Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.

(b) Teater Bercerita


 Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang
pelakon.
 Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak
dalam cerita tersebut.
 Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.
 Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.
 Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(c) Persidangan Meja Bulat


 Perbincangan dilakukan secara berkumpulan.
 Seorang murid menjadi ketua untuk mempengerusikan perbincangan dan
seorang pencatat.
 Perbincangan berfokus pada isu yang ditetapkan oleh guru.
 Semua anggota kumpulan mesti memberi pendapat semasa perbincangan
dijalankan.
 Wakil kumpulan akan membentang dapatan atau hasil perbincangan.
 Masa perbincangan 15 – 20 minit.
 Guru memantau dan membimbing kumpulan semasa perbincangan
dijalankan.
 Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

(d) Monodrama
 Satu teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang pelakon (murid)
 Pelakon mesti menghayati watak yang dipilih.
 Pelakon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan
peranan dan tindakan watak dalam sesuatu karya.
 Berdasarkan lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya dan
perwatakan individu lain.
 Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(e) Balang Kaca


 Seorang murid berlakon sebagai watak utama.
 Murid-murid lain berlakon sebagai watak-watak lain dan mengelilingi watak
utama.
 Watak-watak lain memberi pandangan terhadap watak utama.
 Watak utama tidak bercakap tetapi boleh memberi respons melalui mimik
muka, gerak tubuh dan sebagainya.
 Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(f) Kerusi Panas


 Seorang murid dikehendaki memainkan peranan sebagai satu-satu watak.
 Murid berkenaan duduk di kerusi di hadapan kelas.
 Murid-murid lain mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watak
berkenaan.
 Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yang
sedang dilakonkannya.
 Pelajar lain mencatat perwatakan watak-watak dalam Lembaran Pengurusan
Grafik (LPG) yang disediakan.
 Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(g) Improvisasi
 Aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau
situasi sebenar.
 Dijalankan dalam kumpulan antara 2 – 5 orang murid.
 Mereka diberi masa 10 – 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog.
 Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(h) Stesen
 Murid mencari maklumat secara berkumpulan dari satu stesen ke satu
stesen.
 Maklumat di setiap stesen berbeza-beza berdasarkan arahan guru.
 Murid perlu pergi ke semua stesen untuk melengkapkan maklumat.
 Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

(i) Peta Minda


 Murid mencatatkan maklumat tentang sesuatu aspek dalam bentuk peta
minda.
 Peta minda boleh disediakan oleh guru lebih awal, atau pelajar sendiri
membina peta minda itu.
 Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

(j) Mestamu
 Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.
 Gunakan melodi lagu yang diminati/popular dan gantikan seni kata/lirik lagu
itu dengan sajak atau puisi yang dipelajari.
 Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
 Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam, dan
seloka.

(k) Dekon
 Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.
 Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan
maksud sajak/puisi
 Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
 Teknik ini sesuai untuk sajak.

(l) Adaptasi
 Murid mencipta karya dalam bentuk genre lain berdasarkan sesuatu genre.
Misalnya, menulis pantun atau syair berdasarkan cerpen; menulis skrip drama
berdasarkan sajak atau menulis sajak berdasarkan novel.
 Dapat mempelbagaikan kemahiran dan meningkatkan kreativiti murid.
 Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

Berdasarkan teknik-teknik pengajaran di atas, saya telah memilih teknik pengajaran


secara Improvisasi dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Teknik ini dipilih
kerana ia sangat sesuai dan boleh mencapai ke arah objektif pengajaran saya. Di
samping itu,melalui teknik ini semua murid dalam kelas saya dapat dilibatkan secara
sepenuhnya. Penglibatan murid dalam aktiviti berkumpulan sangat diperlukan bagi
menyumbang idea-idea yang bernas dan tepat dalam tugasan yang diberikan.
Melalui aktiviti berkumpulan pula, semua murid dapat dilibatkan dalam setiap aktiviti
yang dijalankan. Melalui aktiviti ini, saya dapat membuat penilaian secara
pemerhatian aktiviti kumpulan yang dijalankan. Penerapan nilai bekerjasama dan
sikap kepimpinan dalam kumpulan yang dibentuk dapat dilihat dan dinilai dengan
lebih berkesan.

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu


Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tingkatan : 4 Sastera 1
Bilangan Pelajar : 35 orang.
Tarikh : 2 November 2009
Masa : 9.00 pagi – 10.20 pagi (80 minit)
Tajuk : Budi yang Tak Terbeli.
Objektif : Pada akhir pelajaran dan pembelajaran, murid-murid
dapat
a. Menghubungkaitkan topic dengan merujuk
pelbagai sumber untuk mengemukakan idea
yang bernas.
b. Menyatakan makna kata dan ungkapan
berdasarkan konteks untuk meningkatkan
apresiasi.
c. Menjawab soalan-soalan pemahaman.
Fokus Utama :10.1 Aras 1
Fokus Sampingan :2.1 Aras 1
Pengalaman Sedia Ada : Murid-murid telah banyak membaca dan menghayati
cerpen dalam pelajaran yang lalu.
Sistem Bahasa : Sebutan dan intonasi.
Ilmu : Pendidikan Moral
Nilai : Bekerjasama
KBT : KBKK – Meramal dan membuat keputusan.
Bahan Bantu Mengajar : Petikan cerpen, radio kaset, lembaran kerja.
Langkah-langkah pengajaran
Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pelajaran Catatan
Set Induksi Rakaman drama Guru memperdengarkan Lap top
( 5 minit) radio. petikan drama radio kepada
pelajar. Kem TMK

Pelajar diminta mendengar dan


menghayati pengucapan dialog
para pelakonnya.

Langkah 1 Cerpen Budi yang Murid membaca cerpen secara KBKK:


(10 minit) Tak Terbeli. senyap dan menandakan Kem.Belajar
perkataan yang sukar.

Langkah 2 Guru minta mengemukan Perbincangan


(10 minit) perkataan dan ayat yang sukar dan
difahami dan membincangkan bersoaljawab
makna perkataan tersebut.

Langkah 3 Cerpen Budi yang Pelajar secara kumpulan Aktiviti


(10 minit) Tak Terbeli berbincang tentang tema dan kumpulan
persoalan, latar dan watak dan
Kem.Belajar:
perwatakan
Kooperatif

Kumpulan 1dan 2
Membincangkan tema dan
persoalan

Kumpulan 3 dan 4
Latar

Kumpulan 5 dan 6
Watak dan perwatakan
Langkah 4 Guru meminta wakil dari setiap Kem
kumpulan membentangkan Fasilitator
(10 minit) hasil perbincangan Bersoal jawab

Langkah 5 Guru memberi petikan dialog Kem Belajar


(20 minit) dalam cerpen kepada setiap Terarah
kumpulan berdasarkan kendiri
halaman yang ditetapkan.

Murid diminta menghafal dialog


berdasarkan cerpen.
Wakil daripada setiap
kumpulan diminta
mempersembahkan lakonan
mereka.

Langkah 6 Soalan Guru mengedar lembaran kerja Petikan


(10 minit) pemahaman kepada pelajar. cerpen

Murid diminta membaca dan Penilaian


menjawab soalan dengan
menggunakan perkataan
sendiri

Penutup Rumusan isi Guru membuat rumusan Kem Fasilitatir


(5 minit ) pelajaran keseluruhan isi pelajaran. Renungan

Refleksi :

Ulasan Pensyarah :

Penutup
Aspek nilai estetik, keindahan bahasa, dan sosio budaya yang terdapat dalam karya
saster sebelum ini tidak diberikan tumpuan. Sebaliknya, melalui Komsas, aspek-
aspek tersebut diberikan penekanan di samping untuk meningkatkan keupayaan
pelajar berbahasa.  

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa bahasa dan sastera tidak dapat
dipisahkan kerana kedua-dua aspek ini lahir daripada sosio budaya masyarakatnya.
Tumpuan kepada pembelajaran bahasa semata-mata tidak memadai kerana pelajar
mungkin dapat menguasai bahasa dengan baik dari aspek tatabahasanya, tetapi
dalam aspek keindahan bahasa, diksi, daya intelek, daya kreatif dan seumpamanya
dapat dikuasai melalui ilmu sastera. Atas dasar itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah tidak memisahkan pengajaran dan pembelajaran bahasa dan sastera.
Hal ini harus disedari bukan sahaja oleh guru, tetapi juga oleh pelajar bagi mengikis
sikap penguasaan ilmu bahasa dan sastera hanya untuk peperiksaan. Tetapi
sebaliknya, penguasan ilmu bahasa dan sastera untuk membina dan meningkatkan
jati diri pelajar.

Kesimpulannya pelajar harus menyedari matlamat pembelajaran Komsas bagi


memudahkan mereka mengatur strategi pembelajaran. Belajar tanpa matlamat
seumpama kita belayar di lautan yang luas tanpa hala tuju. Akhirnya akan timbul
tanggapan yang negatif terhadap Komsas. Ada yang mengatakan bahawa Komsas
sukar dipelajari dan Komsas membebankan. Maka wujudlah rasa kurang berminat
untuk membaca teks Komsas.

BIBLIOGRAFI

Mohd Pauzi Mahmad. (2003). Kajian dan Ulasan Komponen Sastera dalam Bahasa
Melayu Tingkatan 4. Selangor Darul Ehsan: Federal Publications.

Talib Samat, Mohd Rosli Saludin.(2003). Apresiasi Komsas Dalam Bahasa Melayu,
Bukit Kepong dan Anak Laut Tingkatan 4 :Selangor Darul Ehsan: Longman
Sdn.Bhd

http://spmbahasamelayu.blogspot.com

http://www.tutor.com.my/tutor/daily/eharian
LAMPIRAN

You might also like